Bercerita tentang cita-cita, teringat pak itam masa sekolah dulu. Sering guru akan bertanya
"esok besar nak jadi apa"
berbagai jawapan keluar dari mulut kami ketika itu
"saya nak jadi askar , cikgu"
"saya nak jadi misi, cikgu"
"saya nak jadi polis,cikgu"
seingat pak itam, tak ada yang jawab ,
"saya nak jadi usahawan, cikgu"
apalagi
"saya nak jadi kontrak, cikgu"
maka kesannya dapat kita lihat sekarang samada kita sedar atau pun tidak . Bilangan usahawan atau peniaga dari kalangan bangsa melayu sangat kecil peratusnya berbanding kaum lain. Begitu juga dengan pekerja kontrak.
Apabila menyebut tentang "kerja kontrak" teringat pak itam dulu semasa pak itam pernah menjawat jawatan terhormat ini . Masa nak pergi mohon kerja, tak payah pakai "smart-smart" dengan kemeja dan tali leher dan name tag serta kasut hitam berkilat Cukup sekadar memakai seluar jeans yang lusuh serta koyak dan t-shirt beserta kasut "warrior" berwarna hitam yang warnanya dah tak hitam lagi . Tak payah bawa sijil semua. Sekadar bawa badan dan keinginan serta kemahuan saja. Kalau sebut kontrak, mesti orang ketawa,
"apa class kerja kontrak "
pada pak itam, memang "class" kerja kontrak masa tu, kalau setakat kelulusan ada, tapi tak tahan berpanas dan berhujan, memang tak boleh menjawat jawatan tu. Itulah "class"nya kerja kontrak.
Seperkara lagi , masa tu tiada pekerja kontrak yang diimport dari luar negara seperti sekarang. Jadi keseluruhan pekerjanya adalah anak-anak tempatan yang membangunkan negara Malaysia ketika itu dengan cara mereka sendiri.
Lantas pak itam berjumpa "kapala" kat tapak pembinaan yang menjadi idaman dan bertanya,
"bang, ada kerja kosong?"
"Ada, sanggup ke kerja bawah panas mentari "
"Sanggup , bang"
Maka pak itam pun luluslah temuduga dengan jayanya , tak sampai 1 minit.
Tapak pembinaan yang pak itam pilih ialah tapak pembinaan kilang elektronik General Electric (GE) yang terkenal di seluruh dunia semasa itu.
Gaji permulaannya sehari RM18 dikira sebagai "1 KONG" Gaji akan dibayar setiap 14 hari . Jadi ada kerja, ada gaji, takde kerja , takde gaji.

pak itam,
BalasPadambukan saja tak jumpa yang di tapak pembinaan, rata2 now ni apa2 business pun termasuk dlm bidang hospitality pun dah dikuasai org luar. pi kedai makan, supermarket, fast food outlet, stesen minyak, restoran di hotel, tukang angkat brg di airport, pembantu kedai runcit, pembantu rumah, cleaner di segenap pejabat,airport, hotel, kilang, ladang hampir semua org luar.
kalau direnungkan..wowww..banyaknya peluang pekerjaan di malaysia ni.
so bukan saja org malaysia tak nak keje tgh panas, yang aircond pun tanak. lebih suka melepak, rempit sana sini siang malam. tak paham saya.
maybe govt should look seriously into this matter. mungkin sebab gaji yg murah org tanak keje. tapi tak jugak kdg tu. org lebih memandang prestij sesuatu pekerjaan itu.sebab pernah tanya indon, berapa gaji tuan dia bayar? dia ckp RM80.00, gaji hari. so kalau keje dlm 10-15 hari dah boleh survive tanggung family atau sekurang2nya utk diri sendiri, dari lepak kat tangga soping kompleks.tapi org kita malu kot, tak kelasss..malu.
tah la..mentaliti susah nak ubah. satu lagi, mungkin dari segi gaji dan benefit yg org fikir. banyak sebab mungkin harus dikaji jika mahu kembalikan bidang pekerjaan tersebut kepada rakyat tempatan.
SALAM CR
BalasPadamTentu satu pengalaman yg mahal bukan...'Kerapkali terfikir kita ni kat msia ke kat mana? Susah juga kan nak terbalikkan keadaan....
Dialog dari filem P.Ramlee... "pendik kata, selagi belum tutup mata, KERJA!KERJA!KERJA!".
BalasPadamAkak mmg respek kat org2 yg cari rezeki gunakan tulang 4 kerat nie terutamanya tukang sapu sampah/cleaner. Mulia betul kerja mereka.
Salam CR...
