WARGA SCP

Rabu, November 10, 2010

NASIK LEMAK

ALHAMDULILLAH

Ahad lepas, mak itam masak nasik lemak buat santapan tengahari kami. Jadi balik je berpasar tani, dia terus je ke dapur . Pagi tu kira kami tak sarapan lalu pukul 10.00 pagi terus sekali kira merangkap sarapan pagi dan makan tengahari.

Satu je, lepas tu mulalah mengantuk pun datang , tapi dek kerana terlampau banyak kerja yang perlu dibereskan, bapak tahan jelah .

Nasi lemak ni kekuatannya pada nasi dan sambal sebenarnya. Kalau gunakan santan yang setoet, maka kuranglah kicknya . Kalau nak lagi sedap lps masak nasi tu, terus bungkus dalam daun pisang bang 12-20 minit, aroma daun pisang tu dah meresap kat nasik dan menambahlah jawabnya , lps bungkus daun pisang , kita bungkus pulak dalam perut kita hehehe

lauk tambahan dengan ayam goreng serta keropok lekor

Selasa, November 09, 2010

SRI MERSING dan HANTU WAGON BURUK

semua gambaran dari atas bukit dari kawasan masjid jamek
sebahagian bandar mersing

menara masjid
ALHAMDULILLAH

Lagu Sri Mersing tetap segar sehingga ke hari ini.
Aku sempat ke pekan Mersing ni masa aku melarikan diri jumaat lepas
sebenarnya Mersing ni sebuah daerah membentuk negeri Johor
tapi sebuah bandar kecil yang pada ku masih belum tercemar dan terpelihara
boleh diibaratkan bagai anak dara sunti

Namun begitu setiap hari minggu atau hari kelepasan umum
pekan Mersing akan dibanjiri oleh kenderaan luar
kerana ia merupakan pintu keluar bagi yang berhajat ke Pulau Tioman
begitu juga terdapat banyak pantai peranginan dan perkelahan seperti Air Papan dan Penyabong

Sekarang dah banyak kereta lalu lalang menggunakan jalan Kota Tinggi - Mersing , walaupun selepas magrib agak lengang dan berbahaya kerana takut apa2 hal berlaku , payah juga kerana kebanyakkannya kiri kanan masih hutan . Mcm baru2 sebuah lori terbalik kerana merempuh gajah yg melintas di waktu malam.

Kekadang kalau memandu sebelah malam , dekat 10-20 minit juga baru bertemu dengan kelibat kenderaan lain .

Aku teringat kembali peristiwa 20 tahun dahulu masa aku bujang, aku pun start motor dan saja -saja ke Mersing dan aku bertolak balik dah dekat nak magrib juga dalam keadaan hujan rintik2.Dalam remang2 senja , aku telah memotong sebuah kereta wagon buruk yg dipandu perlahan berwarna hijau di kawasan jalan Mersing-Kota Tinggi yg agak lenggang dan hutan kiri-kanannya.

rasanya sekolah ni

Tak sampai 5 km aku memotong, tetiba , aku dapati ada sebuah kereta yang seakan2 sama dengan kereta yang aku potong tadi , aku buat tak peduli je dan memotongnya sekali lagi

Namun sekali lagi selepas lebih kurang 10 km, aku bertemu lagi dengan kereta yang seakan-akan sama, masa tu aku dah perasan lain tapi aku buat tak tahu je
bila pulak masanya kereta ni memotong aku sedangkan keadaan buruk dan dipandu perlahan

lalu aku pun cepat2 potong dan terus laju tak cakap apa2 pun hehehe
apabila aku bertemu dengan sebuah lori yg sama menghala ke Kota Tinggi ,
aku pun follow je dari belakang ,
perasaan takut masa tu tak sangat,
tapi meremang juga bulu tangan , kaki , hidung dan tengkuk hahaha
aku tanya pada rakan ku, perasaan tak yang kita memotong 3 kali kenderaan buruk yg dipandu perlahan. Dia pun perasan juga tapi tak berani nak cakap hehehehe

Kebetulan hari tu hari khamis malam jumaat keliwon hehehe
rasanya Allah nak uji aku dengan pertemukan aku benda2 mcm tu
dan lagi satu orang tua2 kan selalu dah pesan
kalau nak mulakan perjalanan , jangan dah dekat magrib
kerana masa tumasa peralihan antara siang dan malam
hantu dengan syaitan tengah berkeliaran berpesta nak menyesatkan anak cucu adam
dan rasanya aku malam tu jumpa "hantu wagon buruk"

Isnin, November 08, 2010

MERAPI MELETUP , LARIKKK

ALHAMDULILLAH

Merapi meletup , tapi penduduk sekitarnya tak mau lari . Semuanya kerana rasa taksubnya akan kuasa merapi . Tapi pak itam tak berani nak tunggu . Pak itam kena lari

