Setiap 6 bulan sekali, bapak ada temujanji dengan PZM
PZM adalah singkatan Pakar Zat Makanan , nak dapatkan temujanji dengan PZM ni punyalah susah .PZM ini sorang nak cover satu daerah . Dia datang kat tepi hutan ni pun sekali dalam beberapa bulan. Temujanji pertama dengan PZM ni dibuat tahun lepas lagi, baru bulan lepas bapak mengadakan pertemuan dengan PZM untuk kali pertama. Orangnya masih muda dan berkelulusan Universiti dalam bidang permakanan ni.
Bapak berpeluang menggunakan khidmatnya secara percuma di klinik kesihatan kerajaan berdekatan hutan ni, lagi pun bapakkan bekas pencen sojar hehehe
Mula2 PZM tu intebiu bapak, tanya cara dan corak pemakanan bapak dari celik mata sampailah tutup mata ( tapi bukan tutup terus tau hehehe)
Apa yang bapak makan ,
berapa banyak yang dimakan
Sambil dia mencatit kat sebuah fail, lepas tu dia keluar kalkulator dan mula mengira.
Bapak ingat dia kira hutang, rupa2 dia kira berapa berat makanan yang bapak makan dan kira jumlah kalorinya , habis semuanya dihitung
Sebelum ni kita ni makan, mana nak kira semua tu
yang kita kira sedap je,
kata org kampung , melantak je semacam hehehe
tak pernah pulak dibuat orang kalau pi makan siap bawak kalkulator bagai hehe
Setelah dibuat perkiraan , maka dia kata apa yang bapak makan selama ni jumlah kalorinya ok , cuma kena seimbangkan sedikit agar dalam makanan ada protein, karbohidrat dan lemak
Lepas tu dia suruh tukar dari susu pekat manis yang dibancuh dengan air nescafe setiap dan quaker oat setiap pagi tu dengan susu tepung rendah lemak Omega 3 , itu katanya lebih baik untuk mengurangkan kolestrol jahat dalam badan dan juga untuk tulang.
Juga dinasihatkan agar mengambil fastfood seperti McD atau KFC hanya sebulan sekali berbanding setiap hujung minggu. Kalau menunya ayam pula di rumah, dia tak galakkan makan kulitnya , tapi kulit tu yang paling sedap hehehe
Untuk tengahari , jumlah nasi hanya 1 1/2 cawan , bapak bayangkan jumlah beras 1 1/2 cawan hehehe rupa2nya nasi , ambil buahhan sebagai serat dan jangan lupa banyakkan sayuran dalam sajian .Menunya boleh diselang seli setiap hari antara ikan atau ayam atau daging. Airnya pula air kosong, bukan sirap limau atau apa saja yang bergula.
Panjang lebar lepas tu dia bersyarah , semua pasal pemakanan sihat dan seimbang
kira oklah juga dia bersyarah benda tu dari dgr jurujual yg bersyarah suruh "gores dan menang"
Nanti bulan Jun nanti , sekali lagi kami ada appoiment,
dia nak tgk perkembangan dan nak periksa semula samada BMI dah capai tahap yang dikehendaki atau tidak
dia nak tgk perkembangan dan nak periksa semula samada BMI dah capai tahap yang dikehendaki atau tidak
Hakikatnya jaga makan ni bukan nak nampak slim atau kurus
tapi nak supaya tubuh badan sihat agar segala urusan akhirat dan dunia dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.
Tapi, bapak makan tetap makan ,
tapi makan mengikut apa yang disyorkan yang ada jadualnya dan jenis2 makanannya
Mak itam dah tampalkan jadual yg PZM berikan tu kat pintu peti ais kat rumah hehehe
psssssss lagi satu dia kata makan asam pedas tetiap hari takpe
sib baik boleh hehehehehehe
salam pak itam,
BalasPadamoowhh pakar zat makanan..ingat pusat zakat malaysia ekeke..yummy sayur tuh
salam pak itam, apa khabar? Pagi-pagi lagi dah buat saya senyum sorang diri depan laptop. Paling best tu makan asam pedas hari2 takpa...hehehe sib baik kannn
BalasPadamsalam pak itam,
BalasPadammakan tetap makan...jangan terlebih kalori hingga berlori-lori!!
