kehidupan ini boleh diibaratkan seperti sebuah pelayaran
ombak dan badai perlu ditempuhi
agar tidak karam di tengah lautan
tapi yang pasti
pelayaran kita akan sampai juga ke " destinasinya"
itu janji Allah kepada setiap yang hidup dan bernyawa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم dan Selamat Sejahtera
ALHAMDULILLAH
2-3 hari ni , bapak begitu sibuk menyelesaikan beberapa perkara dunia yang mana menjadi lumrah bagi setiap individu yang bernyawa. Tuntutan dunia perlu diselesaikan di samping tuntutan akhirat yang menjadi keutamaan. Tinggal seminggu lagi segala urusan perlu diselesaikan sebelum bercuti panjang .
Kakak dah pulang ke KL sabtu lepas jam 7.50 malam . Sebelum ke Senai , kami sempat menjamu selera dengan murtabak special di gerai hadapan Masjid Jamek Kg. Melayu yang terkenal dengan keenakkan murtabaknya . Rasanya dah lama kami tak ke sini. Situasi di masjid jamek kg.melayu agak sibuk petang itu, kebanyakkan masjid sekarang pada setiap hujung minggu agak sibuk dengan kursus haji dan umrah ketika ini.
Tapi suasana petang sabtu di gerai ini yang kebiasaannya sibuk agak lenggang , mungkin kerana faktor inflasi menyebabkan keadaan sebegitu.Seperti yang kita sedia maklum, semua harga barangan bukan seperti dulu lagi , jadi keutamaan golongan marhaen sekarang adalah kepada perkara2 yang lebih perlu dan penting, itulah lumrah dunia hari ini,
Syukur , alhamdulillah. Rezeki dari Allah yang tak kurang dan tak lebih buat kami dalam mengharungi kehidupan sekarang .
Kami singgah di Jaya Jusco apabila waktu magrib hampir tiba, Gembira melihat walaupun ramai anak2 muda kita yang hanyut dek tipu daya dunia, masih adalagi anak2 muda kita yang masih memenuhi tuntutan solat yang menjadi tiang agama kita.
Lepas tu , ibuk minta menemankannya menonton "Nur Kasih" di TGV ,
alamak, bapak tengok "Nur Kasih" hehehe
bapak kata, "ni kan u tiap2 hari menonton "Nur Kasih" live lagi depan mata hehehe
rasanya ini kali kedua kami menonton sejak berpuluh tahun kami berumahtangga,
kali terakhir tahun lepas bersama2 anak kami dengan "Hantu Mak Limah Balik Kampung"
kebanyakkan penonton malam itu terdiri dari kalangan yang berkeluarga
layan jelah, namun sebenarnya "nur kasih" banyak menitipkan unsur2 ketuhanan dan keagamaan sebenarnya , namun alangkah indahnya jika ia bukan sekadar di dalam filem sahaja...
agak lewat juga kami pulang , namun berita yang amat menyedihkan apabila melihat liputan di tv , anak2 yatim terbujur kaku akibat tragedi tanah runtuh
semuanya takdir Allah, tapi musibbah ini berlaku sebagai peringatan kepada kita yang hidup
hati bapak mmg benar2 sedih dan sayu menatap tubuh anak2 kecil yang tidak berdosa terbujur kaku
AL-FATEHAH

Assalamulaikum Pak Itam,
BalasPadamPerjalanan hidup yg dilalui membuat mata kita menatap macam-macam yg lebih membuat kita sedar betapa kerdilnya diri kita.
Sedih dan sayu melihat anak-anak yg mohon pergantungan org lain pergi dgn tragis....Al-fatihah.
assalamualaikum pak itam
BalasPadamsayu...bila bakal pemimpin yang sedang di bentuk di panggil ALLAH menemui NYA dahulu....satu kehilangan yang amat besar buat BHS dan semua umat islam ...namun ALLAH jua yang empunya rencana....
Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara
sejuk hati bila melihat anak-anak muda yang tak lupa bersolat walaupun di mana berada.
BalasPadamSalam pak itam,
BalasPadamcountdown ke? akak doakan pak itam & famili ;)
waalaikumsalam kakzakie
BalasPadamperjalanan hidup menjadikan kita lebih matang mengambil iktibar darinya
insyallah, anak2 ni yg tiada dosa bakal diangkat menjadi ahli syurga
waalaikumsalam bhs
BalasPadamperistiwa dan tragedi ini membuatkan saya sedih
iktibar dan pengajarannya , semua kita pasti akan pergi jua bila tiba masanya kelak, bagaimana caranya
hanya Allah yg Maha Mengetahui
kak pah
BalasPadammoga anak2 muda kita tidak terus lalai dgn dunia yang penuh tipu daya syaitan
waalaikumsalam kak nab
BalasPadambukan count down kak, count up hehehe
terima kasih akak sudi mendoakan kami sekeluarga