WARGA SCP

Sabtu, Februari 02, 2013

PART 40 USA : DISNEYLAND RAILROAD,MAIN STREET USA, DISNEYLAND CALIFORNIA

ALHAMDULILLAH

Jom aku bawa kalian mengikuti pengembaraan kami ke Disneyland California yang terletak di area Anaheim, Los Angeles . Disneyland ni telah dibuka pada tahun 1955 lagi . Masa tu aku tak ada kat dunia lagi. Tapi semenjak itu ia telah melalui pelbagai pembaharuan saban tahun dengan pelbagai tarikan yang menjadi tumpuan pengunjung dari seluruh dunia. Kalau nak banding dengan Disneyland Hong Kong, sini 2-3 hari jalan pun tak habis pusing dan masuk.Disneyland Hong Kong pula adalah Disneyland yang terkecil di dunia.

Pagi yang cerah dengan cuaca yang sejuk tidak keterlaluan kerana biasalah, California ni kira kawasan yang terletak di pinggir pantai . Jadi cuaca musim dinginnya tidak keterlaluan berbanding kalau kita berada sama ada di Vegas atau kawasan yang agak ke dalam sikit.

dok beratur nak masuk


yahoooo aku sekarang dah berada dalam Disneyland California
untuk ke Main Street USA

Agak panjang juga barisan pagi tu untuk memasuki ke dalam Disneyland Park ni.Tapi tiket dah berada kat tangan aku dan aku tak perlu risau . Jadi aku tak perlulah beratur . Macam biasa beg yang dibawa masuk akan diperiksa , tapi setakat makanan ringan dan minuman, depa tak kisah kalau kita bawa masuk. Jangan pulak kita dok hayun mangkuk tingkat a.k.a mangkuk tepin pula, sah tak boleh bawak hehehe

Macam biasa, masukkan tiket untuk scan dan simpanlah tiket tu buat kenangan. Tangan kami dicalit dengan sebatang pen yang tak nampak dengan mata kasar calitannya kerana untuk tiket "one day one park" ni kira boleh keluar masuk ikut suka dalam sehari , nanti dia suluh je dengan lampu infra red dia nanti sebagai bukti pengesahan.

Sebenarnya ada satu lagi park kat Disneyland ni iaitu Disney California Adventure Park di sebelahnya yang mengandungi segala atuk nenek permainan jenis "Roller Coaster" dan sewaktu dengannya, tapi kena beli tikat lain . Kami ni kalau jenis suruh naik benda alah macam Roller Coaster tu,mintak maaf le bebanyak hehehe

Alhamdulillah
Disneyland Paris , Disney Hong Kong dan kini Disneyland California kami dah sampai. Cuma Disneyland Tokyo belum lagi. Maybe next time kot.

Kalau queen aku kata , "lamalah tak melawat mickey" maknanya dia dah nak ajak aku pi Disneyland la tu yang membawa maksud kembara kami mesti ke negara yang ada Disneyland. Tu kira ayat keramat nak cari jalan nak pi Disneyland hahaha





apa nama watak ni aku tak tahu
bebudak dok beratur untuk signautograp kat buku khas yg depa bawak
kemudian boleh bergambar sama-sama



Masuk je kat dalam, tak kira mana-mana Disneyland, kita pasti bertemu dengan salah satu kawasan atau tarikan yang kira wajib ada dalam sesebuah Disneyland iaitu Main Street, USA. Kat Main Street USA ni je ada 8 tarikan seperti Disneyland Railroad, Horses Carriage, Fire Engine, Horse Drawn Streetcars,Omnibus, The Disney Gallery dan The Disneyland Story presenting Great Moments with Mr. Lincoln.

Kami pertama sekali terus menuju ke Railroad Station untuk menaiki keretapinya yang akan mengelilingi ke seluruh kawasan Disneyland Park ni . Aku pun kalau masuk Disneyland ni dah macam budak kecik jugak dan excited .

Terkenang aku masa dulu aku memuda kali pertama bawak "son of guns" aku yang dua orang tu ke Disneyland Paris, kalau tak salah tahun 2002 , kami banyak melepak je kat sana kerana anak2 aku kecik2 lagi dan faham2 jelah bebudak ni, jalan sikit je dah penat . Lagi satu masa tu anak aku yang bongsu  tu mengalami jetlag yang agak teruk. Jadi dia banyak meragam dan nak tidur je hehehe





OK kita sambung cerita hari tu masa aku nak boarding dari HK ke US. 

Memang kalau penerbangan masuk ke US , pemeriksaan yang teliti dan ketat akan dilakukan mengikut S.O.P yang telah ditetapkan oleh kerajaan USA tak kira dari mana kita bertolak. 

