WARGA SCP

Ahad, September 29, 2013

JDT vs TRW : NAK TENGOK ATAS KATIL KE ATAU LIVE KAT STADIUM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


 tempat duduk terbuka di seberang sana

Macam biasa pagi sabtu semalam , kami dok pi "mempasartanikan diri" . Tapi aku dok ajak mak itam pi awal sikit kerana malam sabtunya nanti ,pertandingan suku akhir Piala Malaysia  antara JDT vs Kelantan akan berlangsung di Stadium Dato' Hj Hassan Yunos tepi pasar tani tu je.

Pasti sukar nak dapat parking kereta kerana sebahagian parking pasti dah terpacak gerai yang banyak menjual jersey dan segala yang bersangkutan . Mereka ni biasa dah cop tempat tu utk gerai mereka sehari sebelum perlawanan. Siapa cepat dia dapat.

tempat penyokong TRW
polis jadi zon pemampan

disiarkan secara langsung
di Astro Arena

Betul sangkaan ku. "Cempedak dah jadi nangka". Masa aku sampai jam 7 lebih, penuh deretan kereta kiri kanan jalan. Ada petua sebenarnya nak dapat parking dan lepas baca ayat tu, kita serah je pada Allah S.W.T. Aku turunkan Mak Itam dulu tepi jalan sambil aku buat u turn kat depan dan Alhamdulillah , ada parking kat depan berdekatan jalan masuk ke pasar tani tu. 

Kalau parking jejauh , susah sikit pasal nak mengangkut beg yang berat dengan segala bagai lauk yang biasa kami beli untuk bekalan seminggu. 

Lepas siap je semua urusan di pasar tani, mak itam dok ajak aku jalan pi lihat gerai yang jual jersey dan macam-macam lagi tu . Masa tu dah kul 8.15 pagi . Aku lihat orang dah beratur kat 4 buah kaunter jual tiket kat stadium. Kami dok tengok punya tengok , lelama terus kami pun beratur sama hahaha

Luaskan Kuasamu Johor

lautan merah biru

pegawai polis dok mata melingas


Sebenarnya Mak Itam lagi minggu lepas dah ajak aku pi nengok match malam ni. Tapi aku berbelah bagi pasal aku rasa nak tengok sambil baring dari atas katil je dalam bilik dengan melayan sejuk aircond sambil golek-golek dengan batal peluk busuk  aku . Tapi tarikan untuk nonton "live" di stadium malam tu kuat sekali pasal lawan Kelantan. Pasti "match" malam ni hebat dan menghiburkan. 

Barisan dah panjang jugak dalam 4 "line" pagi tu . 8.30 pagi kaunter tiket dibuka. Hampir sejam juga baru tiba giliran kami berdua . 2 keping tiket grand stand berharga RM20 sekeping menjadi milik kami. Nampak gaya ke stadium lah kami petang ni.

Pasal nak tengok bola malam ni, aku kasi rehat sama mak itam. Hari ni tak payah masak. Ikan dan semua lauk tadi simpan je dalam peti sejuk. Menyinggah kami ke Kg Melayu yang terkenal dengan syurga makanan kerana banyak gerai dan kedai di sana. 10.30 pagi , kami kira makan tengahari terus merangkap sarapan pagi .

Makan di Restoran Teratak Warisan Bonda yang terkenal di Kg Melayu . Masakan mereka bermacam2 dengan lauk pauk dan murah berbeno. Aku makan babat masak lemak , pegedil, sayur dan peha ayam goreng berempah baru RM5.50 je

Mana nak cari rega mcm ni lagi dan masakan mereka berasa mcm kita makan kat rumah .

jam dia tetap tak betul hehehe
aku suruh ganti bateri, depa tak ganti hehehe

stadium hampir penuh dah


penyokong TRW

Lepas asar kul 4.30 ptg , kami dah bertolak dari High Castle ke Larkin. Perjalanan hampir sejam walaupun hanya dalam 30 km je kerana biasalah jalan ke sana di area Tampoi tengah banyak dalam pembinaan . Parking kat Sekolah Agama tepi stadium cuma RM5.00 je kerana sambil parking, kira beramal sekali kerana kutipan parking dimasukkan ke dalam tabung sekolah mereka.

Pukul 6 kami terus masuk ke stadium kerana kalau lambat, nanti tak dapat tempat duduk yang "baik punya" . Kalau nonton kat grand stand, senang sikit pasal surau kat bawah je . Senang nanti bila magrib tiba . 

Alhamdulilah.

Sebelum tadi mcm biasa , bekalan jajan kami dah beli kat 7E. Sambil nunggu sepak mula, boleh mengunyap . Stadium masa tu kat tempat duduk tiket terbuka aku lihat dah penuh dengan lautan merah biru. Aku rasa malam ni memang penuh stadium kerana perlawanan malam ni kira macam misi membalas dendam akibat kekalahan dalam Final Piala FA hari tu kat Bukit Jalil.



pemain-pemain cilik

depa dok buat roket kertas
mengapa ?????
nanti aku cerita di n3 seterusnya









   bendera Johor berdiri megah
baju hitam tu B.O.S a.k.a Boys of Street
Depa tu yang menyanyi dari mula sampai habis
menaikkan semangat pasukan

4 ulasan:

  1. Assalam bapak. Tengok bola lagi na, minat sungguh2. Comei pemain2 cilik tu. Seronokla Mak Itam tak payah masak pada hari nak pi tengok bola, hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      saja sesuka sambil berendut dgn mak itam hahaha
      kasi cuti masak sabtu dan ahad sekali hehehe

      Padam
  2. apa petua nak dapat parkir tu bapak?...kongsi la sket...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe petuanya pooo kanan pooooo kiri je hehehe

      amalannya baca al fatihah dan selawat 3 kali atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dan diikuti dengan tawakal kepada Allah seerta minta dipermudahkan

      tu je saya saya sering amalkan dan insyallah

      Padam