WARGA SCP

Rabu, September 07, 2011

MAKKAH : UMRAH PERTAMA SELEPAS 4 TAHUN ++

sambil menunggu yang lain seperti dijanjikan
akan berkumpul di sini selepas tawaf
di kawasan tangga lampu hijau

menatap baitullah sambil menanti azan magrib


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah


Aku , mak itam , son of gun , ibu mertua ku dengan beberapa rakan melangkah menuju ke Masjidil Haram selepas jemaah selesai solat asar di Masjidil Haram dan kami pula tadi telah menjamakkan solat zohor dan asar semasa dalam perjalanan.

Kami terus menyusuri jalan ke dalam Masjidil Haram dan memanjatkan doa apabila kelibat Baitullah mula kelihatan pada pandangan mata ku.Ketika itu tak boleh digambarkan hati dan perasaan ku, hanya Allah je yang mengetahuinya.

Lantas menuju ke dataran kaabah dan solat sunat tahyatul masjid dahulu serta solat sunat yang lain buat kali pertama di hadapan Baitullah setelah kali terakhir berbuat demikian 4 tahun++ dahulu sebelum kami menuju ke penjuru Hajarul Aswad lalu berniat bersama2 sebelum memulakan tawaf .

menjelang waktu magrib




Sebelum tu kami dah janji , lepas tawaf , solat sunat tawaf di antara Multazam dan makam Ibrahim dan terus tunggu di tangga bawah lampu hijau tu yang menuju ke bukit safa . Jadi kami dapat lakukan tawaf dengan tenang dan fokus 100% terhadap pekerjaan tawaf itu sendiri tanpa tercari2 dan terfikir2 anggota keluarga yang lain semasa tawaf.




Alhamdulillah, dalam 20-30 minit selesai kami bertawaf , cuma nak dapatkan tempat yang stategik je antara Multazam dan Makam Ibrahim untuk solat sunat tawaf dan berdoa agak sukar kerana ramai jemaah yg duduk lepak di situ sambil menatap Baitullah .Selesai sahaja menunaikansolat sunat tawaf dan berdoa menghadap Baitullah antara Multazam dan makam Ibrahim, terus aku menuju ke destinasi seperti yang dijanjikan.

Berkumpul di tangga di bawah lampu hijau dan menghirup air zam2 sepuas2nya sebelum menuju ke kawasan bukit safa pada mulanya. Nampaknya azan magrib yang akan berkumandang tidak lama lagi menyebabkan kami menangguhkan dahulu saie .

Mak itam dan ibunya perlu mendapatkan tempat di kawasan wanita untuk bersolat magrib . Sementara aku dan yang lain mendapatkan tempat yang begitu startegik lalu menatap sepuas-puasnya Baitullah sementara menunggu azan magrib .

Alhamdulillah , selepas magrib kami terus berkumpul semula dan menyempurnakan saie bersama-sama walaupun agak keletihan setelah menempuh perjalanan yang panjang tadi dari Madinah dan bebas segala pantang larang dalam ihram selepas bergunting dan bertahalul.

Alhamdulillah, umrah pertama kami dapat disempurnakan.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana hajat ku untuk menjejakkan kaki ke bumi penuh keberkatan ini terlaksana dan dapat menunaikan sekali lagi umrah dan Allah mempermudahkan segala perjalanan kami hari ini.


Hotel Al Massa

Kami meninggalkan masjidil haram bersama2 namun lupalah pulak tadi mana kami letak kasut semasa masuk ke dalam masjidil haram. Agaknya perasaan teruja yang amat sangat menyebabkan kami lupa rak kasut nombor berapa kerana ketika ini semua rak kasut kelihatan sama dan jemaah pula ramai ketika ini. Namun akhirnya setelah 15 minit mengingati kembali pintu mana yang kami masuk memula tadi, akhirnya dengan izin Allah, kami temui kembali beg2 kasut2 kami tapi telah beralih dari tempatnya tadi .

Menuju ke hotel penginapan dan kelihatan jemaah2 dari kumpulan kami pula sedang bersiap sedia menuju ke Masjidil Haram diiringi oleh mutawif untuk menyelesaikan perkerjaan umrah mereka .

Aku memang dah niat nak botakkan licin kepala ku dan juga anak ku dan juga aku niat nak belanja adik2 sahabat ku yang aku kenal di sini utk bercukur sekali. Kami menuju ke kedai gunting rambut yang terletak berdekatan lalu semuanya botak licin lagaknya mcm Tantari, Jagindas, Karambit dan rakan2nya dalam cite 6 jahanam hehehe

Alhamdulillah,
Selesai sudah umrahnya untuk hari ini dengan izin Allah jua.

botak SR10 sekarang
pakai pisau pakai buang

Selasa, September 06, 2011

MENUJU TANAH HARAM MAKKAH : BERNIAT UMRAH DI BIR ALI


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, saat perpisahan dengan bumi Madinah tiba jua setelah beberapa hari di sana. Tanggal 06 Jun 2011 selepas melakukan ziarah wada' ke makam Rasulullah , dengan berpakaian ihram meninggalkan perkarangan hotel jam 10.30 pagi menuju ke Kota Makkah.

