WARGA SCP

Khamis, Februari 11, 2010

BERSYUKUR DENGAN SETIAP KURNIAAN ALLAH

Comel kereta ni

ada kemudahan wi fi kat sini, tapi lappy tak bawa pulak

kereta kat dalam duk bersusun terlampau banyak nak servis
pasal minggu depankan cuti panjang CNY

Alhamdulillah, diberikan lagi sehari kenikmatan oleh Allah swt untuk menhirup udara di bumiNYA ini. Minggu ni , terlalu banyak perkara dan benda yang perlu disiapkan dan dilaksanakan. Itu ketentuan Allah dan apa yang telah direncanakan buat ku , diterima dan cuba dilaksanakan dengan hati yang terbuka.

Aku cuba menyusun kembali jadual kerja dan perjalanan sebaik mungkin agar aku dapat memaksimunkan sebaik mungkin setiap perjalanan dan pergerakkan ku .

Minggu lepas, "kereta kebal" mak itam telah dihantar ke bengkel untuk ditukar tayarnya serta penyelenggaraan rutin bagi tahun ini. Di sana , hampir 1/2 hari masa diperuntukkan .

penantian yang menyebabkan aku duk keluar-masuk-keluar-masuk
last2 lepak jadi "jaga" pulak

Dan semalam pula "kereta kebal" ku pula tiba gilirannya untuk service rutinnya. Segala temu janji telah dilakukan terlebih dahulu dengan "servive advisor" untuk memudahkan segala urusan . Mula-mula mereka meminta aku menghantarnya serta meninggal "kereta kebal" tu tapi tentu menimbulkan masalah pula bagi ku kerana aku bukan tinggal di JB .
Kata ku, "siap tak siap, mesti siap " dan mereka akhirnya bersetuju.


Maka 1/2 hari juga masa ku peruntukkan di situ. Aku yang duduk di tepi hutan terpaksa menempuhi jarak lebih kurang 150 km untuk ke sana.


Takpalah, nak buat macam mana. Sebenarnya aku dan isteri bersyukur dan gembira dengan kehidupan kami ini. Walaupun hampir 20 tahun, kami tinggal di tempat yang agak jauh dari bandar , namun kami rasa aman, tenteram dan damai di sini. Tiada kesesakan jalan raya seperti yang terpaksa dihadapi oleh warga kota setiap hari . Pergi kerja , 3 minit dah sampai, balik pun 3 minit dah sampai. Alangkah bertuahnya kami .

Hujung minggu, aku dan isteri akan pulang ke teratak kami di HC dan merasai suasana kehidupan di bandar pula .

Teringat aku kali pertama menjejakkan kaki di sini, jalan masa tu hanya "tanah merah" sebagai jalannya.Kalau hari hujan, cukup meriah dengan tanah merah "berselepat" kat tayar

Ada sesetengah jalan pula dengan batu kelikir yang besar "penumbuk" tu yang menyebabkan tayar motor aku 3-4 hari "madang" pancit je.

Bekalan letrik pula menggunakan "genarator" yang beroperasi sebelum magrib hingga pukul 12 malam dan sekejap selepas subuh hingga 7.00 pagi.

Faham2 jelah bila pakai generator, masa tu peralatan elektrik yang asas saja yang kami ada seperti sterika . Peti sejuk tak payahlah

Kalau semua rumah mengosok baju secara serentak di waktu yang sama, maka lampu akan berkelip2 . Tu yang kadang2 aku buat "pedajal" , main pusing2 suis di sterika tu yang akan menyebabkan generator terpadam ngeh ngeh ngeh maka terdengarlah jeritan

"oiiiii , sapa main sterika"
he he he

Bagi petrol pula, dibeli dalam botol yang di"gomba" . Masa tu sebotol RM1.00

Tapi keadaan di sini telah berubah bukan seperti 20 tahun lalu , semua kemudahan asas dan prasarana telah sedia .Cakap je , klinik, balai polis, dewan , pejabat pos , semua ada

Namun aku tetap bersyukur dengan setiap kurniaan Allah kepada ku,
dan mempunyai hikmah yang tersembunyi
mengapa aku tercampak di hujung Tanah Melayu ni 20 tahun yang lalu

yang menjadikan diri ku hari ini.

Iktibarnya, di mana pun kita tercampak
selagi di muka bumi Allah ni
insyallah
rezeki Allah berada di mana-mana
selagi kita berusaha
dan jangan sesekali berputus asa
sikit ke, banyak ke
kita mensyukurinya

Ingat Allah dan Allah akan mengingati kita juga

ALHAMDULILLAH

20 ulasan:

  1. Salam pak itam,

    Alhamdulillah...itu semua atas usaha pak itam & mak itam selama ini...& sikap yg sentiasa mensyukuri dgn nikmat Allah....