Bagus sebenarnya kerana sebenarnya apabila berada dalam kapalterbang dan setinggi 30-40 ribu kaki di atas udara, keselamatan kita yang menjadi keutamaan kerana zaman sekarang ni pelbagai cara akan digunakan oleh para pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu perkara yang tak baik . Jadi kita sebagai penumpang kena ikut jelah S.O.P yang telah mereka tetapkan demi keselamatan kita juga .Kalau kita tak buat salah dan ikut peraturan, kita tak perlu risau .

Kerana kawalan keselamatan dan pemeriksaan yang ala kadarlah, cuba kita lihat apa dah jadi dengan negara kita kerana entah berapa tan agaknya segala atuk nenek dadah yang dah terlepas masuk . Tu sebab sekarang jika penerbangan masuk dari negara sebelah Africa dan jugak Iran, maka pihak kastam kita kena periksa betul2 bila mereka tiba kerana pemeriksaan kastam dan pihak berkuasa negara mereka mungkin tak periksa betul2 dan dengan teliti bagasi para penumpang . Jadi mereka terlepaslah sampai ke Malaysia dan kalau nasib mereka baik pula , habis segala atuk nenek dadah tu terlepas masuk pula ke negara kita.

Begitu juga dengan prosedur untuk mendapatkan visa USA yang begitu teliti kerana USA tu terlalu besar dan mereka tak mahu ada yang masuk ke US dan tak keluar2 . Jadi mereka kena tapis betul2 setiap pengunjung yang nak masuk ke US dari permulaan permohonan visa dan seterusnya. 

Aku ingat negara kita juga perlu melakukan sedemikian kerana kerana kelonggaran syarat kemasukan ke negara kita, berapa banyak pelacur yang datang dari China dan banyak lagi negara lain yang masuk sebagai pelancong , tapi sebaliknya menjadikan negara kita sebagai sarang maksiat mereka. Tu belum kira lagi yang masuk sebagai pelajar katanya dari negara Africa yang akhirnya sekarang menimbulkan banyak masalah sosial dengan pelbagai jenayah di negara kita.

Macam aku selalu katakan, benda yang baik kita jadikan teladan . Benda yang tak bagus, kita jadikan sempadan .





11 ulasan:

  1. salam pak itam - lama tak singgah ke SCP ni...sebelum ni singgah gak ....sambil lalu je. Besar giler Disneyland ni!tak tahu bila nak sampai - nak ke HK tak tahu bila lagi.kadang2 macam pak itam juga...tup2 akan sampai lah jua

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam cikgu

      tulah, kalau dah tertulis nak sampai, insyallah sampai

      Padam
  2. Name watak tu alice. Dlm cte alice in wonderland. Tuh pon sgt lyn character pon cuns! Ermm xtahu ble nk smpi sni. Yg bru pg nye hk je. Itu pon rse dh bahagia sungguh!!!!! Terase kanak2 blk. Mmg dbsarkan dgn cartoon2 disney. Abah sy dlu sll umpan sy dgn video tape disneyland. Bole dkatekan 2-3hri dpt la 1 tape. Bru2 ni pg pon terlupa dri sbentar. Hohoho. Mmg syiok. Tp xtau ble nk smbg ke sni plak. Tabung buluh dh bocor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe kita dah jadi budak kecik bila masuk disneyland

      tgk parade berwarna warni costumenya mmg menyeronokan

      Padam
  3. InsyAllah Rezeki dan keluarga akan sampai ke tokyo disney nanti....err, btw, hilton tokyo bay yang merupakan official disney tokyo hotel ada betul2 dibelakang disneyland tu. Kat situlah saya tungkus-lumus bekerja dulu...bila weekend letih sebab ramai guests yang nak ke disney akan menginap disitu. Breakfast kami waktu tu akan mencecah beribu-ribu orang! Those were the days and it was so much fun indeed!

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyallah, kalau kami nak pi tokyo, kami cari uncle minta tolong guide utk prosedur nak apply visa ke sana

      Padam
  4. Salam bapak. Alhamdulillah, dah sampai negara Uncle Sam bawak kain pelikat gombang & dah jumpa karekter2 Disney tu. Dapat kami tumpang tengok gambaq. Takpalah, walaupun leceh sket masa pemeriksaan tu, yg penting keselamatan terjamin kan.
    Terima kasih na, bapak :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      misi yg tak terlaksana ialah nak pakai pelikat gombang kat Alcatraz psl sejuk gila hehehe

      Padam
  5. Bestnya ....nak gi jugak.. so cute your queen kata lama tak jumpa mickey.
    Sebenarnya macam haritu pun saya yg terlebih excited walau dah berkali kali masuk disneyland paris tu haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayat magic ada ada makna hehehe
      tentu disneyland paris byk dah berubah

      Padam
    2. Hehe
      Pada saya macam sama..disneyland paris. Mungkin sejuk giler tu yg laju je jalan dlm tu.tak perasan perubahan
      First time gi disney baru 5 tahun..now dah 20 years anniversary

      Padam