WARGA SCP

Ahad, Mei 08, 2011

KANAK-KANAK BERSELIPAR JEPUN, LEPAS CIKGU BACA HARAP DIAMPUN

Kehadapan cikgu Kelas 5 Depan

PERARA: Tak Dapat Menyiapkan Kerja Rumah

Merujuk perkara di atas , saya Itam Bin Uteh, murid kelas 5 Depan yang selalu duduk belakang ingin memberitahu bahawa saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja rumah yang cikgu berikan tempohari.

Untuk pengetahuan cikgu, ketika saya mengarang surat ini, mata saya dah tersangat layu dan kuyu akibat penangan nasi lemak yang saya makan tadi dan kesannya membawa sehingga ke hari esok menyebabkan saya tidak bermaya untuk menyiapkan kerja rumah itu.

Cikgu nak tahu tak, bukan saja kerja rumah cikgu saya tak dapat siapkan, malah komen kawan2 sekelas saya dalam N3 yang sebelumnya berkaitan SIM MIM BA YA LAM NGA pun saya tak sempat nak membalasnya kembali .

Itu semua berpunca dari arahan pihak kementerian pertanian kot, yang mengharamkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah, padahal nasi lemak 20 sen je ...

Dari pengharaman itu, maka saya meminta ibuk memasakkan saya nasi lemak akibat ketagihan . Kesan darinya akibat pukulan nasi lemak dgn lauk2nya , inilah jadinya.

Kalau cikgu tak percaya, bersama-sama surat ini, saya sertakan gambar2 sebagai bukti.

Sekian dari saya,

sebagi penutup, serangkap pantun dari saya

KANAK-KANAK BERSELIPAR JEPUN,
LEPAS CIKGU BACA HARAP DIAMPUN


Yang benar,
anak murid mu yang itam











18 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    mak oiiii
    mana tak mengantuk...
    dia pulun penuh pinggan
    he he

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam...macam ni punya nasi lemak...bukan takat ngantok - boleh pengsan !!!

    BalasPadam
  3. tak aci la macam ni. siap dengan rendang, goreng ayam bagai..
    kata dah tak boleh jual nasik lemak..

    BalasPadam
  4. CR,

    Ya Allah sedapnya nasi lemak ni....gambar pun semakin cantik

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum CR..

    anak murid gini memang kena denda selalu , pasai dok asyik ngusik kawan2 lain dgn nasi lemak dia pulak..tak aci tak aci

    BalasPadam
  6. Salam Tuan
    banyaknyeee....lauk dia...
    tak bagi kat cikgu ke.....

    kalau bagi kat cikgu mesti tak kena marah kannn....

    BalasPadam
  7. As Salam Pak Itam, mengancam sungguh nasi lemak tu.... baik2 sikit setengah orang panggil nasi tu nasi kolestrol

    BalasPadam
  8. Salam pak itam...

    kehadapan anak murid ku yang bernama itam bin uteh..

    cikgu terima surat kamu itu..
    tapi dengan syarat kirimkan
    barang sepinggan buat cikgu menikmati nasik lemak kesukaanmu itew....hihii

    gurau jer yer pak itam...heheh

    BalasPadam
  9. Mak oi, byknya lauk nsai lemak. Camno mata tak layu dan kuyu ,hiks..

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam atuk

    hehehehe

    BalasPadam
  11. waalaikumsalam cikgu

    pengsan kekeyangan hehe

    BalasPadam
  12. kak pah

    heheh kat sekolah tak boleh

    kat umah guru beso boleh, saya kan guru beso a.k.a guru berperut beso haha

    BalasPadam
  13. rosli

    alhamdulillah, dah hampir setahun pegang dslr, jadi sedikit sebanyak ilmu tu dah ada dlm penambahbaikan

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam kak umi

    ni anak murid sek tua hehe

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam cute oven


    cikgu tak boleh, nanti dia ngantuk sampai tak boleh mengajo hehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam kamato

    heheeh

    kami sesekali je masak nasik lemak psl mak itam nya dah tak tahu apa nak masak lagi

    BalasPadam
  17. waalaikumsalam shami


    hehehe gurauan tu satu ubat sebenarnya

    BalasPadam
  18. nieda


    heheheh tu baru nasi lemak berlauk

    BalasPadam