WARGA SCP

Ahad, Mac 07, 2010

KISAH BATU GILING

batu giling zaman jepun, sampai dah haus batu tu dikerjakan

belacan ni yang menjadi igauan CL di sana kerana ...... hehehe
penyedap asam pedas ni

Dah menjadi rasmi orang johor lagi2 daerah muar dan batu pahat , kalau rumah dulu-dulu mesti ada batu giling ni. Apa gunanya batu giling ni ???

Kalau dulu2 zaman datuk nenek aku, batu giling ni lah digunakan untuk mengiling lada untuk bahan utama dalam masakan asam pedas. Ladanya dan bahan2 lain digiling menggunakan tulang 4 kerat . Lagi pun asam pedas ni kan menu utama., tak kena sehari macam tak lengkap.Kalau orang utara terkenal dengan karinya, orang selatan pula dengan asam pedasnya .

asam pedas ikan kurau

Zaman semakin berubah, berubah ke lesung batu lantas sekarang dah gunakan blender untuk mengisar lada . Aku dulu membesar dengan masakan asam pedas ni oleh ibu ku. Ibu ku memang seorang tukang masak yang hebat mewarisi dari nenek ku . Tapi semua tinggal kenangan kerana ibu ku sekarang telah uzur dan hampir bertahun2 lamanya juga dia tidak memasak , hanya menunjukkan cara kepada pembantu rumah yang menjaganya sahaja.

asam pedas ayam


Aku sangat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan ku seorang isteri yang pandai memasak dan tentunya dia akan memasak masakan kegemaran ku iaitu asam pedas . Dia anak yang sulung dalam keluarga dan tentunya sejak dulu lagi kebiasaannya anak yang sulung akan sering membantu ibunya di dapur. Begitu juga dengan ibu ku yang merupakan anak yang sulong dalam keluarga . Jadi aku tak perlu ke mana-mana kedai untuk menikmati asam pedas.



lawan pulak dengan ikan bilis goreng

lepas tu terung bakar
jin aperit lalu pun tak perasan hehehe

Mungkin timbul persoalan, tak jemu ke makan asam pedas setiap hari ? Jawapan ku tidak sama sekali kerana pelbagai bahan mentah seperti ikan , daging serta ayam yang boleh dijadikan dalam masakan asam pedas itu.

Dari batu giling ke lesung batu ke blender,
Namun , asam pedas tetap menjadi pujaan hati ku

hehehe

Sabtu, Mac 06, 2010

TELUR AYAM KAMPUNG

sebiji utk aku, sebiji utk CL dan sebiji lagi kongsi reramai
utk kekawan hehe

perbezaan telur ayam kampung dgn ayam bandar
kalau telur ayam hutan kepunyaan kak ngah,lagi kecil saiznya


CL, inilah teh ais tarik ku yang berbuih

Semalam aku berkata kepada isteriku, lama tak makan jemput-jemput udang. Mak itam berkata, "ok, esok i siapkan bancuhannya , tapi u gorengkan , boleh tak?" Aku hanya tersenyum je he he

Tetiba , malamnya mak itam suruh aku pegi kedai kerana ada bahannya yang takde. Aku pun sarung baju dgn kain pelikat gombang je , pegi kedai lebih kurang kul 9.30 mlm juga.

Balik je, laparlah pulak. Aku dengan mak itam mmg pada hari-hari biasa jenis tak makan malam . Bukak peti sejuk , ada pulak 4-5 biji telur ayam kampung bersama telur ayam bandar hehe

Cerita pasal telur ayam kampung ni, aku kat sini senang dapat. Tak payah beli. Ramai betul ayam kampung sekeliling rumah aku kat hutan ni. Jadi bila dia bertelur , aku ambik dan kumpul je . Free, tak payah beli.

Telur ayam kampung ni banyak khasiat berbanding telur ayam bandar ni kerana pemakanannya . Kuningnya telurnya tengoklah.

Maka, 3 biji menjadi habuan ku malam tadi bersama teh ais tarik . Kalau kat bandar , rasanya susah nak cari telur ayam kampung ni, kalau ada pun mahal

Lepas makan, aku pun merayau2 lah ke rumah kekawan di alam maya.Malam tadi agak lewat juga aku tidur kerana menyiapkan beberapa logo yang perlu di kemaskini sebelum kerja2 percetakan .

