WARGA SCP

Selasa, Mei 10, 2011

KELAM KELIBUT, TAPI MASIH DALAM KEADAAN TERKAWAL


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

ALHAMDULILLAH

Biasalah bapak kalau lps pukul 4.00 ptg, hp bapak akan "disilancekan"
sementara nak tunggu asar, bapak nak lepaskan penat dan lelah sebentar krn sepagian di kebun gotah .

Rupanya petang semalam ada panggilan masuk dari warden asrama anak bongsu bapak, psl bapak tak dengar, ibunya pula dihubungi.

Pagi , cikgunya dah bawak pi klinik berhampiran, tapi doktor suruh rujuk ke hospital.
Maka lps asar , kami pun keluarlah dari hutan dgn kain pelikat je , ambik anak bapak dan berdesup terus ke JB . Jalan punyalah jammed psl semua org tgh balik kerja.

Tiba je dalam 1/2 jam terus rujuk kat wad kecemasan krn dah petang , byk doktor semua dah balik, pi scan dulu dan terus kena tahan wad.Tanya petugas kat situ , depa kata esok pepagi doktor check . Jadi takde apa yg bolah kami buat lalu 8.00 malam lebih bapak pun start moto roda tiga bapak dan nak balik ke hutan semula .

Dah sampai ulu tiram , hp ibuk berbunyi , rupa2nya doktor pi check lepas bapak balik, jadi informasi yg staff tu bagi tadi samasekali tidak tepat dan jawapan standard rupanya. Takpe lah, kena redha dan sabar je, semua Allah dah tentukan.

Doktor suruh datang balik hospital psl nak kena tandatangan dokumen, kebetulan anak bapak tadi dia puasa sunat hari isnin dari sekolah, jadi doktor cakap boleh buat pembedahan awal pagi nanti .

Bapak pun apa lagi korner baring buat u turn kat Ulu Tiram terus ke hospital semula.

Pagi tadi lps subuh , kami berdesup ke JB semula dan sampai jam 7.45 pg , anak bapak dah sedia nak masuk bilik bedah , tunggu kami je . Kami sampai je, terus depa sorong masuk.

Sementara dia kat dalam dalam 2 jam lebih juga menurut doktor, ditunggu oleh ibuk, berdesup bapak ke airport senai pula ambik kakaknya . kebetulan Uitm tgh break , jadi ibuk suruh kakaknya nanti temankan adiknya bila kami pulang sebentar ke hutan . Jadi jadual kami 4-5 hari ni agak kelam kelibut sikit, tapi dalam keadaan terkawal .

Kepala bapak dan ibuk tgh mamai sikit ni psl rehat tak cukup .
Alhamdulillah, tadi semua dah beres dan semua bil rawatan ditanggung oleh insurance ibuk .

Moga cepat dia sembuh kerana ada misi besar menanti kami nanti ......

16 ulasan:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    ummi doakan moga2 anak bungsu CR sembuh seperti sediakala..

    Allah permudahkan segala2nya..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam,

    Ya-Allah dahlah dlm kebingungan boleh nurse tu menambah kelibut itu lagi.

    Kalau operation mesti kena ambil masa rehat yg panjang. Moga adik dah beransur sembuh. Mak Itam pandai masak tak susah nak berpantang.

    BalasPadam
  3. semoga cepat sembuh... projek apa la bapaknya dah tak sabar tu agaknya!

    BalasPadam
  4. Salaam Pak Itam,

    Lama bebenor ghasernyer tak komen di sini.

    Kakchiq doakan semoga anakanda bapak segera sembuh dan Allah permudahkan segala urusan bapak sekeluarga. Amin.

    psstt...moto roda tiga bapak tu ada tak ghoper macam moto askar jerman dalam citer Combat? heheh

    BalasPadam
  5. Salam Pak Itam, moga putera itu cepat sembuh

    BalasPadam
  6. salam pak itam,

    kak nab doakan semoga anak kesayangan pak itam cepat sembuh...

    BalasPadam
  7. As Salam Pak Itam..

    semoga anakda kesayangan pak itam cepat sembuh seperti sediakala.

    psstt.. taraaaa, macam kak ngah buleh teka je kes projek besaq tuh.. heh heh.. slamat.. slamat

    BalasPadam
  8. salam pak itam,
    boleh tanya anak tu sakit apa sehingga perlukan operation segera?
    Semuga cepat sembuh dan kembali sediakala.

    BalasPadam
  9. saya doakan semuanya selamat.....insyallah...

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam kak ummi

    alhamdulillah, dah pulih

    terima kasih atas doa kak buat kami

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam kakzakie

    nurse lelaki tu nurse pelatih kak

    budak2 mana nak pantang kak, membebelkan maknya

    nak suruh makan pati haruan punyalah payah hehe

    BalasPadam
  12. kog

    alhamdulillah

    projek tu dah hampir 2 tahun kami rancang hehehe

    tunggu.....

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam kak chik

    moga kak chik dalam kerahmatan Allah

    moto roda 3 tu mcm motor jual aiskrim hehehe

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kamato

    alhamdulillah, dah hampir sembuh sepenuhnya

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam kak nab

    terima kasih krn mendoakan kami

    alhamdulillah

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kak ngah

    anak dah hampir sembuh, bapaknya selagi projek tu tak lepas lagi , tak sembuh2 ....... hehehe


    shhhhhhh liam-liam

    BalasPadam