WARGA SCP

Ahad, Disember 02, 2012

TSA

ALHAMDULILLAH

TSA adalah singkatan bagi Travel Sentry Approved yang kini banyak diguna pakai  di kebanyakkan lapangan terbang negara2 utama di dunia. Untuk apa keperluan TSA ni . Sebenarnya bagasi yang kita bawa yang disimpan didalam perut kapal terbang melalui satu proses pemeriksaan yang ketat tanpa kita sedari sebelum ia dimuatkan di dalam perut kapal terbang . 

Sekiranya terdapat barangan yang menimbulkan syak wasangka para pegawai keselamatan atau kastam di situ, mereka mempunyai hak untuk membuka bagasi tersebut tanpa perlu memberikan kita notis . Kebiasaannya kita akan memasang mangga kecil dibeg tersebut dan jika mangga itu tidak mempunyai kemudahan TSA, maka mereka akan memotong mangga tersebut. Begitu juga jika beg tersebut dikunci tanpa kemudahan TSA, pasti beg tersebut akan dikopakkan oleh pegawai2 yang bertugas.



Jadi untuk mengelakkan beg2 kita dari rosak , pastikan kunci2 di beg atau mangga tersebut mengikut spesifikasi TSA kerana hanya pegawai2 yang bertugas dan diberi kuasa di lapangan terbang sahaja mempunyai satu kunci yang boleh membuka apa2 beg sekali pun dan mangga yang mengikut spesifikasi TSA tanpa perlu merosakkan beg. 

Nak tahu beg atau mangga yang mempunyai kemudahan TSA senang je. Lambangnya yang warna merah tu dan sama je tak kira apa2 beg atau mangga pun sekali pun dan standard di seluruh dunia. Sesetengah lapangan terbang yang ketat kawalannya sangat menitikberatkan bagasi yang dibawa penumpang kerana dikhuatiri membawa bahan2 larangan atau merbahaya .

Tapi pintu kandang rimau aku tak pakai pun mangga ikut spec TSA ni pasal lagi luar boleh nampak apa yang ada dalam kandang tu hehehe

OK,
Mangga aku dah keluarkan , 
bagasi pun aku dah kemas , 
travel insurance pun dah settel,
semua urusan toreh menoreh aku telah gantung buat sementara waktu dalam 2-3 minggu kerana insyallah kembara kami ke satu lagi benua akan bermula untuk melihat bumi ciptaan Allah S.W.T dan mengambil iktibar dari setiap apa yang Allah cipta di muka bumi ini.Cuma aku tak dapat bayangkan jarak perjalanannya nanti yang hampir 24 jam . Aku ingat nak telan je pil tidur bang sebotol hehehe

Aku hanya mampu berdoa agar agar kembara kami kali ini sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah apa yang kami bawa dan juga dipelihara apa jua yang kami tinggalkan buat sementara waktu.

Insyallah 
kalau dizinkan Allah, aku akan bersiaran secara langsung jika berkesempatan .
Kalau tidak , kita bertemu di tahun 2013 nanti.



14 ulasan:

  1. mudahan selamat semuanya...

    best dapat kembara menikmati ciptaan yang maha berkuasa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      moga kita semua dlm perlindungan Allah dankami di sini dalam perlindungan dan kerahmatannya juga

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    moga dipermudahkan segala urusan

    ingat2kan saya...nanti boleh saya ikut jejak...he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam atuk

      krg salah seru, lain yg datang hehe

      Padam
  3. Assalammualaikom wtb pak itam....jauh sungguh perjalana kali ini hingga kan memakan masa 24jam. Pusing benua ke....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      merentas 2 benua hehehe
      mana tak lama

      Padam
  4. Selamat mengembara kepada bapak sekeluarga. Semoga dilindungi Allah i dari sebarang malapetaka dan bencana.

    BalasPadam
  5. Baru saya tau info pesal TSA nie. Thanks anyway!

    BalasPadam
  6. AMERIKAAA ke bapak? Cayalah. Erm pasal TSA ni fm nye dah longsot seketui x jumpa dah. Pah tu luggage baru2 ni zip dia punya buckle tuh patah plak. beg nye sempurna lagik. xtau tang mana nak repair. nak letak tepi rsa mcm syg plak. bkn syg ape, syg duit nak beli bru.. hihihihihihi. bkn murah besar2 luggage nih! heh.

    tolong blog kan apa sj dari sne. kami2 ni menunggu. semoga bapak n mak itam serta keluarga selamat pergi dan pulang. lamenyeeeeee 2013! sakan bapak bejalan!


    **bru tahu pasaipa gong tg jara dipukui. stiap kali guest masuk die pukui daaa.. nampak je trus teringat blog ni. lawak2!

    BalasPadam
    Balasan
    1. amarika mu hehehehe

      tu gong bukan sebarang gong hahaha

      Padam
  7. Salam bapak
    saya pun baru tahu pasal TSA ni..
    nampak gaya saya kena memepersiapkan diri menjadi warga dunia
    being citizen for all country..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      TSA ni kira universal , lama dah digunapakai cuma tak diwar-warkan je

      Padam