WARGA SCP

Isnin, November 19, 2012

MELANGSIR KITA

ALHAMDULILLAH

Al maklumlah,

Hujung-hujung tahun ni macam biasa banyak kerja-kerja menoreh yang perlu aku bereskan membabitkan projek-projek kecil yang pasti semuanya itu datang dari Allah S.W.T yang menyebabkan aku memang tak sempat menjenguk SCP dan melilau ke rumah rakan2 sekalian.

Ni salah satu projek kecil yang aku perlu bereskan dan siapkan di beberapa bilik bangunan baru di sebuah sekolah . Jadi sepanjang 2-3 hari lalu, aku sibuklah pulak ke kilang kain kerana nak pilih kain langsir untuk "Day Light Curtain" a.k.a "Transluscent Curtain" serta bahagian depannya langsirnya nak kena "match" . 

Depa cuma bagi tahu aku nak warna biru turquoise kena dengan permaidani yang dipasang di salah sebuah bilik ni. Aku dah ukur sesiap berapa banyak tingkap yang perlu dipasang nanti serta pintu. Banyak jugak nak kena siapkan . 


Alah beli memang memakai , aku dapatkan kain yang bermutu namun harganya pun boleh tahan jugak berpuluh semeter hanya untuk "Day Light Curtain" tu . Tu belum masuk langsir depannya lagi . Insyallah, selagi sekolah tu tak runtuh , selagi tu aku rasa langsir tu akan dapat bertahan berbanding dengan "day Light Curtain" yang harganya murah yang kekadang tak sampai setahun akibat panahan cahaya matahari, kainnya akan reput dan koyak dengan sendirinya.

Tu baru satu hal, lepas tu sibuk pulak cari kain satin yang agak baik mutunya dan aku sengaja pilih kuning agar agak kontra sikit dengan warna langsir dan carpet . Mak Itam ikut sekali masa aku menguruskan sessi pemilihan ni kerana 4 mata lebih baik dari dua mata semasa memilih. 

kalau kerusi ni warna biru , tentu lebih cantik bilik ni

kat belakang dinding yang kosong tu nanti aku nak kena hias dengan
bendera semua negeri yang jenis bertiang dan tetengahnya ada jata negara dan kiri kanan gambar DYMM  Agong dan Permaisuri 
 
Depa tak mau jahit jenis ropol2 tu, hanya simple sahaja . Jadi bertambah mudah sikit kerjanya . Lepas dah puas hati dan kira berapa kayu nak pakai , maka kerja2 menjahit pun bermula yang memakan masa 1/2 hari jugak dipulun oleh 3-4 orang tukang jahit sekali gus macam "lipas kudung" kerana banyak bidang lansir yang nak kena jahit . Untuk "skirting" pun bolehlah tahan masa yang diperlukan untuk menjahitnya.

Siap satu bab , satu bab lagi menyusul.

Nak kena pasang cangkuk pulak dan supaya "ngam-ngam soi" ikut saiz "rel"nya pula yang setiap tingkap sepanjang 6 kaki 6 inci.

5-6 orang sekali pasang dan dalam 2 jam siap semua sekali. 

Habis satu hari penuh untuk semua urusan ni. Urusan kedua pula muncul kerana nak kena potong pula rel langsir yang banyak untuk "double layer" dan setengah hari baru siap.

 
Jumaat lepas , aku pepagi subuh dah keluar menuju ke sekolah tu sarat dengan segala benda alah ni . Dalam perjalanan , hp aku berbunyi pulak dari sebuah agensi kerajaan yang minta aku datang pagi tu jugak kerana mereka berminat untuk satu projek secara pembelian terus akan "getah ojol" aku dan tak boleh tangguh-tangguh lagi kerana masa semakin suntuk .

Bak kata pepatah,
"musuh jangan dicari,
 rezeki jangan ditolak"

Maka terkejar-kejar aku pagi tu . Kerja "mendrill" ni pun agak rumit jugak kerana kena dinding yang keras dan memantul punyalah azab. Rel langsir ni dilekatkan ke dinding dalam "wall plug" dan diskrew agar tak senang runtuh dan nampak kemas. 

Aku sempat drill untuk beberapa tingkap untuk rel tu sebelum aku minta pekerja aku sangkutkan langsir2 tu sebelum aku berkejar semula memecut laju motor roda tiga ku ke destinasi seterusnya dalam 45 km jugak tapi aku rasa berbaloi kerana boleh tahan jugak jumlah 'gotah ojol" yang depa nak aku bekalkan dalam masa seminggu je selepas "pesanan kerajaan" dikeluarkan nanti . 

Patah balik dah dekat jam 12 tgh jugak dan hari tu hari jumaat , kenalah berhenti dan siap2 pulak nak bentang tikar kat masjid . 2.00 petang sambung balik "noreh" sampai 6.00 ptg dan hanya 30% dari keseluruhan kerja2 pemasangan rel dan langsir tu yang siap . 

Sabtu Ahad tak boleh buat kerana sekolah tutup , nampak gaya esok, lusa , tulat aku kena pulunlah sampai siap kerana khamis sekolah tutup bagi negeri Johor kerana cuti sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor . 

Moga semua kerja aku dapat bereskan dengan izin Allah jua.

Banyak  lagi yang perlu disiapkan dan senang cerita semua projek menoreh kena aku siapkan satu persatu sebelum habis bulan ni kerana bulan depan aku nak cuti sebulan honeymoon dgn mak itam.
Insyallah.

UPDATE
Salam takziah buat CL seisi keluarga (Blog PDKM) atas pemergian adindanya yang tercinta
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman 

Al Fatehah

4 ulasan:

  1. Salam bapak. Cantik curtain tu, berkenan cek tengok.

    Salam takziah buat CL sekeluarga & Al-Fatihah buat yg telah pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      alhamdulillah

      depa pun berkenan dgn pilihan bapak

      Padam
  2. alhamdulillah rezeki namanya tu...teruskan usaha murni dan insyaallah akan bertambah rezeki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah uncle

      mana yg termampu buat, saya buat dan berikan yg terbaik

      Padam