WARGA SCP

Jumaat, Disember 14, 2012

PART 6 USA : LAMA DEN TAK JUMPA ASAM PEDAS

ALHAMDULILLAH

Selamat pagi America,
Selamat malam Malaysia.



Waktu di Fresno sekarang ni hampir jam 7.12 pagi . Cuaca begitu dingin sekali hinggakan terpaksa balut tubuh aku yang comel ni dengan pakaian yg banyak sekali. Aku ingat aku kebal dan boleh tahan dengan sejuk, tapi Allah lagi Maha Berkuasa mentadbir seluruh sekalian alam.

Alhamdulillah
Kami kat sini dalam keadaan yang baik dan Allah memelihara kesihatan kami dan mempermudahkan segalanya.



Bercerita tentang makanan, agak sukar mencari makanan halal di sini kerana tak ramai komuniti orang islam yang berada di kawasan pantai barat USA. Yang aku maksudkan makanan halal ialah kedai2 makan yang jual makanan yang di masak . Kepala aku dah terbayang2 asam pedas, roti canai dan nasi. Namun itulah adat sebagai pengembara macam aku .

Namun stok makanan dalam tin aku masih ada lagi untuk kami meneruskan kembara kami, cuma layan dengan roti putih sahaja yang aku beli kat supermarket . Aku ada bawak tuna dan kari ayam dalam tin dari Malaysia. Cuma bekalan Maggi in My Mug aku dah tak banyak .





Namun Allah itu sebenarnya Maha Kaya. Diberikan kita pilihan sama ada kita nak ke kiri atau ke kanan , samada ikut perintahnya atau sebaliknya. Banyak sebenarnya pilihan yang boleh kita buat bila aku ke pasaraya mereka. Carilah makanan2 yang halal,namun sebelum beli aku dah macam budak tadika baru belajar membaca.

Habis aku eja dan belek isi kandungannya untuk pastikan ia pakai kandungan yang menepati kehendak islam . Namun alhamdulilah kerana pengalaman aku yang lalu merantau ke bumi orang banyak membantu sebenarnya.






Aku sebenarnya agak kesuntukkan masa nak update SCP kerana setiap hari ku di sini mengukur jalan sebenarnya dan mengukur Factory Outlet yang menawarkan banyak pilihan dgn harga yang murah sesangat. Kalau budak2 cakap murah gileeeeeee

Jadi balik  hotel dah kepenatan .
Namun utk rakan2 semua, aku cuba jugak untuk update SCP .
Aku pun tak sempat nak balas komen rakan sekalian , namun aku menghargai kunjungan kalian semua ke SCP.
Insyallah

Ok guys,
cukup sikit bingkisan selari dari bumi USA.

Insyallah kita jumpa lagi kerana pagi ni aku nak ranjau satu lagi Factory Outlet kat sini hehehe

Selasa, Disember 11, 2012

PART 4 USA : ORANGE COUNTY not PETAI COUNTY

ALHAMDULILLAH

Awal kembara kami di bumi USA telah dihabiskan di area Knotts yang terletak di Orange County, Los Angeles, California Kalau nak tahu mana dapat nama Orange County, sebenarnya di sini dulu2 terdapat banyak sangat ladang orange hinggalah kebanyakkan tanah2 mereka dibeli dgn harga murah tanpa diberitahu apa nak buat.

Penduduk Orange County ni je lebih dari 3 juta dengan paling ramai kulit putih diikuti oleh Hispanic , Africa America, Asian dan macam bangsa lagi .



takde umat yang mandi kat pool winter ni
kalau aku hantam bercebur
esok pasti keluar kat US Today hehehe

Kalau dulu kawasan ni tak beberapa maju , tapi setelah tanah2 kawasan tu dibeli dan dibina Universal Studio dan Disneyland, Orange County terus menjadi tumpuan para pengunjung dalam dan luar negeri . Nasib baik dulu depa tanam orange, dapatlah nama Orange County. Kalau depa tanam petai , mau sampai sekarang Petai County hehehe

Sebenarnya laaaa ni aku dah keluar dari Los Angeles , California dan sekarang berada di persekitaran Grand Canyon , Arizona.Arizona terletak di sebuah lagi negeri yang lain . Hampir 9 jam di habiskan dalam perjalanan termasuk menyinggah beberapa tempat .





