WARGA SCP

Khamis, Februari 11, 2010

BERSYUKUR DENGAN SETIAP KURNIAAN ALLAH

Comel kereta ni

ada kemudahan wi fi kat sini, tapi lappy tak bawa pulak

kereta kat dalam duk bersusun terlampau banyak nak servis
pasal minggu depankan cuti panjang CNY

Alhamdulillah, diberikan lagi sehari kenikmatan oleh Allah swt untuk menhirup udara di bumiNYA ini. Minggu ni , terlalu banyak perkara dan benda yang perlu disiapkan dan dilaksanakan. Itu ketentuan Allah dan apa yang telah direncanakan buat ku , diterima dan cuba dilaksanakan dengan hati yang terbuka.

Aku cuba menyusun kembali jadual kerja dan perjalanan sebaik mungkin agar aku dapat memaksimunkan sebaik mungkin setiap perjalanan dan pergerakkan ku .

Minggu lepas, "kereta kebal" mak itam telah dihantar ke bengkel untuk ditukar tayarnya serta penyelenggaraan rutin bagi tahun ini. Di sana , hampir 1/2 hari masa diperuntukkan .

penantian yang menyebabkan aku duk keluar-masuk-keluar-masuk
last2 lepak jadi "jaga" pulak

Dan semalam pula "kereta kebal" ku pula tiba gilirannya untuk service rutinnya. Segala temu janji telah dilakukan terlebih dahulu dengan "servive advisor" untuk memudahkan segala urusan . Mula-mula mereka meminta aku menghantarnya serta meninggal "kereta kebal" tu tapi tentu menimbulkan masalah pula bagi ku kerana aku bukan tinggal di JB .
Kata ku, "siap tak siap, mesti siap " dan mereka akhirnya bersetuju.


Maka 1/2 hari juga masa ku peruntukkan di situ. Aku yang duduk di tepi hutan terpaksa menempuhi jarak lebih kurang 150 km untuk ke sana.


Takpalah, nak buat macam mana. Sebenarnya aku dan isteri bersyukur dan gembira dengan kehidupan kami ini. Walaupun hampir 20 tahun, kami tinggal di tempat yang agak jauh dari bandar , namun kami rasa aman, tenteram dan damai di sini. Tiada kesesakan jalan raya seperti yang terpaksa dihadapi oleh warga kota setiap hari . Pergi kerja , 3 minit dah sampai, balik pun 3 minit dah sampai. Alangkah bertuahnya kami .

Hujung minggu, aku dan isteri akan pulang ke teratak kami di HC dan merasai suasana kehidupan di bandar pula .

Teringat aku kali pertama menjejakkan kaki di sini, jalan masa tu hanya "tanah merah" sebagai jalannya.Kalau hari hujan, cukup meriah dengan tanah merah "berselepat" kat tayar

Ada sesetengah jalan pula dengan batu kelikir yang besar "penumbuk" tu yang menyebabkan tayar motor aku 3-4 hari "madang" pancit je.

Bekalan letrik pula menggunakan "genarator" yang beroperasi sebelum magrib hingga pukul 12 malam dan sekejap selepas subuh hingga 7.00 pagi.

Faham2 jelah bila pakai generator, masa tu peralatan elektrik yang asas saja yang kami ada seperti sterika . Peti sejuk tak payahlah

Kalau semua rumah mengosok baju secara serentak di waktu yang sama, maka lampu akan berkelip2 . Tu yang kadang2 aku buat "pedajal" , main pusing2 suis di sterika tu yang akan menyebabkan generator terpadam ngeh ngeh ngeh maka terdengarlah jeritan

"oiiiii , sapa main sterika"
he he he

Bagi petrol pula, dibeli dalam botol yang di"gomba" . Masa tu sebotol RM1.00

Tapi keadaan di sini telah berubah bukan seperti 20 tahun lalu , semua kemudahan asas dan prasarana telah sedia .Cakap je , klinik, balai polis, dewan , pejabat pos , semua ada

Namun aku tetap bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada ku,
dan mempunyai hikmah yang tersembunyi
mengapa aku tercampak di hujung Tanah Melayu ni 20 tahun yang lalu

yang menjadikan diri ku hari ini.

