بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH
Aku dah plan trip ni dua-tiga bulan sebelum raya lagi .Trip ke USS pada 4 syawal . Kerana hanya lebih kurang 20 orang yang melibatkan 4 buah keluarga, maka aku pi cari sebuah Super VIP bas dengan 30 buah tempat duduk. Kedudukan tempat duduk memang luas macam kira tempat duduk kelas bisness jika naik kapal terbang . Kedudukan barisan kerusinya 2 sebelah kanan dan 1 sebelah lagi sebelah kiri.
Dua tiga minggu sebelum tu, permohonan kepada Kementerian Pelancongan Malaysia perlu dibuat dengan menghantar semua butiran peserta rombongan cik Kiah ni kerana kalau guna bas yang di sewa dari travel agensi , kena pakai sekali pemandu pelancong berlesen seperti yang disyaratkan . Kalau tak nak , boleh . Tapi kena buat surat permohonan pengecualian dan depa akan keluarkan surat kelulusan pengecualian tersebut . Tak guna khidmat pemandu pelancong berlesen ni, jimat sikit pasal kalau guna mereka, RM 200.00 sehari . Lagi pun takde keperluan pun nak gunakan perkhidmatan mereka .
Sekiranya tiada surat kebenaran pengecualian dan tetiba kena tahan dengan SPAD atau JPJ dalam perjalanan , dendanya 1000.00 hengget wooooo.Aku tak boleh jadi tourist guide pasal aku tak berdaftar dengan Kementerian Pelancongan. Jadi ketua rombong haram boleh le hehehe
lepas CIQ Johor nak masuk Tambak Johor
dah mula jammed wooooo
depa nak pi kerja tu
dah mula jammed wooooo
depa nak pi kerja tu
1/2 jam sangkut atas tambak je
CIQ Woodland
sibuk tak kira masa dan waktu
Bertolak dari HC 6.30 pagi kerana target nak sampai USS nanti dan tolong bukak pintu gatenya. Pepehal, aku suruh drebar aku berhenti kat kedai mamak di HC dulu, suruh depa semua sarap pekena roti canai kekenyang .Sarap kat sini guna RM, kalau kat Singapore nanti , kena guna SGD .
Kerana masih dalam suasana raya lagi, jalan menuju CIQ Tambak Johor melalui EDL agak lenggang . Kalau naik kereta tak perlu keluar dan cop pasport kat imigresen kita. Pasal naik bas, semua kena turun dan naik ke aras atas pemeriksaan imigresen CIQ Tambak Johor tu. Masa tu dekat pukul 8.00 pagi jugak.
Singapore hari tu hari kerja. Sibuklah jugak namun hampir semua kaunter bukak . Aku suruh depa semua guna pintu automatik tu yang hanya perlu letak pasport kat scanner tu dan kemudian scan cap jari pula. Manakala ada 3 anggota rombongan cik kiah ni yang warga UK kena pi beratur guna lane bagi "Other Passport".
welcome to Singapore
suasana jalanraya di sana
Masuk je Tambak Johor, maka bermula kesesakkan seperti biasa. Ini menunjukkan betapa ramainya orang JB yang berkerja di Singapura terutamanya bangsa Cina. Depa kerja sana pasal gaji mahal dan gaji pula dibayar dalam matawang SGD.
Besar wooo bila tukar ke RM pasal laaa ni SGD 1.00 dah dekat RM2.60 . Tapi satu je, mereka kira "tiada kehidupan" pasal" keluar gelap dan balik gelap juga".Rasanya pekerja kat bandar besar macam KL jugak lebih kurang sama senarionya. Anggaran aku , puluhan ribu pekerja dari negara kita yang berulang-alik dan berkerja di sana . Tu yang pi keja sana naik motor aku tengok ramai sekali dan dah macam ulat aku lihat mengambarkan betapa banyaknya motor saban hari beratur kat CIQ setiap hari.
1/2 jam lebih sangkut atas tambak dan akhirnya apabila melalui laluan bas,barulah sampai ke CIQ Woodland pula. Kena turun sekali lagi pasal nak cop masuk imigresen Singapore pula. Panjang woooo barisannya bagi setiap"lane" . Kat 25 minit jugak semua settel. Aku keluar dulu dan tunggu semua anggota rombongan Cik Kiah cukup baru turun dan naik bas semula yang sedia menanti di platform.
