WARGA SCP

Isnin, September 05, 2011

MADINAH : SUBOH TERAKHIR DI BUMI MADINAH

Ini merupakan suboh terakhir ku di Bumi Madinah dan Masjid Nabawi. Waktu terasa begitu pantas sekali ,

tup,tup

dah nak meninggalkan bumi Madinah yang penuh keberkatan ini. Alangkah indahnya kira dapat menghabiskan masa dengan lebih lama lagi di sini. Namun itulah aturan dunia yang telah ditetapkan oleh Allah.

Yang datang pasti kan pergi
Yang pergi takkan kembali
Tapi pergi kerahmatulullah yg pasti takkan kembali

Kalau panjang umur, murah rezeki dan dijemput lagi menjadi tetamuNya
pasti aku akan mampir ke sini lagi

Hati dan perasaan ...
Sedih dan sayu memang ada , tapi nak buat macammana

Beg2 kami telah ku kemas sejak malam tadi lagi . Tiada beg yang beranak . Aku hanya membeli beberapa kilo kurma ajwa sahaja dan sekilo dua kurma ambar serta kismis. 2 helai jubah baru buat dipakai anak jantan ku semasa di sini serta 2 helai jubah untuk kakaknya apabila pulang kelak .Tiada apa2 ku beli buat diri ku.

Selepas suboh tadi , aku bersama anak ku terus melakukan ziarah wada' ke makam Rasulullah lalu terus pulang ke pinganapan .

Kami dijangka bertolak jam 10.30 pagi nanti langsung berpakaian ihram .
Jadi aku ambil kesempatan meronda dalam Masjid Nabawi sepuas-puasnya.
Masa tadi aku menziarahi makam Rasulullah dan lalu di hadapan Raudah, rasa aku nak melompat je masuk ke dalam raudah.

Aku meninggalkan makam Rasulullah dengan genangan air mata tanpa diundang .

Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan segala-galanya buat kami di sini.
anak ku juga semalam berpeluang masuk dan beribadah dalam raudah, begitu juga dengan isteri ku. Cuma ibu mertua ku sahaja tak berpeluang kerana tak sanggup ambil risiko berhimpit2 dan bertolak2 dalam keadaannya yang uzur tu. Takpa lah , kerana dulu2 masa dia sihat dan muda , dia dah dapat merasainya .






Perlahan2 aku meninggalkan Masjid Nabawi dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan dalam hati . Aku berdoa agar kami dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditetapkan iman serta dijemput menjadi tetamu Allah lagi di masa2 yang akan datang.

Insyallah

Selepas ini destinasi kami tentulah Makkah
Kiblat seluruh umat islam yang menghadap ke Baitullah setiap kali waktu solat tak kira walau di mana kita berada

Tak sabar rasanya .


6 ulasan:

  1. rasa nak datang lagi tu memang akan sentiasa ada, pak itam...
    insyaallah dengan izinNya.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    Alhamdulillah
    dapat beribadah di Raudhah
    masa saya dulu pun agak senang juga, sebab tak berupa ramai jemaah

    Wassalam

    BalasPadam
  3. insyallah anda akan sampai sekali lagi.....kalau niat dah ada, tak lama lagi, sampailah tuh!!!

    BalasPadam
  4. kak pah

    insyallah, moga kita dijemput menjadi tetamuNYA lagi

    BalasPadam
  5. waalaikumsalam atuk

    kalau musim haji, nak rukuk dan sujud pun payah dalam raudah, padat sangat

    BalasPadam
  6. uncle

    insyallah, panjang umur dan murah rezeki, samapai lagi dgn izin Allah

    BalasPadam