WARGA SCP

Selasa, Disember 11, 2012

PART 4 USA : ORANGE COUNTY not PETAI COUNTY

ALHAMDULILLAH

Awal kembara kami di bumi USA telah dihabiskan di area Knotts yang terletak di Orange County, Los Angeles, California Kalau nak tahu mana dapat nama Orange County, sebenarnya di sini dulu2 terdapat banyak sangat ladang orange hinggalah kebanyakkan tanah2 mereka dibeli dgn harga murah tanpa diberitahu apa nak buat.

Penduduk Orange County ni je lebih dari 3 juta dengan paling ramai kulit putih diikuti oleh Hispanic , Africa America, Asian dan macam bangsa lagi .



takde umat yang mandi kat pool winter ni
kalau aku hantam bercebur
esok pasti keluar kat US Today hehehe

Kalau dulu kawasan ni tak beberapa maju , tapi setelah tanah2 kawasan tu dibeli dan dibina Universal Studio dan Disneyland, Orange County terus menjadi tumpuan para pengunjung dalam dan luar negeri . Nasib baik dulu depa tanam orange, dapatlah nama Orange County. Kalau depa tanam petai , mau sampai sekarang Petai County hehehe

Sebenarnya laaaa ni aku dah keluar dari Los Angeles , California dan sekarang berada di persekitaran Grand Canyon , Arizona.Arizona terletak di sebuah lagi negeri yang lain . Hampir 9 jam di habiskan dalam perjalanan termasuk menyinggah beberapa tempat .





Kalau waktu di LA beza lambat 14 jam dari Malaysia, waktu sekitaran Grand Canyon ni lambat 15 jam dari Malaysia. Tapi aku malas nak tukar masa kat jam aku tu.

Sini malam , Malaysia siang.
Jadi aku memang silent sehabis silent hp aku yang setiap hari ada banyak miss called dan sms beratur panjang. Aku tak jawab pun kerana kalau aku jawab, maka bil hp aku pasti beribu bila balik. Dari habiskan bayar bil hp, baik aku pi nyopping kat sini.hehehe

Kalau cuaca nyaman kat LA walaupun winter, kat Arizona ni yang kawasan gurun, siang dan terutama malamnya sangat dingin sekali . Macam malam di dalam 0 darjah celcius . Mulut aku dah macam naga berasap je hahaha

Bibir mula merekah bak delima masak hehehe
Glove aku dah keluarkan ,tapi kalau dah pakai glove, nak kena cari cangkul dan pongkes pulak hahaha

Karang ada mat salleh sini kata orang gila manalah ni bawak pongkes tgh pekan  hahaha

suasana pagi berkabus dari bilik aku bobok





Kira laaa ni langsung tak berani pakai kain pelikat gombang walau pun dalam bilik . Hantam je dgn tracksuit .Aku pun dah keluarkan jaket kulit badak aku , namun kat dalam ada 2-3 helai lagi  yang membaluti tubuh aku. Heater terpaksa dihidupkan di malam hari. Nasib baik tak pakai kayu api macam kat Aperika. Kalau tak, nak cari kayu, nak cari kayu .......

Itulah kekuasaan Allah dalam mentadbir seluruh sekalian alam.
Kawasan gurun berpasir , tapi cuaca sejuk sangat.

Good night all my friend
See u dalam episod seterusnya
Hope u all enjoy dgn cerita aku yang merepek meraban ni .

Insyallah

Wasalam.


10 ulasan:

  1. Salam bapak.
    Aiseh, berehat dulu la nampaknya kain pelekat gombang bapak tu.
    Sungguh la jugak kan, kat sini kalau dah pakai glove tu alamat nak buat keja kebun la macam saya kat kebun Pak Dolmat haritu, kehkeh!
    Sejuk la pulak walaupun kat gurun. Dulu saya tengok dukumenteri kat tv pun gitu la kata depa, siang panas lit2, malam sejuk gedi. Allahu akbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      hehehe pelikat gombang tu alamatnya terperap dalam beg je

      Padam
  2. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau mulut macam naga...keluar api Pak itam...he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam


      naga tasek cini hehehe

      Padam
  3. panjang langkah.. luas pengalaman..

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Tuan

    Jika berkesempatan, singgah le ke Colorado (Denver), pemandangan di sana juga menarik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      insyallah, namun rasanya tak sempat ,maybe kunjungan yg akan datang

      thanks for the info

      Padam
  5. Assalammualaikom wbt pak itam. Allhamdullah sudi kongsi pegalaman berada di US.
    Kalau pak itam tahan mesti dah pakai kain gombang tu....disini pun sejuk hinggal 8-9c. Berlapis baju kena pakai, tapi bila tunggu snow lagi susah nak bergerak dan berjalan-jalan.
    Wsalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam

      tu la pasal
      sejuk sampai kebas telinga dan tangan

      Padam