WARGA SCP

Rabu, Ogos 20, 2014

RANGUP BEREMPAH AYAM GORENG DI GOLDILOCKS

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

mamat tu lambai2 suruh masuk

Cafe, Bistro atau restoran banyak kat dalam USS ni. Tak perlu risau . Cuma pastikan yang menghidangkan makanan halalnya.Tapi masa nak masuk Goldilocks , mamat kat Donkey Live tu sibuk manggil siap lambai-lambai tangan,

"5 minutes to start"
"5 minutes to start"

Aku pun tak pernah masuk dalam tu, yang aku bayangkan pasti donkey hidup buat show. Maka masuk dan terjebaklah kami dalam tu . Rupanya animasi donkey buat live entertainment . 5 minit pertama , ada penonton yang dah keluar pasal malas nak dengar donkey tu dok membebel dan merepek  sambil nyanyi2 dan tawa2.

Memang sah-sah kena tipu dengan Donkey hahaha



OK, lunch time.
Keluar pintu Donkey Live tu , depannya Goldilocks.

Tak berapa ramai lagi dalam Goldilocks tu. Aku pun pi beratur kat dalam. Ada dua kaunter dibuka . Tak ramai beratur, tapi minah arab yang kat depan tengah order tu ambik masa kat 5-10 minit tanya itu ini sebelum dia order.

Tetiba datang satu pompuan cina rasanya cina tanah besar terus ke depan tak beratur. Staff tu kata dia perlu beratur kalau nak beli pasal orang lain pun beratur . Berundur dia ke belakang dan tetiba dia pi cilok kat lane kaunter satu lagi kat yang aku beratur . Kebetulan depan aku ada cina sebangsa dia jugak yang dia takde talian dengannya pun . Dia nak tumpang order ,"cing-cong-cing-cong",  tapi direct je staff kat situ cakap dia tak boleh buat begitu dan tak adil dengan pelanggan lain yang telah beratur. Staff tu kata dia tak akan ambik order kalau dia buat begitu, selamba je pompuan cina tu kena sound dan terus belah.

Aku perati dan tengokkan  je situasi tu dan aku nyampuk slang jawa yang perangai dia tu tak sopan hehehe .

Aku ada 4 voucer meal berharga  5 dollar setiap satu . Semua voucer tu boleh guna sekali gus . Order 4 set macam dinner plate kat KFC tu yang ada 3 pieces ayam serta kentang lecek dan sayur tu . Memang ayam goreng dia rasanya tak sama dengan KFC, tapi rasanya memang sedap . Ranggup dan berperisa serta berempah. Jimat dah 20 dollar kat situ. 

Alhamdulillah,
gendang-gendut, tali kecapi,
kenyang perut , senang hati
Lepas ni boleh layan Shrek 4D pulak






6 ulasan:

  1. Cuba tulong cerita sikit, one day pass untuk adult dengan children beropa rega! Teringin jugak nak pi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. SGD 66.00 for adult , SGD 50.00 for child
      Child bawah 4 tahun F.O.C
      depa kasi sekali SGD5.00 + SGD 8.00 Shopping Voucher . Tapi rega online depa lebih mahal sikit kot

      kalau turun JB, call2 lah saya

      Padam
  2. Assalamualaikum

    tak pernah sampai lagi
    teringin nak pergi sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Atuk

      nak kena sampai tu hehehe

      Padam
  3. Assalamualaikum Bapak,
    Anak2 antar proposal nak repeat.. tapi kami reject awal2.
    Tak larat la nak mengkhatamkan round USS ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Ibuk

      bebudak suka lah tempat mcm tu , sehari tak cukup, mau depa nak main ride 2-3 kali , kita yang tua ni pun terhibur sama

      Teringin nak pi themepark ferari yang kat Dubai tu

      Padam