WARGA SCP

Selasa, September 06, 2011

MENUJU TANAH HARAM MAKKAH : BERNIAT UMRAH DI BIR ALI


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, saat perpisahan dengan bumi Madinah tiba jua setelah beberapa hari di sana. Tanggal 06 Jun 2011 selepas melakukan ziarah wada' ke makam Rasulullah , dengan berpakaian ihram meninggalkan perkarangan hotel jam 10.30 pagi menuju ke Kota Makkah.

Sebelum tu tadi aku dah melakukan perkara2 yang disunatkan sebelum memakai ihram seperti bercukur dll sebelum mandi sunat ihram dan hanya belum berniat umrah sahaja yang pastinya di Bir Ali kerana disitulah miqatnya.

1/2 jam perjalanan bas kami tiba di Bir Ali dan macam biasa kerana wuduk ku masih terpelihara, terus memasuki masjid dan solat sunat ihram 2 rakaat sebelum melafazkan niat umrah . Perjalanan diteruskan lebih kurang 447 km yang akan memakan masa dalam 5-6 jam juga
.



panorama Masjid Zulhulaifah, Bir Ali


Macam biasa hampir 3/4 perjalanan , kami singgah di sebuah kawasan R&R untuk solat jamak takdim zohor dan asar lalu makan tengahari di situ. Tentunya nasi ikan serta nasi ayam menjadi pilihan dan sungguh berselera sekali yang setiap hidangannya antara SR 15-SR20.

Nampaknya R&R ni dah bertambah cantik dan kemas sedikit berbanding kali terakhir aku singgah pada tahun 2007 dahulu. Kelihatan tandas2nya juga tersusun rapi dan agak bersih berbanding dulu. Keadaan restoran2 di situ juga begitu.


Perjalanan di teruskan dan akhirnya kelibat masjid Saidatina Aisyah di Tanaim kelihatan bermakna sekarang kami telah berada di dalam kawasan tanah haram dan doa dipanjatkan ke hadrat Allah .

Memasuki kota Makkah ketika waktu azan asar hampir berkumandang menyebabkan pergerakkan bas kami agak terganggu kerana kebiasaanya banyak jalan2 ditutup apabila masuk waktu solat dan akan dibuka selepas itu . Perjalanan yang jaraknya tak seberapa kekadang mengambil masa yang panjang dan akhirnya setelah berpusing2 basnya, hotel penginapan kami Al Massa di Ajyad Street akhirnya tiba jua .

Syukur , Alhamdulillah

Kelihatan ketika itu jemaah berpusu2 ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat asar dan perasaan ku ketika itu meronta2 ketika turun dari bas , rasa tak sabar nak pergi ke sana . Kami di sambut oleh pihak agensi dan sedikit taklimat ringkas yang mana jemaah akan dibawa oleh mutawif menyelesaikan umrah hanya selepas isyak dan diminta berehat dibilik dahulu namun bagi jemaah yang pernah menjejakkan kaki ke sini bebas sekiranya berhajat melakukan tawaf , dan saei serta bergunting bagi menyempurnakan pekerjaan umrah.

Sebelum tu aku sebenarnya dah bincang dengan isteri dan anak ku yang kita akan menyelesaikan perkerjaan umrah petang itu juga . Jadi jika ada rakan2 yang nak ikut terpulanglah kepada diri masing2 dan akhirnya kami dalam 9-10 orang juga sepakat menunaikan umrah petang tu juga. Naik sebentar ke bilik untuk membersihkan diri dan berwuduk sebelum turun semula menuju ke Masjdil Haram untuk kali pertama setelah 4 tahun lalu aku meninggalkannya .

Perasaan terujanya ,
Hanya Allah sahaja yang tahu kerana aku dah pendam rindu dendam ni hampir 4 tahun juga dan akhirnya dengan izin Allah, aku ke kembali lagi ke sini seperti mana doa ku dahulu, jangan jadikan kunjungan ku ke sini kali terakhir dan sekiranya hayat ku tidak panjang untuk menjejakkan kami ku ke sini lagi, gantikan lah ya Allah syurga buat ku .

ALLAHUAKBAR

Alhamdulillah
kedudukan Al Massa ni belakang istana raja
dan hanya beberapa puluh meter dari dataran MasjidilHaram

gambaran dari tingkap bilik ku
No 205 menghadap haram view

Al Massa terletak seberang jalan dengan Al Safwah

10 ulasan:

  1. cu citer lagiiii....rindu sesangat ni..

    BalasPadam
  2. Salam CR

    Tuan Hj memang bertuah...moga saya pun dapat ke sana lagi.Mesti bilik mahalkan dpt teropong view haram...

    BalasPadam
  3. salam Pak Itam,

    Pak Itam..rindunya akak kat Rumah Allah ni..seronok baca tulisan pak itam..

    BalasPadam
  4. Cr,

    Saya begitu teruja membaca, air mata saya bergenang. tqvm for sharing

    BalasPadam
  5. Salam pak itam/mak itam..oooo senyap jer datg ek...tapi masa tu kami pun pergi balik hari ke Mekah ramai jemaah..kalau teropong pun tak nampak. sekarang dah boleh tergolek kat depan Kaabah kejap.taqabbalallah minha wa minkum.

    BalasPadam
  6. kita citer pelan2 ye tok nab hehehe

    rindu yg tak berpenghujung

    BalasPadam
  7. waalaikumsalam mama ju

    alhamdulillah
    semuanya datang dari Allah jua

    saya sebagai hambanya bersyukur walau apa jua yang Allah kurniakan

    BalasPadam
  8. waalaikumsalam kak sidah

    alhamdulillah

    akak gumbira membaca , saya gumbira menukil catatan hehehe

    BalasPadam
  9. en rosli

    alhamdulillah

    banyak yang tersirat dan tersurat ,
    ambillah yang baik sebagai ikhtibar dan pengajaran

    BalasPadam
  10. waalaikumsalam lynn

    alhamdulillah,
    untung lynn sekeluarga
    yanbu ke makkah tak jauh, boleh balik hari

    tak lama lagi semua jemaah yg guna visa umrah kena balik, tunggu musim haji pulak,

    lynn buat haji lagi tak tahun ni ?

    BalasPadam