بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Tiket masuk USS aku dapat hanya SGD 66.00 untuk dewasa dan kanak-kanak pula SGD 50.00. Takrif kekanak umur dari 4 tahun ke atas hingga 12 tahun. Masuk je 13 tahun dah kira dewasa. Dewasa start dari 13 tahun tu hingga umur 59 ++. Masuk 60 tahun kira warga emas dan tiket kira separuh harga.
Kira aku dapat tiket lebih murah sikit dari yang ada kat online . Setiap tiket tu ada meal voucher yang boleh digunakan kat mana2 restaurant pun dalam USS sebanyak SGD 5.00 setiap tiket.Kat Starbucks je depa tak kasi guna meal voucher tu.Kalau boleh guna kat kedai mamak kat Tanah Melayu, dapat cover teh tarik siap dengan maggi goreng ayam lagi tu pasal 5 dollar tu hahaha
Shopping voucher pula sebanyak SGD 8.00 turut diberi untuk setiap tiket dan boleh digunakan bila beli barang kat kedai2 mereka kat dalam tu .

lenggang lagi pasal USS baru bukak
Bas yang aku sewa parking kat bawah untuk turunkan kami semua. Aku set dengan drebar tu,kul 6.00 pm nanti , baru kami semua akan keluar dari USS ni. Kira ada 8 jam untuk kesemua ahli rombongan Cik Kiah dalam USS nanti.Setakat Universal Studio Singapore ni , 8 jam boleh cover hampir semua kalau tak ramai pengunjung yang beratur kat setiap ride . Tapi kalau Universal Studio Hollywood, California tu, 2-3 hari baru ngam khatam semua kat dalam tu.
Boleh tahan jugak pagi tu dengan pengunjung kat USS ni. Selisih dengan sebuah keluarga Indon dok nak masuk USS. Indon kaya bangat pasal mampu berlibur di USS .
Tiket dan voucer semua aku dah edarkan semua sesiap pada ahli rombong. Aku lihat yang "walk in" nak beli tiket kat kaunter tiket pun panjangnya barisannya . Memang aku tak galakkan "walk in" datang pi beli tiket pasal kat sana tu akan buang masa sejam dua beratur.

First , lepas je masuk pintu utama, aku ambik gambar depa semua berlatarbelakang Hollywood Street . Tahun 2010,aku dah sekali masuk dalam USS ni. Masa tu "son of gun" aku habis semua roller coster dia main .2011 aku lepak dan menginap kat Hard Rock Hotel kat Resort World Singapore ni, tapi aku tak masuk pun dalam USS ni. Aku ranjau rayau part lain kat Singapore ni, 2014 kerana jadi ketua rombong, maka sampailah kaki aku ke sini lagi.
Madagascar, destinasi pertama untuk kami nikmati. Barisan tak panjang. Kalau tak nak baris, boleh beli pass Universal Express atau Universal Express Unlimited. Tapi reganya boleh tahan juga kat SGD 50.00.
Tapii laaa ni kalau yang jenis nak naik ride yang menyelit kat family orang lain,tak payah beratur dan terus pegi kat "single rider" . Staff yang jaga akan selitkan nanti kat family yang tak cukup "corum"
Enjoy jugak naik sampan tu dalam15 minit jugak pusing dunia Madagascar. Lepas tu lepak tengok watak2 Madagascar itu buat "Street Entertaiment" dalam 10-15 minit jugak sebelum bergerak ke tempat seterusnya.
Tunggu umur 60 tahun baru masuk studio ni. Tapi apa yang boleh dinaiki? Mungkin merry-go-round je,,he he he
BalasPadamhahaha
Padamkita naik kuda kayu je kak atau cawan gila tu kalau kat disney hehehe
Pak tam, lain kali masuk transfomer dulu, pergi opposite way, boleh naik transfomer dua - tiga kali. Sebab transformer selalu jam. Heee....
BalasPadamjangan sebut pasal tranfomer, sedih
Padambapak ingat benda alah tu tak best, bapak pi lah merayau tempat lain , sekali depa keluar semua kat best gile dan nak naik lagi, masa tu dah kat pukul 5.30 ptg , tak sempat bapak nak beratur hehehe
takpe, next time.
masa kat US dulu pun bapak tak naik pasal layan sejuk dan layan ambil foto hehehe sampai lupa dahhh naik
love the last picture.
BalasPadamtu gambar dalam gambar , tapi kalau pakai telezoom dan focus kat foto yang mereka ambil tu dalam henfon, pasti lebih cun
Padam