WARGA SCP

Khamis, Januari 02, 2014

PULAU MUTIARA : 6 FLOOR VICTORY ANNEXE

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

 
Tetamu hotel yang menginap di Heritage Wing juga diberi akses penuh untuk menggunakan kemudahan baru yang terdapat di Victory Annexe. Pool,spa,sauna dan gym terletak di tingkat 6 Victory Annexe .

Kalau Heritage Wing 100% dengan gaya klasik, Victory Annexe pula dengan gaya klasik moden .Biasalah, sebagai langkah2 keselamatan, nak naik atas perlukan kad kunci untuk menaiki lif. Kalau kad Tesco  ke atau kad Jusco memang tak boleh hehehe



Apa yang boleh aku perkatakan , memang selesa, aman, damai bila berada kat atas ni. Entahlah, aku memang jenis kurang selesa sikit bila suasana terlalu hiruk pikuk . Jadi bila dapat situasi begini, aku rasa tenteram. Agaknya pasal dulu kan aku pernah mengajo kelas malam kanak-kanak tua geng Pak Abu tu ,tu yang fobia kot hehehe

Tapi yang bestnya bila berada kat Tanah Suci Makkah yang terlalu padat dan hiruk pikuk, aku memang rasa seronok pula. Itulah antara keistimewaan Tanah Suci Makkah dan Madinah yang Allah bagi . Walaupun keadaannya yang sesak barat, tapi manusia tetap nak pegi ke situ .





Kerana kawasan ini terletak di tingkat 6, maka suasana dan panoramanya agak unik dan kelihatan menarik bila berada dalam kolam renang, Seakan-akan pool tu bersambung dengan laut dan saujana mata memandang. Tapi bagi yang niat nak terjun terus ke bawah, tak boleh wooooo

Pasal terdapat ruang pemisah yang agak jauh jugak sebenarnya antara pool tu dengan tebing dinding tu. Kalau tak , mau tengah kuak lentang terus kuak lentang ke bawah dan tak sempat mengucap.

Kebanyakan hotel-hotel atau resort yang baru dibuka akan kelihatan baru dan menarik untuk 2-3 tahun pertama dan masuk tahun ke 4 , keadaannya dah macam tiada maintenence dan kurang terurus dan termasuklah tahun-tahun yang akan datang dan hinggalah mereka menukar towkey atau pengurusan baru .Aku katakan begitu pasal aku pernah menginap di Avillion Resort yang katanya 5 star, tapi keadaan dalam biliknya dah lusuh sangat dari segi perabutnya, lantainya . Nanti aku ceritakan dalam n3 aku akan datang. 

Tapi bagi E n O ni, lagi dulu hingga sekarang dah berpuluh-puluh tahun sejak kewujudannya, memang maintain dari segala segi menjadikan ia dapat mengekalkan prestasinya hingga kini.

Insyallah kalau lain kali diizin Allah dan ada rezeki aku ke Pulau Mutiara, aku akan menginap pula di bahagian Victory Annexe E n O ni.










4 ulasan:

  1. salam bapak...amvoi..amvoi..amvoi...jeles tau~ tu harga semalam pun boleh buat saya terbatuk-batuk 3 hari 3 malam..hehe. infinity pool tu kan...awesome sangat pemandangannya. perumahan yang landed/gated next to straits quay tu ke yang bapak maksudkan...? situ memang best...tenteram je..tapi harganya....huhu...usah ditanya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      gesek je cc bila nak check out, lepas tu geseklah lebih sikit pokok getah nanti bila balik hehehehehe

      bapak ada dok tanya, ada seunit yang reganya 2j hehehe
      Tapi suasana kat situ mmg aman dan tenteram

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    gabungan hasil tangan manusia dgn alam semula jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam atok

      victory annexe tu baru dibangunkan

      Padam