WARGA SCP

Khamis, Februari 04, 2010

CITA-CITA : part 2

risiko mendapat kemalangan sangat tinggi
jika tidak mematuhi peraturan keselamatan
tapi kat mana2 kerja pun ada risiko
kerja cikgu pun ada risiko juga
betul tak cikgu-cikgu semua
ngeh ngeh

Esoknya pak itam memulakan karier sebagai "pekerja kontrak" Kontraktor utamanya ialah NAKANO sebuah syarikat pembinaan dari jepun. Jadi banyak pegawai atasan di site office di situ terdiri dari bangsa jepun.

Alamak, dulu datuk nenek kita pernah diperintah oleh Jepun, sekarang pak itam pula diperintah oleh jepun juga. Takpa lah, dulu lain, sekarang lain.Yang penting kita mempelajari teknologi mereka yang telah berlangkah-langkah ke hadapan daripada kita.

Setiap pekerja dibekalkan dengan sebuah buku kecil yang dipegang oleh "kapala". Buku tu seumpama buku 3-5 . Didalamnya akan dicatatkan tarikh dan masa kita bekerja. Kerja kontrak ni kalau penuh 8.00 am - 5.00 ptg kira 1 kong, tapi kalau nak kerja 1/2 hari atau 1/2 kong pun boleh. Kalau nak lebih lagi , hari ahad pun pak itam kerja dikira 2 kong (rm18x2kong). Nak lagi lebih , hari cuti umum pun pak itam belasah kerja dikira "triple pay" atau 3 kong (rm 18x3kong)

Untuk pekerja mahir pula , bayarannya sangat tinggi . Masa itu pekerja mahir terdiri dari bangsa cina.

Masa tu tengah muda belia tak kira hari, panas ,hujan,ribut, taufan , pak itam terus-terusan bekerja. Kami dari sekampung yg sama 4 orang. Pagi selepas sarapan kat rumah, kami dah bertolak ke tempat kerja dengan berbasikal. Jaraknya 8 km juga. Sampai "site", kena laporkan diri dulu mcm "roll call". Ada penerangan oleh big boss dulu sebelum kerja.

Kemudian, bertempiaranlah ke bahagian masing-masing. Kilang yang sedang dibina ni sangat besar sebagai tambahan kilang yang telah sedia ada. Pukul 10.00 siren akan berbunyi menandakan waktu rehat. Biasanya ada penjaja jalanan yang akan menjual berhampiran tapak pembinaan. Pak itam hanya mampu mengalas perut dengan "roti bodoh" berharga 20 sen yang ada krim di dalamnya bersama "air godak" . Sambil berehat seketika, sambil dok perhati "minah-minah kilang" atau panggilan yg lebih glamour "minah karan" rata-rata semua bangsa melayu

Dah resmi anak muda , lihat je , bukan kacau pun
ngeh ngeh
tapi siapalah kami, hanya buruh kasar yang membanting tulang 4 kerat setiap hari

Bercakap tentang politik, kerja kontrak ni pun ada politiknya, kerana boss hanya akan memilih pekerja2 yang boleh diharapkan untuk melakukan overtime atau kerja lebih masa kerana mereka akan balik selepas pukul 5.00 ptg dan meninggalkan kita bekerja sendirian tanpa pengawasan . Tapi "target" sesuatu pekerjaan atau tugasan telah diberi. Esok pagi, dia tahu dah siap . Jadi politiknya bukan politik mengampu. Politiknya mudah, Selalu datang awal setiap pagi, dapat menyiapkan kerja yang diarahkan dan tak banyak kerenah bila disuruh.Jadi bila ada kerja-kerja overtime, kitalah akan ditawarkan dulu

Tapi biasalah, dalam mana-mana organisasi termasuklah kerja kontrak ni, ada juga yang pandai main wayang. Bila "kapala" lalu , bukan main lagi kuat bunyi ketukan , lepas tu,
haram
ular dah nak tumbuh sisik . Bila pak itam kena "regu" yang sebegitu, tahan je lah dalam hati. Malas nak gaduh-gaduh, tergelak adalah lepas tu hi hi hi

