WARGA SCP

Rabu, Januari 22, 2014

PART 76 USA : AROUND DOLBY THEATRE, HOLLYWOOD

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
selalu red carpet kat sini
aku datang "no carpet"


6801 Hollywood Blvd, Hollywood, CA 90028, United States

Dolby Theatre yang dulunya dikenali dengan nama Kodak Theatre merupakan sebuah auditorium yang terkenal di US kerana disitulah saban tahun Grammy Awards Ceremonies diadakan . Lepas aku merempit kat kat Hollywood Blvd tadi mengendap paparazi, aku teruskan langkah aku merayau di kawasan sekitaran Dolby Theatre pula.Tak jauh ,hanya sepelaung je dari Walk of Fame yang terkenal tu.

Aku tak masuk pun kat dalam . Kalau nak masuk dalam kena ikut tournya dan beli tiket serta akan dibawa oleh pegawai mereka dalam 30 minit untuk meninjau dalaman Dolby Theatre serta melawat ruang VIP  . Jadi aku hanya melepak di bahagian luarnya sambil hirup udara pagi yang segar dan nyaman .Katanya dalamnya beso sesungguh dan cantik .




Cuaca pagi cerah dan dingin. Tapi dingin di Los Angeles tak sedingin di New York bila tiba musin sejuk. Sesejuk ni biasalah , teringat kat teh tarik dan keenakkan nasi lemak dengan sambal sotong dan telur mata lembu yang dah hampir dua minggu tak jumpa. Selalunya kalau ada rezeki bercuti ke luar negara, kebiasaannya aku angkut sekali "mini rice cooker" tu serta bahan makanan yang dah siap dalam pek-pek tu . Tapi entah macam mana kali ni ke US, aku langsung tak tergerak bawak benda alah tu. Cuma aku bawak "maggi in my cup" je .

Jadi masuk minggu ke 2 aku kat sini, aku dah mula teringat nasi. Kata orang utara "kebuloq nasi".Corak pemakanan aku berubah 360 darjah di sini. Sarap pagi dengan roti dan telur , pankek dan sewaktu dengannya seperti cereal disamping buah-buahan. Memanglah memacam makanan disediakan kat hotel semasa bersarapan, tapi yang pasti tak halal.

Kalau tengahari aku dok makan kat Pizza Hut jika berkesempatan menyinggah dan makan 100% vegetarian pizza . Sebelum tu puaslah tanya bahan-bahan yang mereka gunakan dan lepas puashati, tawakkal pada Allah dan berserah setelah melakukan apa yang termampu dan sepatutnya.


Sign Hollywood yg terkenal jelas kelihatan dari sini
terletak di Mount Lee
Panjangnya 450 kaki serta tinggi tulisan tu 45 kaki

Seingat aku masa ke Africa dulu, aku angkut satu beg penuh dengan bekalan makanan dan takda masalah nak makan kat sana masa tu.Masa tu kat 3 minggu juga aku di sana. Masa pi Turkey pula,yang rata-rata 99% menjual makanan halal dan boleh lengang kangkung tak payah bawak apa2 bekalan makanan ke sana. Kalau di UK terutama di London , bersepah kedai jual makanan halal . Sebut dan carilah nak makan apa di sekitar London.Kebab , beriyani, tandori, lempeng . Semua ada . 

Tapi kat US ni memang susah sikit . Maka oleh sebab tak jumpa nasi, berat aku pun turun jugak dalam 3-4 kg.Wah, ini sudah bagus. Boleh jadikan alasan nak ke US lagi pasal nak turunkan berat badan dengan pantas tanpa bersenam hahahahaha


selai USD 5.99 ,beli tiga hanya 12.99



baik punya spot utk rakamkan mercu tanda Hollywood

Sambil rayau-rayau kat sini, leka aku dok melayan  dslr aku merakamkan panorama sekitarannya yang tenteram. Aku dok lihat apalah yang dibuat dek pengunjung kat atas tu. Rerupanya depa dok ambik gambar mercutanda Hollywood yang terkenal tu . Tulisan HOLLYWOOD kat lereng bukit jelas kelihatan dari sana. Aku macam nak naik je, tapi malas lah pulak. pengabis aku shoot dari bawah je .