Kalau waktu di LA beza lambat 14 jam dari Malaysia, waktu sekitaran Grand Canyon ni lambat 15 jam dari Malaysia. Tapi aku malas nak tukar masa kat jam aku tu.

Sini malam , Malaysia siang.
Jadi aku memang silent sehabis silent hp aku yang setiap hari ada banyak miss called dan sms beratur panjang. Aku tak jawab pun kerana kalau aku jawab, maka bil hp aku pasti beribu bila balik. Dari habiskan bayar bil hp, baik aku pi nyopping kat sini.hehehe

Kalau cuaca nyaman kat LA walaupun winter, kat Arizona ni yang kawasan gurun, siang dan terutama malamnya sangat dingin sekali . Macam malam di dalam 0 darjah celcius . Mulut aku dah macam naga berasap je hahaha

Bibir mula merekah bak delima masak hehehe
Glove aku dah keluarkan ,tapi kalau dah pakai glove, nak kena cari cangkul dan pongkes pulak hahaha

Karang ada mat salleh sini kata orang gila manalah ni bawak pongkes tgh pekan  hahaha

suasana pagi berkabus dari bilik aku bobok





Kira laaa ni langsung tak berani pakai kain pelikat gombang walau pun dalam bilik . Hantam je dgn tracksuit .Aku pun dah keluarkan jaket kulit badak aku , namun kat dalam ada 2-3 helai lagi  yang membaluti tubuh aku. Heater terpaksa dihidupkan di malam hari. Nasib baik tak pakai kayu api macam kat Aperika. Kalau tak, nak cari kayu, nak cari kayu .......

Itulah kekuasaan Allah dalam mentadbir seluruh sekalian alam.
Kawasan gurun berpasir , tapi cuaca sejuk sangat.

Good night all my friend
See u dalam episod seterusnya
Hope u all enjoy dgn cerita aku yang merepek meraban ni .

Insyallah

Wasalam.


Isnin, Disember 10, 2012

USA PART 3 : I'M VERY TIRED TODAY

ALHAMDULILLAH

I'm sorry all my friend because today your Bapak Itam is very-very tired . Mana tak tired kerana mengukur jalan sepanjang pantai barat US dan tadi kami dah sampai ke Palm Spring,Arizona pula .

Sementara tu layan je beberapa individu yang aku temui beberapa hari lalu di Universal Studio Los Angeles, California.



bekas mak we bapak yg dah 80 tahun ditinggalkan hahaha

Drakula pencen


Tadi sebelum sampai Palm Spring, sempat nyinggah kat salah satu outlet terbesar di area padang pasir dan sempatlah nyambar "jin libas" bang 3-4 helai kerana murah sangat dalam 39.90 usd dan kalau convert ke RM baru 120 hengget je sehelai berbanding kat tempat kita dalam 250-300 hengget.

Aku sebelum ni tak pakai "jin libas" pasal susah nak cari yang jenis aku berkenan kerana kalau kat Malaysia, semua yang jenis pendek celananya yang kalau bongkok dah nampak alor bontot , sungguh tak berkenan aku kalau terlihat bebudak kita pakai mcm tu, suew kalau terpandang  hahaha

Nanti-nantilah aku ceritakan apa yg menarik kat outlet ni kerana rasa2nya dalam 100++ n3 juga khas untuk kembara kami ke USA ni.

Good Night Everybody,
Time to sleep coz here already at 11.20 pm.
Tommorrow we will be a long journey to next destination.

Have a sweet dream.

