ALHAMDULILLAH
Good Night America,
Ketika aku mula menulis n3 ini, waktu di LA, California baru jam 8.57 malam tanggal 08/12/2012. Maka bertambahlah setahun lagi usia ku malam ini ikut waktu America. Kalau ikut waktu Malaysia, maknanya semalam usia ku bertambah.
Tak kisahlah , yang penting bukan usia, tapi kualiti hidup yang Allah S.W.T kurniakan pada aku dari segi dalaman dan luaran . Syukur sesangat kerana banyak perubahan yang Allah berikan, kurniakan, pinjamkan pada aku sepanjang hayat ku di kandung badan.
Kalau dulu sebut je America, langsung tak masuk dalam kepala aku . Aku belajar pun tak tinggi setakat SPM je. STPM pun lulus separuh je . Jadi sapalah nak pandang kita yang tak belajar tinggi yang jangan kata sebut America , universiti pun aku tak mampu nak jejak. Aku sedar sapa diri aku masa tu , tapi aku buat tak kisah je kerana kalau dulu ramai yang bangga dapat jejakkan kaki ke Amerika atas alasan melanjutkan pelajaran dan balik bawak segulung ijazah dan gah pula letak kat status FB mereka dengan lulusan dari universiti sana, aku tak ampit "pot" pun kerana itu rezeki mereka .
Rezeki aku apa yang Allah bagi , aku redha je dalam pada tu menambah kualiti kehidupan dengan apa yang aku termampu dan terdaya . Tak kiralah potong buah ke, motong getah ke, jual surat khabar dan kotak lama ke , waima jual tin kosong aluminium .
Tapi kalau dah tertulis aku nak jejakkan kaki ku di bumi Amerika, tiada siapa dapat menidakkannya melainkan Allah je kerana Dia Maha Perancang dan Maha Mengetahui segalanya. Bak kata bini aku,
"bagaimana caranya, kalau Allah dah kata nak sampai, maka sampailah "
Sepanjang 45 tahun ini , pelbagai ranjau , dugaan dan cabaran hidup aku lalui tanpa memperdulikan cemuhan dan kejian kerana sememangnya manusia terutamanya bangsa kita sendiri memang susah nak buang sifat tu . Itu semua menjadikan aku lebih kuat mengharungi dugaan dan cabaran dan alhamdulillah, aku dapat berkongsi pemberian Allah tu sama2 dengan anak bini aku .
Apa yang aku harapkan agar kehidupan kami semua sentiasa diberkati Allah sepanjang masa seiring dengan peningkatan usia ku.
gondol jugak bumi California rupanya |
Tempuhari lebih kurang jam 1.30 tengahari waktu Amerika , tongkang aku selamat mendarat di LAX setelah menempuh perjalanan yang sangat panjang. Badan rasa penat dan lesu jugak kerana banyak sangat "air pocket" semasa tongkang aku merentasi lautan samudera .
Selamat satu bab , maka berebut pulak menuju ke kaunter Imigresen . Sebelum tu masa dalam tongkang , borang kemasukan imigresen yang agak panjang jugak dah aku isi serta borang pengistiharan kastam . Aku tanda je ada bawak makanan kerana memang adalah tuna curry ayam dan tuna ikan dalam ponjot pakaian aku termasuklah stok "maggi in my cup" .
Agak panjang barisannya sebelum pemeriksaan pasport tapi mereka berkerja agak efisien dan cekap berbanding kalau kita orang islam nak masuk Makkah sendiri kekadang diperkotak-katikkan dek imigresen sana yang kadang2 ada yang kena sampai 3-4 jam beratur . Mungkin rezeki masing2 .
Kami masuk mengadap pegawai tu bersama2 . Depa tanya buat apa kami nak datang sini , berapa lama kami nak duduk sini dan jugak satu dua soalan lain sebelum depa cop pasport tu untuk 7 bulan jugak . Tapi sebelum tu 4 cap jari secara biometrik di ambil serta foto macam jugak sesetengah negara lain yang telah mengunakan pakai kaedah tu sebagai langkah2 keselamatan . Aku tak tahulah negara kita dah pakai sistem tu sepenuhnya atau tidak . Kalau dah pakai, pasti kita dapat mengekang kemasukan cina doll, aperika doll, pakistan doll dan entah apa2 lagi doll yang menyebabkan negara kita sekarang dah ramai sangat bukan pelancong tulen, tapi sekadar datang utk buat maksiat dan benda2 yang tak senonoh .
Lepas tu satu lagi pemeriksaan kastam dan kuaratin pula yang aku perlu tempuh kerana aku dah declare bawak makanan . Aku kata semua makanan tu dalam tin dan depa tak tengok pun. Depa hanya scan je semua beg tu dan akhirnya kami melepasi sempadan Amerika dengan selamatnya . Ramai orang kata agak susah nak masuk Amerika dan sampai yang visa dah ada pun, tetap sangkut kat imigresen dan dihantar pulang. Tapi sebenarnya masa buat visa lagi beberapa bulan yang lalu, kami serahkan pada Allah S.W.T secara total kerana Dia Penentu Segalanya. Bukan manusia yang menentukan.