Iktibarnya, di mana pun kita tercampak
selagi di muka bumi Allah ni
insyallah
rezeki Allah berada di mana-mana
selagi kita berusaha
dan jangan sesekali berputus asa
sikit ke, banyak ke
kita mensyukurinya

Ingat Allah dan Allah akan mengingati kita juga

ALHAMDULILLAH

Selasa, Februari 09, 2010

on SITE A.K.A KERJA LUAR


Dah lama pak itam tak pergi on site . Semalam bersama seorg staff telah keluar selepas zohor untuk melakukan kerja2 penyelengaraan dan pemasangan Wireless ADSL Modem Router di sebuah sekolah yang agak jauh juga . Alamak, lagi 302 KM lagi pergggggg

Tapi , nasib baik sekolah tu tak lah sampai Kuantan,
kalau tak ,
boleh singgah rumah Kak Nab

Kami sampai lebih kurang pukul 3.30 ptg juga . Sekolah ini cantik dan penuh dengan pokok yang menjadi landskap sekolah. Murid2nya hanya satu sessi di sebelah pagi. Jadi petangnya aman dan tenteram . Bertemu dengan guru besar utk meminta kebenaran melakukan kerja2 tersebut yang akan dilakukan di makmal komputer sekolah dan pejabat.

Bercakap tentang kerja2 penyelenggaraan peralatan komputer ni, pak itam sebenarnya tidak pernah mendapat pendidikannya secara formal sejak dulu-dulu lagi. Semuanya pak itam pelajari sendiri melalui pemerhatian, percubaan dan pembacaan .

Masa memula dulu pak itam menceburi bidang ini, hanya segelintir individu sahaja yang terlibat dalam kerja2 sebegini. Itu pun terdiri dari bangsa Cina. Memandangkan prospek dalam bidang ini pada pandangan pak itam akan berkembang, maka pak itam pun melengkapkan diri pak itam dengan ilmu perkomputeran ini dalam sub bidang hardware(perkakasan) dan juga software(perisian).

Masa tu blog2 ni mana ada, apalagi twitter atau facebook. Yang ada cuma laman web yang dibina berasaskan bahasa HTML.

Namun atas minat yang mendalam, semua pak itam pelajari dengan inisiatif sendiri sehingga pak itam banyak juga membangunkan laman web komersil ketika itu.

Disebelah malam hingga dinihari, mmg kerjanya di depan pc yang besar "gedabak" tu
Tapi kesannya sekarang , mata pak itam dah mula rabun jauh . Mungkin kesan dari mengadap pc berejam2 lamanya setiap malam.

Bidang ini yang pada masa tu masih belum diterokai oleh orang lain pernah memberikan pulangan yang lumayan kepada perniagaan pak itam kerana pak itam sering mendapat kontrak untuk pemasangan dan penyelenggaraan bagi semua sekolah seluruh daerah untuk beberapa tahun juga dari kementerian pelajaran . Sambil tu juga , pak itam dah mula meninjau "potensi-potensi" perniagaan lain yang terdapat di sekolah-sekolah dan membina jalinan perniagaan melalui kerja2 penyelenggaraan komputer pada mulanya

Sekarang, ramai yang telah menceburi bidang ni, maka pak itam pun mulalah "slow down" sikit kerana bidang ni memerlukan masa yang panjang utk mengadapnya seperti kerja2 instalasi yang kadang kala 2-3 jam utk setiap PC .Itu belum lagi kena pergi ke sekolah tersebut dan bawa balik ke kedai dan dah siap kena hantar balik bagi kerosakkan yang serius. Namun atas permintaaan dan kepercayaan pelanggan yang tahu bagaimana cara kerja pak itam, insyallah akan pak itam tunaikan.

Lebih mudah menjalankan kerja2 dalam bidang pembekalan barangan kerana pelanggan order, kita hantar dan$ dah siap kerja . Jarang ada perkara2 berbangkit selepas itu . Tapi utk penyelenggaran komputer ini, selalu ada perkara2 berbangkit selepas itu kerana perlu menanggung "warranty" selama setahun .