Wasalam




Ahad, Disember 09, 2012

USA PART 2 : GOOD NIGHT AMERICA MU

ALHAMDULILLAH

Good Night America,
Ketika aku mula menulis n3 ini, waktu di LA, California baru jam 8.57 malam tanggal 08/12/2012. Maka bertambahlah setahun lagi usia ku malam ini ikut waktu America. Kalau ikut waktu Malaysia, maknanya semalam usia ku bertambah.

Tak kisahlah , yang penting bukan usia, tapi kualiti hidup yang Allah S.W.T kurniakan pada aku dari segi dalaman dan luaran . Syukur sesangat kerana banyak perubahan yang Allah berikan, kurniakan, pinjamkan pada aku sepanjang hayat ku di kandung badan.

Kalau dulu sebut je America, langsung tak masuk dalam kepala aku . Aku belajar pun tak tinggi setakat SPM je. STPM pun lulus separuh je . Jadi sapalah nak pandang kita yang tak belajar tinggi yang jangan kata sebut America , universiti pun aku tak mampu nak jejak. Aku sedar sapa diri aku masa tu , tapi aku buat tak kisah je kerana kalau dulu ramai yang bangga dapat jejakkan kaki ke Amerika atas alasan melanjutkan pelajaran dan balik bawak segulung ijazah dan gah pula letak kat status FB mereka dengan lulusan dari universiti sana, aku tak ampit "pot" pun kerana itu rezeki mereka .

Rezeki aku apa yang Allah bagi , aku redha je dalam pada tu menambah kualiti kehidupan dengan apa yang aku termampu dan terdaya . Tak kiralah potong buah ke, motong getah ke, jual surat khabar dan kotak lama ke , waima jual tin kosong aluminium .



Tapi kalau dah tertulis aku nak jejakkan kaki ku di bumi Amerika, tiada siapa dapat menidakkannya melainkan Allah je kerana Dia Maha Perancang dan Maha Mengetahui segalanya. Bak kata bini aku, 
"bagaimana caranya, kalau Allah dah kata nak sampai, maka sampailah "

Sepanjang 45 tahun ini , pelbagai ranjau , dugaan dan cabaran hidup aku lalui tanpa memperdulikan cemuhan dan kejian kerana sememangnya manusia terutamanya bangsa kita sendiri memang susah nak buang sifat tu . Itu semua menjadikan aku lebih kuat mengharungi dugaan dan cabaran dan alhamdulillah, aku dapat berkongsi pemberian Allah tu sama2 dengan anak bini aku . 

Apa yang aku harapkan agar kehidupan kami semua sentiasa diberkati Allah sepanjang masa seiring dengan peningkatan usia ku.

gondol jugak bumi California rupanya


Tempuhari lebih kurang jam 1.30 tengahari waktu Amerika , tongkang aku selamat mendarat di LAX setelah menempuh perjalanan yang sangat panjang. Badan rasa penat dan lesu jugak kerana banyak sangat "air pocket" semasa tongkang aku merentasi lautan samudera . 

Selamat satu bab , maka berebut pulak menuju ke kaunter Imigresen . Sebelum tu masa dalam tongkang , borang kemasukan imigresen yang agak panjang jugak dah aku isi serta borang pengistiharan kastam . Aku tanda je ada bawak makanan kerana memang adalah tuna curry ayam dan tuna ikan dalam ponjot pakaian aku termasuklah stok "maggi in my cup" .

Agak panjang barisannya sebelum pemeriksaan pasport tapi mereka berkerja agak efisien dan cekap berbanding kalau kita orang islam nak masuk Makkah sendiri kekadang diperkotak-katikkan dek imigresen sana yang kadang2 ada yang kena sampai 3-4 jam beratur . Mungkin rezeki masing2 .