Jadi selesai solat jumaat lepas, pak itam ajak mak itam lari , tapi lari naik keretalah

Jalan punya jalan punya jalan
jumpa kubu inggeris kiri-kanan jalan

kiri-kanan semua hutan dan pokok
channel radio pula dah tak dapat
jadi pak itam layan jelah cd alleycats
suasana luar pula suram dan muram

lepas tu jumpa pekan kecil Jemaluang
terus lagi jalan jumpa pula bandar mersing
terus lagi jalan terus jumpa pantai
sesadar kami dah sampai ke Teluk Godek , Air Papan
lebih kurang 100km juga kami lari tanpa disedari
jadi layan jelah suasana pantai dan angin
tapi sayang hanya dapat menikmati suasana selama 10 minit je
kerana rintik hujan mula turun,
alhamdulillah

jadi

nak kena larikkkk lagiiiii


Sesungguhnya Allah S.W.T adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada para hambaNya. Di antara bentuk kasih sayangNya adalah turunnya hujan sehingga bumi yang mati menjadi hidup dan semua makhlukNya dapat minum dan memanfaatkannya.

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha bahwa Nabi S.A.W apabila menyaksikan hujan, beliau selalu berkata,RAHMAT ." [HR. Muslim (III/62)].

Imam Nawawi rahimahullah berkata, "Maksud ucapan beliau, ini (hujan) adalah rahmat." [Syarah An-Nawawi 'Ala Muslim (VI/196)].

Maka barangsiapa yang tidak senang dengan turunnya hujan, tidak redha atau menganggap hujan hanya mengganggu aktivitinya , maka dia sesungguhnya belum mengenal di antara rahmat-rahmat Allah.

Fikir2kanlah,
jadi mula saat sini jom kita jangan mengeluh pabila rintik2 hujan mulai turun
kita sambut rahmat Allah ini dengan ucapan ALHAMDULILLAH

satu peringatan buat diri ku dan juga insan2 lain .







Khamis, November 04, 2010

04/11/2010 SAMBUTAN JUBLI BESI KE 20

perkahwinan boleh diibaratkan sebuah catatan perjalanan yang jauh
segala halangan dan rintangan perlu dihadapi bersama
pilot dan co pilot perlu berganding bahu
bagi memastikan perjalanan tersebut
sampai ke destinasi yg dihajati

ALHAMDULILLAH

Diam tak diam 20 tahun berlalu begitu pantas sekali . Pejam celik,pejam celik, aku hari ni menyambut sambutan jubli besi ulangtahun pernikahan dan perkahwinan kami .

20 tahun lalu bersamaan 04/11/1990 lebih kurang pukul 10.30 pagi, aku segak berjalan dengan baju kurung melayu serba putih yg menjadi tradisi orang johor melangkah bak pahlawan melayu bersamping lengkap. Cuma keris dan pistol je tak bawak .

Perasaan masa tu jangan cakaplah, takut bila pak imam henjut tangan ku, aku gugup . Tapi sebelum tu aku dah berlatih seorang diri . Nak kata aku gugup dan gemuruh masa tu tak juga. Akukan hero , mana boleh tunjuk gugup dan cemas . Malulah nanti.

Aku melangkah dengan penuh yakin bersama rombongan keluarga ku . Keadaan disana masa tu dah dipenuhi dengan orang ramai sanak saudara dan jiran tetangga mak itam.

Melabuhkan punggung ku diatas kusyen besar empuk disaksikan oleh mata-mata yang ramai aku tak kenali masa tu, namun selamba tetap selamba

Sebelum upacara bermula,pak imam memeriksa kad pengenalan ku seperti seorang inspektor tamil lagaknya , nak pastikan aku ni bukan rakyat nepal . Lepas tu bak seorang guru besar sekolah agama, soalan2 berkaitan rukun nikah pula ditanya satu persatu . Kalau dia tanya aku 16+340-84x48 , mati aku failed msa tu psl sempoa aku tak bawak . Kira pagi tu pak imam sekolahkan aku semula . Nasib baik semua dalam kepala.Kemudian , pengantin pompuan ditanya pula oleh pak imam sebagai formaliti tanda bersetuju dinikahkan.

Maka acara rasmi pun bermula. Kedua2 pihak membentangkan deklarasi persetujuan yang telah dicapai sebelum ini semasa majlis pertunangan . Hantaran masa tu 2500 serba satu dengan sebentuk cincin berlian dan bapa ku juga menghadiahkan dua bentuk gelang sebagai hadiah kepada pengantin pompuan .