Kerja2 pemasangan ADSL Modem Router Wireless tu siap dalam masa 2 jam lebih termasuk kerja-kerja "setting" WAN IP, LAN IP serta default Gateway dan DNS IP di beberapa buah pc dan ujilari sistem .

Kat situlah , kita perlu menguasai bahasa inggeris kerana semua arahan dalam bahasa inggeris.

Alhamdulillah, kerja dah siap , signal bagi wireless tu pun menunjukkan tahap "good , excelent" di seluruh kawasan sekolah.
Nak balik, cari pula staff pak itam ,
"Mana pulak budak ni pergi."

rupa2nya

dia tengah landing "baik punya" kat atas kerusi batu di tepi pagar melelapkan mata sebentar ngeh ngeh ngeh

Takpalah, tadi katanya kepenatan akibat mengangkat 30 kotak kertas seberat hampir 35 KG setiap kotak ke tingkat 4 sebuah sekolah menengah .
"Mengigil kaki bang", katanya he he
Dalam perjalanan pulang, kami terserempak dengan 2 orang "budak melayu" yang sedang asyik berlumba dengan aksi2 yang mengerikan seperti dalam Motor GP .
"Aduh, apalah nak jadi dengan anak2 muda kita ni"
"Anak bangsa lain duk sibuk cari duit, mereka duk sibuk "mengerace" di tengah jalan"

Itulah realiti anak2 muda bangsa kita sekarang ni yang lebih suka khayal dalam bidang hiburan , membuang masa dan melakukan perkara2 yang tidak mendatangkan faedah .

Semoga Allah SWT memberikan kesedaran, taufik dan hidayah kepada mereka
Insyallah.
aksi perlumbaan yang cuba menghalang antara satu sama lain
dari memotong
boleh mengundang maut

Isnin, Februari 08, 2010

BERCANDA DI TEPIAN PANTAI

jambatan menghubungkan Kong-Kong dan Tg Buai
dalam melengkapkan Lebuhraya Senai - Desaru (E22)
sedang dalam pembinaan
Bagi kaki pancing, banyak kelong utk memancing di sediakan


pilihlah jalan yg lurus sekiranya ingin berjaya bukan saja di dunia
tapi diakhirat juga
insyallah


Dibelakangnya pula sibuk dengan kapal2 besar
yang sedang masuk ke pelabuhan jurong, singapura

3 beranak sedang leka menangkap ketam
mengunakan perangkap



Memang sepanjang minggu ini terlalu banyak kerja dan tugasan yang perlu disiapkan. Segala cek pembayaran untuk pembekal telah disiapkan dan dihantar kepada mereka. Itu telah menjadi lumrah setiap kali menjelang Tahun Baru Cina. Dalam banyak pembekal dan pengilang, hanya 2-3 kerat je yang berbangsa Melayu. Kekadang aku terfikir, mengapakah tiada pembekal dari kaum ku yang berada di peringkat atas . Semuanya dimonopoli oleh kaum lain. Itulah lumrah dunia perniagaan


Pernah terlintas juga untuk menceburi sehingga ke peringkat itu, namun aku dah tak kuasa untuk mengejar semua itu , seperti pernah aku katakan “harta dunia kalau dikejar, sampai mati pun tak habis”


Suatu ketika dulu aku pernah menjadi pembekal kepada peniaga-peniaga bangsa ku juga kerana atas niat “ingin membantu” bangsa ku sendiri. Tapi niat baik ku itu sering dipersiakan oleh mereka . Dengan ertikata lain, mereka mengambil kesempatan ke atas kebaikan yang aku cuba lakukan . Segala pembayaran yang perlu dijelaskan kepada ku, telah tidak dijelaskan dengan pelbagai alasan tidak munasabah sedangkan barangan yg dibekalkan telah habis dijual , tapi wangnya telah digunakan ke tempat lain.Kita yang membantu dijadikan musuh pula kerana enggan menjelaskan bayaran bagi barangan yang dibekalkan.