BalasPadamPak itam kalau kita tengok pekerja kontrak tu..sian kan kerja bawah panas matahari....tapikan team yang memastikan bangunan tu terbina lagik kesian...kekadang tak tidur malam, baik yg melukis, (arkitek, eng) maupun yang mengira duit dan menjaga pentadbiran kontrak kerja(QS) tak kira lagik masalah yg timbul nak diselesaikan..
Bagi kontraktor pula kalau kepala baik untung dia..kalau tidak boleh muflis...hehehe kalau semua bagi kerja sama yang baik..kerja akan jadi mudah dan cepat...yg penting kerjasama ....duit dan kualiti kerja mesti dijaga... supaya projek tidak tergendala...
Saya yg berpengalaman hampir 15 tahun dalam bidang construction pun takut nak jadi kontraktor...bimbang risiko yg ada...cukuplah makan gaji..memastikan pengurusan kerja berjalan sempurna baik untuk klien dan juga kontraktor..moga nasib mereka terjaga...mendapat yg sepatutnya..
salam Pak itam..
BalasPadamperghh! semua komentar yang diatas memberikan pendapat yang amat bernas skali..
kak ngah layan lagu je lah.. heh heh
Senandung Buruh Kasar
Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara
Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari
Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa
Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman
Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda
psstt.. dolu2 masa cuti skolah selalu gak wat part time cuci 'skop'.. lumayan pak.. ahiks
darjah 5..
BalasPadamkelas bahasa melayu..
cikgu : shahril, awak dah besar nak jadi apa?
shahril : jadi orang cikgu
tetiba je ada pesawat UFO (pemadam papan hitam) laju terbang.. Dush, tepat mengenai kepala shahril..
kesian dia..
skrg shahril di penjara kajang..
PENJARA? ye penjara, tetapi sebagai warden, bukan banduan
pengalaman susah dulu - alhamdullilah senang kemudian...
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamMemang terlalu asing sekarang nak jumpa bangsa kita di tapak binaan,
Sebab kata mereka bekerja di bawah panas terik bermandi peluh tidak dianggap standard,
Biarlah mereka ke hulu ke hilir berkemeja dan bertali leher dan mengusung buku2 dari satu pelanggan ke satu pelanggan..itu lebih kelas kata mereka..
Tapi tepuk dada tanyalah iman..
Sy dulu tak pernah terfikir untuk menjawat jawatan apa yg sy ada sekarang..kalu dulu cikgu tanya..sy akan jawab nak jadi cikgu atau peguam..
Tapi hikmahnya..Allah menjanjikan yang lebih baik dari apa yang kita fikir itu adalah yang terbaik..Wallahua'alam
Pssss MIL..ewah3x layan lagu plak? ekekeke
salam catz
BalasPadamitulah realitinya sekrg
sektor pekerjaaan sekarang dikuasai oleh orang asing sehingga kekadang kita sendiri merasakan spt kita bukan di nagara sendiri
mmg govt mesti mencari satu jalan bagaimana utk mengubahnya
kalau kata kenapa tak kerja , susah nak dapat pekerjaan, mustahil
semua kalau boleh nak terus berada di atas, tak mahu bermula dari bawah
tidak semestinya kita kerja kontrak, kita akan kerja selamanya situ, sebaliknya kita boleh majukan sendiri diri kita dgn pergi lebih jauh selepas itu ,
tapi kena susah2 dahulu
salam mama ju
BalasPadammmg mahal pengalam tu menjadikan diri kita tahu dan sedar akan setiap kesusahan dan keperitan hidup
mmg kekadang kita rasa kita bukan di malaysia, mcm kat nepal pun ada, indonisia pun ada , bangladesh pun ada ngeh ngeh
salam kak ina
BalasPadamalhamdulillah, sekiranya mrk takde, siapa nak buat kerja2 sebegini
salam shami
BalasPadamsetiap individu seharusnya memainkan peranan masing2 dgn baik dalam kejayaan sesebuah organisasi
salam kak ngah
BalasPadamnak layan lagu ni, dah lupalah melodinya ngeh ngeh
salam CP
BalasPadamtapikan, cita2 dulu masa sekolah selalunya tak sama dengan apa yang kita sandang dan kerjakan sekarang ngeh ngeh
salam sonata
BalasPadammmg kejayaan hari ini sungguh manis setelah merasakan kejerihan dan kesusahan sebelum ini agar menjadikan kita lebih menghargai setiap apa yang dikurniakan oleh Allah
alhamdulillah
salam syima
BalasPadamitulah ketentuan Allah
lain rancang dan citakan, lain jadinya. Sebagai iktibar kita manusia lemah , Allah maha berkuasa