Dah menjadi rasmi orang johor lagi2 daerah muar dan batu pahat , kalau rumah dulu-dulu mesti ada batu giling ni. Apa gunanya batu giling ni ???
Kalau dulu2 zaman datuk nenek aku, batu giling ni lah digunakan untuk mengiling lada untuk bahan utama dalam masakan asam pedas. Ladanya dan bahan2 lain digiling menggunakan tulang 4 kerat . Lagi pun asam pedas ni kan menu utama., tak kena sehari macam tak lengkap.Kalau orang utara terkenal dengan karinya, orang selatan pula dengan asam pedasnya .
Zaman semakin berubah, berubah ke lesung batu lantas sekarang dah gunakan blender untuk mengisar lada . Aku dulu membesar dengan masakan asam pedas ni oleh ibu ku. Ibu ku memang seorang tukang masak yang hebat mewarisi dari nenek ku . Tapi semua tinggal kenangan kerana ibu ku sekarang telah uzur dan hampir bertahun2 lamanya juga dia tidak memasak , hanya menunjukkan cara kepada pembantu rumah yang menjaganya sahaja.
Aku sangat bersyukur kerana Allah telah mengurniakan ku seorang isteri yang pandai memasak dan tentunya dia akan memasak masakan kegemaran ku iaitu asam pedas . Dia anak yang sulung dalam keluarga dan tentunya sejak dulu lagi kebiasaannya anak yang sulung akan sering membantu ibunya di dapur. Begitu juga dengan ibu ku yang merupakan anak yang sulong dalam keluarga . Jadi aku tak perlu ke mana-mana kedai untuk menikmati asam pedas.
Mungkin timbul persoalan, tak jemu ke makan asam pedas setiap hari ? Jawapan ku tidak sama sekali kerana pelbagai bahan mentah seperti ikan , daging serta ayam yang boleh dijadikan dalam masakan asam pedas itu.
Dari batu giling ke lesung batu ke blender,
Namun , asam pedas tetap menjadi pujaan hati ku
hehehe

Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamBatu giling tu selalu saya guna semasa kat kampung, tolong emak
Asam pedas!!!!
tambah terliuq le CL kita
Wassalam
Salam Pak Itam
BalasPadamKalau CL merajuk, saya tak tahu
suruh mak Itam tolong pujuk
toing toing
Wassalam
Salam Pak Itam..
BalasPadamBestnyer asam pedas tu..sure Cl yg jauh di Mecca nuh dok telan air lioq tgk n3 asam pedas ni..kesian Cl yer :-(
Nanti bila next PDKM gathering,Pak itam suruh la Mak Itam masak asam pedas ni byk2 yer..bleh kita semua rasa air tangan mak itam tu..sure tak terkata sedapnya..Blehkan Pak Itam???
Wassalam
salam Rzeki...
BalasPadamNotii aarrr...tembak cl 2 in 1..
Batu giling tuh penuh nostalgia bagi cl..dulu cl selalu guna mak suruh masa nak masakan cl asam pedas...
sob..sob..sob..menitis air mata cl terkenang kan batu giling tuh..and asam pedas....
waslam
Salaam Pak Itam,
BalasPadamhaaaa haaa... tak tauuu...CL dah majuk tuu!! habislaa pak itam... kenala pak itam pujuk dengan asam pedas resepi turun temurun...ORI punya tau... giling ngan blender tak main arr... hehe
(kak chiq tak penah lak rasa asam pedas ayam & daging...hmmm...)
VpeaceV
salam kak chik...
BalasPadamtumpang lalu pak itam
asam pedas daging cincang...fuhh..peberet Cl dng arwah mak..sedap tau..
sobb..sobb..sobb....sedeh cl
wasalm
salam CR..
BalasPadamawal2 kawin dulu akak keliru gak .
hubby minta masakkan gulai , org utara kalu gulai tu makna kari ..
rupanya org selatan panggil gulai tu asam pedas ye.
lain tempat lain namanya..
tumpang lalu yer CR..
kak chiq ,kalu tempat kita asam pedas lain sikitkan rupa nya .
Salam Rezeki,
BalasPadamTgk asam pedas tu mmg kecur air liur, ikan bilis dan terung tu....fuh....mak mertua lalu kita buat tak tau ajer....kena pulak masa lunch....ikan tu mau tiga ketul aku sorang ajer. Sian kat CL....bila tgk asam pedas mmg teringat kat dia.
Salam Pak Itam...
BalasPadamtelioq lar.. hantar sikit kat manado hehehehe..
Wassalam
saya pun gemar makan asam pedas ikan patin..memang bertambah nasi jawabnya
BalasPadamSalaam Pak Itam,
BalasPadamtumpang lalu sat naa...