Pagi tadi lepas solat subuh, mak itam dah siapkan jemput2 udang seperti yang dihajati.
Terima kasih isteri ku .

jom kekawan, jemput makan jejemput ni


Jumaat, Mac 05, 2010

AIR BATU CAMPUR (ABC)

n3 ni sesuai dibaca waktu tengahari dan ketika cuaca terik je
sebagai pembakar semangat
he he he he


Bahan di dalam dan di luar

ABC di Korea

ABC di Jepun dikenali dgn nama Kakigori
sib baik tak kaki botol he he he

ABC di Philiphine dikenali dgn nama Halo Halo

kalau nak guna susu ni pun boleh, tapi mahal sangat

pelbagai perisa ais cream sebagai top up

cincau

cendol

Ada orang panggil ais kacang , ada orang panggil ABC ada orang panggil air batu campur. Kalau di Indonisia di panggil Ais Teller. Tak kira apa pun gelaran atau panggilannya, tapi kalau kena yang betul2 sedap, semangkuk pun tak cukup.

Aku pun tak tahu dari mana asalnya nama ni, tapi yang pasti ABC ni pernah mendatangkan hasil yang sungguh lumayan pada ku. ABC ni telah mengalami proses evolusi dari hari ke sehari sehingga sekarang kita mudah menemuinya dengan pelbagai bentuk dan bahan .

Tapi nasib-nasib jugalah, ada yang hanya cantik di luar sahaja, tapi bila rasa hampeh. Sebenarnya bahan2nya tak susah .

geram tengok kacang merah tu dengan buah kabung

Teringat aku ketika menyediakan bahan2 nya. Untuk menyedapkan rasanya, perlu memasak 3 jenis air gula . Kalau boleh biar air gula tu pekat dan likat. 1 untuk perasa ros (sirap), 1 perasa pandan dan 1 lagi gunakan gula melaka.

Berwarna-warni dgn bahan di bahagian dalam

Kemudian bahan lain seperti red beans (kacang merah besar) perlu dimasak. Kalau nak mudah beli sahaja dari dalam tin yang tersedia dijual. Jagung juga dari dalam tin.

Red kidney beans

Selain itu, kalau tak nak gunakan cincau, masak sendiri agar-agarnya . Jangan lupa juga cendol dan buah kabung .

Kita boleh letak bahan2 tu samada di dalam sebelum mengisar air batunya atau kita kisar dulu air batu dan kemudian baru meletakkan bahan2nya ke atas ais itu tadi . Siramkan dia dengan secukup rasa ketiga-tiga air gula tadi . Kalau boleh keseluruhan ais batu yang bewarna putih agar kelihatan menarik macam warna pelangi senja.

Jangan lupa susu cair dan kalau nak sedap lagi , aku dulu menggunakan susu pekat manis.

Sebagai bahan tambahan , ambillah milo sediikit dan taburkan di atas , dan kalau nak extra lagi , ais krim sebagai bahan tambahan.

Ais Cream sebagai top up
tapi biasalah, mcm top up hp juga
harga pun kena top up

Tapi pastikan semasa mengisarkan air batu tadi, mata mesin dapat mengisar dengan sehalus-halusnya air batu tadi . Kalau kasar, ABC nya tak sedap.Sebenarnya banyak bahan lagi yang boleh kita masukkan , tapi takut kosnya pula tinggi . Nanti kalau masa membayar, terbeliak mata pelanggan . Kita tidak terlalu terikat dengan bahan2 asasnya sahaja.

Teringat dulu masa aku meniaga ABC ni, terutama ketika cuaca terik . Aku rasa masa tu macam lipas kudung . Mesin pengisar kalau boleh bersuara , tentu dah bersuara meminta tolong.

Air gula yang dimasak entah berapa puluh KG habis kesemuanya, Begitu juga kacang dan jagung dalam tin entah beratus tin digunakan sehingga baru pukul 4.00 ptg aku dah gantungkan notice
"ABC , yellek, "


Selamat mencuba kalau ada mesin pengisar sendiri

Salam dari bekas pengisar ABC profesional yang telah bersara

la la la la la la

mesin ABC zaman jepun dulu
dah jadi barang antik

nasib baik dulu mesin aku guna letrik
kalau guna mesin ni
mau besar sebelah tangan ku mcm popeye
dan semput sepenuhnya

selepas siap n3 ni, aku pulak yang dah terliur
he he he

Khamis, Mac 04, 2010

PERNIAGAAN MENURUT KACA MATA ISLAM

lesen Kementerian Keewangan Malaysia

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia
dengan taraf Bumiputera

Bidang yang didaftarkan di bawah Kem. Kewangan

Lesen dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Alhamdulillah, sekadar berkongsi rahsia bagaimana aku mengembangkan corak perniagaan ku dengan pelbagai variasi . Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman sekiranya ada yang berminat untuk menjalankan perniagaan yang sebegini, sekurang-kurangnya ramai lagi bangsa ku dan umat islam yang terbabit dalam bidang perniagaan seperti yang dianjurkan oleh islam.

