WARGA SCP

Sabtu, Februari 23, 2013

USA PART 50 : MEMIJAK ALCATRAZ

ALHAMDULILLAH

Seturunnya kami dari tongkang, kami disambut oleh seorang ranger yang agak senior juga dengan suara yang agak garau dalam slang orang putih US. Memanglah cakap omputeh, kalau dia bantai cakap Tamil, mau tongkang ni salah landing kat Ceylon rupanya hehehe

Terus terang aku katakan suhu begitu dingin sekali di Alcatraz ni walaupun tiada salji .Ditambah lagi dengan tiupan angin membadai pulau dari lautan Pacific sudah tentu menjadikan kehidupan banduan dulu kala di sini amat sukar terutama pada musim dingin.

Atok ranger tu menerangkan serba sedikit tentang sejarah Alcatraz. Terdapat 2 buah kiosk yang menjual brosur dalam bahasa omputeh dan satu lagi dalam bahasa Spain. Tapi ia hanya kiosk tanpa penjaga dan siapa nak beli kena letakkan USD 2.00 dalam tabung dia . Di sinilah aku lihat budaya keikhlasan kendiri dalam hati diterapkan dan berlaku jujur pada diri sendiri .Kalau kat tempat lain , tak tahu lah labuuuu.




Sementara pengunjung lain dok pakat mendengar celoteh atok tu tadi, kami berdua dok pakat jom kita terokai apa yang ada kat dalam bangunan tu . Mak Itam dah kesejukan dan yang pasti tangan sentiasa dalam poket jaket . Aku juga begitu . 

Kami melangkah ikut kaki je mendaki bukit untuk ke blok yang pertama lalu meninjau apa yang ada kat dalam tu. sambil tu toleh jugak kiri kanan , mana tau arwah Al Pacino menanti kedatangan aku kerana orang tua2 katalah , bukan aku kata , "sapa jahat masa hidup, mati jadi antu" hahahaha

Bangunan yang aku masuk ni bukan sel banduan, kemungkinan besar blok pentadbiran suatu masa dulu . Di sini ditempat koleksi2 bahan bersejarah yang ada usianya ratusan tahun seiring dengan umur Alcatraz. 

Apabila aku terpandang kemungkinan mcm lesung batu kepunyaan kaum red indian dulu kala yang pasti berusia ratusan tahun , langsung aku teringat kaki-kaki ekor kat Tanah Melayu yang selalu cari benda2 pelik macam ni hanya untuk memuaskan hawa nafsu mereka nak "mengecai" buat pi cari nombor ekor kat tok2 pawang nombor. Sesungguhnya perbuatan "mengecai" nombor tu dah sah2 berdosa, menyekutukan Allah pula sah2 dosa besar yang tak diampunkan selagi tak bertaubat.

Kalau depa lihat ni, pasti meleleh air liur mereka hahaha

Terdapat 4,5 buah seakan2 teater kecil buat pengunjung di dalamnya untuk menikmati sebuah dokumentari berkaitan Alcatraz. Namun jangan salah duduk pula kerana setiap satunya menggunakan berlainan bahasa seperti omputeh, sepanyol, mexico, jepun dan bahasa badan .



batu lesung tempat mereka tumbuk ubat kot

mini teater



Aku tinggalkan blok tadi untuk meneruskan pengembaraan aku di Alcatraz.
Seram juga kalau jalan sesorang di tempat ni seakan2 ada mata yang
sentiasa memerhatikan kita .
Keadaan senyap ,sunyi serta begitu dingin sekali




sudah ratusan tahun tapi masih kekal terpelihara
sebagai warisan sejarah




Habis je penerangan orang dok meluru naik ke atas kerana sel penjara sebenarnya berada di atas puncak bukit Alcatraz. Aku pulak ambik keputusan untuk naik menggunakan kenderaan khas . Tapi keutamaan untuk menaiki kenderaan ni hanya pada orang2 tua dan yang mengalami kesulitan akibat masalah kesihatan untuk menaiki bukit tu, Kalau masih kosong lagi tempat duduknya,baru kita boleh naik.

Alhamdulillah,
aku dapat naik juga selepas 2 round dia naik ke atas.

Boleh tahan tinggi jugak puncak bukit tu.

telah musnah terbakar semasa demo oleh kaum red indian


tulisan asal semasa puak red indian menduduki Alcatraz
semasa mereka menuntut hak mereka dari kerajaan sebagai kaum pribumi


Setiba di atas, dah panjang jugak barisan nak memasuki dalam sel tu. Yang mengakibatkan barisan tu panjang kerana setiap pengunjung akan dibekalkan dengan sejenis alat bersama "earphone" mengikut pilihan bahasa yang kita pilih kerana depa semua dah gunakan teknologi terkini . Jadi tak perlu ada staff atau sesiapa kat dalam tu untuk menerangkan apakah peristiwa yang perlu berlaku dalam setiap bilik atau sudut dalam bangunan penjara tersebut.

Secara automatik ,jika melangkah ke sesuatu bahagian sudut atau bilik kat situ, akan kedengaran penerangan yang berkaitan keluar di corong earphone memasing. Jadi kita boleh menghayati setiap peristiwa dan bersejarah yang pernah berlaku di setiap sudut dan sel penjara tersebut.

Mereka jugak mengutama aspek kebersihan pengunjung dengan setiap alatan tersebut yang telah digunakan oleh pengunjung sebelumnya akan "disterlis" terlebihh dahulu sebelumdigunakan oleh pengunjung yang baru memasuki kawasan sel.



dok beratur ikut pilihan bahasa utama dunia
lebih kurang 10 bahasa
bahasa melayu yelekkkkkk
aku pilih bahasa peranchis

8 ulasan:

  1. Salam Bapak

    Bahaso urdu ado tak ? Den paham baso tu jo....kalau tak do payah la den nak dongar sejarah nyo....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      hehehe nanti bapak alih bahasa dulu ye hahaha

      Padam
  2. Salam,
    Mama Nadz pun suka melihat tempat-tempat sejarah tapi melawat penjara tak berapa berani...
    Untungnya Pak Itam dapat jejak AlCatraz....mama nadz cuma pernah tengok movie yg ada sangkut paut dengan Alcatraz, itu pun dah seram.

    Mama Nadz nak kena baca N3 sebelum ni bab 48 dan 49,.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      mmg ada niat kalaulah ke San Francisco, kami tak lepaskan peluang ke Alcatraz nak lihat dan meneroka sendiri apa yg ada kat dalam tu

      mmg byk sejarah dan pengajaran yg saya dapat dari kunjungan ini

      Padam
  3. Salam bapak. Luaih sungguh la Alcatraz ni. Baguih la ada kenderaan untuk naik bukit tu, ada la jugak pilihan kalau tetiba lutut berkeriut sakan kat tengah jalan tu.

    Bahasa Papuaniugini tak masuk senarai la kot eh..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam ciku

      luas juga , jenuh nak jalan , sib baik sejuk
      nanti bapak suruh depa bukak sekolah menengah kat situ, ciku boleh ngajar kat sana ye bahasa papuaniugini hehehe

      boleh jadi ketua bidang lagi hehehe

      Padam
  4. ramai b etol org nak masok ke dalam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salah satu produk pelancong paling ngetop di US ialah Alcatraz hehehe

      Padam