WARGA SCP

Ahad, Februari 13, 2011

U RELA TAK, I TAK RELA

ALHAMDULILLAH

Baru2 ini, seorang pemimpin negara jiran yang meminta agar umat islam di negaranya lebih liberal dan sederhana. Dengan erti kata lain, demi pembangunan negaranya, umat islam negaranya perlu bertolak ansur dengan agama lain hinggakan kita boleh mentafsirkan niatnya,
" sesekali orang islam minum dan makan yang haram takpe "

Pengaruh liberalisasi yang cuba ditiupkan dan ditanam oleh musuh2 islam sebenarnya sudah mula bertapak sedikit demi sedikit dalam masyarakat kita samada kita sedari atau tidak.

Peranan kita sebagai orang islam dalam menyedari akan segala muslihat dan tipu daya ini demi sesuatu yang dikatakan kemajuan perlu dilakukan sekarang agar suatu hari nanti tidak berlaku konsep "melayu beragama islam" dengan "melayu bukan beragama islam"

Semuanya bermula di rumah dengan ahli keluarga sendiri dahulu baru diikuti dengan yang lain2.
i tak rela gadaikan akidah dan agama demi liberalisasi

Begitu juga dengan merayakan sesuatu perayaan . Kita harus tahu membezakan kerana perayaan agama bagi yang lain dari islam tidak boleh diraikan oleh kita. Tetapi sesetengah pendapat kalangan manusia yang beragama islam atas dasar liberalisasi tanpa pengetahuan yang mendalam dalam agama sehingga mengeluarkan pendapat,
" takpe merayakan selagi tak lakukan perkara maksiat" boleh menyebabkan iman dan akidah kita tergelincir dari pegangan islam yang kita anuti.

Seperti yang diketahui umum seluruh dunia, esok pasti ramai pasangan tak kira agama yang dengan bangganya akan merayakan "Valentine's Days" . Kalau yang merayakan bukan dikalangan agama islam, lantaklah
Tapi,
orang islam yang merayakannya juga tanpa usul periksa sedangkan perbuatan tersebut ternyata bercanggah dengan ajaran Islam dan haram hukumnya
Tepuk dada , tanya iman
"U ALL RELA TAK"
"I TAK RELA U "


Sebagai rujukan, fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM

Fatwa Hukum Umat Islam Menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day)

PENGENALAN

Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

  • Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

  • Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
  • ” Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku dikalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
  • Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
KEPUTUSAN FATWA
Sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukum umat Islam menyambut
Hari Kekasih ( Valentine’s Day ) telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426 Hijriah bersamaan 27 hb Disember 2005 Miladiah.
Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka Jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan sebagaimana berikut :

Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut :
” Amalan merayakan hari kekasih ( Valentine Day ) tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah dilarang oleh Islam yang jelas bercanggah dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah. Oleh itu umat Islam adalah DILARANG daripada melibatkan diri di dalam meraikan hari tersebut. ”
والله أعلم بالصواب

NOTA : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20-22 Syawal 1426 Hijriah bersamaan 22-24 November 2005 Miladiah di Kuching Sarawak, juga telah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day, tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Keterangan/Hujah:
Antara hujah keputusan tersebut adalah seperti berikut :
  • Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.

  • Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.

  • Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat aqidah Islam.

  • Sekiranya seseorang Islam itu berhasrat untuk memberi hadiah kepada seseorang pada 14 Februari bersempena dengan Valentine, perbuatan tersebut adalah tidak betul kerana ia seolah-olah meraikan konsep yang dibawa oleh Valentine’s Day.

  • Kebanyakan golongan remaja Islam hari ini meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.

  • Valentine’s asal nama sebenarnya St. Velentino merupakan seorang paderi palaing berpengaruh di zaman pemerintahan ratu Isabella di Sepanyol dan juga merupakan antara orang terpenting yang menghancurkan tamadun Islam di Sepanyol. Oleh itu ratu Isabella telah menetapkan 14 Februari sebagai hari menginati kemenangan kristian terhadap Islam. Maka barangsiapa yang merayakannya seolah-olah ia bergembira dan merestui ke atas kekalahan orang Islam di Sepanyol.

  • Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang antara satu sama lain, tetapi untuk meluahkan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syara’. Ia bukannya yang menggalakkan kepada perkara yang mendorong atau meransang kepada yang dilarang dan maksiat.

  • Sebagai alternatifnya, jika seluruh dunia masih berterusan menjadikan 14 Februari sebagai hari ”percintaan rasmi” mereka dengan pasangan mereka, marilah kita umat Islam menjadikan setiap hari senagai bersatunya Ukuwah Mukminin sesama Mukminin dan Mukminat sesama Mukminat dengan memperkukuhkan ikatan ukhuwah, kasih sayang dan mencintai Allah dan RasulNya, demi menghadapi pakatan musuh Islam yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Sepanyol, serta pada masa yang sama mendeklarasikan penentangan umat Islam kepada syirik dan penzinaan tajaan musuh-musuh Islam zaman berzaman.
والله أعلم بالصواب

Jumaat, Februari 11, 2011

KICAP

ALHAMDULILLAH

Orang belah selatan panggil kicap ,
belah utara panggi Tokyu
orang jepun panggil Shoyu
orang jawa panggil ketchup hehehe

Kicap ni banyak jenamanya kat pasaran
Tapi yang paling bapak gemar ialah Cap Kipas Udang yang warna merah tu
Cap kipas udang ni dah wujud sejak bapak kecik2 lagi

Tapi dulu sebotol dalam seringgit lebih je
sekarang dah 3-4 ringgit sebotol
tapi kicap tetap kicapkan

cite pasal kicap
bapak mmg gemar makan daging masak kicap
lepas tu ada kepingan kentang yang digoreng sekali dalam menu tu
kalau makan dengan nasi , siap ramas2kan biar sebati
takde lauk lain pun takpe

Khamis, Februari 10, 2011

DIA TULIS ARAB DAAAA

ALHAMDULILLAH

Ini dokumen sulit bawah Akta Kanun Tanah Negara Kongostan hasil pertemuan 4 mata bapak dgn PZM tu . Mula2 dia tulis bahasa melayu melalui intebiu dgn bapak , apa yang dah telan selama ni .

Pagi lepas subuh , mak itam dah siapkan bapak quaker oat dgn segelas nescafe

2.30 petang , mak itam dah siapkan pula hidangan tengahari bapak,
tima kasih buat mak itam yang tak jemu2 siapkan keperluan pemakanan bapak
Tengok tu , bapak telan tetiap hari sekor ikan asam pedas hehehe
kalau ikan besar ekor je bapak telan hehehe

Malam kami mmg jarang ambik heavy dinner ,
cukup sekadar teh 0 limau dan beberapa keping biskut
tapi kalau hujung minggu keluar hutan, hehehe
kami makan

Kira punya kira, dalam lebih kurang 900 kalori kami ambil ,
kira oklah tu

Kemudian PZM tu tulis arab pulak
"Improper Meal Time"
katanya waktu makan kita kena ubah sikit, bukan 3 kali sehari
kena banyak kali sehari , tapi kuantiti sedikit dan makanannya tidak berminyak
pukul 10.00 pagi nanti kena ambil sekeping dua kuih dan air supaya nanti bila makan tengahari , kita ingat dunia sikit hehehe

Banyak lemak diambil semasa sarapan pagi krn gunakan susu pekat manis
tu yang katanya tukarkan susu pekat dgn susu tepung low fat pasal susu sejat manis ni makan masa nak terurai sikit dan banyak senang kasi kolestrol dalam badan

Fast food pula sebulan sekali sahaja psl katanya sebiji burger mengandungi 1200 kalori dan banyak kolestrol dalamnya. Bukan tak boleh makan, tapi jangan terlalu kerap .