CL, asam pedas daging cincang?!!! perghh!! bunyinya pun dah macam sedap jer... tu belum rasa lagi tuh... ... kalau Pak Itam layorg jugak asam pedas daging tu kat blog nih, bukan setakat tangkap leleh jer, harus meraung teruih abang jamil kat sana....kessiiiiaaannnn...
udang junjung 7 tingkat pun tak dapek nak nolong dah...heh heh...sabaq naa CL..
al-fatihah untuk arwah bonda CL.
kak chaq, asam pedaih kita cayarq skit kan? rasa dia pun macam lain sikit...kak chaq goreng dak ikan dia dulu?
kak chaq ni mesti dah terer masak asam pedas versi utara & selatan kan? :) Bahan apa yang membuatkan rasanya berbeza, kak? Kak chiq masih 'diselubungi misteri' nih... heh (baca : memang tak pandai memasak pun! ekeke..)
VpeaceV
sabar!
BalasPadamSalam,
BalasPadamHai Pak itam, asam pedas ni betul betul buat kawan makan ati.. Dah lah warna kuah tu merah dan pekat,terasa sedap disirup. ..fuh mak datok,sedapnyer. Isi ikan dia pulak makan seketul-seketul ngan nasi..fulamak. Pak Itam, daging unta boleh masak asam pedas ke..?
Betul cakap umiazuddin tu, perencah yang digiling lebih sedap dari yang di blend.Halus dan sebati dalam kuah.
salam Pak Itam,
BalasPadammmg tergoda iman sesiapa melihat asam pedas nih...sian CL
patutlah CL kirim belancan ngan CM n minta Taj tolong bawakan ke Mekah...no hal punya...:)
jgn marah ye CL, nanti leh masak asam pedas nih n jamu Taj makan di Mekah....hehhe
Ni lah makanan yang paling power dalam dunia! Best in the world!
BalasPadamsalam..
BalasPadamperrrgh pak rezeki buat serangan balas bertubi2 tu,,,siannn abg jamil,meleleh air mata dia..
Johor memang terkenal dengan asam pedasnya...bila kat Melaka ni...asam pedas Melaka pulak...ade beza sikit je...kedua2nya sedap!
BalasPadamSalam Pak itam,
BalasPadamAkak dtg bila tgk Cl menangis terkenang bonda n ayahanda tgk pak itam masak asam pedas, patutlah cl terkenang2 masakan bondanya, nampak pun dah sedap belum rasa lagi..
Salam pak itam,
BalasPadamakak pun dulu2 masa dgn mak selalu kena giling cili untuk buat sambal, kami asam pedas kurang sikit, masak lomak cili api je
salam rozali
BalasPadambyk kenangan dan sejarah batu giling tu
salam rozali
BalasPadamcl kuat semangat hehehe
salam azima
BalasPadamcl pun pakar masak asam pedasm tau, jangan tak tau hehehe
salam cl
BalasPadamnakal sikit je hehehe
cerita asam pedas dan batu giling ni byk sejarah dlm hidup pak itam juga
salam kak chik
BalasPadamasam pedas ayam dan daging tu pun sodap tau, boleh cicah kuahnya dgn roti
salam cl
BalasPadamnanti balik cuti , kita makan bertiga ya
salam kak ummi
BalasPadamkat johor juga terkenal dgn gulai kawah asam pedas , tapi tak pernah cuba pun hehehe
salam rosli
BalasPadamsemalam pun mrs masam asam pedas juga, asam pedas ikan pari hehehe
kalau tak habis, ptg2 boleh cecah dgn roti, sedap
salam bung nazir
BalasPadambisa aja dong dihantarin, tapi lmbt sikit pasal pak itam akan menyelam bawak asam pedas tu ke manado hehehe
bawak kuahnya aje dong, nanti kita tangkap ikan yg warna warni disana buat isinya hehehe
salam cikgu zazas
BalasPadamkalau kat johor ikan patin kami masak lemak atau gulai tempoyak hehehe
aduss , tak boleh lupa keenakan ikan patin makan hari tu di pekan pahang
salam kak chik
BalasPadampak itam tak pernah cuba asam pedas utara lagi heheheh
salam kak nab
BalasPadamsabar hehehe
salam abg sulong
BalasPadamzaman dedulu mmg giling je, sekarang dah tak sempat nak giling2 hehehe
salam taj
BalasPadamjgn lupa tau , belacan tu hehehe
dlm cite p ramlee, belacan punya pasal nak di pancung .... hehehe
salam uncle
BalasPadammmg power sampai meleleh air peluh dari kepala dan dahi hehehe
salam cm
BalasPadamtakde niat pak itam nak buat serang balas tau
hanya berkongsi cerita dgn abg jamil je
salam cikgu sak
BalasPadammmg ada bezanya, kalau tak salah kat melaka , mrk letak daut limau purut dlm asam pedas tu
salam kak sidah
BalasPadamcerita asam pedas ni byk kenangan dalam hidup saya dan cl krn kami membesar dgn asam pedas
salam kak sidah
BalasPadamsekrg batu giling ni org byk dah buat deko kat taman pula hehehe