Sebelum tu tadi aku dah melakukan perkara2 yang disunatkan sebelum memakai ihram seperti bercukur dll sebelum mandi sunat ihram dan hanya belum berniat umrah sahaja yang pastinya di Bir Ali kerana disitulah miqatnya.

1/2 jam perjalanan bas kami tiba di Bir Ali dan macam biasa kerana wuduk ku masih terpelihara, terus memasuki masjid dan solat sunat ihram 2 rakaat sebelum melafazkan niat umrah . Perjalanan diteruskan lebih kurang 447 km yang akan memakan masa dalam 5-6 jam juga
.



panorama Masjid Zulhulaifah, Bir Ali


Macam biasa hampir 3/4 perjalanan , kami singgah di sebuah kawasan R&R untuk solat jamak takdim zohor dan asar lalu makan tengahari di situ. Tentunya nasi ikan serta nasi ayam menjadi pilihan dan sungguh berselera sekali yang setiap hidangannya antara SR 15-SR20.

Nampaknya R&R ni dah bertambah cantik dan kemas sedikit berbanding kali terakhir aku singgah pada tahun 2007 dahulu. Kelihatan tandas2nya juga tersusun rapi dan agak bersih berbanding dulu. Keadaan restoran2 di situ juga begitu.


Perjalanan di teruskan dan akhirnya kelibat masjid Saidatina Aisyah di Tanaim kelihatan bermakna sekarang kami telah berada di dalam kawasan tanah haram dan doa dipanjatkan ke hadrat Allah .

Memasuki kota Makkah ketika waktu azan asar hampir berkumandang menyebabkan pergerakkan bas kami agak terganggu kerana kebiasaanya banyak jalan2 ditutup apabila masuk waktu solat dan akan dibuka selepas itu . Perjalanan yang jaraknya tak seberapa kekadang mengambil masa yang panjang dan akhirnya setelah berpusing2 basnya, hotel penginapan kami Al Massa di Ajyad Street akhirnya tiba jua .

Syukur , Alhamdulillah

Kelihatan ketika itu jemaah berpusu2 ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat asar dan perasaan ku ketika itu meronta2 ketika turun dari bas , rasa tak sabar nak pergi ke sana . Kami di sambut oleh pihak agensi dan sedikit taklimat ringkas yang mana jemaah akan dibawa oleh mutawif menyelesaikan umrah hanya selepas isyak dan diminta berehat dibilik dahulu namun bagi jemaah yang pernah menjejakkan kaki ke sini bebas sekiranya berhajat melakukan tawaf , dan saei serta bergunting bagi menyempurnakan pekerjaan umrah.

Sebelum tu aku sebenarnya dah bincang dengan isteri dan anak ku yang kita akan menyelesaikan perkerjaan umrah petang itu juga . Jadi jika ada rakan2 yang nak ikut terpulanglah kepada diri masing2 dan akhirnya kami dalam 9-10 orang juga sepakat menunaikan umrah petang tu juga. Naik sebentar ke bilik untuk membersihkan diri dan berwuduk sebelum turun semula menuju ke Masjdil Haram untuk kali pertama setelah 4 tahun lalu aku meninggalkannya .

Perasaan terujanya ,
Hanya Allah sahaja yang tahu kerana aku dah pendam rindu dendam ni hampir 4 tahun juga dan akhirnya dengan izin Allah, aku ke kembali lagi ke sini seperti mana doa ku dahulu, jangan jadikan kunjungan ku ke sini kali terakhir dan sekiranya hayat ku tidak panjang untuk menjejakkan kami ku ke sini lagi, gantikan lah ya Allah syurga buat ku .

ALLAHUAKBAR

Alhamdulillah
kedudukan Al Massa ni belakang istana raja
dan hanya beberapa puluh meter dari dataran MasjidilHaram

gambaran dari tingkap bilik ku
No 205 menghadap haram view

Al Massa terletak seberang jalan dengan Al Safwah

Isnin, September 05, 2011

MADINAH : SUBOH TERAKHIR DI BUMI MADINAH

Ini merupakan suboh terakhir ku di Bumi Madinah dan Masjid Nabawi. Waktu terasa begitu pantas sekali ,

tup,tup

dah nak meninggalkan bumi Madinah yang penuh keberkatan ini. Alangkah indahnya kira dapat menghabiskan masa dengan lebih lama lagi di sini. Namun itulah aturan dunia yang telah ditetapkan oleh Allah.

