WARGA SCP

Khamis, Mac 04, 2010

PERNIAGAAN MENURUT KACA MATA ISLAM

lesen Kementerian Keewangan Malaysia

Lesen Kementerian Kewangan Malaysia
dengan taraf Bumiputera

Bidang yang didaftarkan di bawah Kem. Kewangan

Lesen dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Alhamdulillah, sekadar berkongsi rahsia bagaimana aku mengembangkan corak perniagaan ku dengan pelbagai variasi . Tiada niat untuk menunjuk-nunjuk, sekadar berkongsi pengalaman sekiranya ada yang berminat untuk menjalankan perniagaan yang sebegini, sekurang-kurangnya ramai lagi bangsa ku dan umat islam yang terbabit dalam bidang perniagaan seperti yang dianjurkan oleh islam.

Sebagai permulaan, dulu seperti yang pernah aku ceritakan sebelumnya , aku banyak melihat dan membuat kajian sebelum menceburi bidang ini dan sasaran pelanggan ku hanyalah agensi-agensi kerajaan seperti sekolah dan jabatan yang berkaitan. Dari situlah , aku mengenali ramai pengetua, cikgu-cikgu kecik dan cikgu-cikgu besar termasuklah cikgu Saari he he he
Kekadang isteri ku juga memanggil ku "cikgu besau " ngeh ngeh

Jika aku hanya mengkhususkan kepada satu cabang sahaja sebagai contoh buku, sekiranya peruntukkan untuk pembeliannya telah habis, maka sudah tentu terputuslah juga pembelian oleh mereka dan mendatangkan kesan kepada perniagaan ku.

Maka, aku perlu menyiapkan corak perniagaan ku kepada pelbagai bidang agar urus niaga sentiasa berterusan sepanjang tahun dengan izin Allah jua.

Oleh itu, aku telah mencorakkan perniagaan ku beroreantasikan pelbagai bidang yang utama agar aku dapat terus bersaing dalam dunia perniagaan ini yang penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Keperluan lesen juga perlu mencakupi bidang perkhidmatan dan jenis barangan yang diperniagakan juga sangat penting kerana mengikut syarat2 yang ditetapkan supaya tidak dipersoalkan nanti . Sebagai contoh, aku juga boleh membekal "belacan" kepada pihak yang memerlukan kerana dalam sub bidang yang didaftarkan di bawah pembekalan makanan islam.

Adalah menjadi kesalahan menjalankan perniagaan tanpa memiliki lesen yang sah . Begitu juga memberikan perkhidmatan atau barangan yang tidak didaftarkan dalam lesen tersebut.

Tapi lesen pengimport dan pengeksport gotah beku takde , kalau ada boleh jadi towkey gotah beku a.k.a gotah ojol pulak la la la

Kekadang akulah towkey dan aku jugalah kuli sudah menjadi kebiasaan bagi ku . Tidak menjadi kudis bagi ku melakukan kerja2 kasar sebegitu kerana jatuh bangunnya perniagaan ini bergantung kepada aku dengan izin Allah jua.

Sekiranya panjang umur serta diizikan Allah, anak sulung ku yang sedang mengambil jurusan di bidang pengurusan pentadbiran lulus kelak, aku rasa akan menyiapkan dirinya untuk menceburi dan mengambil alih pula apa yang telah aku mulakan ini. Sementara aku pula hanya bertindak sebagai pembimbing serta penasihat. Itu pun kalau dia mahu dan berminat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Pekerjaan yang paling baik hasil usahanya sendiri dan setiap perniagaan yang baik serta halal."
(Riwayat Bazzar dan Sohehahu al-Hakim) "


Islam jelas menuntut agar para peniaga mengamalkan sifat jujur, amanah, ikhlas dan berpandangan jauh serta memerlukan kekuatan ilmu dan kegigihan. Disamping itu juga, menuntut keupayaan dalam bentuk kewangan dan modal.

Perniagaan dan pengusahaan merupakan sumber rezeki yang lumayan dan menguntungkan, tetapi tidak kurang juga yang membawa kepada risiko kejatuhan yang amat pahit. Disebabkan dorongan nafsu tamak, inginkan keuntungan yang besar dalam jangkamasa yang singkat. Lalu berlakulah penipuan dengan menaikkan kos harga barangan, menyorok barangan keperluan dengan tujuan mendapatkan keuntungan yang lebih.

Alhamdulillah dengan rezeki yang telah Allah kurniakan kepada ku.
Juga kepada isteri ku yang menjadi tulang belakang dalam kejayaan ku hari ini .


