WARGA SCP

Jumaat, Disember 07, 2012

USA PART 1 : SALAM DARI BENUA AMERIKA

ALHAMDULILLAH

Salam dari Benua Amerika. Baru hari ni aku ada masa sikit nak update SCP ni . Waktu sekarang di LA not Lebuh Ampang baru jam 11.00 malam Khamis tanggal 6 Disember 2012.Sekarang "winter"di sini , nak kata sejuk sangat di siang hari taklah sangat dalam 15-20 darjah celcius di tengahari, tapi sebelah subuh dan malamnya suhu turun mendadak hingga kalau keluar dari bilik hotel dengan kain pelikat gombang , boleh kecut dibuatnya hehehe

Alhamdulillah , kami di sini sihat2 belaka setelah menempuh satu perjalanan yang sangat panjang tempuhari.

Mana tak panjang hampir 24 jam. Hari tu keluar dari rumah lepas subuh ke KLIA kerana biasalah kena check in awal 3-4 jam sebelum  terbang.






Penerbangan selama hampir 4 jam menuju ke Hong Kong untuk tukar tongkang lain pula menuju ke US dalam 11-12 jam lagi kerana mana ada tongkang yg terus ke US kerana faktor jarak dan kena isi minyak lagi. KL-HK biasa je pasal tak lama , namun terlewat sikit jugak kerana kesibukan trafik udara di KLIA menyebabkan hampir 20-30 minit jugak baru tongkang aku boleh berlepas.Kira2 dalam 24 jam jugak keseluruhan masa yang diambil , namun beruntung kerana US lambat sehari dari negara kita.

Berkejar pula untuk transit ke gate no. 4 yang jauh dalam sebatu jugak . Tak cerita banyak, masuk bilik air dengan botol kosong kerana belum lagi menyempurnakan apa yang Allah perintahkan . Azab jugak nak ambik wuduk dalam tandas di Airport HK kerana mana ada paip dalam bilik air. Alhamdulillah, Allah permudahkan utk laksanakan jamak qasar .

sekitar airport HK



Boarding di gate no 4 agak ketat kawalannya. Biasalah, kalau tongkang ke US, pemeriksaan 100% akan dilakukan. Hand Luggage dan Backpack semua kena bukak dan depa nak tengok isi dalamnya. Maka bermulalah mimpi ngeri hampir 12 jam lagi kerana jarak perjalanan yang jauh . 

Sebelah aku ada satu Ah Soo pulak warga negara US . Namun Ah Soo tetap Ah Soo kerana asyik nak sembur hinggus je kat tisu dalam bunyi yang kuat dan kejap2 batuk dan dia berkahak pulak tu hehehe

Santana betul hehehe

Tension dibuatnya kerana aku baru nak lelap je dah terjaga,
sabar jelah hehehe

Ok, esok2 kalau rajin dan tak penat aku sambung kerana internet kat bilik hotel aku dan kebanyakkan hotel2 di US ni semua complimentary percuma , jadi takda masalah. 

Wasalam














merentas Lautan Atlantik

19 ulasan:

  1. Ahahahhaha suka! Betul kan tekaan ku. Jap jap jap! Apekehal bwk kain pelikat kat us? Drop water face mak itam je bapak ni. Heh.

    Biase la kalau ahsoo tuh sroooot sane sini. Tp x pe la, kate kn nak kumpol 'pengalaman' itu kan salah 1 nya. Ahaks. Tapi ok la drp duduk sbelah mat saleh tak mandi2 n suke korek2 idung n calit sane sini tanpa henti! Itu pon pengalaman sy dan suami. Heee mencik!

    Bapak ke universal studio tuh bawak2 pandang cermin sll. Tkot2 nanti lupe daratan! LA tuuuuuuuuuuuuuuuuu bole bikin lupa diri. lol

    Assalam bapak n mak itam. Enjoy!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      mmg enjoy sangat sampai lenguh kaki , badan , tangan , pinggang kerana mengukur jalan hehehe

      Padam
  2. Salam Bapak

    Huh...jeles nyeeeeer...gatal tul tapak kaki ni nak teghobang....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      saya tak naik belon kak, saya kayuh tongkang je hehehe

      Padam
  3. Alhamdulillah rezeki...enjoy ur trip..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      bila malam je kepenatan kami dibuatnya hehehe

      Padam
  4. baik2 kat sana (: . jgn tinggal barang kat tmpt org sudah la. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah

      enjoyed kembara kami kali ni walaupun kepenatan di malam hari
      lepak hehehehhe

      Padam
  5. Assalam Bapak
    OOo transit kat HK ka? Saya dok ada sana dua minggu lepas.
    Memang saya bawak masuk botol air kosong dalam bilik ayor deme tu.
    Okeg bapak n mak itam, selamat mengLAkan diri yer..
    happy happy!:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      beso aipot HK nak pegi lagi satu pintu ke satu pintu

      depa letak gate utk flight ke US kat hujung sekali hehehe

      Padam
  6. Salam bapak.

    Dah sampai tempat tujuan naa, bestlah! Sampai jugak kain pelikat gombang tu kat Merika tu haa. Bapak jangan lupa, kibar2kan kain pelikat gombang spare kat sana. Jangan la pulak bapak kibarkan yg bapak tengah pakai tu, kahkah! Okeh merepek. Mintak ma'ap bapak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      hehehe pelikat mana boleh tinggal ciku
      tapi tak tahan sesejuk ni pakai pelikat hahaha

      Padam
  7. Seronoknya pak itam bejalan. Kim salam ngan presiden mareka boleh tak haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk je aipot, terpampang gamba obama welcome kat semua
      saya kirim salam kat gamba tu je hehe

      Padam
  8. Assalamualaikum Yob,
    Apa kabor?
    Haa baru teman dpt menjenguk rumoh kenkawan, agak dah relax sikit,.
    Ahhh bercuti ke? Seronoknya.
    Alaahh memang satu masalah nak solat ni bila terbang. Tp betoi kata Yob, kita mintak kat Dia supaya dipermudahkan.
    Menunggu entry seterusnya nanti!

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam kak

      alhamdulillah, akak dah sampai
      saya lama lagi baru balik hehe rindu nak makan asam pedas ni hahaha

      penat sampai kekadang tak maya malamnya nak bukak lappy kak

      Padam
  9. Assalammualaikom wbt Pak itam...jauh perjalan luas pandnagan...kali ini sambut hari raya kat kampong lama ke.....
    Ada masa dating la beraya di kampong saya disini...

    Semoga ceria dan gembira. Nanti bawak balik sikit salji tu ye....

    JazakaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      puasa belum lagi mcm mana nak raya hehehe

      Last Week ada salji turun tetiba kat area Reno , tapi belahh LA tak nampak lagi tanda2 salje nak turun, tapi kat disneyland, salji tiruan melambak hehe

      Padam
  10. assalamualaikum pengarang blog,

    ow kire nye nk ke us nie just memerlukan masa satu hari je la yer.. x smpy 3 ary kn.?

    -ijat-

    BalasPadam