WARGA SCP

Isnin, Februari 08, 2010

BERCANDA DI TEPIAN PANTAI

jambatan menghubungkan Kong-Kong dan Tg Buai
dalam melengkapkan Lebuhraya Senai - Desaru (E22)
sedang dalam pembinaan
Bagi kaki pancing, banyak kelong utk memancing di sediakan


pilihlah jalan yg lurus sekiranya ingin berjaya bukan saja di dunia
tapi diakhirat juga
insyallah


Dibelakangnya pula sibuk dengan kapal2 besar
yang sedang masuk ke pelabuhan jurong, singapura

3 beranak sedang leka menangkap ketam
mengunakan perangkap



Memang sepanjang minggu ini terlalu banyak kerja dan tugasan yang perlu disiapkan. Segala cek pembayaran untuk pembekal telah disiapkan dan dihantar kepada mereka. Itu telah menjadi lumrah setiap kali menjelang Tahun Baru Cina. Dalam banyak pembekal dan pengilang, hanya 2-3 kerat je yang berbangsa Melayu. Kekadang aku terfikir, mengapakah tiada pembekal dari kaum ku yang berada di peringkat atas . Semuanya dimonopoli oleh kaum lain. Itulah lumrah dunia perniagaan


Pernah terlintas juga untuk menceburi sehingga ke peringkat itu, namun aku dah tak kuasa untuk mengejar semua itu , seperti pernah aku katakan “harta dunia kalau dikejar, sampai mati pun tak habis”


Suatu ketika dulu aku pernah menjadi pembekal kepada peniaga-peniaga bangsa ku juga kerana atas niat “ingin membantu” bangsa ku sendiri. Tapi niat baik ku itu sering dipersiakan oleh mereka . Dengan ertikata lain, mereka mengambil kesempatan ke atas kebaikan yang aku cuba lakukan . Segala pembayaran yang perlu dijelaskan kepada ku, telah tidak dijelaskan dengan pelbagai alasan tidak munasabah sedangkan barangan yg dibekalkan telah habis dijual , tapi wangnya telah digunakan ke tempat lain.Kita yang membantu dijadikan musuh pula kerana enggan menjelaskan bayaran bagi barangan yang dibekalkan.


Seperti kata bidalan, “diberi susu, dibalas tuba”

yang cuba “menjahanamkan” ialah bangsa sendiri juga.

Sungguh menyedihkan.


Isteri ku pernah berkata, “biarkan lah”.

Yang penting niat kita untuk membantu “dah lepas”.


Namun sehingga ke hari ini, aku tak nampak pun diantara mereka yang berjaya dalam dunia perniagaan mereka. Mungkin itu balasan Allah dan semoga Allah memberikan mereka petunjuk dan hidayah kepada mereka.Semoga memberi iktibar kepada kita semua .


Selepas beberapa “adegan yang tidak diingini” berlaku beberapa kali, aku telah memutuskan hanya untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada pihak agensi kerajaan sahaja .


Seharian di sebelah pagi ahad, aku menghabiskan masa di meja menyiapkan apa yang perlu kerana minggu depan sempena Cuti Tahun Baru Cina, semua urusan akan tergendala selama seminggu. Itulah susahnya apabila ekonomi kita dikuasai sebahagian besarnya oleh mereka .


Jadi semalam , aku sendiri telah menyelesaikan beberapa penghantaran yang perlu walaupun hari minggu . Dah terlanjur ke situ, aku pun ambil kesempatan bersama isteri ku tersayang bercanda di tepian laut berdekatan menghirup bayu segar .

Sungguh aman dan mendamaikan suasana di situ .


Tiada hiruk pikuk kenderaan,

Tiada kesesakan.

Tiada kerungsingan


Memang suasana sebegini sungguh mengasyikkan dan memberi ketenangan


“Beg tarik” a.k.a anak bongsu kami di asrama hanya bercuti selama 2 hari saja kerana sekolahnya tidak mengambil cuti gantian minggu hadapan.


Kami pula seminggu takde apa2 nak buat.

Jadi , cuti panjang minggu hadapan sempena tahun baru cina akan kami nikmati berdua untuk “berbulan madu” dan "bercanda" di tepian pantai menghadap laut cina selatan di pantai timur nanti.


Lambatnya nak tunggu minggu depan ngeh ngeh ngeh

8 ulasan:

  1. salam,

    smoga Allah sentiasa mmberi rahmat kepada Pak Itam sekeluarga.

    salam untuk mak itam.

    BalasPadam
  2. Salam CR,

    mulia sungguh hatri CR. Kena ler dengan nick rezeki itu. Rezeki yang halal dan penuh keberkatan.

    BalasPadam
  3. Asalamualaikum Pak Itam,
    Lama dah tak melawat pak itam, pak itam apa khabar..? "Masa sibuk" saya dah datang, pasal tu jarang menjenguk pak itam. Teruskan usaha murni mu. Berjaya dunia & akhirat.

    BalasPadam
  4. Salam CR

    Teruskan hari2 mendatang dengan penuh keceriaaan.

    Banyak pahala CR kerana niat membantu anak bangsa! Tapi kenapa ya..selalu sangat usaha2 ni dikhianati..adik saya pernah membekalkan sesuatu...juga bermasalah..sekarang hanya berurusan dgn kerajaan. Mereka cakap je degab degub tapi abok pun takda.Mau patah semangat sebab duit dah habis byk!

    Macam CR, memang hebat sanggup menempuh segalanya.Sekarang hasilnya dah hebatkan? Dah terserlah!Tahniah.

    BalasPadam
  5. salam kak S

    doa saya juga agar kak sekeluarga sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah

    insyallah

    BalasPadam
  6. salam az

    saya cuba melakukan apa yang saya termampu utk bangsa kita juga, tapi mereka tak mahu bantu diri mrk sendiri dengan mengkhianati kita pula

    biarkanlah ,
    Allah Maha Besar

    BalasPadam
  7. salam abg sulong

    kami alhamdulillah, semua sihat walafiat dgn izin Allah jua

    sibuk sikit

    cuma tak sabar nak cuti minggu depan , nak horey2 dgn mak itam ngeh ngeh

    BalasPadam
  8. salam mama ju

    itulah realiti, yang ambil kesempatan atas kita pun bangsa kita juga

    kebanyakkan mrk ni tidak boleh berurusan dengan pembekal/pengilang diperingkat atas krn tidak dapat kepercayaan lagi , jadi kpd kitalah mrk akan datang dan meminta pertolongan agar membekal keperluan dalam bentuk kredit(hutang)

    niat kita utk membantu, nak lihat bangsa sendiri maju juga, tapi ...

    alhamdulillah, kejujuran dan keikhlasan perlu dipupuk dalam hati dan jiwa kita setiap masa tak kira apa jua bidang yg kita ceburi,
    insyallah Allah akan sentiasa bersama2 kita berkat usaha, doa, tawakkal

    BalasPadam