Kelihatan ada sorang dua juga tourist guide berlesen yang dok pegang bendera tunggu anggota rombongan mereka .
Anggaran masa yang aku jangkakan hampir sejam untuk melepasi kedua-dua CIQ . Alhamdulillah dapat direalisasikan pasal kalau naik bas, cepat sikit pasal ada lane khas untuk bas di kedua2 CIQ. Kalau naik kereta masuk Singapore ikut Tambak Johor, kira standard lah mau hampir sejam setengah ke dua jam jugak pasal kereta kena beratur satu2 ikut lane . Aku pernah sangkut 3 jam kat Woodland ni dulu .
Cuma untuk "light travel" macam ni yang takda bawak bagasi besar, sesuailah guna bas kerana masa nak masuk kedua2 CIQ, semua barang kita kena angkut sekali , tak boleh tinggal dalam bas.
cable car dari Vivo City ke Pulau Sentosa
1/2 jam ke 45 minit dari Woodland ke Pulau Sentosa yang terletak di bahagian selatan pulau. Bas bukan boleh pandu laju dan kena ikut "law" pasal kat sini bukan macam tempat kita. Kamera dan polis depa ada kat mana2. Tu sebab kat sini rakyat depa sendiri pun semua patuh pada peraturan lalu lintas, tapi bila lepas tambak dan masuk higway PLUS, berdesup lepas tension . Lagi satu kat sini, kalau ada saman, nanti masa nak keluar tambak je, sistem mereka yang efisien akan keluar data saman dan kena bayar itu jam jugak . Kalau tak, kenderaan yang kena saman tu tak boleh keluar.
Itu yang buat aku heran pasal kenapa kita sejak dari dulu lagi tak boleh buat sistem macam tu . Tu sebab pemandu mereka tak kisah kena saman kat Tanah Melayu pasal bila mereka nak keluar kat tambak nanti, takde pun apa2 tindakan.
Bukan nak puji negara orang, tapi ingat,yang baik patutnya kita ambil jadikan teladan .
beratur nak masuk
gate baru bukak
gate baru bukak
tu super VIP bas mmg seat dia mengadap antara satu sama lain eh pak itam? ke mata saya salah tgk?
BalasPadamdlu penah buat camni naik bas masuk spore waktu pagi. cukuplah sekali pengalaman. penat dia tak abes duk chop passport je. huk.
aaaa , bapak snap foto tu dari bahagian belakang, belakang seat tu sekali pandang macam mengadap anatara satu sama lain hehehe
Padammmg kalau tak kena hari,buang masa beratur cop passport je kat CIQ
pagi tu ok jugak tak lama,alhamdulillah
Saya pernah ulang-alik dari JB ke Singapura naik kereta dengan kawan-kawan semasa menghadiri seminar seminggu di sana. Jadi dah rasa pengalaman bersesak-sesak semasa keluar-masuk Tambak Johor.
BalasPadamPernah juga ke Singapura naik bas dari Ipoh. Masa tu saya pi sorang-sorang. Duduk di sana seminggu. Jadi ada pengalaman naik bas, diperiksa imigresen, naik MRT dan teksi. Saya pun ikut jadi orang Singapura yang dikatakan " tak ada life" tu. Sebabnya saya keluar pagi-pagi buta naik MRT, duduk dalam library (National Archive) dari ia mula dibuka sampai library tutup. Masa tu saya ke sana buat research.
ini kali ke 2 saya naik bas ke sana, sekali dulu masa nak pi umrah ikut grup, beradon semua beg2 besar keluar masuk ,turun naik bas pi ikut sekali cop pasport
Padamlps tu kalau pi sendiri dgn family fly guna SIA, ada private transport yang saya dah biasa guna ambik kat rumah dan hantar ke Changi, naik tu tak payah dan keluar2 bagasi dan angkut keluar masuk
Dulu arwah mak ayah pi sana naik cup cai je kak, masuk woodland hanya nak pi beli laici 3-4 tin je hehehe
masa tu kami dok kat kuaters kastam Tg puteri dekat je situ
Singgah sini dan follow...
BalasPadamPernah ke USS tiga empat tahun yang lalu. Tempat ni panas berdenting...
Terima Kasih Mie singgah dan follow SCP
Padamkalau panas ,mmg kuyup le jawabnya pasal tempat terbuka dan lokasi kira tepi laut tu