WARGA SCP

Selasa, Februari 19, 2013

PART 48 USA : MENDAYUNG KE ALCATRAZ

ALHAMDULILLAH

Kita tinggalkan sebentar cerita di Disneyland Park California sementara mereka tengah berbaris. Nanti aku bawa lintas langsung siaran tertunda  "Disney Parade" jika berkesempatan.

Pagi ni aku nak bawak kalian kita pi mendayung ke  Alcatraz. 

Jarak antara Los Angeles dengan Alcatraz yang terletak di San Francisco lebih kurang 410 batu . Aku ni lemah matematik. Dalam km berapa ya ???

Jalan ke sana banyak tapi kalau nak mudah kita gunakan  Route 5 memasuki Santa Ana Freeway dan melencong ke Golden State Freeway dan koner lagi ke West Side Freeway sebelum ke Route 580 dan akhir sekali Route 80 dan berhenti kat tepi jeti Pier 33.

Kalau tak berhenti mana2 lebih kurang 6 jam lebih perjalanan . Kira dah dekat 1/2 hari juga. Kerana semua Freeway, maka tak perlu bayar tol.




Apa yang ada kat Alcatraz ni hingga yang menjadi salah satu "Top Destination" kepada para pengunjung tak kira samada dari dalam dan luar negara. Aku sungguh bersyukur kerana aku akan menjejakkan kaki ke Alcatraz . Bila sebelum tu aku kata kat satu minah salleh ni yang aku nak ke San Francisco dan mendayung ke Alcatraz, minah ni teruja kerana dia sendiri tak berpeluang nak ke San Francisco walaupun dia rakyat US sendiri.

Memang US ni besar sesangat dan kekadang rakyat mereka sendiri hanya kira "bermain" di sekitaran mereka sahaja dan tak dapat nak pi tempat lain.

Pagi ni agak berkabus . Dah panjang orang beratur . Harga tiket USD 28.00 p.p.

Bagaimana dengan suhu???
Bolehlah tahan juga dinginnya di pagi hari, namun menghirup udara segar nyaman Teluk San Francisco merupakan satu nikmat Allah yang tak terhingga.





Aku petik kata-kata dari akhbar USA Today , 

"Alcatraz, to the likes of Machine Gun Kelly and other marquee names murderes, it was simply "THE ROCK"...

Kalau kalian pernah menonton cerita "The Rock" lakonan Sean Connery, ceritanya berkaitan dengan banduan yang dipenjarakan di Alcatraz yang mereka ibaratkan macam "neraka dunia". 

Alcatraz ni adalah sebuah pulau sebenarnya yang menempatkan penjenayah yang amat merbahaya ketika itu . Kalau setakat kencing tepi jalan dan kena tangkap polis dan dijatuhkan hukuman, jangan haraplah nak kena penjarakan di Alcatraz hehehe

Kurang2 kalau nak kena penjarakan di Alcatraz, mesti dah rancang atau bunuh dalan 10-20 orang untuk melayakkan kita di penjarakan di Alcatraz.

Terletak di San Francisco Bay 2.4 km dari tanah besar . 1868, ia mula beroperasi sebagai base tentera sehinggalah menjadi penjara yang dikawal ketat hingga tahap maksimum kerana menempatkan para kepala-kepala mafia yang terkenal ketika itu hingga Al Pacino pun pernah dipenjarakan di situ.



Kita kena kena beratur ikut barisan dan akan melalui satu tempat jurugambar profesional mereka yang latarbelakangnya ada lukisan pulau Alcatraz . Nak tak hendak beli takpa, tapi depa tetap ambik gambar kita kerana kalau nak gambaran mcm tu, bermakna kita kena ambil gambar dalam bot sendiri. 

Aku ambil cruise pukul 10.00 pagi untuk ke sana. 10.30 pagi aku dah mula berkayuh ke Alcatraz meninggalkan Pier 33 yang anggaran perjalanan dalam 20-30 minit . Ada dua pilihan tempat duduk untuk kita semasa menaiki tongkang ni samada duduk di dok dalam yang tersedia cafe atau duduk di luar sambil menikmati udara nyaman dan segar dan permandangan pagi yang indah.

Kami ambik keputusan duduk di luar bahagian bontot bot . Kalau orang indonisia kata "buritan bot". Kalau kat kampung kita cakap duduk kat "buritan bot" dengan orang2 tua, mau kita kena lempang pasal dia kata kita mencarut hahaha

Alcatraz Aku Datang

dah macam tajuk filem Istanbul Aku Datang pulak hahaha








bot San Francisco Fire Deparment (SFFD)



6 ulasan:

  1. Salam bapak. Jangan dibagi dengaq pada orang tua2 sebutan Indonesia tu, nanti kena backhand boleh tercabut gigi, kehkeh.
    Kuih cincin tu laris sungguh, balik minggu lepas tu terus bagi kat jiran2 la bapak. Siap ada yg mai mintak lagi kalau ada tapi dah licin, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      hehehe

      kuih cincin tu bapak sekali ngap seplastik hahaah
      dulu kami pertama kali pi KK , cuba kuih cincin ni terus melekat

      Padam
  2. jejalan jamu mata&tambah ilmu
    As-Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      terima kaseh sudi singgah

      Padam
  3. Salam bapak,
    uikss lamanya merantau..jangan lupa tanah air ya..saya ingat lagi citer escape from alcatraz dulu..lupa lak sapa pelakonnya tapi best citer tu..tetiba plak bapak buat entry penjara ni...apa rasa masuk dalam penjara tu yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      bapak dah balik dah hahaha
      ceritanya je kena habiskan

      sejuk dalam sel tu

      Padam