Seperti kata bidalan, “diberi susu, dibalas tuba”

yang cuba “menjahanamkan” ialah bangsa sendiri juga.

Sungguh menyedihkan.


Isteri ku pernah berkata, “biarkan lah”.

Yang penting niat kita untuk membantu “dah lepas”.


Namun sehingga ke hari ini, aku tak nampak pun diantara mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan mereka. Mungkin itu balasan Allah dan semoga Allah memberikan mereka petunjuk dan hidayah kepada mereka.Semoga memberi iktibar kepada kita semua .


Selepas beberapa “adegan yang tidak diingini” berlaku beberapa kali, aku telah memutuskan hanya untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada pihak agensi kerajaan sahaja .


Seharian di sebelah pagi ahad, aku menghabiskan masa di meja menyiapkan apa yang perlu kerana minggu depan sempena Cuti Tahun Baru Cina, semua urusan akan tergendala selama seminggu. Itulah susahnya apabila ekonomi kita dikuasai sebahagian besarnya oleh mereka .


Jadi semalam , aku sendiri telah menyelesaikan beberapa penghantaran yang perlu walaupun hari minggu . Dah terlanjur ke situ, aku pun ambil kesempatan bersama isteri ku tersayang bercanda di tepian laut berdekatan menghirup bayu segar .

Sungguh aman dan mendamaikan suasana di situ .


Tiada hiruk pikuk kenderaan,

Tiada kesesakan.

Tiada kerungsingan


Memang suasana sebegini sungguh mengasyikkan dan memberi ketenangan


“Beg tarik” a.k.a anak bongsu kami di asrama hanya bercuti selama 2 hari saja kerana sekolahnya tidak mengambil cuti gantian minggu hadapan.


Kami pula seminggu takde apa2 nak buat.

Jadi , cuti panjang minggu hadapan sempena tahun baru cina akan kami nikmati berdua untuk “berbulan madu” dan "bercanda" di tepian pantai menghadap laut cina selatan di pantai timur nanti.


Lambatnya nak tunggu minggu depan ngeh ngeh ngeh

Khamis, Februari 04, 2010

CITA-CITA : part 2

risiko mendapat kemalangan sangat tinggi
jika tidak mematuhi peraturan keselamatan
tapi kat mana2 kerja pun ada risiko
kerja cikgu pun ada risiko juga
betul tak cikgu-cikgu semua
ngeh ngeh

Esoknya pak itam memulakan karier sebagai "pekerja kontrak" Kontraktor utamanya ialah NAKANO sebuah syarikat pembinaan dari jepun. Jadi banyak pegawai atasan di site office di situ terdiri dari bangsa jepun.

Alamak, dulu datuk nenek kita pernah diperintah oleh Jepun, sekarang pak itam pula diperintah oleh jepun juga. Takpa lah, dulu lain, sekarang lain.Yang penting kita mempelajari teknologi mereka yang telah berlangkah-langkah ke hadapan daripada kita.

Setiap pekerja dibekalkan dengan sebuah buku kecil yang dipegang oleh "kapala". Buku tu seumpama buku 3-5 . Didalamnya akan dicatatkan tarikh dan masa kita bekerja. Kerja kontrak ni kalau penuh 8.00 am - 5.00 ptg kira 1 kong, tapi kalau nak kerja 1/2 hari atau 1/2 kong pun boleh. Kalau nak lebih lagi , hari ahad pun pak itam kerja dikira 2 kong (rm18x2kong). Nak lagi lebih , hari cuti umum pun pak itam belasah kerja dikira "triple pay" atau 3 kong (rm 18x3kong)

Untuk pekerja mahir pula , bayarannya sangat tinggi . Masa itu pekerja mahir terdiri dari bangsa cina.

Masa tu tengah muda belia tak kira hari, panas ,hujan,ribut, taufan , pak itam terus-terusan bekerja. Kami dari sekampung yg sama 4 orang. Pagi selepas sarapan kat rumah, kami dah bertolak ke tempat kerja dengan berbasikal. Jaraknya 8 km juga. Sampai "site", kena laporkan diri dulu mcm "roll call". Ada penerangan oleh big boss dulu sebelum kerja.