Puas lepak kat situ , aku pun mula beredar semula ke Walk of Fame kerana depa ada minta aku tinggalkan cop tangan dan kaki aku kat situ sebagai kenangan-kenangan kerana mereka menyangka aku filem star terkenal hehehe



senibina mirip senibina egypt




El Capitan Theatre yang terkenal di seberang sana

tu drebar hip hop aku dok laung nama aku "Papa Black,Papa Black"
ajak round sekitar town
 

Rabu, Januari 15, 2014

PART 75 USA : PAPARAZI AT HOLLYWOOD BLVD

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

kalau kat Tanah Melayu ni
takde makna signboard ni
yang duduk lorong kiri pun tetiba sesuka je belok kanan dan sebaliknya
tak ikut lane
kat Tanah Melayu "ONLY' tu kena tukar "WHATEVER" hehehe

Aku pun tak pasti bilalah aku boleh habiskan catatan perjalanan aku ke Pantai Barat US ni. Masuk tahun ke-6 aku menulis di SCP sejak 2009 lagi, kekadang mood nak menulis ni entah ke mana-mana. Namun aku kekadang cari masa jugak untuk menulis .

Aku menulis bukan kerana nama , sekadar mencoret catatan perjalanan buat diri aku . Esok kalau dah tua , boleh jugak aku baca balik apa yang dah aku lalui suatu ketika dulu. Masa tu agaknya kalau panjang umur, tangan dah ketar kot hehehe

OK, suatu pagi yang indah ketika aku berada di LA California , aku dah dok setat motor dan pi merempit hinggalah aku sampai ke kawasan tarikan pelancong yang utama kalau berada di Los Angeles.Aku rantai motor aku kat tiang dan menapak ke kawasan pusat bandarnya . Kat situ ada Walk of Fame, ada Madam Tussaud dan deretan kedai menjual sorvenier.



Kerana menjadi kawasan tarikan utama pelancong, maka kat situ agak havoc sikit. Jangan terperanjat kalau kita terserempak dengan bukan sorang spider man, malah ada 3-4 spider man kat situ . Mereka ni semua cari makan dengan pakai costume dan kalau bergambar bersama mereka, sedekahlah bang sedollar dua.

Sebenarnya bukan hanya spider man, semua watak utama ada kat situ. Pilihlah yang mana kita berkenan. Salah satu tujuan aku ke sana ialah nak cari sikit sorvenir dan t-shirt yang melambang identiti LA. Rayau-punya rayau, aku jumpa sebuah kedai kat tepi antara persimpangan Hollywood Boulevard ni.

Macam-macam ada kat situ . Aku sebagai peminat koleksi zippo capailah 1-2 bijik zippo . Rega bermula dari USD 22.90 hingga USD 29.90 ikut design. Baru RM60.00 . Murah apa dan boleh buat bisness pasal kat Tanah Melayu dalam lingkungan Rm 145.00 sebijik zippo yang mempunyai design yang menarik.

Tapi yang bestnya bila aku tawar reganya yang rasanya tak pernah dibuat orang kalau di US, towkey kedai tu boleh kasi discount pulak hehehe

parking kat atas bukit jauh sikit
kat depan jalan utama mana ada parking



Mak Itam pula dok capai gelas-gelas kecil dan fridge magnet yang cantik-cantik. Lama jugak aku kat kedai tu dalam sejam jugak . Sementara mak itam masih kat dalam kedai, aku dok melilau kat luar sambil cari angle yang menarik pada pandangan mata aku .

Lalu aku terpandang kat simpang utama Hollywood Blvd tu sorang mat salleh dok terpacak bebetul kat simpang jalan dengan DSLR siap pakai tripod lagi . Nak kata pelancong ambik gambar ,aku lihat dah berejam rasanya dia tunggu kat situ.

