بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
20 November 1979
Serangan
ke atas Masjidil Haram menggemparkan dunia Islam kerana pada waktu itu
musim haji baru sahaja berlalu pergi. Ketika hening subuh pagi ketika
Imam Masjidil Haram , Sheikh Mohammed al-Subayil bersedia untuk
mengimamkan hampir ribuan jemaah untuk menunaikan solat Subuh , Juhaiman
dan kuncu-kuncunya berjaya mengunci kesemua pintu keluar masuk masjid
serta membunuh dua anggota polis yang tidak bersenjata dan juga
menahan ribuan jemaah yang terperangkap sebagai tebusan.
Juhaiman kemudiannya telah mengumumkan bahawa Imam Mahdi akhirnya
telah muncul di Kota Mekah. Beliau mahukan eksport minyak Arab Saudi ke
Amerika Syarikat dan negara-negara lain dihentikan dengan serta merta dan
meminta pengusiran kesemua penasihat ketenteraan bukan Islam dari bumi
Arab Saudi.
Juhaiman melakukan semua itu kerana ingin menumbangkan pemerintahan pada masa itu kerana menganggap kerajaan masa itu hanyalah boneka Amerika .
Juhaiman melakukan semua itu kerana ingin menumbangkan pemerintahan pada masa itu kerana menganggap kerajaan masa itu hanyalah boneka Amerika .
Sebagai tindak balas
dari serangan tersebut, Tentera Pengawal Kebangsaan dan Tentera Arab
Saudi telah cuba merempuh masuk perkarangan Masjidil Haram menggunakan kereta
kebal menerusi pintu masuk utama tetapi gagal kerana kekukuhan pintu
tersebut.
Juhaiman
juga menempatkan penembak curinya di atas menara bagi mengawal
keadaan. Tentangan kuat dari pihak Juhaiman dan korban yang tinggi di
pihak tentera Arab Saudi menyebabkan serangan balas itu terpaksa dihentikan.
Ketika itu telah timbul masalah dan perselisihan pendapat dari segi
syarak mengenai penggunaan senjata api di dalam Masjidil Haram. Majlis
Ulama Arab Saudi pada mulanya menghalang penggunaan senjata kerana ia
akan mencemarkan kesucian Baitullah tetapi atas desakan tentera dan
kerajaan, akhirnya Majlis Ulama Arab Saudi akhirnya mengizinkannya dengan
mengeluarkan fatwa untuk membenarkan penggunaan senjata api bagi
melawan Juhaiman.
Setelah serangan
awal untuk menawan kembali Masjidil Haram gagal yang menakibatkan akhirnya kerajaan Arab
Saudi terpaksa juga meminta bantuan dari Pasukan Anti Keganasan France (GIGN)
dan seramai tiga orang anggota GIGN telah dihantar ke Arab Saudi untuk menyelesaikan konflik berdarah tersebut.
Di Jeddahketika ketibaan mereka , Majlis Ulama Arab Saudi telah menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia perlu memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan "tanah haram" Makkah yang memang kita sedia maklum "haram" bagi individu bukan beragama islam memasukinya.
Di Jeddahketika ketibaan mereka , Majlis Ulama Arab Saudi telah menetapkan syarat supaya ketiga-tiga anggota GIGN secara rahsia perlu memeluk Islam bagi membolehkan mereka menjejakkan kaki ke dalam kawasan "tanah haram" Makkah yang memang kita sedia maklum "haram" bagi individu bukan beragama islam memasukinya.
Walaupun
mereka “telah memeluk Islam” namun kehadiran anggota komando Peranchis
ini terpaksa dirahsiakan pihak Arab Saudi bagi menutup kegagalan mereka
dalam usaha menamatkan pengepungan yang telah berlanjutan hampir dua
minggu itu.
Peristiwa serangan dan pengepungan Masjidil Haram berjaya ditamatkan pada 4 Disember 1979 setelah hampir 2 minggu .
Mengikut laporan rasmi dari pihak berkuasa Arab Saudi , seramai 127 orang telah terbunuh dan 451 yang lainnya tercedera. Jumlah ini termasuklah para jemaah yang dijadikan tebusan, anggota pasukan keselamatan Arab Saudi dan juga pengikut-pengikut Juhaiman.
Namun dipercayai angka sebenar kematian adalah seramai 255 orang dan 560 orang lagi tercedera. Setelah menyerah diri, Juhaiman , Abdullah Hamid Mohammed Al-Qahtani dan para pengikutnya yang masih hidup telah dijatuhkan hukuman pancung oleh Kerajaan Arab Saudi.
Mungkin ramai umat islam yang tidak mengetahui akan peristiwa hitam berdarah ini yang telah berlaku dalam Al Haram . Semoga kita sentiasa menjadikan ia sebagai iktibar dan cuba mendalami dan memahami apa yang tersurat dan tersirat dari apa yang telah Allah S.W.T takdirkan berlaku di "Rumahnya" sendiri.
Wallahualam.
Wallahualam.
Salam bapak. Terima kasih kerana berkongsi kisah ni, saya tak tau pun sebelum ni ada kejadian yg macam ni..
BalasPadamWaalaikumsalam ciku
Padammasa kekecik, arwah datuk ada bercerita psl Baitullah ditawan penganas
Assallamualaikum Pak Itam,
BalasPadamSatu maklumat yang baik dan terima kasih kerana berkongsi pengetahuan.
Tabiklah akak dengan gambar yg dirakam sekitar kota suci..clear, jelas dan besar scop nya. Bilalah akak nak boleh beli camera mcm tu. Akak memang minat n suka fotografi ni. Lagi satu..polis tak kacau ke bawa masuk camere dalam masjid..
Waalaikumsalam kak nadz
Padamhehehe rezeki saya kak boleh bawak masuk , Allah dah beri kebenaran
saya berangan nak beli DSLR yang baru d600 tu , tapi rasa membazir la pulak sampai ada 2 nanti
akak boleh mula dgn low range DSLR dulu dan harga pun tak berapa mahal
Assalam... terima kasih atas perkongsian kisah ini. tapi pc sy xdpt lihat gambar2 yang dipaparkan. Apa-apa pun mmg bnyk manfaat dari kisah ini...
BalasPadamterima kasih dan wassalam
wana7370
Waalaikumsalam Wana
Padamlaaaa pasal tak boleh keluar gambar ,ada filter kot
tak pernah tau ada berlaku peristiwa berdarah macam ni di tanah haram. thanks bapak..for sharing.
BalasPadamsama2
Padammmg rasanya ramai tak tahu peristiwa hitam tu