Maka bermulalah kembara kami ke USA tanpa banyak perancangan kerana idea nak ke sini sebenarnya muncul tetiba je 3-4 bulan yang lalu secara spontan.
Macam aku cakap tadi , kalau Allah S.W.T kata nak sampai , dengan apa cara dan bagaimana sekali pun, pasti akan sampai kerana Allah S.W.T penentu segalanya .
Begitulah jugak dengan perjalanan hidup kita
Alhamdulillah sekali lagi,
Allah pinjamkan sehari lagi usia ku dan dapat menghirup udara di bumi Amerika yang sejuk jugak ketika ini kerana musim dingin telah bermula.
Terima kasih Allah.
menuju Knotts District |
Mascot hotel watak Snoopy setia menanti kedatangan Pak Menakannya |
lobby hotel penginapan |
Salam bapak.
BalasPadamHepi belated birthday ye. Yg ke 45 eh? Saya pun 5 tahun lagi masukla 45 jugak, hehe.
Saya pun sama jugak tak sangka akan sampai ke tempat2 yg saya dah sampai, tapi dah ditakdirkan sampai olehNya, maka sampailah saya.
Bapak tolong tepuk2 kepala Snoopy tu cakap kakak tiri dia kat Penang rindu kat dia :D
waalaikumsalam
Padamalhamdulillah, rasa mcm baru 18 tahun hahaha
itulah hakikat kehidupan sebenarnya yang mana semua keputusan akhir adalah dari Allah S.W.T jua
mak itam siap peluk bergambar dgn snoopy tu hahaha
Salam bapak,
BalasPadamhappy belated birthday ya..oo dah sampai LA..jangan lupa teratak bapak kat tanah air ya..
Saya pun kena ikut cara bapak lah kalau nak bermusafir..ok tolong cubit2 snoopy tu kata adik tiri dia pulak windu kat dia...ekekeke tiru kak dinas..
waalaikumsalam
Padamthanks
sedap peluk snoopy tu tau hahaha
Kun fa ya kun! Ehhehehe. Alhamdulillah. Semoga bapak n mak itam jdi idola kami laki bini. Kami pon belajar x la tinggi mana. Huhuhu. InsyaAllah if ada rezeki..ade la.
BalasPadamWaaa clbrate buffday kt LA! Dasyat bapak. Moga pjg umur dan dmurahkan rejki dgn mak itam.
Weather kt sne cmne? Berapa 'c?
itulah kekuasaan Allah dalam menentukan setiap perjalanan hidup hambanya
Padamsebagai iktibar, walau apa pun luaran seseorang individu tu, kita kena pandang dgn mata hati
idola hahaha
kami ni insan2 biasa je yg tak seberapa
kalau jadi mascot boleh kot hehehe
sekarang winter, tapi west coast masih nyaman tak terlalu sejuk berbanding tempat lain . tapi psgi dan malam boleh tahan sejuk laaaa
Assalammualaikom wbt pak itam...Khaifahaluka...Sanah ehwal Selamat hari Ulang tahun ke 45. Ana berdoa semoga dipanjangkan usia dan di murahkan rezeki. Bertingkat amalan dan di Rahmati Allah SWT.
BalasPadamSeronok lihat pegembaraan pak itam disana...pelbagai yang boleh kita kongsi bersama. Ia sama juga dengan ana masa hendak melepasi masuk Negara orang...Pak arab disini lagi kayu, mereka takut kita ini sebagai musuh dalam silimut pihak bersekutu.
Betul apa yang Pak Itam tulis, jika Allah SWT nak buat sesuatu, tak ada tangan sesiapan pun dapat menghalang. Begitu juga dengan keadaan kita. Kita berserah dan berdoa kepada Allah SWT dan IA yang menghala tujukan segala pergerakan kita, walaupun telah kita rancang.
Syukran perkongsian cerita kesah berMUSAFIR...
JazakaAllah
waalaikumsalam
Padamitu hakikat kehidupan yang sekarang kita lihat semakin terhakis apabila mereka merasakan semua yang mereka dapat atas usaha mereka hingga terlupa yang Allah sebenarnya disebalik semua itu
ya betol...terima kasih berkongsi pegalaman...ada baik.
PadamSelamat datang ke bumi uncle sam Hj Rezeki....semoga perjalanan tuan dipermudahkan oleh ALLAH Azza wajalla
BalasPadamalhamdulillah
Padamteman lama tak log in ke forum tu kerana atas beberapa sebab akibat rasa tersinggung dgn cara mereka beforum sekarang ni dan kurang rasa hormat pada individu lain bila diberikan amanah utk mengedalikan , jadi biarlah mereka dgn dunia mereka hehehe
namun teman masih ingat akan saudara hussain dan beberapa lagi rakan2 lain
Aminkan doa Hussain
salam pak itam. Selamat bertambah umur semuga rezki juga bertambah-tambah.
BalasPadamwaalaikumsalam kak
Padaminsyallah
begitu jugak buat akak sekeluarga