Seberang jalan pula ada lagi seorang yang bawak dan usung perakam video . Kejap lagi entah apa yang dia nampak, meluru berlari ke depan dan tetiba berhenti. Opssssss salah orang kot.

Rupa-rupanya inilah yang dikatakan Paparazi. Yang pasti jalan yang depa lepak ni tentu merupakan jalan yang sering dilalui oleh para bintang film Hollywood. Paparazi ni cari makan dengan merakamkan foto-foto dan juga video terkini lalu menjualnya kepada majalah atau stesyen TV yang sanggup membayar dengan harga yang mahal.

Aku pun nak jadi paparazi jugaklah kat Tanah Melayu, dapat jual sekeping foto ekslusif yang reganya 3-4 ribu, berbaloi wooooo

Tapi persoalannya, siap yang aku nak skodeng hahahahaha

kedai sorvenir berderet kiri-kanan

tu lagi sorang dok usung kamera perakam
kat depan tu

aku pulak terus zoom sekodeng dia yang tengah berlari
ke depan

paparazi ni dok berejam kat situ
mata melinggas je
takut terlepas moment yang sepatutnya

Ahad, Januari 12, 2014

PART 74 USA : ANGAN-ANGAN TAK PERLU KELUAR ONGKOS

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Aku dah mula berangan dan merancang nak ke US lagi . Tapi tak tahulah bila gamaknya samada hujung tahun 2014 ni ke atau 2015. Visa US aku lagi 8 tahun mati .Ikut perancangan awal  mac ni , mak itam nak lawat Mikey kat Tokyo , tapi si akak pulak ada kelas, adik pulak nanti SPM punya result pulak keluar dan kalau ada rezeki nak siapkannya pula utk "futher study."Jadi semua kansel, alang-alang , baik terus lawat Mikey kat Orlando nanti. Tu sebab aku kena lainkan dari sekarang sikit demi sedikit kepala agong hasil jualan getah tu pasal utk 2-3 minggu di sana termasuk flight tiket , hotel , entrance fees, sewa kereta, domestik fligt campur shopping moping mau 40-50 k utk berdua.

Takpelah, nama pun  perancangan dan angan-angan. Jadi perancangan dan angan-angan tak perlu keluar ongkos hehehe

Dah jadi kenyataan nanti , lain cerita.

indah dunia ciptaan Allah
ALLAHUAKHBAR

Kali ini kalau diizin Allah, aku nak menjelajah ke bahagian Timur US pula yang akan bermula dari JFK Airport di New York. Tapi perancangan teliti perlu dilakukan dari sekarang dan yang paling penting kepala agong tu cukup . Kalau tak, angan-angan akan tinggal angan-angan je. Macam aku cakap tadi , masalah sekarang ialah nilai RM aku lihat makin merudum berbanding matawang asing.

Dalam pada merancang angan-angan, aku dah mula buat homework dan gogel kat internet.  Jadi aku akan highlightkan tempat-tempat  menarik dan aku akan masukkan dalam perancangan angan-angan aku dan jadual aku sendiri tempat-tempat menarik tu. Senang kerja sikit dan tak payah nak pening-pening kepala . 

Kira kena buat persiapan teliti dan rapi macam aku pi Afrika tahun 2010 lalu. 

foto ni terlalu indah panoramanya buat aku
dah macam wallpaper kat pc pulak

Aku harap angan-angan aku ni dapat memberi ilham pada sesiapa nak ke Timur US dan angan-angan aku ini sedikit sebanyak dapat membantu http://ibumommymum.blogspot.com/ yang pernah meminta sedikit info sekiranya nak ke Timur US. 


Antara destinasi wajib yang perlu pergi jika ke Timur US adalah Orlando, Florida  kerana kat situ terdapat Disney World yang ada 4 taman tema utamanya iaitu Magic Kingdom, Epcot, Disney's Hollywood Studio dan Disney Animal Kingdom.