Kami masuk mengadap pegawai tu bersama2 . Depa tanya buat apa kami nak datang sini , berapa lama kami nak duduk sini dan jugak satu dua soalan lain sebelum depa cop pasport tu untuk 7 bulan jugak . Tapi sebelum tu 4 cap jari secara biometrik di ambil serta foto macam jugak sesetengah negara lain yang telah mengunakan pakai kaedah tu sebagai langkah2 keselamatan . Aku tak tahulah negara kita dah pakai sistem tu sepenuhnya atau tidak . Kalau dah pakai, pasti kita dapat mengekang kemasukan cina doll, aperika doll, pakistan doll dan entah apa2 lagi doll yang menyebabkan negara kita sekarang dah ramai sangat bukan pelancong tulen, tapi sekadar datang utk buat maksiat dan benda2 yang tak senonoh .

Lepas tu satu lagi pemeriksaan kastam dan kuaratin pula yang aku perlu tempuh kerana aku dah declare bawak makanan . Aku kata semua makanan tu dalam tin dan depa tak tengok pun. Depa hanya scan je semua beg tu dan akhirnya kami melepasi sempadan Amerika dengan selamatnya . Ramai orang kata agak susah nak masuk Amerika dan sampai yang visa dah ada pun, tetap sangkut kat imigresen dan dihantar pulang. Tapi sebenarnya masa buat visa lagi beberapa bulan yang lalu, kami serahkan pada Allah S.W.T secara total kerana Dia Penentu Segalanya. Bukan manusia yang menentukan.

Maka bermulalah kembara kami ke USA tanpa banyak perancangan kerana idea nak ke sini sebenarnya muncul tetiba je 3-4 bulan yang lalu secara spontan.

Macam aku cakap tadi , kalau Allah S.W.T kata nak sampai , dengan apa cara dan bagaimana sekali pun, pasti akan sampai kerana Allah S.W.T penentu segalanya . 

Begitulah jugak dengan perjalanan hidup kita 

Alhamdulillah sekali lagi,
Allah pinjamkan sehari lagi usia ku dan dapat menghirup udara di bumi Amerika yang sejuk jugak ketika ini kerana musim dingin telah bermula. 

Terima kasih Allah.


menuju Knotts District

Mascot hotel watak Snoopy setia menanti kedatangan  Pak Menakannya

lobby hotel penginapan

Jumaat, Disember 07, 2012

USA PART 1 : SALAM DARI BENUA AMERIKA

ALHAMDULILLAH

Salam dari Benua Amerika. Baru hari ni aku ada masa sikit nak update SCP ni . Waktu sekarang di LA not Lebuh Ampang baru jam 11.00 malam Khamis tanggal 6 Disember 2012.Sekarang "winter"di sini , nak kata sejuk sangat di siang hari taklah sangat dalam 15-20 darjah celcius di tengahari, tapi sebelah subuh dan malamnya suhu turun mendadak hingga kalau keluar dari bilik hotel dengan kain pelikat gombang , boleh kecut dibuatnya hehehe

Alhamdulillah , kami di sini sihat2 belaka setelah menempuh satu perjalanan yang sangat panjang tempuhari.

Mana tak panjang hampir 24 jam. Hari tu keluar dari rumah lepas subuh ke KLIA kerana biasalah kena check in awal 3-4 jam sebelum  terbang.






Penerbangan selama hampir 4 jam menuju ke Hong Kong untuk tukar tongkang lain pula menuju ke US dalam 11-12 jam lagi kerana mana ada tongkang yg terus ke US kerana faktor jarak dan kena isi minyak lagi. KL-HK biasa je pasal tak lama , namun terlewat sikit jugak kerana kesibukan trafik udara di KLIA menyebabkan hampir 20-30 minit jugak baru tongkang aku boleh berlepas.Kira2 dalam 24 jam jugak keseluruhan masa yang diambil , namun beruntung kerana US lambat sehari dari negara kita.

Berkejar pula untuk transit ke gate no. 4 yang jauh dalam sebatu jugak . Tak cerita banyak, masuk bilik air dengan botol kosong kerana belum lagi menyempurnakan apa yang Allah perintahkan . Azab jugak nak ambik wuduk dalam tandas di Airport HK kerana mana ada paip dalam bilik air. Alhamdulillah, Allah permudahkan utk laksanakan jamak qasar .

sekitar airport HK



Boarding di gate no 4 agak ketat kawalannya. Biasalah, kalau tongkang ke US, pemeriksaan 100% akan dilakukan. Hand Luggage dan Backpack semua kena bukak dan depa nak tengok isi dalamnya. Maka bermulalah mimpi ngeri hampir 12 jam lagi kerana jarak perjalanan yang jauh . 