Namun yang paling aku tak tahan , seorang saksi dikalangan penduduk lama kampung tu membelek2 cincin berlian tu dan gelang untuk memastikan bahawa ia tulin.
Dalam hati ku ketika itu,

"alamak org tua ni, dia ingat pelesu apa"

Dan acara kemuncak pun bermula

"bapak itam"

aku nikahkan dikau dengan mak itam berwalikan aku dengan mas kawinnya 50 USD , tunaiiiiiiiiiiiiiiiii

jawabku sepantas kilat senafas

"aku terima nikahnya mak itam dengan mas kawin yang tersebut , tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii"

"sah tanya pak imam pada kedua-dua orang saksi

"sahhhhhhhhhh"

yahooooooooooooooooooooooooo dlm hati ku

Hari ni tanggal 04/11/2010 genap usia perkahwinan kami 20 tahun.
Alhamdulillah, aku sangat bahagia dengan perkahwinan sehingga kini.
Semuanya asam garam kehidupan dalam suatu catatan perjalanan kami lalui bersama

Semoga kebahagiaan dunia dan akhirat sentiasa menjadi milik kami sehingga kami melabuhkan pelayaran kehidupan ini sebelum menuju ke kehidupan yang kekal abadi dan hakiki di akhirat kelak.

Insyallah

Rabu, November 03, 2010

KEKAWAN ORG JAWA

ALHAMDULILLAH

Keturunan bapak sebenarnya berasal dari kepulauan Acheh kalau seperti yang diceritakan oleh atok,atok,atok bapak . Sebelah ibu pula ada bersangkut paut dengan keturunan raja haji . Tu sebab dalam keturunan kami , takde darah jawa dan sepatah haram pun tak pandai cakap jawa.

Namun bapak punya ramai teman dari keturunan jawa terutama yang tinggal di Parit Sakai, Parit Bakar dan Parit Keroma serta Parit Amal . Rupa2nya bahasa jawa ni sepanjang pergaulan pak itam dengan mereka ada jawa kasar dan jawa halus .

Kehidupan masyarakat mereka ni sebenarnya dikampung tidak dapat dipisahklan dengan menu nasi ambeng . Pagi sarapan dengan nasi ambeng, kenduri kendara dengan nasi ambeng yang dibentang atas daun pisang dalam dulang besar . Biasanya ayam masak kicap dan sayur campur pasti takkan ketinggalan. Tentu KOG dan KAKZAKIE banyak cerita dan pengalaman tentang menu nasi ambang ni.

Cerita pasal jawa, teringat bapak dulu masa sekolah rendah, kalau tak salah ada sebuah petikan dalam buku teks BM berkaitan seorang petani yang namanya WAK KARTO . Rasanya wak karto ni berketurunan jawa. Kalau dulu masyarakat jawa senang dikenali dengan nama mereka seperti Kamin , Karto, Wongso, Markonah , Suparman , Karno tapi sekarang agak sukar bertemu dengan nama2 yang bercirikan jawa lagi.

Namun yang menjadikan kenangan sehingga hari ini ialah bapak semasa muda pernah menjadi peneman bagi seorang rakan bapak berketurunan jawa yang melangsungkan perkahwinan dengan anak Wak Parjo. Hari bertandang ke rumah pengantin perempuan, rupa2nya malamnya pengantin lelaki tidak boleh tidur bersama pengantin lelaki . Dah adat orang jawa rasanya. Jadi malamnya bapak pun terpaksa menemankannya di bilik pengantin. Kebetulan pelbagai hantaran masih berada di atas katil dalam dulang , jadi apa lagi...

Buah-buahan dan coklat yang menjadi hantaran menjadi santapan bapak malam tu manakala kawan bapak tu terkulat-kulatlah malam tu. Lebih kurang pukul 4.00 pagi , bapak pun pulang ke rumah dengan keluar melalui tingkap bilik (tingkap kayu) menuruni tangga yg telah tersedia di situ .Malas nak ikut pintu depan , tak nak kejutkan orang lain kerana rumah berlantai papan , faham-faham jelah bila bapak gergasi yang lalu hehehe

ok, penat bercerita
layan jelah sayur campur kat bawah ni yang boleh dikategorikan sebagai sayur jawa pasal semua ada, tempe, tauhu, kacang panjang, soon, kulit tauhu, dan hati serta mempedal ayam




Selasa, November 02, 2010

70-300 vr 2

ALHAMDULILLAH

Subjek : Asam Pedas Ikan Pari
Lens : 70-300 vr11

Tengok jam baru 6.30 ptg, azan magrib lebih kurang 22 minit lagi
sempat lagi ni buat photo shoot sebelum aku shoot masuk dalam mulut hehehe





Isnin, November 01, 2010

BELEK BINI LAIN

ALHAMDULILLAH

Islam memang membolehkan umat lelakinya berbini lebih , tapi bapak fikir sorang pun cukup buat bapak hingga ke akhir hayat .. Bukan senang nak berbini lebih selagi kita bernama manusia kerana adakah kita dapat berlaku adil kepada pasangan kita nanti.