Fast Food sebulan sekali tapi sib baik Late Food mcm asam pedas takpe hehehe

Diharap apa yang bapak dah lalui ini dapat memotivasikan rakan2 bapak di sini
kata PZM tu ramai yang salah amalkan cara pemakanan hingga "skip makan tengahari atau sarapan pagi"

Itu tak betul kerana bila kekurangan kandungan glugose dalam badan, otak kita akan sentiasa menghantar isyarat lapar je, tu yang bila jumpa makan , sebat semacam.
Kata orang kampung mentedarah hehehe

Kesimpulannya kalau kita makan banyak , bermaksud banyak kalori tu
jadi , kita kena bakar kalori tu dengan melakukan pelbagai aktiviti riadah
mengimbangi kalori tersebut

tapi

berblogging rasanya terbakar tak kalori tu hehehe

Rabu, Februari 09, 2011

PZM

makanlah sayur-sayur
ALHAMDULILLAH

Setiap 6 bulan sekali, bapak ada temujanji dengan PZM
PZM adalah singkatan Pakar Zat Makanan , nak dapatkan temujanji dengan PZM ni punyalah susah .PZM ini sorang nak cover satu daerah . Dia datang kat tepi hutan ni pun sekali dalam beberapa bulan. Temujanji pertama dengan PZM ni dibuat tahun lepas lagi, baru bulan lepas bapak mengadakan pertemuan dengan PZM untuk kali pertama. Orangnya masih muda dan berkelulusan Universiti dalam bidang permakanan ni.

Bapak berpeluang menggunakan khidmatnya secara percuma di klinik kesihatan kerajaan berdekatan hutan ni, lagi pun bapakkan bekas pencen sojar hehehe

Mula2 PZM tu intebiu bapak, tanya cara dan corak pemakanan bapak dari celik mata sampailah tutup mata ( tapi bukan tutup terus tau hehehe)

Apa yang bapak makan ,
berapa banyak yang dimakan

Sambil dia mencatit kat sebuah fail, lepas tu dia keluar kalkulator dan mula mengira.
Bapak ingat dia kira hutang, rupa2 dia kira berapa berat makanan yang bapak makan dan kira jumlah kalorinya , habis semuanya dihitung

Sebelum ni kita ni makan, mana nak kira semua tu
yang kita kira sedap je,
kata org kampung , melantak je semacam hehehe
tak pernah pulak dibuat orang kalau pi makan siap bawak kalkulator bagai hehe

Setelah dibuat perkiraan , maka dia kata apa yang bapak makan selama ni jumlah kalorinya ok , cuma kena seimbangkan sedikit agar dalam makanan ada protein, karbohidrat dan lemak

Lepas tu dia suruh tukar dari susu pekat manis yang dibancuh dengan air nescafe setiap dan quaker oat setiap pagi tu dengan susu tepung rendah lemak Omega 3 , itu katanya lebih baik untuk mengurangkan kolestrol jahat dalam badan dan juga untuk tulang.

dia suruh makan sayur hijau, bapak makan semua sayur yang kuning , yang merah

Juga dinasihatkan agar mengambil fastfood seperti McD atau KFC hanya sebulan sekali berbanding setiap hujung minggu. Kalau menunya ayam pula di rumah, dia tak galakkan makan kulitnya , tapi kulit tu yang paling sedap hehehe

Untuk tengahari , jumlah nasi hanya 1 1/2 cawan , bapak bayangkan jumlah beras 1 1/2 cawan hehehe rupa2nya nasi , ambil buahhan sebagai serat dan jangan lupa banyakkan sayuran dalam sajian .Menunya boleh diselang seli setiap hari antara ikan atau ayam atau daging. Airnya pula air kosong, bukan sirap limau atau apa saja yang bergula.

