WARGA SCP

Ahad, Januari 08, 2012

KOTA SINGA PART 13 : GYM AT HARD ROCK HOTEL

ALHAMDULILLAH

Selain kolam renang dan pantai buatan di HRH, di sini juga terdapat sebuah gym yang besar serba lengkap dibuka 24 jam untuk kemudahan penginap . Aku tak lepaskan peluang menggunakannya semaksimun mungkin semasa aku berada di sini.

Pagi ni lepas subuh , aku masuk lalu berbasikal selama 20 minit juga sampai naik kebaslah jugak montot aku yang comel ni . Menjejes peluh memercik , tapi tak perlu risau kerana tuala2 kecil banyak disediakan, tapi lepas pakai jangan lupa campak dalam bekas yang disediakan .

Cerita pasal bersenam ni , ingatan berputar berpuluh tahun dahulu masa tengah gila main takraw. Aku bawa balik bola sebijik . Masa tu bola cap jengking atau lebih dikenali bola scorpion . Aku ikat dengan tali kat dahan pokok rambutan tepi rumah dan mulalah aku melibas bola tu hingga kekadang bola tu libas aku balik . Manakan tak, bola tu aku ikat dengan tali . Tulah keja aku petang lepas balik sekolah .


Masa tu mana ada gym2 macam ni . Jadi aku buat buat beg pasir dari kain , dalamnya letak pasir dalam sekilo dua lalu diikat kat betis dan buat jogging tetiap hari , tu yang sampai sekarang betis dan peha aku besar hehehe

Tapi hujung tahun 1995 kalau tak salah aku , kecederaan teruk lutut sebelah kanan menyebabkan aku terpaksa melupakan aktiviti sukan ku , 6 bulan pertama lutut aku langsung tak boleh dibengkokkan, tetiap hari ada orang datang rumah urut .

Aku terus pencen dari main takraw dan kebetulan pula aku masa tu meniaga air kat cafe disebuah pusat peranginan terkenal di HC. Salah buat air je, aku telan air tu pasal takmo membazir , mana tak kembung perut aku kalau hari2 yang terlalu sibuk sampai 6-7 gelas salah order.

Akibat daripada tidak dapat langsung menjalankan pelbagai aktiviti sukan yang dah sebati dengan diri ku , maka kadar metabolisme badan aku menurun dengan drastik sekali menyebabkan badan aku pun naik dengan drastik sekali bagai dipam-pam hehehe

Kalau perempuan mengandung 9 bulan dah lahirkan anak, aku ni mengandung tak beranak2 , kira bunting gajah le ...

Sampai aku pun dah tak kenal bentuk badan aku sendiri bila pandang cermin, nasib baik bangun tidur aku tak menangis bila tak nampak ................ hahahahaha
Kalau aku rendah , kira macam bongsai la gamaknya, syukur ketinggian ku hampir 6 kaki.


Akibatnya , maka tahun 2007 sebelum aku pergi haji, penyakit darah tinggi mula dapat dikesan kerana faktor kenaikkan berat badan hingga dah mula nak masuk peringkat obesiti . Sebelum pegi haji , aku dah mula sikit2 jogging dan balik haji pula, aku mulalah tingkatkan aktiviti ringan beriadah dan bersukan dengan jogging pelan2 dalam 20-30 minit sehari , tukar gaya pemakanan dengan mengambil oat setiap pagi dan minum susu tepung nesvita yang boleh mengurangkan kolestrol .

Alhamdulillah, semua usaha itu dengan diiringi doa agar dipermudahkan Allah membuahkan hasil walaupun memakan masa hampir 4-5 tahun juga dan kini dah mula dapat BMI yang ideal semula . Yang paling seronok selesa sungguh nak duduk antara dua sujud mcm 4-5 tahun dulu.

Aku lakukan semua ini bukanlah kerana aku nak nampak muda atau nak nampak slim, tapi demi menjaga kesihatan ku dikemudian hari nanti dan takut akan menyusahkan pula ahli keluarga ku sendiri yang terpaksa menjaga ku pula bila penyakit 4 serangkai dah menyerang seperti darah tinggi, kecing manis, jantung dan buah pinggang. Memang semua penyakit datang dari Allah, tapi agama kita mengajar kita agar tahu menjaga kesihatan .Selebih tu kita serahkan pada urusan Allah.

Jangan terperanjat kalau aku kata aku berjaya menurunkan berat badan dalam 30 kg dalam masa tersebut . Semuanya sebenarnya dengan izin Allah jua . Terima kasih pada mak itam yang menyediakan sarapan oat aku setiap pagi . Kini tekanan darah aku dah mula normal kembali sejak setahun dua dan aku tak makan lagi ubat darah tinggi .

Kini kebanyakkan seluar2 masa aku mengandung 4 tahun sudah tak boleh pakai pasal terlondeh dan sekarang agak senang aku nak beli seluar kerana ada saiz aku berbanding dulu .

Terima kasih Allah kerana semuanya berlaku dengan izin mu jua
Terima kasih Mak Itam kerana sediakan aku sarapan berkhasiat setiap pagi

Namun aktiviti makan2 kami hujung minggu tetap macam biasa dan asam pedas tetap aku balun kalau ada depan mata tetiap hari hehehe

Tu kat bawah , asam pedas ikan tenggiri sedang dimasak mak itam buat hidangan kami berdua tengahari ni hehehe

Alhamdulillah
Allah menghindari diri ku dari penyakit2 kronik dan merbahaya , cuma sakit belakang dan pinggang ni je kena berhati2 kerana ia tetap datang kembali bila angkat barang berat hingga lupa dunia hehehe


4 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah
    Syukur
    diberi kesihatan yg sempurna atas usaha sendiri dan dengan izinNya untuk kita selesa beribadah dengan sempurna

    ps: pernah berjoging di Taman Titiwangsa semasa bujang dulu, itu pun tujuan nak mengorat... he he

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Tuan,

    Keseronokan jogging, brisk walking, cycling kat sini begitu mengujakan terutama di musim ini, pukul 9.00 malam mentari masih terik, sayangnya lemak saya sudah tepu!

    Semoga Tuan dan keluarga sihat sentiasa, insyaAllah.

    BalasPadam
  3. waalaikumsalam atuk


    hehehehhe


    atuk tak payah jogging tetap maintain hehehe

    BalasPadam
  4. waalaikumsalam mieza

    musim panas yg siangnya panjang di NZ
    mau magrib pukul 10++ malam dan isyak pukul 12

    pernah merasai suasana begitu masa kunjungan kami ke scotland dulu masa musim panas

    sungguh hebat Allah mengendalikan seluruh alam semesta

    BalasPadam