Sebagai permulaan, dulu seperti yang pernah aku ceritakan sebelumnya , aku banyak melihat dan membuat kajian sebelum menceburi bidang ini dan sasaran pelanggan ku hanyalah agensi-agensi kerajaan seperti sekolah dan jabatan yang berkaitan. Dari situlah , aku mengenali ramai pengetua, cikgu-cikgu kecik dan cikgu-cikgu besar termasuklah cikgu Saari he he he
Kekadang isteri ku juga memanggil ku "cikgu besau " ngeh ngeh

Jika aku hanya mengkhususkan kepada satu cabang sahaja sebagai contoh buku, sekiranya peruntukkan untuk pembeliannya telah habis, maka sudah tentu terputuslah juga pembelian oleh mereka dan mendatangkan kesan kepada perniagaan ku.

Maka, aku perlu menyiapkan corak perniagaan ku kepada pelbagai bidang agar urus niaga sentiasa berterusan sepanjang tahun dengan izin Allah jua.

Oleh itu, aku telah mencorakkan perniagaan ku beroreantasikan pelbagai bidang yang utama agar aku dapat terus bersaing dalam dunia perniagaan ini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Keperluan lesen juga perlu mencakupi bidang perkhidmatan dan jenis barangan yang diperniagakan juga sangat penting kerana mengikut syarat2 yang ditetapkan supaya tidak dipersoalkan nanti . Sebagai contoh, aku juga boleh membekal "belacan" kepada pihak yang memerlukan kerana dalam sub bidang yang didaftarkan di bawah pembekalan makanan islam.

Adalah menjadi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa memiliki lesen yang sah . Begitu juga memberikan perkhidmatan atau barangan yang tidak didaftarkan dalam lesen tersebut.

Tapi lesen pengimport dan pengeksport gotah beku takde , kalau ada boleh jadi towkey gotah beku a.k.a gotah ojol pulak la la la

Kekadang akulah towkey dan aku jugalah kuli sudah menjadi kebiasaan bagi ku . Tidak menjadi kudis bagi ku melakukan kerja2 kasar sebegitu kerana jatuh bangunnya perniagaan ini bergantung kepada aku dengan izin Allah jua.

Sekiranya panjang umur serta diizikan Allah, anak sulung ku yang sedang mengambil jurusan di bidang pengurusan pentadbiran lulus kelak, aku rasa akan menyiapkan dirinya untuk menceburi dan mengambil alih pula apa yang telah aku mulakan ini. Sementara aku pula hanya bertindak sebagai pembimbing serta penasihat. Itu pun kalau dia mahu dan berminat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal."
(Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim) "


Islam jelas menuntut agar para peniaga mengamalkan sifat jujur, amanah, ikhlas dan berpandangan jauh serta memerlukan kekuatan ilmu dan kegigihan. Disamping itu juga, menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan dan modal.

Perniagaan dan pengusahaan merupakan sumber rezeki yang lumayan dan menguntungkan, tetapi tidak kurang juga yang membawa kepada risiko kejatuhan yang amat pahit. Disebabkan dorongan nafsu tamak, inginkan keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat. Lalu berlakulah penipuan dengan menaikkan kos harga barangan, menyorok barangan keperluan dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih.

Alhamdulillah dengan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada ku.
Juga kepada isteri ku yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan ku hari ini .