Cuma aku tidak berhajat untuk mengembangkan lagi kerana beberapa faktor . Bukan kerana faktor modal. Tapi lebih kepada prinsip ku yang "cukup dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah" yang melebihi dari keperluan seharian. Aku tak mahu hari2 ku dan setiap masa hanya memikirkan tentang dunia perniagaan sedangkan usia ku semakin meningkat dan takut tidak cukup bekalan ku untuk dibawa ke akhirat kelak. Tapi kita sebagai insan yang kerdil tak tahu dan terjangkau ketentuan Allah dalam SUATU CATATAN PERJALANAN hidup kita. Manalah tau , suatu hari nanti aku akan jadi pembekal kurma pulak ,boleh ajak CL join kerana dia pun kat Makkah, negara pengeluar kurma terkenal di dunia he he he

Sebagai renungan :

" Kecelakaan besar bagi mereka yang mencaci dan mengeji, yang mengumpulkan harta serta menghitung-hitung kekayaan, ia beranggapan bahawa harta kekayaan dapat mengekalkannya di dunia, tidak sekali-kali, sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka yang bernama Hutamah. "
(Surah al-Humazah:1-4)"

14 ulasan:

  1. Assalamualaikum Pak Itam

    Didoakan agar perniagaan Pak Itam
    maju jaya disamping rahmat Allah

    Amin

    Kirim salam kat Mak Itam

    Wassalam

    BalasPadam
  2. Salam Pak Itam,

    Terima kasih dengan perkongsian pengalaman Pak itam..

    Semoga perniagaan pak itam terus maju... InsyaAllah..

    BalasPadam
  3. Salam,

    Terima kasih atas perkongsian ilmu itu...Semoga Pak Itam sekeluarga diRahmati Allah.

    Pak itam,satu benda yg sy realize pasal kita org melayu..segelintirnya susah nak berkongsi idea..x mcm org Cina..mereka saling bantu antara satu sama lain untuk memajukan bangsa mereka..tapi org melayu..dengki sesama sendiri.

    Iye @ tidak..tepuk dada tnya selera...

    Saya kagum dengan Pak Itam.

    BalasPadam
  4. salam from makkah..

    Doa dari Cl moga perniagaan tn rezeki bertambah maju dan dalam keredhaanNyer..insyalah..

    Pssstt...
    cl pun nak berniaga lah..Berniaga Abaya/jilbab..boleh tak pak itam beri tunjuk ajar...
    hehhehehehe

    waslam

    BalasPadam
  5. Salam CR..

    Alhamdulillah..

    Kesungguhan membuahkan kejayaan
    Kejayaan datangnya dari rajin berusaha
    Kejayaan juga kerana kita tidak lupa pada Allah yang Maha Esa.
    Tahniah pada pak itam dan mak itam..
    Semoga harapan pak itam untuk anak tu berhasil..insyallah itulah yg terbaik..bimbing dia untuk meneruskan usaha pak itam...saya sekeluarga doakan hasrat pak itam berjaya ...insyallah

    Ibu bapa adalah contoh dan pembimbing yg terbaik untuk anak2..

    Moga apa yg kita harapkan menjadi kenyataan..dan kita semua beroleh kebahagian didunia dan akhirat..

    BalasPadam
  6. salam...semoga perniagaan Pak Itam bertambah maju..macam2 jenis perniagaan Pak Itam...saya keje gomen je le....

    BalasPadam
  7. salam rozali

    alhamdulillah, amin

    tk ats doa mu

    BalasPadam
  8. salam tikah

    sekadar berkongsi pengalaman

    semoga diperkenankan allah

    BalasPadam
  9. salam azima

    tk atas doa itu

    pak itam lama dah cuba mengubah pandangan yg sebegitu, tapi biasalah , yg dibantu ......
    takpelah, lepas tanggungjawab pak itam sebagai seorg muslim dgn membantu

    BalasPadam
  10. salam cl

    alhamdulillah, tk atas doa2 mu itu, semoga diperkenankan Allah

    ok, set, kalau cl berminat, nanti kita sama2 boleh usahakan he he he

    BalasPadam
  11. salam shami

    tk atas doa mu itu

    semoga apa yg dihajati diperkenankan allah

    begitu juga buat shami yg sedang mengusaha perniagaan tu

    BalasPadam
  12. salam cikgu sak

    sama je cikgu, yg penting berkatkan

    saya pun mcm kira keje dgn gomen juga, psl yg bayar gomen he he he

    BalasPadam
  13. Salaam Pak Itam,

    Terima kasih atas perkongsian. O patut ler kalimah 'REZEKI' tu sangat signifikan bagi Pak Itam. Pemilihan nama bisnes pun memainkan peranan jugak kan? Orang dok selalu sebut nama company Pak Itam, insyaAllah termakbullah 'doa' mereka tu..Alhamdulillah. Apa nama kompeni Pak Itam tu? 'REZEKI BERKAT'? hehe...


    Bila baca, nampak macam 'senang' jer meniaga ni... tapi hakikatnya, masyaAllah! banyak dugaan & rintangannya, kan? Semoga perniagaan Pak Itam memperoleh keberkatan Ilahi. Bisnis macam Pak Itam ni perlukan byk modal... harap Pak Itam boleh berkongsi ler cara2 penyediaan & menguruskan modal... boleh ke?

    VpeaceV

    BalasPadam
  14. assalamualaikum.. sy cume nk tanye.. klu kite berniaga tanpa lesen yg sah dr kerajaan.. adakah menjadi kesalahan dlm hukum islam..blh tlong sesiapa berikan penjelasan.. sy cume nk thu dr hukum islam sahaja.. bkn hukum undang2 dunia..

    BalasPadam