بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
255/35 R18 90 Y
255 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter dan jarak diukur dari sisi ke sisi.
35 ialah nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding lebarnya.
Makin besar nombornya, kira makin tinggi tayarnya .Huruf R merujuk kepada binaan tayar radial dan angka 18 pula merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.Maka kalau rim 18 , kenalah gunakan tayar 18 jugak.
Nombor 90 pula melambangkan indeks keupayaan mengangkut berat tayar itu dan berapa laju tayar tersebut boleh menampung maksimun kelajuan kenderaan tersebut . Sebagai contoh, nombor 90 bermakna tayar mampu memikul berat maksimum 475kg. Berat maksimum merujuk kepada setiap tayar, kita perlu mendarabkan empat untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (Contoh: 475 x 4 = 1,900kg)
Huruf Y terakhir menyatakan kelajuan maksimum sesebuah tayar yang direka.Taraf kelajuan Y bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan fungsinya jika kelajuan mencapai sehingga 300 km/j.
Di bawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.
S – 180 km/j
T – 190 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi had laju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j
Pernah terjadi seorang hamba Allah ni dia ganti tayar jenis "U" sedangkan top speed kereta dia boleh cecah 250km/j.Tayar "U" maksimun kelajuan ialah 200km/j dan lebih dari tu dia akan gagal berfungsi. Maka suatu hari dia bawak laju lebih 210km/j dan bila dia brek, habis pecah tayar tu .Nak jimat sikit ganti tayar, dah dengan rim2 kereta semua pecah.Senang cite, kita sesuaikan keadaan tayar dengan kenderaan . Kalau proton pusaka aku yang aku sayangi sangat tu, tak payah pakai yang ada kod "S" pun pasal kereta antik yang aku suka bawak pi noreh tu paling laju aku bawak 100 km/j je pasal dah tua dah umurnya hehehe
Ok,sambung sikit lagi kelas tayar ni
Tarikh tayar tersebut diperanakan boleh dilihat seperti simbol di atas yang tertulis 1811 yang membawa maksud ia diperanakan pada minggu ke 18 tahun 2011. Minggu ke 18 kira minggu ke 2 bulan Mei 2011.
Tarikh tayar tersebut diperanakan boleh dilihat seperti simbol di atas yang tertulis 1811 yang membawa maksud ia diperanakan pada minggu ke 18 tahun 2011. Minggu ke 18 kira minggu ke 2 bulan Mei 2011.
Jadi sebelum nak ganti tayar, kita kenalah tahu serba sedikit ilmu ni dan jangan serahkan bebulat pada kedai yang jika kita tak biasa dan bukan pelanggan tetap, pasti kena kelentong je nanti.
Wokeyyy,ini kira cerita dan foto2nya tahun 2012 kalau tak salah aku dalam bulan Mei kerana masa tu apabila aku perlu ganti tayar tongkang aku tu yang dah berusia hampir 3 tahun lebih dan telah menunjukkan tanda2 kehausan . Tapi tayar aku tu depan belakang tak sama saiz kerana sistem suspensinya ditala dengan M Sports Suspension dan ikut spec yang disyorkan oleh kilang pembuatnya.
Belakang dia pakai : 255/35 R18 90W (RFT)
Depan dia pakai : 225/40 R18 88W (RFT)
Masalahnya lagi hanya 1-2 buah pusat pengantian sahaja yang ada alat untuk bukak dan pasang tayar ni di JB kerana tongkang aku pakai RFT yang bermaksud Run Flat Tyre. Memang kena pakai RFT kerana memang takda tayar spare dalam kereta dan memang semua jenis tongkang ni mcm ni . RFT membawa maksud yang kereta boleh dipandu walaupun tayar bocor dan pancit kerana jenis RFT ni ada kepingan keluli yang melingkari tepi kiri kanan tayar dalam getah tu.
Aku pun emaillah ke sebuah kedai di KL dan ni depa kasi reganya jenis Bridgestone
REAR : 255/35 R18 90W RE050A (RFT) RM3,189/sebiji
FRONT : 225/40 R18 88W RE050A (RFT) RM2,895/sebiji
Alamak, rega yang depa kasi nak sembelih aku dah hehehe
4 bijik dah 12K
CIQ
dah nampak benang besi tu
Kat JB pun lebih kurang juga reganya. Jadi aku email kat sebuah pusat tayar di Temasik yang aku dapat maklumat mengenainya masa aku gugel kat sebuah forum berkaitan kereta lantas depa balas email aku dengan harga yang tak sampai separuh pun rega kat Tanah Melayu.