Cuma aku tidak berhajat untuk mengembangkan lagi kerana beberapa faktor . Bukan kerana faktor modal. Tapi lebih kepada prinsip ku yang "cukup dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah" yang melebihi dari keperluan seharian. Aku tak mahu hari2 ku dan setiap masa hanya memikirkan tentang dunia perniagaan sedangkan usia ku semakin meningkat dan takut tidak cukup bekalan ku untuk dibawa ke akhirat kelak. Tapi kita sebagai insan yang kerdil tak tahu dan terjangkau ketentuan Allah dalam SUATU CATATAN PERJALANAN hidup kita. Manalah tau , suatu hari nanti aku akan jadi pembekal kurma pulak ,boleh ajak CL join kerana dia pun kat Makkah, negara pengeluar kurma terkenal di dunia he he he

Sebagai renungan :

" Kecelakaan besar bagi mereka yang mencaci dan mengeji, yang mengumpulkan harta serta menghitung-hitung kekayaan, ia beranggapan bahawa harta kekayaan dapat mengekalkannya di dunia, tidak sekali-kali, sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka yang bernama Hutamah. "
(Surah al-Humazah:1-4)"

Rabu, Mac 03, 2010

IHSAN

renungan matanya yang ayu

"pak, nak susu"

Ihsan ialah sifat hati yang mempunyai daya penggerak untuk berkorban melakukan kebaikan zahir dan batin semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.

Ihsan terbahagi kepada beberapa bahagian, antaranya

Pertama : Ihsan dalam ibadah,

Ibadah yang terkandung di dalam rukun Islam adalah merupakan asas kepada kehidupan seseorang muslim dan aktiviti sehariannya yang mengandungi pelbagai pengertian dan pengajaran. Ibadah mengajak kita tunduk dan menurut segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap muslim. Ibadah melatih kita supaya menunaikan kewajipan tepat pada waktunya, sentiasa berhati-hati dan melakukan sesuatu kerja dengan penuh kesedaran dan penghayatan. Banyak lagi pengajaran-pengajaran yang dapat diambil dari ibadah yang kita tunaikan seharian.

Kedua : Ihsan dalam muamalat

Ihsan dalam muamalat adalah merangkumi perkara-perkara seperti berbuat baik kepada ibu bapa, keluarga, kaum kerabat, jiran, orang fakir miskin dan juga kepada makhluk-makhluk lain. Berbuat baik kepada ibu-bapa ialah dengan tidak menyakiti hati mereka, mengikut segala suruhan dan permintaan mereka selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam, disamping menyempurnakan segala keperluan mereka terutama ketika mereka lanjut usia serta tidak berupaya melakukan kerja.

Allah berfirman dalam surah Al-Isra' ayat 23

Maksudnya : " Dan hendaklah engkau berbuat baik (ihsan) kepada ibu-bapa, jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan "ah' dan jangan engkau menengking, menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia yang bersopan santun '.

Sebenarnya kalau nak kupas sifat ihsan ni dengan lebih mendalam, terlalu luas dan panjang lebar.

pekedai yg bermurah hati di HC yang akan memberikan makanan
kepada merpati liar ini setiap pagi
Sebagai contoh, pak itam ambil sifat ihsan kepada makhluk-makhluk Allah yang lain yang hidup di muka bumi ini. Kalau kita tak suka sekali pun, janganlah kita menyakitinya kerana dia juga makhluk Allah yang punya tempat dibumi ini .

Mungkin kerena itulah , Allah ingin menguji ku dengan mengurniakan kepada ku kucing sebagai binatang peliharaan ku yang semakin bertambah dari hari ke sehari . Aku punya anak sendiri 2 orang yang tidak lagi tinggal dengan ku dan 22 ekor pula anak kucing .

Kekadang, aku sering juga berbicara dengan mereka walaupun bahasa kami tidak sama, tapi kami cukup memahami antara satu sama lain apa yang kami bicarakan.


Asalnya kucing ku hanya seekor dari keturunan Parsi kini telah berjumlah seramai 22 ekor dan dah tak dapat lagi ku tentukan keturunannya he he he



Jumlah 22 ekor ini termasuk 2 ekor ibu yang baru melahirkan anak . CC melahirkan 4 ekor anak dan Grey melahirkan 5 ekor anak pada 2 hari lepas. Sekarang aku kekeringan idea untuk menamakan kucing2 ku yang 9 ekor yang baru lahir . Jantinanya pun belum sempat aku tengok lagi bagi memberikan namanya.

Nampak gaya, jika kesemua anaknya ini hidup dan membesar, maka jumlah bungkusan makanannya pasti bertambah dari 4 beg seberat 3.5 kg setiap satu sebulan kepada 6 beg rasanya.

"bapak sapa la ni" katanya

Allah mengurniakan ku rezeki ditempat lain dan akan ku kongsikan juga rezeki ku ini buat kucing-kucing ku .

Insyallah, aku cuma melakukan apa yang disarankan dalam islam agar berbuat baik (Ihsan) kepada makhluk-makhluk Allah yang lain.