Sebelah aku ada satu Ah Soo pulak warga negara US . Namun Ah Soo tetap Ah Soo kerana asyik nak sembur hinggus je kat tisu dalam bunyi yang kuat dan kejap2 batuk dan dia berkahak pulak tu hehehe

Santana betul hehehe

Tension dibuatnya kerana aku baru nak lelap je dah terjaga,
sabar jelah hehehe

Ok, esok2 kalau rajin dan tak penat aku sambung kerana internet kat bilik hotel aku dan kebanyakkan hotel2 di US ni semua complimentary percuma , jadi takda masalah. 

Wasalam














merentas Lautan Atlantik

Ahad, Disember 02, 2012

TSA

ALHAMDULILLAH

TSA adalah singkatan bagi Travel Sentry Approved yang kini banyak diguna pakai  di kebanyakkan lapangan terbang negara2 utama di dunia. Untuk apa keperluan TSA ni . Sebenarnya bagasi yang kita bawa yang disimpan didalam perut kapal terbang melalui satu proses pemeriksaan yang ketat tanpa kita sedari sebelum ia dimuatkan di dalam perut kapal terbang . 

Sekiranya terdapat barangan yang menimbulkan syak wasangka para pegawai keselamatan atau kastam di situ, mereka mempunyai hak untuk membuka bagasi tersebut tanpa perlu memberikan kita notis . Kebiasaannya kita akan memasang mangga kecil dibeg tersebut dan jika mangga itu tidak mempunyai kemudahan TSA, maka mereka akan memotong mangga tersebut. Begitu juga jika beg tersebut dikunci tanpa kemudahan TSA, pasti beg tersebut akan dikopakkan oleh pegawai2 yang bertugas.



Jadi untuk mengelakkan beg2 kita dari rosak , pastikan kunci2 di beg atau mangga tersebut mengikut spesifikasi TSA kerana hanya pegawai2 yang bertugas dan diberi kuasa di lapangan terbang sahaja mempunyai satu kunci yang boleh membuka apa2 beg sekali pun dan mangga yang mengikut spesifikasi TSA tanpa perlu merosakkan beg. 

Nak tahu beg atau mangga yang mempunyai kemudahan TSA senang je. Lambangnya yang warna merah tu dan sama je tak kira apa2 beg atau mangga pun sekali pun dan standard di seluruh dunia. Sesetengah lapangan terbang yang ketat kawalannya sangat menitikberatkan bagasi yang dibawa penumpang kerana dikhuatiri membawa bahan2 larangan atau merbahaya .

Tapi pintu kandang rimau aku tak pakai pun mangga ikut spec TSA ni pasal lagi luar boleh nampak apa yang ada dalam kandang tu hehehe

OK,
Mangga aku dah keluarkan , 
bagasi pun aku dah kemas , 
travel insurance pun dah settel,
semua urusan toreh menoreh aku telah gantung buat sementara waktu dalam 2-3 minggu kerana insyallah kembara kami ke satu lagi benua akan bermula untuk melihat bumi ciptaan Allah S.W.T dan mengambil iktibar dari setiap apa yang Allah cipta di muka bumi ini.Cuma aku tak dapat bayangkan jarak perjalanannya nanti yang hampir 24 jam . Aku ingat nak telan je pil tidur bang sebotol hehehe

Aku hanya mampu berdoa agar agar kembara kami kali ini sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatan Allah apa yang kami bawa dan juga dipelihara apa jua yang kami tinggalkan buat sementara waktu.

Insyallah 
kalau dizinkan Allah, aku akan bersiaran secara langsung jika berkesempatan .
Kalau tidak , kita bertemu di tahun 2013 nanti.