Masa tu tukaran wang tak salah aku RM 2.30 =SGD1.00
For Bridgestone RE050 Runflat tyres, our current offers are:
225/40/18 Bridgestone (made in Europe) 88W RE050 (RFT)
- $630 per tyre nett
255/35/18 Bridgestone (made in Europe) 90W RE050 (RFT)
- $755 per tyre nett
Jadi kalau dah convert untk 4 biji RM 6371.00
Alternatively we can offer Pirelli P Zero Runflat tyres at:
225/40/18 Pirelli P Zero (made in Europe) 88Y (RFT)
- $440 per tyre nett
255/35/18 Pirelli P Zero (made in Europe) 90Y (RFT)
- $505 per tyre nett
kalau dah convert 4 biji dalam RM 4347.00
All prices quoted are on the condition
for the purchase of a set of 4 tyres, and inclusive of all relevant
taxes, installation, and balancing. We also provide free tyre repair, nitrogen refill and rotation every 10000km for the lifetime of the tyres purchased.
Maka cerita banyak pun tak guna. Di suatu hari yang indah Mei 2012 , aku pun ke sana setelah buat temujanji . Memang azab aku tengok depa nak bukak dan pasang tayar ni walaupun gunakan mesin khas kerana RFT memang keras kebatun kiri kanannya kerana ada kepingan plet besi dalam tu dan sebiji ambil masa 1/2 jam hanya untuk bukak dan pasang . Masa dia bukak tayar belakang, baru perasan yang dah nampak benang kerana sepanjang 3 tahun lebih aku memang tak pernah rotate tayar tu kiri ke kanan dan tak dibuat aligment pun kerana aku jarang bawak tongkang ni dan ia hanya bawak untuk "long distance" je.Bayangkan hampir 4 tahun , perbatuannya baru dalam 40 000 je.Kira setahun aku bawak dalam 10 000 km je.
Aku pilih Pirelli kerana getahnya lebih lembut dan kurang bising sikit berbanding Bridgstone dan walaupun dibuat di Italy, reganya lebih murah sikit dari Bridgestone yang dibuat di Jepun. Jadi untuk 4 biji tu ,dalam 4K lebih je berbanding kat Tanah Melayu hampir 12K reganya . Alhamdulillah, tak payah nak buang duit gitu .Pejam mata dan gesek je cc. Balik nanti ,aku geseklah lebih sikit kat batang pokok getah cover balik hehehe
OK, hanya sekadar bercerita je dan berkongsi sikit pengetahuan dalam mengenali keperluan tayar kenderaan kita yang aku rasa rata2 pasti kita punya kenderaan yang perlu diganti tayarnya apabila tiba masanya .Kan bagus kalau kita hidup mcm zaman Flinstone yang tayar keretanya guna tayar batu hehehe
Lagi pun sekarang aku tengok rega tayar kereta kat Tanah Melayu melambung dan naik macam tak masuk dek akal pulak sedangkan kita antara pengeluar getah utama berbanding negara lain yang pokok getah pun takda hidup sebatang pun kat negeri dia orang, tapi rega tayar mereka lebih murah hampir separuh tak kira apa jenis tayar pun.
Entahlah .........
Salam bapak. Pingsan saya mendengar rega tayar tongkang bapak. Harga kat Tanah Melayu saya dah pingsan, harga Temasik pun saya pingsan. Ni bangun sat untuk komen, lepaih ni saya sambung pingsan balik, kehkehhh..
BalasPadamBapak, mintak izin nak save gambaq pertama tu buat rujukan diri sendiri di masa depan?
Waalaikumsalam
BalasPadamciku nak pengsan, bapak pula nak pitam kena noreh 2 shif nak cover balik hehehe
kalau bukan RFT , kira separuh je rega tu , tapi dah tongkang tu mmg jenis pakai RFT dan takda tayar spare . Tempat tayar spare pun takda. Namun pakai RFT tu demi keselamatan jugak kerana kekadang kat highway tertekan minyak sampai 230km/j juga hehehe
ambiklah buat pedoman , halal hehehe