Sesungguhnya setiap rezeki yang aku perolehi, ada bahagian utk orang atau makhluk lain .

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui .

Selasa, Mac 02, 2010

BAHASA LAUT DAN OMBAK

muzium nelayan




nampak tu , bendera merah he he he

muzium nelayan


sungguh mendamaikan


Aku telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk tercampak di sini hampir 22 tahun yang lalu dan sehingga sekarang aku masih setia di sini. Kalau berbelas tahun dulu , aku kerap juga ke sini . Masa tu, tempat ini masih penuh dengan semak samun dan belukar . Nak kata jauh jaraknya dari teratak ku di tepi hutan, taklah juga.


Tapi lama sudah kami tidak ke situ. minggu lepas kami menerima notis dari TNB mengenai gangguan eletrik dari 9.00 pg hingga 9.00 malam kerana kerja2 penyelenggaraan. Jadi semua urusan tidak dijalankan seperti biasa. Maka petangnya pak itam pun mengajak mak itam ke sana. Hajat di hati hanya untuk berjogging sambil mengihirup udara segar tepi pantai.

Seperti biasa mak itam dengan bekalnya sebuah novel dan aku dengan kasut sukan ku bersama track suit saja.


Suasana hari isnin di situ sungguh mendamaikan. Biasalah, tempat2 peranginan sebegini hanya dikunjungi pada hujung minggu dan cuti kelepasan am sahaja.

Memang terasa tenang, aman, damai mendengar siulan tiupan bayu laut cina selatan . Bahasa ombak yang memecah kesunyian amat mengasyikkan . Tiada bahasa seindah bahasa pantai di situ. Sungguh indah alam ciptaan Allah . dia yang menjadikan mukabumi dan langit

“Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi”.
( Surah al-An'aam:101.)

Allah menghendaki dan menciptakan bumi dan langit, semua yang berada di antara keduanya, dan semua makhluk hidup dan tidak . Ini sangat mudah bagiNya, sebagaimana ditunjukkan dalam Al Qur'an:

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui."
(Surah al-An'aam 6: 73)

Memang tiada tolok bandingnya ciptaan Allah di atas muka bumi ini.
Tapi sekarang keindahan alam ini telah mula pudar dan musnah angkara tangan2 manusia seperti yang diramalkan sendiri oleh Allah dalam al-quran:

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”
(Surah Ar-Rum (30:41)

Semoga kita semua terhindar dari menjadi golongan seperti yang dimaksudkan ayat di atas dan tidak termasuk dalam golongan yang dimurkai Allah.

Insyallah.

Isnin, Mac 01, 2010

ALHAMDULILLAH DENGAN REZEKI YANG ALLAH KURNIAKAN

asam pedas ikan sembilang


sayur utk kesihatan badan

lepas makan kepak ayam ni, terus pak itam
berkepak ke katil
mengantuk he he he

Pagi semalam, masa pegi pasar tani, mak itam nampak ada ikan sembilang baik punya.Mengikut sejarah salasilah keturunannya , kalau di darat di panggil keli. Di laut pula sebangsa dengan jahan dan mayong.

Dan tentunya masakan yang paling sesuai untuk ikan2 ni ialah asam pedas letak daun kesom. Maka semalam, ikan sembilang ni menjadi REZEKI dan juadah kami bertiga bersama kepak ayam dan sayur bendi

Bukan nak pujilah , tapi semalam masa makan, sampai menitik air peluh dari dahi dan kepala kerana keenakkannya dan ikan tu pun fresh lagi.Alhamdulillah, pak itam punya isteri yang suka dan rajin memasak. Janji bahannya ada.

Teringat dengan sahabat pak itam yang jauh di Makkah, asam pedas ni memang "favorite" dia, tapi apakan daya , dia jauh diperantauan.

Bercerita tentang konsep rezeki ni, pak itam teringat beberapa potong hadis antaranya:

“Siapa saja yang suka agar rezekinya luas, dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia memperbanyak silaturahm.”
(HR. Bukhari)

Maksud dari dipanjangkan umur dalam hadis ini adalah berkat umur menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Barri.

Allah s.w.t berfirman :

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. SesungguhnyaAllah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Semoga pintu rezeki kita semua sentiasa dibuka seluas-luasnya oleh Allah s.w.t dan paling penting keberkatan dalam rezeki yang kita kecapi itu

Insyallah.