Kemudian, bertempiaranlah ke bahagian masing-masing. Kilang yang sedang dibina ni sangat besar sebagai tambahan kilang yang telah sedia ada. Pukul 10.00 siren akan berbunyi menandakan waktu rehat. Biasanya ada penjaja jalanan yang akan menjual berhampiran tapak pembinaan. Pak itam hanya mampu mengalas perut dengan "roti bodoh" berharga 20 sen yang ada krim di dalamnya bersama "air godak" . Sambil berehat seketika, sambil dok perhati "minah-minah kilang" atau panggilan yg lebih glamour "minah karan" rata-rata semua bangsa melayu

Dah resmi anak muda , lihat je , bukan kacau pun
ngeh ngeh
tapi siapalah kami, hanya buruh kasar yang membanting tulang 4 kerat setiap hari

Bercakap tentang politik, kerja kontrak ni pun ada politiknya, kerana boss hanya akan memilih pekerja2 yang boleh diharapkan untuk melakukan overtime atau kerja lebih masa kerana mereka akan balik selepas pukul 5.00 ptg dan meninggalkan kita bekerja sendirian tanpa pengawasan . Tapi "target" sesuatu pekerjaan atau tugasan telah diberi. Esok pagi, dia tahu dah siap . Jadi politiknya bukan politik mengampu. Politiknya mudah, Selalu datang awal setiap pagi, dapat menyiapkan kerja yang diarahkan dan tak banyak kerenah bila disuruh.Jadi bila ada kerja-kerja overtime, kitalah akan ditawarkan dulu

Tapi biasalah, dalam mana-mana organisasi termasuklah kerja kontrak ni, ada juga yang pandai main wayang. Bila "kapala" lalu , bukan main lagi kuat bunyi ketukan , lepas tu,
haram
ular dah nak tumbuh sisik . Bila pak itam kena "regu" yang sebegitu, tahan je lah dalam hati. Malas nak gaduh-gaduh, tergelak adalah lepas tu hi hi hi

Kilang ini masih tersergam kukuh lagi masa ini, cuma pengurusan dan namanya telah bertukar. Dari General Electric (GE) ke ST Thomas.
Setiap kali apabila melalui kilang ni apabila pak itam balik ke kampung sekarang ni, pak itam akan tersenyum puas kerana pak itam pernah mencurahkan keringat dan tenaga yang banyak menitis ke bumi untuk membangunkannya walaupun pak itam hanya buruh kasar a.k.a kontrak je masa tu. Lalu pak itam sering berkata kepada anak2 pak itam,

"dulu , abah pernah kerja kontrak utuk membinanya,
sedarlah bahawa kamu semua beruntung.
Jadi belajarlah rajin2 "


"ya ke abah" pertanyaan mereka seperti tidak percaya

aku hanya tersenyum sendirian


bersambung

Rabu, Februari 03, 2010

CITA-CITA : part 1

Renungkan sedalam-dalamnya petikan kata2 ni
kita akan dapat mencari jawapannya

dah tak jumpa orang kita bekerja ditapak pembinaan lagi


Bercerita tentang cita-cita, teringat pak itam masa sekolah dulu. Sering guru akan bertanya
"esok besar nak jadi apa"

berbagai jawapan keluar dari mulut kami ketika itu
"saya nak jadi askar , cikgu"
"saya nak jadi misi, cikgu"
"saya nak jadi polis,cikgu"

seingat pak itam, tak ada yang jawab ,
"saya nak jadi usahawan, cikgu"

apalagi

"saya nak jadi kontrak, cikgu"

maka kesannya dapat kita lihat sekarang samada kita sedar atau pun tidak . Bilangan usahawan atau peniaga dari kalangan bangsa melayu sangat kecil peratusnya berbanding kaum lain. Begitu juga dengan pekerja kontrak.