Panjang lebar lepas tu dia bersyarah , semua pasal pemakanan sihat dan seimbang
kira oklah juga dia bersyarah benda tu dari dgr jurujual yg bersyarah suruh "gores dan menang"

Nanti bulan Jun nanti , sekali lagi kami ada appoiment,
dia nak tgk perkembangan dan nak periksa semula samada BMI dah capai tahap yang dikehendaki atau tidak

Hakikatnya jaga makan ni bukan nak nampak slim atau kurus
tapi nak supaya tubuh badan sihat agar segala urusan akhirat dan dunia dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.
Tapi, bapak makan tetap makan ,
tapi makan mengikut apa yang disyorkan yang ada jadualnya dan jenis2 makanannya
Mak itam dah tampalkan jadual yg PZM berikan tu kat pintu peti ais kat rumah hehehe

psssssss lagi satu dia kata makan asam pedas tetiap hari takpe
sib baik boleh hehehehehehe

Selasa, Februari 08, 2011

BANJIR,MEMBANJIRI,DIBANJIRI

hebat kancil , boleh berenang lagi

ALHAMDULILLAH

Sebut je banjir , ramai penduduk yang fobia dengar perkataan tu. Kadangkala takde hujan , takde ribut , aleh2 air naik je mcm kat area batu pahat dan yong peng . Manakan tidak, sistem ekologi alam kita sudah tidak boleh diramal lagi akibat tangan2 manusia yang rakus cuba mengubah alam . Allah S.W.T telah mengingatkan melalui banyak2 ayat dalam Al-Quran yang telah diturunkan kepada umat manusia sebagai rujukan dan panduan.

Bencana ini terjadi disebabkan tangan2 manusia, bukan alam!

Cubalah kita mengkaji sedalam-dalamnya, sebegitu zalimkah Allah menimpakan bencana kepada kita semua , kalau kita masih mengatakan bahawa bencana ini adalah mutlak dari alam semata, bererti kita telah menganggap bahawa Allah menzalimi hamba-hambaNya, cuba kita perhatikan ayat di bawah ini yang ertinya;

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat kezaliman walaupun sebesar biji sawi”
(QS. An nisa’: 40)

Allah tidak mungkin menimpakan bencana dengan zalim, allah mempunyai alasan mengapa dan kenapa, mari kita perhatikan firman allah berikut ini yang ertinya;

“Apa yang datang kepada mu berupa kebaikan maka itu dari allah, sedangkan apa yang menimpamu berupa musibah maka itu dari dirimu sendiri”
(QS. An nisa’ : 79)

Jadi apa yang biasa diucapkan manusia ketika datangnya bencana di negeri ini berupa BENCANA ALAM, itu tidak tepat , kerana dari penamaan itu akan terbayang di otak kita bahawa penyebab bencana ini datang adalah kerana fenomena alam semata-mata

“Dan apa pun yang menimpamu berupa musibah maka disebabkan perbuatan tangan-tangan kalian sendiri, dan allah banyak memberi keampunan”
(QS. As syuura : 30)


org tua pun syok main air

ALHAMDULILLAH

Semalam tengahari , takde angin takde ribut , pinggan bapak pun banjir juga dengan asam pedas ni dari tangan mak itam , cuaca pulak dingin2 sejuk je ala2 musim luruh, apalagi berseleralah bapak membanjiri pinggan bapak dengannya.

Bapak minta maap bebanyak kalau mulut kalian pula banjir,dibanjiri dan membanjiri dengan air liur hehehe

Yang pasti banjir kat bawah ni bukan bencana, tapi rezeki kami berdua hehehe



Rabu, Februari 02, 2011

BANJIR MCM CHOC FAT DI HC

kawasan tgh pekan
1 km je dari kediaman bapak

ALHAMDULILLAH

Banjir kat HC macam choc fat pulak, kejap ada - kejap takda
Kenapa bapak cakap mcm tu, pasal fenomena dah 3-4 hari ni, setiapkali pukul 2.00 pagi ketika air pasang dan terus akan melimpah dan membanjiri sekitar pekan HC sehinggalah ke awal pagi sekitar pukul 10.00 pagi . Nanti petang sikit dia surut kembali ketika air surut.

Esok fenomena yang sama berlaku . Kemungkinan air yang turun dari ceruk gunung dan bukit di kawasan pendalaman HC turun memenuhi sg HC sehingga tidak dapat menampung ketika air pasang. Air yang masuk ke tengah pekan pula jernih dan sejuk , rasanya air loji yg dilepaskan.

