WARGA SCP

Ahad, Januari 12, 2014

PART 74 USA : ANGAN-ANGAN TAK PERLU KELUAR ONGKOS

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Aku dah mula berangan dan merancang nak ke US lagi . Tapi tak tahulah bila gamaknya samada hujung tahun 2014 ni ke atau 2015. Visa US aku lagi 8 tahun mati .Ikut perancangan awal  mac ni , mak itam nak lawat Mikey kat Tokyo , tapi si akak pulak ada kelas, adik pulak nanti SPM punya result pulak keluar dan kalau ada rezeki nak siapkannya pula utk "futher study."Jadi semua kansel, alang-alang , baik terus lawat Mikey kat Orlando nanti. Tu sebab aku kena lainkan dari sekarang sikit demi sedikit kepala agong hasil jualan getah tu pasal utk 2-3 minggu di sana termasuk flight tiket , hotel , entrance fees, sewa kereta, domestik fligt campur shopping moping mau 40-50 k utk berdua.

Takpelah, nama pun  perancangan dan angan-angan. Jadi perancangan dan angan-angan tak perlu keluar ongkos hehehe

Dah jadi kenyataan nanti , lain cerita.

indah dunia ciptaan Allah
ALLAHUAKHBAR

Kali ini kalau diizin Allah, aku nak menjelajah ke bahagian Timur US pula yang akan bermula dari JFK Airport di New York. Tapi perancangan teliti perlu dilakukan dari sekarang dan yang paling penting kepala agong tu cukup . Kalau tak, angan-angan akan tinggal angan-angan je. Macam aku cakap tadi , masalah sekarang ialah nilai RM aku lihat makin merudum berbanding matawang asing.

Dalam pada merancang angan-angan, aku dah mula buat homework dan gogel kat internet.  Jadi aku akan highlightkan tempat-tempat  menarik dan aku akan masukkan dalam perancangan angan-angan aku dan jadual aku sendiri tempat-tempat menarik tu. Senang kerja sikit dan tak payah nak pening-pening kepala . 

Kira kena buat persiapan teliti dan rapi macam aku pi Afrika tahun 2010 lalu. 

foto ni terlalu indah panoramanya buat aku
dah macam wallpaper kat pc pulak

Aku harap angan-angan aku ni dapat memberi ilham pada sesiapa nak ke Timur US dan angan-angan aku ini sedikit sebanyak dapat membantu http://ibumommymum.blogspot.com/ yang pernah meminta sedikit info sekiranya nak ke Timur US. 


Antara destinasi wajib yang perlu pergi jika ke Timur US adalah Orlando, Florida  kerana kat situ terdapat Disney World yang ada 4 taman tema utamanya iaitu Magic Kingdom, Epcot, Disney's Hollywood Studio dan Disney Animal Kingdom.

WALT DISNEY WORLD kat situ memang besar dan macam biasa, antara benda menarik kat situ seperti Magic Kingdom Pirates of the Caribbean kat Adventureland, Mickey’s PhilharMagic ,Peter Pan’s Flight kat Fantasyland, Big Thunder Mountain Railroad , Splash Mountain kat Frontierland dan banyak lagi.

suasana kat Disneyland

Di Animal Kingdom pula, antara  yang menarik ialah The Tree of Life kat The Oasis, Kilimanjaro Safaris Expedition kat Africa dan banyak lagi sebenarnya

Kat Orlando jugak , terdapat Universal Studio.Rasanya kalau berpeluang ke situ, mau 2-3 hari dihabiskan di Orlando.Cuma aku tengah rancang samada nak terbang dengan domestik fligt dari New York ke Orlando , Florida ke atau sewa kereta atau naik harley  dan  jalan ikut rasa hati hehehe

longhaul fligt tu US around 15- 24 hours
depends on flight operator

Kalau gunakan kenderaan darat boleh nyinggah ke Cape Canaveral yang terletak antara perjalanan antara Orlando dan Miami . Jadi boleh nyinggah ke Kennedy Space Center dan ikuti Cape Canaveral Tour ,NASA’s Launch Headquarters, boleh tonton IMAX berkaitan penjelajahan ke angkasa lepas dan juga and melawat US Astronaut Hall of Fame. Tak ketinggalan boleh lihat sendiri Apollo/Saturn V Center sebelum tengok New Space Shuttle Atlantis Exhibit yang dah 33 kali kelililing orbit dan akhirnya diletakkan di situ setelah ditamatkan perkhidmatannya.