Apabila menyebut tentang "kerja kontrak" teringat pak itam dulu semasa pak itam pernah menjawat jawatan terhormat ini . Masa nak pergi mohon kerja, tak payah pakai "smart-smart" dengan kemeja dan tali leher dan name tag serta kasut hitam berkilat Cukup sekadar memakai seluar jeans yang lusuh serta koyak dan t-shirt beserta kasut "warrior" berwarna hitam yang warnanya dah tak hitam lagi . Tak payah bawa sijil semua. Sekadar bawa badan dan keinginan serta kemahuan saja. Kalau sebut kontrak, mesti orang ketawa,

"apa class kerja kontrak "

pada pak itam, memang "class" kerja kontrak masa tu, kalau setakat kelulusan ada, tapi tak tahan berpanas dan berhujan, memang tak boleh menjawat jawatan tu. Itulah "class"nya kerja kontrak.

Seperkara lagi , masa tu tiada pekerja kontrak yang diimport dari luar negara seperti sekarang. Jadi keseluruhan pekerjanya adalah anak-anak tempatan yang membangunkan negara Malaysia ketika itu dengan cara mereka sendiri.

Lantas pak itam berjumpa "kapala" kat tapak pembinaan yang menjadi idaman dan bertanya,

"bang, ada kerja kosong?"
"Ada, sanggup ke kerja bawah panas mentari "
"Sanggup , bang"

Maka pak itam pun luluslah temuduga dengan jayanya , tak sampai 1 minit.

Tapak pembinaan yang pak itam pilih ialah tapak pembinaan kilang elektronik General Electric (GE) yang terkenal di seluruh dunia semasa itu.

Gaji permulaannya sehari RM18 dikira sebagai "1 KONG" Gaji akan dibayar setiap 14 hari . Jadi ada kerja, ada gaji, takde kerja , takde gaji.

Selasa, Februari 02, 2010

NAK CARI BATU, NAK CARI BATU




Suatu ketika dulu pak itam dapat merasai keheningan malam di bumi Mudzalifah . Bermabit di mudzaliffah selepas separuh malam 10 zulhijjah hingga seketika sebelum terbit fajar. Namun memadai walau berada seketika sahaja.

Sah mabit bagi jemaah dengan hanya berada dalam kenderaan walaupun tidak menjejakkan kaki di buminya ataupun terridur ketika melintasinya.

Pengalaman yang indah yang tak dapat dilupakan. Pak itam dan isteri bermabit dari pukul 9.00 malam hingga selepas subuh di sana. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dan dibuat seperti yang dianjurkan oleh agama islam bagi mengisi masa di mudzalifah dengan perkara2 yang disunatkan .

Tentunya salah satu aktiviti ialah nak mengutip anak batu sebanyak 7 biji. Pelbagai telatah dapat dilihat . Itu sebabnya salah satu dari yg perlu dibawa ketika di sana ialah lampu suluh kecil. Bukan apa, selain boleh menyuluh ketika membaca quran, lampu itu juga digunakan untuk menyuluh ketika mencari dan mengutip anak2 batu. Ditakuti kalau dalam gelap , terkutip benda2 yang tak sepatutnya seperti "taik unta". Dalam gelap , taik unta yang keras disangka batu. Rezeki masing-masing

Teringat pula diolag " ku pandang kiri kanuri, wal saki baki , tumfuk-tumfuk ,taik unta "

Tapi satu saja pesan pak itam, sebelum pergi , pastikan kita telah menyiapkan diri kita dengan persiapan mental dan fizikal kerana ketika di sana , kekuatan fizikal dan mental akan teruji . Seterusnya berdoa dan bertawakkal.

Sesungguhnya berada di Mudzalifah semalaman dgn beralaskan padang pasir dan beratapkan langit menguji fizikal dan mental. Jika tak tahan, kita akan tewas . Itu hanya sekelumit sahaja yang Allah tunjukkan kepada kita di dunia berbanding apa yang akan kita hadapi nanti apabila sangkakala ditiup menandakan hari akhirat akan tiba nanti.

Sesungguhnya "Suatu Catatan Perjalanan" ketika pak itam di sana sungguh menginsafkan dan meninggalkan 1001 kenangan manis .