Kilang ini masih tersergam kukuh lagi masa ini, cuma pengurusan dan namanya telah bertukar. Dari General Electric (GE) ke ST Thomas.
Setiap kali apabila melalui kilang ni apabila pak itam balik ke kampung sekarang ni, pak itam akan tersenyum puas kerana pak itam pernah mencurahkan keringat dan tenaga yang banyak menitis ke bumi untuk membangunkannya walaupun pak itam hanya buruh kasar a.k.a kontrak je masa tu. Lalu pak itam sering berkata kepada anak2 pak itam,

"dulu , abah pernah kerja kontrak utuk membinanya,
sedarlah bahawa kamu semua beruntung.
Jadi belajarlah rajin2 "


"ya ke abah" pertanyaan mereka seperti tidak percaya

aku hanya tersenyum sendirian


bersambung

12 ulasan:

  1. salam CR..

    air godak tu camna rupa dia...?

    kalu ler minah karan tu tahu , buruh kasar yg duk tegok dia dulu tu ,kini dah jadi boss besar , tentu dia nyesal kan " apasal aku tak ngorat dia dulu2 " he he he

    BalasPadam
  2. Salam CR..

    Penulisan pak itam menyentuh jiwa...heheh terutama untuk pekerja bawahan nih..heheh

    Jiwa orang macam saya ni cepat jadi kesian..bila tengok pekerja kontrak...hehhe terutama bila gaji lambat dibayar...bila dah lambat bayar depar akan mogok...kontraktor ( project manager) lagik pening kepala...claim tak di bayar..
    QS pula akan bersusah payah mohon rayuan pada klien pula...tu lah kadang2 ada yg kurang ilmu depar huluq duit bawah meja...yg kuat iman boleh tahan..kalau sebaliknya..hemmm mewah lah depar...last sekali projek jadi bala...heheh
    Sori aar pak itam itulah dunia construction....nampak indah tapi penuh dengan dosa...kena kuat iman agar tidak mudah tergoda...
    p/s: satu perkongsian yg baik...teruskan menulis pak itam

    BalasPadam
  3. Salam CR,
    Membaca nukilan pak itam ni, seolah-olah kita berada di situasi tersebut.

    Best lah.

    Membaca nukilan sukala hati
    Elok dibukukan itu yang pertama
    Tinggallah belang si Harimau mati
    manusia mati tinggalkan nama

    BalasPadam
  4. Anak2 pak Itam peliklah kot sebab skrg yg dia org nampak pekrja kontrak nie semuanya dari luar negara (ala2 expat gitu), mana depa pernah nampak rakyat tempatan yg kerja buruh binaan.

    Sebut pasal minah karan ni...dulu akak pernah jugak merasa kerja kilang sekejap (1 bln). Masa kuar u thn 1987 ekonomi tengah gawat. Kejap jadi cikgu, kejap dok buat survey, paling lama melopong kat rumah. Masa tu rasa hina sangat diri sebab tak de kerja. Skrg kerja byk, budak2 kita pulak lebih suka melepak...

    BalasPadam
  5. Salam CR,

    Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian rupanya pak itam ni, tak milih keje pun, janji mendatangkan rezeki, tu sebab pak itam mampu menjadi seperti hari ini.

    Pengalaman yang sungguh hebat, mcm2ada kan..

    BalasPadam
  6. Salam CR.

    Rupanya hebat sekali CR ni punya pengalaman ..macam2 ada..

    BalasPadam
  7. salam kak ummi

    air godak tu , air yang dibancuh dalam tong plastik 4 segi kemudian digodak he he he

    BalasPadam
  8. salam shami

    kehidupan di dunia hanya sementara, sebagai org islam, amalkan apa yang dianjurkan oleh agama kita

    insyallah, selamat didunia dan berbahagia di akhirat kelak

    BalasPadam
  9. salam az

    semua dari pengalaman perjalanan hidup yg sementara ini

    BalasPadam
  10. salam kak ina

    tula pasal he he

    zaman kita dulu kalau nak banding dgn sekrg terlalu berbeza

    anak2 muda sekrg lebih sukakan hiburan

    entahlah, apa nak jadi

    BalasPadam
  11. salam kak sidah

    pengalaman hidup banyak mengajar saya erti kehidupan

    BalasPadam
  12. salam mama ju

    semua mengajar kita erti kehidupan

    BalasPadam