Dalam angan-angan aku tu juga, aku masukkan Miami sebagai tempat menyinggah nanti kerana aku nak rasai satu pengalaman unik menyusuri jambatan yang panjang dan banyak menuju Florida Keys dan dan rakamkan panorama alam atas jambatan sepanjang 7 batu tu katanya menuju Florida Keys di bahagian baratnya.Kat situ katanya permandangan matahari terbenam memang terlalu indah.Namun dari Miami ke West Keys, jaraknya agak jauh dalam 260 km juga.

Miami sebenarnya dah dekat dengan sempadan Cuba. Jadi boleh aku nanti rasakan pengalaman di Calle Ocho atau nama glamournya Little Havana  untuk melihat sendiri budaya  Hispanic dalam kehidupan moden masyarakat Miami.Sambil tu bolehlah rasa cerut cuba yang terkenal tu hahaha

nak lagi thrill,ronda East Us nak kepala treler je

Dah sampai Miami ,boleh nanti ikut  Everglades Tour Drive melaui  Coconut Grove sebuah kawasan perkampungan urban sebelum tiba di Everglade dan ikuti pula Airboat Tour yang meredah kawasan paya dan sunggai yang kaya dengan hidupan liar seperti buaya dan burung yang jarang kita temui.


Dah puas bercanda di Miami, balik semula nanti ke New York dan macam biasa acara yang ditunggu adalah pi soping di "Biggest Outlet Mall in The Whole of USA with 220 outlet stores ." iaitu Woodbury Commons Premium Outlet. Masa tu rasanya beg dah mula beranak hahaha

Kat New York City pula, boleh pi  China Town, Rockefeller Center, Wall Street, Ground Zero,  United Nations, Times Square, Fifth Avenue serta naik ke tingkat atas Empire State Building.

Washinton DC dah tak jauh rasanya dari New York . Nanti di sana boleh pi The Old Capitol , Independence Hall, Liberty Bell dan US Largest Mint langsung ke White House, Capitol Hill, Jefferson Memorial , Lincoln Memorial, Vietnam and Korean War Memorials, dan "most popular museum in town" iaitu National Air and Space Museum.Kalau sempat boleh cuba Liberty Island Cruise.

Lepas tu kalau diizinkan Allah, aku masukkan sekali dalam angan-angan aku nak ke Providence, Rhode Island untuk program jejak kasih hehehehe

aku berangan nak 
ronda US berdua
naik Harley

Opppppppppppppppppppsssssssssssss

Terlebih sudah dan terpanjang sudah senarai angan-angan aku hehehehehe

Ada sesiapa nak ikut serta dalam angan-angan aku ni , sila angkat tangan dan daftar di www.angan-angantakperlukeluarongkos.com

Angan-angankan, tak perlu keluar ongkos hehehehe


5 ulasan:

  1. bestnya angan2 pak itam. sy pun kalo ade rezeki nk buat plan mcm ni jugak. insyaALLAH. angan2kan free...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah
      angan2 free tak payah bayar hehehe

      jom John, kita pi US hujung tahun ni ,

      Padam
  2. kekadang angan2 leh jd kenyataan...cuma cepat dan lambat aje..kan kan kan

    taj pun nak terbang ke US, tp x tahu bila...nak visit org tercinta di Georgia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu dia Taj, jauh tuu Georgia hehe

      lps angan2 , baru prepared .masa tu baru semangat sikit dan sampai masa terus terbang je hehe

      nak pegi ke tidak, nak pegi ke tidak hehehe

      Padam
  3. Asalamualaikum Pak Itam...

    bestnyer.. angan2 yang pasti menjadi kenyataan... klu angan2 pak Itam nie.. menjadi realiti aci tak nak join skali... tersimpan angan2 yg belum kesampaian...

    BalasPadam