WALT DISNEY WORLD kat situ memang besar dan macam biasa, antara benda menarik kat situ seperti Magic Kingdom Pirates of the Caribbean kat Adventureland, Mickey’s PhilharMagic ,Peter Pan’s Flight kat Fantasyland, Big Thunder Mountain Railroad , Splash Mountain kat Frontierland dan banyak lagi.

suasana kat Disneyland

Di Animal Kingdom pula, antara  yang menarik ialah The Tree of Life kat The Oasis, Kilimanjaro Safaris Expedition kat Africa dan banyak lagi sebenarnya

Kat Orlando jugak , terdapat Universal Studio.Rasanya kalau berpeluang ke situ, mau 2-3 hari dihabiskan di Orlando.Cuma aku tengah rancang samada nak terbang dengan domestik fligt dari New York ke Orlando , Florida ke atau sewa kereta atau naik harley  dan  jalan ikut rasa hati hehehe

longhaul fligt tu US around 15- 24 hours
depends on flight operator

Kalau gunakan kenderaan darat boleh nyinggah ke Cape Canaveral yang terletak antara perjalanan antara Orlando dan Miami . Jadi boleh nyinggah ke Kennedy Space Center dan ikuti Cape Canaveral Tour ,NASA’s Launch Headquarters, boleh tonton IMAX berkaitan penjelajahan ke angkasa lepas dan juga and melawat US Astronaut Hall of Fame. Tak ketinggalan boleh lihat sendiri Apollo/Saturn V Center sebelum tengok New Space Shuttle Atlantis Exhibit yang dah 33 kali kelililing orbit dan akhirnya diletakkan di situ setelah ditamatkan perkhidmatannya.

Dalam angan-angan aku tu juga, aku masukkan Miami sebagai tempat menyinggah nanti kerana aku nak rasai satu pengalaman unik menyusuri jambatan yang panjang dan banyak menuju Florida Keys dan dan rakamkan panorama alam atas jambatan sepanjang 7 batu tu katanya menuju Florida Keys di bahagian baratnya.Kat situ katanya permandangan matahari terbenam memang terlalu indah.Namun dari Miami ke West Keys, jaraknya agak jauh dalam 260 km juga.

Miami sebenarnya dah dekat dengan sempadan Cuba. Jadi boleh aku nanti rasakan pengalaman di Calle Ocho atau nama glamournya Little Havana  untuk melihat sendiri budaya  Hispanic dalam kehidupan moden masyarakat Miami.Sambil tu bolehlah rasa cerut cuba yang terkenal tu hahaha

nak lagi thrill,ronda East Us nak kepala treler je

Dah sampai Miami ,boleh nanti ikut  Everglades Tour Drive melaui  Coconut Grove sebuah kawasan perkampungan urban sebelum tiba di Everglade dan ikuti pula Airboat Tour yang meredah kawasan paya dan sunggai yang kaya dengan hidupan liar seperti buaya dan burung yang jarang kita temui.


Dah puas bercanda di Miami, balik semula nanti ke New York dan macam biasa acara yang ditunggu adalah pi soping di "Biggest Outlet Mall in The Whole of USA with 220 outlet stores ." iaitu Woodbury Commons Premium Outlet. Masa tu rasanya beg dah mula beranak hahaha

Kat New York City pula, boleh pi  China Town, Rockefeller Center, Wall Street, Ground Zero,  United Nations, Times Square, Fifth Avenue serta naik ke tingkat atas Empire State Building.

Washinton DC dah tak jauh rasanya dari New York . Nanti di sana boleh pi The Old Capitol , Independence Hall, Liberty Bell dan US Largest Mint langsung ke White House, Capitol Hill, Jefferson Memorial , Lincoln Memorial, Vietnam and Korean War Memorials, dan "most popular museum in town" iaitu National Air and Space Museum.Kalau sempat boleh cuba Liberty Island Cruise.