Isnin, Februari 01, 2010

MENCARI KEREDHAAN ILAHI

Mencari Keredhaan Ilahi
Jemaah wanita yang dikepung oleh jemaah lelaki
semasa melakukan tawaf (dalam bulatan)

Ini kisah benar yang pak itam lalui beberapa tahun yang lalu semasa kunjungan pak itam ke kota London . Alhamdulillah,dengan sekelumit rezeki yang Allah SWT kurniakan dan pinjamkan kepada Pak itam membolehkan kami kerap juga ke kota London untuk menghabiskan cuti bersama anak-anak . Kebiasaannya pak itam akan menghabiskan masa dalam 12-14 hari setiap kali berkunjung ke sana.

Big Ben

suasana hening malam di kota London tidak akan sama dgn keheningan di kota Makkah
yang sarat dengan pengisian "roh dan jiwa"
itulah kelebihan kota suci Makkah

Suatu hari ketika di sana, pak itam sekeluarga telah berkunjung ke Oriental City terletak di 399 Edgware Road, London.Sebuah pusat membelibelah yang menyediakan pelbagai makanan dan minuman dari negara-negara Asia .Kalau nak cari bahan2 untuk masakan seperti daun limau purut, serai , lengkuas pun ada di sini. Rasanya dah rindu nak kena teh tarik dan nasi lemak masa tu.

Eye Of London di waktu malam


Terdapat sebuah cafe Malaysia di situ. Kami duk lepak dan memesan teh tarik. Pesanan dihantar oleh seorang yang agak berumur juga berbangsa melayu . Rasa-rasa pak itam dalam lingkungan 45-50 tahun umurnya.Memang redup raut wajahnya seperti menyimpan 1001 kesedihan .Pak itam ambil kesempatan untuk berbual2 dengannya.


Sambil berkongsi cerita, pak itam bertanya dah berapa lama dia di London berkerja bekerja sebagai pembacuh teh. Jawabnya ringkas dah hampir 3 bulan. Perbualan semakin rancak . Menurut ceritanya, dia sebenarnya berasal dari JB dan tujuan dia ke sini hanya sebagai transit untuk memasuki kota Makkah nanti. Pak Itam semakin hairan, mengapa dia perlu berbuat demikian. Dengan rela hati dia menceritakan bahawa dia sebenarnya melarikan diri dari isteri2nya kerana beberapa sebab. Dan sebab yang paling utama ialah ketamakan isteri2nya yang berdua itu yang bertelingkah sesama mereka kerana berebutkan harta kepunyaannya sedangkan dia masih hidup lagi. Ini menimbulkan kesedihan dan parut luka yang mendalam di hatinya kerana dia tidak menyangka bahawa perkahwinan yang dibina selama ini berantakan kerana tamakkan harta dunia.

Lalu jalan penyelesaian yang diambil olehnya sangat mudah , melarikan diri ke London dengan tujuan utama untuk ke Kota Makkah mencari keredhaan ilahi dan menetap di sana tanpa dapat dikesan oleh anggota keluarganya lagi. Dia meninggalkan segala harta dan kemewahannya termasuk perniagaannya kerana bosan dengan sikap isteri2nya itu. Padanya semua itu telah tidak berguna lagi. Jadi dia menetapkan akan memasuki kota makkah dan menetap di sana sebagai pelarian.

Setelah pulang ke tanah air, pak itam cuba menyelidiki peristiwa itu untuk mencari kesahihannya berdasarkan namanya. Ternyata , beliau seorg ahli perniagaan yang berjaya dan mempunyai beberapa beberapa stesyen minyak di JB dan telah menghilangkan diri secara tiba2 tanpa dapat dikesan.

Hidup bermadu memang indah, tapi pahitnya bagai hempedu yang tersembunyi ,tak siapa yang tahu . Jadi lebih baik mencegah dari mengubatinya .

Semoga kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar jangan menjadikan matlamat hidup ini berdasarkan harta dunia semata-mata sedangkan harta di akhirat yang kekal abadi. Semoga beliau menemui apa yang dihajatinya dalam mencari keredhaan ilahi.

Insyallah