    P/S: hanis dapat bahan baru tuk paparan mamarazi dah nie...tq pak itam kerana membantu... ;-)

    opsss ade lg satu...bila laa hanis nak dapat merasa naik salah satu kereta yg dok berderet menunggu tu kan....

    BalasPadam
  2. Salam CR

    Barisan kereta2 mahal!

    Masa kecik dulu merasa pakai generator tu...masa kecik juga merasa guna streka arang! CR masa tu tak cukup umurlagi!

    BalasPadam
  3. Salam CR..

    Alhamdulillah

    Itulah kehidupan yang kita bina
    Dari segala usaha keras kita masa lampaukan..
    kini kita nikmatinya
    lagi buat menghabis sisa kehidupan..
    Kehidupan dibandar sesak dan memenatkan...semua perlu bergerak pantas..
    Kita perlukan kehidupan tenang jugak bak suasana kg kan...itulah lumrah kehidupan...
    Sebagaimana manusia itu berasal dari tanah...kembalinya juga kepada tanah...lebih selesa, tenang dengan suasana alam ..untuk meneruskan kehidupan..walau hartawan maupun jutawan..

    BalasPadam
  4. salam,

    macam buah durian.
    susah dulu senang kemudian.

    Alhamdulillah.

    BalasPadam
  5. salam rezeki...

    cikgu saari selalu masuk utan kena pakai keta ka..? hahahha kantoi dah..

    walsm

    BalasPadam
  6. Salam CR,

    hahahha, CL tak faham ke,CR masuk hutan bandar sebab tu pakai keta.

    BalasPadam
  7. Salam CR,

    Tu lah keberkatan hidup namanya dan sentiasa dalam penjagaan Allah, selalu bersyukur Allah akan tambahkan nikmat lagi

    BalasPadam
  8. Salam,
    Bila bersyukur, Allah akan tambah lagi nikmat.

    BalasPadam
  9. salam hanis

    alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa mensyukuri segala nikmat pemberianNYA

    insyallah

    BalasPadam
  10. salam mama ju

    dulu kekecik saya dah jumpa strerika arang tu , masa tu nenek selalu guna bila mengosok kain atuk

    strerika itu mmg cantik dan antik terutama ukiran besinya yang ditepi semacam ukiran awan larat

    BalasPadam
  11. salam shami

    alhamdulillah, kami mmg rasa aman, tenteram dan terhindar dari kesibukan tinggal di hujung dunia ini

    alhamdulillah, dengan pemberian dan kenikmatan Allah

    BalasPadam
  12. salam kak S

    alhamdulillah dengan segala kenikmatan dan pemberian Allah

    BalasPadam
  13. salam CL

    kena pakai keta nak masuk hutan psl nak bawak ayam hutan dan segala hasil hutan keluar he he he

    BalasPadam
  14. salam kak sidah

    alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa menjadi insan yang bersyukur akan segala kenikmatan Allah dan tidak menjadikan kita seorang yang kufur nikmat

    insyallah

    BalasPadam
  15. salam dr ridz

    alhamdulillah, semoga kita semua sentiasa diberkati dan dirahmati dan sentiasa bersyukur akan setiap kenikmatan dan pemberian Allah

    BalasPadam
  16. Salm Pak Itam,

    Masa akak sekolah dulu (thn 70an di Kg Dato Keramat, KL), mandi kena pi pergi awam (l/kurang 200m dari rumah), malam guna lampu gasolin & lampu pelita, gosok baju guna sterika arang. Nak lepas hajat pun kena pi 'rest room'yang dikorek lubang dan dikongsi satu kg. Boleh nampak segala isi perut yg keluar. TV & peti ais, sorrylah mmg tak jumpa.

    Bila dikenang2 kembali masa dolu2 ia jadi kenangan manis.

    BalasPadam
  17. Salam CR...

    Alhamdulillah... berkat usaha cr, cr berjaya meningkatkan kehidupan CR..

    kg saya pun cam CR... agk terpencil... dulu dan sekarang still sama... masih tiada public transport... jalan raya dan Air pun baru dapat merasa sekitar 1990... telefon rumah sampai sekarang guna solar... hujan tak boleh guna.. hehehe.. nasib baik line hp dah ada...

    BalasPadam
  18. salam kak ina

    itu sebabnya anak2 sekarang sgt beruntung, semua kemudahan ada

    zaman kita dulu semua takde, dan zaman datuk nenek kita , semua lagi takde dan serba dhaif

    bersyukur akan segala pemberianNYA

    BalasPadam
  19. salam tikah

    tapi sekarang sukar nak bertemu suasana kg lagi , terasa aman dan damai ketika berada di kampung yang suasananya mmg mcm kampung he he

    BalasPadam