Lepas tu kalau diizinkan Allah, aku masukkan sekali dalam angan-angan aku nak ke Providence, Rhode Island untuk program jejak kasih hehehehe

aku berangan nak 
ronda US berdua
naik Harley

Opppppppppppppppppppsssssssssssss

Terlebih sudah dan terpanjang sudah senarai angan-angan aku hehehehehe

Ada sesiapa nak ikut serta dalam angan-angan aku ni , sila angkat tangan dan daftar di www.angan-angantakperlukeluarongkos.com

Angan-angankan, tak perlu keluar ongkos hehehehe


Khamis, Januari 09, 2014

PULAU MUTIARA : ANOTHER BLUE HOUR MOMENT

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH



Memang dah namanya nak rehat , nak relax dan nak mengendurkan segala urat serta tulang menulang yang bekerja sepanjang tahun, maka memang aku hanya banyak habiskan masa di persekitaran penginapan.

Alhamdulillah, tahun 2013 yang lalu, pinggang dan sakit belakang aku tak banyak buat kerenah. Jadi segala kerja punggah-memunggah getah ojol dapat aku lakukan . Dulu masa tengah muda belia, masa angkat getah ojol tak ingat dunia dan tak ikut cara yang betul. Main bongkok je dan angkat yang kekadang melebihi berat hampir 40kg. Tapi semenjak belakang aku meragam beberapa tahun yang lalu, aku angkat gunakan teknik yang betul. Duduk dan cangkung dulu, baru angkat dengan kekedudukan badan yang betul.

OK, aktiviti santainya sebelum sarapan kat Sarkies ialah menggunakan kemudahan di gym yang tersedia. Bakar sikit kalori atas treadmeal dan angkat semua besi yang ada kat dalam tu hehehe

Sauna pun ada kat situ. Lepas tu pi kuak lentang dalam pool .






Bercerita pasal kual lentang dalm pool, masa kecil ku kebanyakkannya dibesarkan di kawasan persisiran laut . Arwah bapak aku kan tekong bot kastam . Maka kuarters kastam memanglah berdekatan dengan pengkalan Marin . 

Aku pun kan dilahirkan di Port Swettenham . Masa aku kecik dan tinggal di Kuaters Kastam Tanjung Puteri, berdekatannya terletak sebuah bukit kawasan lapang yang sangat luas . Kira kawasan tu diliputi tanah merah . Kat tengah-tengahnya ada kolam yang cetek. Itulah tempat aku mengasah bakat ku menyelam dan berenang .

Kalau takde buat apa, memang aku berdua ke situ dengan kawan aku bernama Padil. Masa tu aku belum sekolah rendah lagipun. Biasalah budak kecik belum mumaiz, mandi bogel kontang kanting hehehe

Puas belajar menyelam dan berenang ,sarung baju dan seluar baru balik rumah , tu pun pasal lapar. Yang tak tahannya, bila dah kering , habis semua muka dan badan macam tepung kormak.Manakan tidak, kawasan tu memang kawasan tanah merah dan kolamnya penuh selut hehehe

Dah berani dan pandai sikit, barulah aku berani pula pi belajar renang kat pantai Selat Tebrau seberang kuaters kastam tu je .




Ok , kalori dah bakar kat gym dan pool, maka sessi sarapan pagi barulah berselera . Sejam dok ambik breakfast sambil duduk-duduk. Tengahari pula pasal kenyang lagi ,maka petang sikit baru jalan kaki rentas depan tempat penginapan tu  lalu baru pekena makan tengahari yang dah petang pun.Tu kira merangkap makam malam sekali.

Tak jauh dalam 5-6 minit jalan ,Restoran Sup Hameed ada,Nasi Kandar Line Clear ada. Tu yang buat aku suka pi lepak-lepak kat Penang. Sepanjang Lebuh Penang tu,terdapat banyak tempat makan . Aku jenis makan tak kisah, warong ke , restoran ke,bawah pokok ke , asal kena tekak dan sedap serta halal, dah bersyukur sangat.

Memang kunjungan aku kali ini ke Penang tak merayau kat mana pun. Memang nak relax dan rehatkan badan macam aku katakan.Lagi pun sebenarnya masa tu, aku baru baik demam . Alhamdulillah, ada masa aku akan jejakkan kaki lepak-lepak kat Pulau Mutiara ni.

Insyallah


gym lama di Heritage Wing