Aku telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t untuk tercampak di sini hampir 22 tahun yang lalu dan sehingga sekarang aku masih setia di sini. Kalau berbelas tahun dulu , aku kerap juga ke sini . Masa tu, tempat ini masih penuh dengan semak samun dan belukar . Nak kata jauh jaraknya dari teratak ku di tepi hutan, taklah juga.
Tapi lama sudah kami tidak ke situ. minggu lepas kami menerima notis dari TNB mengenai gangguan eletrik dari 9.00 pg hingga 9.00 malam kerana kerja2 penyelenggaraan. Jadi semua urusan tidak dijalankan seperti biasa. Maka petangnya pak itam pun mengajak mak itam ke sana. Hajat di hati hanya untuk berjogging sambil mengihirup udara segar tepi pantai.
Seperti biasa mak itam dengan bekalnya sebuah novel dan aku dengan kasut sukan ku bersama track suit saja.
Suasana hari isnin di situ sungguh mendamaikan. Biasalah, tempat2 peranginan sebegini hanya dikunjungi pada hujung minggu dan cuti kelepasan am sahaja.
Memang terasa tenang, aman, damai mendengar siulan tiupan bayu laut cina selatan . Bahasa ombak yang memecah kesunyian amat mengasyikkan . Tiada bahasa seindah bahasa pantai di situ. Sungguh indah alam ciptaan Allah . dia yang menjadikan mukabumi dan langit
“Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi”.
( Surah al-An'aam:101.)

Allah menghendaki dan menciptakan bumi dan langit, semua yang berada di antara keduanya, dan semua makhluk hidup dan tidak . Ini sangat mudah bagiNya, sebagaimana ditunjukkan dalam Al Qur'an:
"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nya-lah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui."
(Surah al-An'aam 6: 73)
Memang tiada tolok bandingnya ciptaan Allah di atas muka bumi ini.
Tapi sekarang keindahan alam ini telah mula pudar dan musnah angkara tangan2 manusia seperti yang diramalkan sendiri oleh Allah dalam al-quran:
“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia; Allah menghendaki supaya manusia merasakan sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, supaya mereka kembali (ke jalan yang benar).”
(Surah Ar-Rum (30:41)
Semoga kita semua terhindar dari menjadi golongan seperti yang dimaksudkan ayat di atas dan tidak termasuk dalam golongan yang dimurkai Allah.
Insyallah.

Salam pagi Pak Itam...
BalasPadamSubhanallahhhh...indah sungguh ciptaan Allah. Gambar2 yg Pak Itam shoot semuanya cantik2lah. Mesti guna kamera canggih ye hehehe.
Salam Pak Itam,
BalasPadamWah gambar blog pak itam tue berubah2 ikut entry eks? ekeke
Smlm cite asam pedas kuar asam pedas..
Hari ni laut kuar gambar laut hikhik
Salam,
BalasPadamEh..eh..samalah, kita pun tinggal kat tepi pantai.
Bagaimana gamaknya bahasa laut dan pantai tu yer.. booomm..booomm, gitu kot. keh..keh..
salam Rezeki...
BalasPadamseronok tuh bila berjalan jalan tepi pantai di tiupi oleh sang bayuu...aduhhhh bestnyer
waslam
Salam CR
BalasPadamWah tajuk tu sungguh menusuk kalbu mama...
Pemandangan kat situ tu mendamaikan je..tentu seronok berduaan tiap hari..
Untung Mak Itam...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSalam,
BalasPadamPak Itam seronok dapat berdua-duaan sambil berpegangan tangan..cehhh. Kita ni bila nak berdua-duaan.. bergerak sikit ada saja anak berderet mengikut dari belakang. Berlima..pasal anak kecik masih ada 3 orang. hehe
salam nurilhami
BalasPadampak itam guna kamera cap kapak je he he
salam syima
BalasPadamtu ikut rajin pak itam je ngeh ngeh
salam abg sulong
BalasPadamtepi pantai kat santubong ye he he
insyallah akan spi ke santubong nanti, boleh lepak kat holiday inn damai beach
salam cl
BalasPadammmg seronok kat tepi pantai, angin kuat pulak , nasib baik tak pakai kain pelikat he he
kalau tak mau terobang kain tu
salam mama ju
BalasPadamalhamdulillah, selagi ada umur
salam abg sulong
BalasPadamhe he produktif tu namanya