Salam Pak Itam,
BalasPadamBagus sungguh inisiatif sampai jumpa PZM. Kita memang selalu alpa (Kakaklah tu) bila makan tanpa mengiara kalori yg masuk...
Dalam tersenyum membaca ada nasihat yg harus difikirkan. Terima kasih Pak Itam...
takpalah...ni semua untuk kesihatan kita...saya pun sama jugak macam tu....asyik bedal yang berlemak saja....heh3...
BalasPadamsalam tuan rumah..
BalasPadambaru tahu orang panggil pak itam ek..
so...nak panggil pak itam jugakla..bole?? :)
nak jaga makan ni memang payah kan...semua makanan main makan jekk...isshhh yang tak elok utk kesihatan tu laa yang kita rasa paling sedap sekali..hehe
salam kenal pak itam... :)
assalamualaikum pak itam
BalasPadamkalau makan ayam goreng... um lebih suka makan kulit dan hujung2 isi... sedap... ~
salam kenal pak itam...
BalasPadambukan pak tam raja lawak tu ye...?;P
Pak Itam & rezeki : saya pun mengawas jugak makan2 ni..."hantu2" jugak lah macam2 makan ni ! alhamdullilah selera sedap aje...tapi ingat jugak...makan bila lapar - berhenti sebelum kenyang!
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalammualaikom wtb pak itam. Apa kabar hari ini. Dah makan ubat. Allhamdullah...seronok dgr catatan pemakanan yang sihat oleh pensyarah yang bertauliah.
BalasPadamLepas ini habis jenis sayuran dan buah yang berwarna hijau pak itam sebat. Jangan tersalah ragut rumput di dalam hutan sudah la, nanti pencen soljer tak dapat nak balik ke pangkal jalan.
Ana doakan semoga pak itam sihat selalu, InsyaAllah.
waalaikumsalam syima
BalasPadamhehehe jawatan ni kira baru lagi diwujudkan
waalaikumsalam nurilhami
BalasPadamalhamdulillah, bapak sehat
kalau pzm tu kata tak boleh, terus bapak batalkan semua pertem,uan hehehe
pssss amacam kelas tari tu hehe
waalaikumsalam kak nab
BalasPadamtu kira kontena kak hehe
waalaikumsalam kak zakie
BalasPadambadan sihat melalui pemakanan yg halal lagi tidak meragukan , insyallah
kemudian kita disuruh menjaga kesihatan oleh islam melalui pemakanan juga
uncle
BalasPadamkekadang kita lupe ,tu yang main langgar je hehehe
melayu mudah lupe kan hehe
sib baik kita org arab hehehe
waalaikumsalam amy
BalasPadamtq krn sudi singgah dan melayari SCP
salam ukhwah juga dr bapak buat anakanda
dulu org panggil james, la ni baru org panggil pak itam hehehe
waalaikumsalam manje
BalasPadamyg tu selalu berebutkan hehehehe
waalaikumsalam bro sham
BalasPadamsalam ukhwah juga dari pak itam krn sham sudi melayari SCP dan jadi sahabat bapak
pak itam raja lawak tu kira sepupu hehehe
waalaikumsalam cikgu sak
BalasPadamrasa tekak nak makan, kita makan tapi berpadakan
jgn tak henggat dunia sudahlah hehe
waalaikumsalam MI
BalasPadamalhamdulillah, bapak sehat2 aje
dah berumur ni kira kena jaga makan, bukan mcm muda2
kalau sakit , semua urusan akhirat dan dunia menjadi sedikit sukar
langkah2 pencegahan awal