Keadaan ini menyebabkan berlaku kesesakkan yang begitu teruk di jalan2 kerana ada yang perlu pusing kembali kenderaan mereka . Kalau setakat 4wd atau Suv , insyallah. Tapi air tenang jangan disangka takde lubang kerana keadaan jalan kelihatan begitu teruk sekali akibat terendam dan terhakis. Lubang kat jalan tok sah citelah. Batu2 serta sampah sarap kelihatan di mana-mana.

Yang bestnya mcm pesta pula , terdapat gerai2 jualan ditepi2 jalan yang mendapat sambutan yang mengalakkan dari pengunjung luar yg datang nak tengok banjir .

Semalam, supermarket dan kedai2 hampir 98% yang tutup di tengah bandar.

Namun , alhamdulillah. Doa yang dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T agar terhindar dari musibah ini setakat ini dimakbulkan Allah. Moga Allah terus memelihara kami dari musibah ini.


Jutaan terima kasih buat sahabat2 bapak yang sudi mendoakan buat kami dan warga HC amnya. Semoga Allah juga memelihara kalian semua dari sebarang musibah.perserta le tour yang tersalah arah


kenderaan dah stuck kat mana2

ada yg teragak
nak redah ke tak redah
salah redah, naya

mana nak pi tu, awas lobang

jam 9.30 pagi

adik nak pi keja pakai selipar je dan sinsing seluar
ni baru betul mcm banjir

masing2 redah tak ikut law
one way jadi 2 way
keadaan darurat

suv tinggi, insyallah

KFC in Venice

Selasa, Februari 01, 2011

BANJIR : SITUASI BERJAGA-JAGA

kat bawah dah lenggang
aras banjir besar dulu betul2 bawah kipas tu

ALHAMDULILLAH

Kat bahagian bawah dah hampir lenggang mcm baru kena kebas dgn ali baba dan 40 orang penyamun. Tapi minta2 dijauhkan Allah dari semua itu. Faham2 jelah, musim banjir dan orang tengah kecoh sana sini. Macam yang terjadi dulu, orang sibuk banjir tinggalkan rumah, ada penyamun tarbus pula sibuk juga tolong kemaskan juga.

Mana yang boleh diangkat telah dinaikkan kat atas, yang melekat biarkan jelah, kalau nak kena, semuakan ketentuan Allah. Kita sebagai hambanya kena redha . Itu semuakan ujian dari Allah buat hambanya supaya kita masa susah atau senang sentiasa mengingatiNYA.

laci2 letak kat tempat tinggi

Mengemas ni sebenarnya penat . Pinggang rasa nak patah, tapi nak buat mcmmanakan. Syukur , masih diberi ruang dan masa oleh Allah utk mengemas berbanding mangsa lain yg tak sempat menyelamatkan harta benda mereka. Bapak kemas ni pun sebagai langkah2 persediaan awal . Kalau tak ada berlaku, syukur pada Allah.

Ingat pagi ni nak bawak turun semua barang balik, tapi pukul 2.00 pagi tadi air kembali membanjiri bandar HC dan kebetulan air pasang malam . Pagi tadi bapak jogging ingat nak pi ambik kereta kat busut jantan tu, tapi keadaan beberapa laluan di tengah bandar telah ditenggelami air semula. Menurut sumber2, kemungkinan besar air dari empangan berdekatan telah dilepaskan kerana kalau kita lihat air banjirnya jernih dan sejuk.

Jadi 2-3 hari ni , kami dinasihatkan agar berjaga2 dan berwaspada kerana tak tahu , apakah banjir besar akan berulang lagi seperti tahun 2006 dahulu. Kediaman bapak hanya sepelaung je dari bandar HC, jadi kami diminta sentiasa berwaspada.

Nanti bapak kongsikan gambar lokasi yang sempat bapak ambil suasana banjir pagi tadi jam 8.00 pagi dan sekali lagi bapak ke lokasi jam 12.00 tgh yang keadaannya nampak gaya semakin tidak baik . Moga Allah melindungi kami ssemua dari musibbah ini.

Insyallah


sumbat je mana dulu kat dalam bilik ni

ruang bapak bekerja dan berkarya juga disumbat