Yang datang pasti kan pergi
Yang pergi takkan kembali
Tapi pergi kerahmatulullah yg pasti takkan kembali

Kalau panjang umur, murah rezeki dan dijemput lagi menjadi tetamuNya
pasti aku akan mampir ke sini lagi

Hati dan perasaan ...
Sedih dan sayu memang ada , tapi nak buat macammana

Beg2 kami telah ku kemas sejak malam tadi lagi . Tiada beg yang beranak . Aku hanya membeli beberapa kilo kurma ajwa sahaja dan sekilo dua kurma ambar serta kismis. 2 helai jubah baru buat dipakai anak jantan ku semasa di sini serta 2 helai jubah untuk kakaknya apabila pulang kelak .Tiada apa2 ku beli buat diri ku.

Selepas suboh tadi , aku bersama anak ku terus melakukan ziarah wada' ke makam Rasulullah lalu terus pulang ke pinganapan .

Kami dijangka bertolak jam 10.30 pagi nanti langsung berpakaian ihram .
Jadi aku ambil kesempatan meronda dalam Masjid Nabawi sepuas-puasnya.
Masa tadi aku menziarahi makam Rasulullah dan lalu di hadapan Raudah, rasa aku nak melompat je masuk ke dalam raudah.

Aku meninggalkan makam Rasulullah dengan genangan air mata tanpa diundang .

Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala-galanya buat kami di sini.
anak ku juga semalam berpeluang masuk dan beribadah dalam raudah, begitu juga dengan isteri ku. Cuma ibu mertua ku sahaja tak berpeluang kerana tak sanggup ambil risiko berhimpit2 dan bertolak2 dalam keadaannya yang uzur tu. Takpa lah , kerana dulu2 masa dia sihat dan muda , dia dah dapat merasainya .






Perlahan2 aku meninggalkan Masjid Nabawi dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan dalam hati . Aku berdoa agar kami dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman serta dijemput menjadi tetamu Allah lagi di masa2 yang akan datang.

Insyallah

Selepas ini destinasi kami tentulah Makkah
Kiblat seluruh umat islam yang menghadap ke Baitullah setiap kali waktu solat tak kira walau di mana kita berada

Tak sabar rasanya .


Jumaat, September 02, 2011

MADINAH : PASAR KURMA

berderet pickup buat angkat buah durian hehehe

Program ziarah luar kami di bumi Madinah akhirnya sampai ke penghujung lebih kurang 1 jam juga sebelum masuk waktu zohor. Persinggahan terakhir ialah pasar kurma yang terletak berdekatan dengan Masjid Nabawi serta hotel penginapan.

Kelihatan dari jauh agak lengang dan kalau begini keadaannya , pasti senang nak tawar menawar dalam keadaan yang tenang.

Turun je dari bas, kelibat penjual2 minyak attar telah menunggu kami , tapi aku dengan lembut menolak pelawaan mereka untuk mencuba .

Apabila sampai je ke dalam pasar kurma, biasalah penjual2nya memberi kami rasa dan mengajak kami memasuki kedainya. Aku akhir sekali masuk kedai yang tak pelawa aku pun kerana takde orang di situ. Kalau kat kampung nak pi makan sedap sedangkan kita tak tahu warung tu sedap ke atau tidak, kita pegilah yang warung sentiasa ramai pengunjungnya . Tapi kat pasar kurma ni tak boleh pakai tips tu pasal yg beli kurma ni semua jemaah luar yang tak biasa dengan keadaan kedai di situ. Tu sebab aku masuk kedai yang tak ada pengunjung tu.





Pasal kami je kat dalam kedai tu, jadi kami dilayan dengan baik sekali lalu aku bertanyakan kurma ajwa gred A+ . Kurma ni sebenarnya nampak je sama tapi sebenarnya ada gred A+,A,B+,B serta C . D & E tak jual kat sini . Tu sebab kita jangan tertarik dengan harga yang berbeza walaupun rupa kurma tu sama . Sebagai contoh kedai sebelah jual ajwa SR 50 sedangkan kedai satu lagi jual SR55. Apa yang pasti kondisi kurma tak sama kerana kadangkala kurma ni lama dah tersimpan dalam stoknya dan buahnya bahagian dalam dah nak kering . Tu yang bawak balik tak boleh simpan lama .

Akhirnya beberapa kilo ajwa serta anbar menjadi pilihan kami . Setelah tawar menawar ajwa bagi gred A+ dapat SR55 sekilo serta kurma anbar dalam SR45 sekg. Aku suruh letak dalam kotak dan selotapekan sekali . Boleh tahan juga berat ni . Itu jelah nanti sebagai buah tangan untuk sesedara dan rakan2 sekalian iaitu kurma ajwa yang merupakan kurma kesukaan nabi serta nanti air zam2 yang di bawa pulang.




lenggang, jadi depa pakai bersidai je

pengabis berbual sesama sendiri

fening, fening,
kurma atas fokok kena makan tupai

kalau musim haji ,
jangan harap la lenggang mcm ni