Firman Allah S.W.T
"Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja”
An-Nisa : 3

Jadi kalau penyakit ni boleh dielak, elaklah
Jangan carik penyakit dan jangan nak mengatal .
Kalau kail panjang sejengkal , lautan dalam jangan di duga hehehe

Yang penting kualiti, bukan kuantiti
kalau bini sampai 4, asyik berantakan dan bercakaran pun tak guna juga
banyak contoh dan teladan yang boleh dilihat hasil dari berbini banyak ni seperti dalam cite madu 3 yg melibatkan kak tipah ,cik senah dan cik rohani

kalau dalam 3000 kes , hanya 2-3 je yang benar2 berjaya
lainnya kebanyakkannya akhirnya menuju keruntuhan rumah tangga
kerana hanya sekelumit je yang benar2 menghayati al quran dan sunnah bila nak berpoligami ni, sedangkan kebanyakkan yang lain pula hanya menghayati al nafsu dan al nafsi

namun hukum Allah tetap hukum Allah
yang harus tetap harus
yang haram tetap haram
yang sunat tetap sunat
yang wajib tetap wajib
tiada siapa pun yang boleh menidakkan.

4 jenis kain berlainan utk mencuci
kain hijau utk body,towel good morning utk mencuci tayar dan rim serta kain kuning serap air
untuk mengelap dan kain poly utk polish

Apa kaitannya ceramah di atas dengan n3 ni ye hahaha
Sebenarnya semalam hari minggu , jadi pak itam pun mengulitlah bini2 pak itam yang lain ni
Bagi kaum lelaki, kereta ni pun kekadang dikiaskan sebagai bini no. 2

Sebenarnya bapak jarang hantar pegi "car wash "
bapak lebih suka memandikannya sendiri kerana aktiviti ini penuh dengan rasa kasih sayang sebenarnya selain dapat mengeluarkan peluh dan membakar beberapa ratus kalori yang terdapat dalam tubuh badan.

Kebanyakkan "car wash" sekarang dari cerita2 orang bunian ,perkhidmatannya agak kurang memuaskan kerana nak cepat punya pasal . Akibat kegopohan inilah, maka banyak kereta yang bercalar kerana kecuaian mereka semasa proses pencucian ini berjalan dan cucian pula tidak bersih .

dah siap dan berkilat
dalam pun dah siap vacum

Lepas balik dari pasar tani dan bersarapan, bapak pun apalagi pakailah swimming trunk yang menutup aurat serta google lalu mulalah beraksi membelek bini no 2 dan 3 . Sementara tu kat dapur mak itam (bini no 1) tengah memasak hidangan tengahari walaupun masih awal pagi lagi. Katanya dah siap semua nanti senang kerana ptg nanti dah nak masuk hutan semula.

Setakat basuh keta ni pun bukanlah berat dan susah sangat . Tak perlu ada master atau PHD utk melakukannya tapi ingat ilmu membasuh kereta ni perlu ada . Gunakan syampoo kereta yang sesuai . Jangan pulak guna sabun breeze

Pancut semua kotoran luar dulu agar tiada pasir2 halus dan gunakan kain yang sesuai yang bebas dari pasir semasa mencuci. Jangan pulak kain batik orang rumah kau sebat buat kain mencuci kereta. Cite pasal kain cuci keta ni, teringat pak itam 20 tahun dulu . Masa tu kain cuci keta hilang entah kemana , jadi selongkar punya selongkar pada masa tu kain yang paling lembut dan sesuai adalah napkin anak hehehe
Tapi sekarang jarang dah jumpa baby pakai napkin, semua pakai pampers , jangan pulak cuci kereta pakai pampers ...

Mulakan membasuh dari bahagian atas bumbung , cermin, bonet depan belakang , body dan akhir sekali nanti barulah bahagian tayar kerana dibahagian itu terdapat banyak pasir dan kotoran kecil . Pastikan jangan biarkan air sabun tadi kering dan perlu dipancut segera .
Mcm senang je kan tapi sebenarnya inilah aturan yg perlu diikut utk hasil yg memuaskan .

Begitulah dengan kehidupan kita seharian,
kalau kita boleh ikut hukum dunia demi kesejahteraan hidup,
mengapakah kita sebagai manusia tak boleh ikut hukum Allah seperti yang digariskan
namun berbalik kita kepada qada dan qadar dan segala ketentuan Allah yang merencana sekalian alam dan mahkluk
kerana sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI

sekian cerita dan ceramah bapak buat pagi ni
semoga ceria selalu
pecah kaca tingkap wak kamin
kalau suka boleh komen
wassalam


puhhhhhhh menulis dan mengarang n3 ni pun sepenat basuh kereta woooo hehehe