WARGA SCP

Selasa, Ogos 05, 2014

EDISI RAYA : KETUPAT RENDANG DAN SEWAKTU DENGANNYA

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

Masa begitu pantas berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari . Rasanya baru je mula puasa 1 Ramadhan, tup-tup, 1 Syawal mengetuk kembali dengan sambutan Aidil Fitri yang merupakan hari kemenangan buat umat islam dan tentu yang berjaya melalui puasa dan dahaga dengan erti kata sebenar seperti yang dituntut oleh Islam sungguh bertuah. Insyallah.

Jumaat lalu , dua hari lagi sebelum Syawal menjelma, aku meninggalkan teratak ku menuju ke KL. Kalau kebiasaannya penduduk kota berpusu meninggalkan kota raya, aku pula menuju ke sana . Kampung halaman isteri ku terletak di ibu kota. 

Tiada lagi kemanisan suasana raya di kampung halaman ku sendiri kerana kedua orang tua ku telah kembali mengadap ilahi. Hanya pusara mereka yang tinggal untuk aku ziarahi .

 
rendang ayam tengah mendidih dalam kuali


Molly, Teddy serta Penny aku angkut sekali balik KL. Mereka tidak dihantar ke Hotel Kucing . Aku masukkan dalam satu carrier besar letak kat tengah-tengah tempat duduk belakang kiri-kanan anak-anak aku. Anak dua, anak kucing tiga dan bini satu, sarat bonet kereta lembu aku hahaha

Bawak keta malam dalam bulan puasa kurang sikit mengantuknya berbanding siang. Siang rasa nak lelap je mata, karang lelap terus ke gaung ketanya hehehe

Semua dah senyap terlena , cuma Penny je lagi tadi mengiaw . Carrier yang bawak tiga ekor tu besar dan luas muat untuk tiga ekor. Tapi biasalah, mesti Molly nak duduk kat depan carrier tu mengadap depan yang buat Penny tak puas hati .

JB-Air Hitam macam biasa agak banyak kenderaan malam tu . Sikit jalan kena brek. Lepas Air Hitam baru clear . Kat area Seremban kat kul 1 pagi jugak, aku lihat kereta banyak berpusu2 menuju selatan. Kereta banyak namun aku lihat ada sesetengah pemandu yang aku gelar "tak faham bahasa" dan ingat jalan ni dia yang punya sorang. Dahlah keta banyak , lepas tu beam lampu tinggi suruh orang ketepi nak cepat  motong .Lihatlah situasi kalau nak high beam lampu tu suruh orang ketepi  , kalau semua keta dok berderet beratur panjang, maknanya jalan tengah sesak . Itu pun tak boleh fikir ke. 

Lainlah yang jenis khayal bawak 80 km sejam kat lorong kanan highway yang lengang, bolehlah high beam mereka. Tapi biasanya aku tetap tak highbeam pemandu macam tu, just bukak signal yang menandakan aku nak memotong. Tapi kalau dah seminit jugak dia buat tak tak tahu syok sendiri, baru aku highbeam sekali je .


belum siap masak lagi rendang ayam ni


Tiba KL kat pukul 2.00 ++ pagi jugak . Aku kalau penat dan tidur dah terlepas time nya, memang liat sikit mata ni nak lelap. Kemas itu ini, angkat itu ini, kul 3 lebih baru aku lelap . Dapat sejam dua pun jadilah . Lepas subuh nanti boleh sambung balik . 


Malam Raya.

Biasalah , bini aku anak sulong. Jadi tetiap tahun sibuklah dia bersilat kat dapur dibantu oleh adik2nya .Ibu mertua aku pun dah tua dan tak berapa sihat . Memang dah 5-6 tahun , tak kasi dia ke dapur . Malam raya, ketupat dan rendang semua dah siap masak. Ketupat palas pun ada dimasak sekali manakala lemang macam biasa, adik iparnya bawak .Lodeh dengan sambal kacang nanti sebelum subuh baru masak.Memacam dimasak sebagai juadah dengan ayam masak merahnya, rendang campur yang terdiri dari daging lembu dengan hati , paru dan bahagian dalamannya dicampur sekali.

Kalau kat kampung , sibuk dengan marhaban yang biasanya hari ke 2 syawal. Kat KL ni malam raya, sibuk dengan kumpulan yang akan datang dari rumah ke rumah bertakbir dan bertahmid. Lagi satu raya area KL ni, malam raya memang bising dengan dentuman mercun dan bunga api di sana-sini. Sini senang banyak stok mercun rasanya.

1 Syawal .
Macam biasa , Masjid Nur Saadah yang menjadi tumpuan setempat. Kat tepi masjid tu ada padang bola. Aku lihat Nepal dan Vietnam rupanya dok lawan bola . Heran aku, dia orang ni mesti main dari subuh hehehe

Masjid ni dah tak dapat menampung lagi limpahan jemaah . Toleh kiri-kanan, kekadang rasa macam kat Bangladesh pun ada, kat Indonisia pun ada kerana masjid ni menjadi tumpuan mereka yang bekerja mancari rezeki dan tinggal disekitarannya.

8.30 pagi solat sunat aidilfitri bermula, tapi pukul 10 lebih jugak baru sampai rumah yang tak jauh pun kerana pagi ni tok khatib baca khutbah hari raya panjang sekali lebih sejam .  

Pagi raya macam biasa, anak-anak buah dok beratur salam sambil collect duit raya .Kemudian aku dok setting tempat untuk sessi fotografi setahun sekali.


lodeh not londeh ya




OK, rasanya masih belum terlewat lagi buat aku membuat ucapan buat rakan-rakan maya sekalian . Aku tak layak buat ucapan kat surat khabar kerana aku bukan perantau hehehe

Kesempatan ini , aku bapak itam @ SCP serta ahli keluarga  ingin memohon ribuan ampun dan maaf andainya ada penulisan aku yang menyinggung hati dan perasaan kalian semua kerana aku hanya seorang hamba Allah yang terlalu kerdil dan banyak kekurangan dan tak lepas dari kesilapan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Jom jemputlah jamu juadah yang terhidang tu
tapi jamu mata jelah


rendang ayam

aku suka gaul sekali ketupat rendang dengan kari lembu


kuah kacang kalau takda tak sah
tapi biasanya kuah kacang akan habis dulu



4 ulasan:

  1. Tanpa NamaOgos 12, 2014

    Aku kuah kacang wajib ada. Kalau xde kira lodeh tu x payah makan teruslah. X lengkap. Mcm bawak kereta xde tayar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, ketupat lawan kuah kacang pun jadi , nikmat

      Padam
  2. Eid Mubarak SCP.
    Terubat kerinduan melihat gantungan ketupat di atas, pada ketupat bonda
    terima kasih diatas perkongsian perjalanan bapak.. mungkin suatu masa nanti rezeki saya akan tiba.. insyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya juga buat Yong sekeluarga di Bahrain

      tulah pasal, kat negeri pasir berdegung, mana nak cari daun kelapa, daun kurma adalah, tapi tak sesuai nak anyam pulak , nasi impit pun ok , pak pun suka nasi impit jenis yang lembik sikit , sedap

      Padam