WARGA SCP

Selasa, Jun 18, 2013

ALHAMDULILLAH, DAH SELAMAT

ALHAMDULILLAH 

Semalam Isnin pukul 4 petang dah masuk operation teater seperti yang dijadualkan. Sebelum tu sebelah kaki yg cedera tu dan berbulu mcm paknya juga dah licin kena cukur dan dibalut untuk proses nyah kuman. Paginya lepas buat MRI sekali lagi dan doktor dah confirmkan mana nak kena belah, jadi lepas sarap, dah kena puasa kerana memang kena bius masa lakukan pembedahan. 

Pukul 3.30 petang , nurse dah datang dengan kereta sorong khas tu lalu tanyalah beberapa soalan pada senarai semaknya. Turun je tingkat 2 ke operation teater, sekali lagi petugas di sana tanya lagi soalan yg sama untuk "double check" sebelum terus masuk ke bilik pembedahan . Soalannya seperti nama pesakit, mana yang nak kena operate  ikut senarai semak dalam fail yang dibawa sekali atas pengusung.

Mak pak juga kena ada kerana mereka nak confirmkan siapakah yang turunkan tanda tangan kat atas borang tu. Masa tu ada 2-3 pengusung tengah "queue" nak masuk operation teater.

A line or sequence of patient awaiting their turn to be attended  or to proceed for operation.Dah macam nak bording flight pulak nak terbang tapi "pasenjel" semua atas pengusung yang kepala mereka semua dah balut plastik hijau macam pakai "shower cap" pulak.

Teringat perkataan "pasenjel" , teringat arwah bapak aku . Ialah, orang dulu-dulukan perkataan bahasa inggeris depa dah dimelayukan. Pasenjel dari passenger .Tu perkataan yang selalu digunakan oleh arwah ayah.

Memula ingat just a minor surgery operation, tapi agak rumit jugak dan kena bius samada 1/2 ke bawah sahaja  atau bius penuh. Anak aku minta bius penuh. Kalau dedulu pembedahan secara konvensional, pasti depa dok tokak lutut tu belah, tapi laa ni, depa dok tebuk kiri kanan lubang dan semua kerja pembedahan dalam lutut tu dijalankan oleh mesin mekanikal yang dikawal oleh tangan doktor kat luar.

Alhamdulillah 6.30 ptg lepas 2 jam lebih dah selamat . Kira aku dah ada waris , tapi bukan 'Waris Jari Hantu" macam filem tu, ni "Waris Lutut Rosak" kerana lutut aku sebelah kiri ni dah rosak juga dan mengambil masa 2 tahun untuk pulih dulu yang hanya pakai urutan . Dedulu mana ada kemudahan dan teknologi untuk lakukan pembedahan macam sekarang ni.


Tak tahu bila lagi boleh keluar . Nanti nak kena pakai alat sokongan kat lutut dan tongkat sementara benda alah tu pulih dan lepas ni baru kena jalani proses fisiotrapi pula.

Lepas tu maknya dah cakap , "No Futsal Anymore, Just Play Dam Aji Je or play masak-masak" 

Alhamdulillah. 

 
 Dah standby nak kena usung
dengan pengusung ke dewan pembedahan jap lagi


Org tak sakit dah rampas kuasa katil org sakit kat bilik 
sementara tunggu siap pembedahan
sebenarnya kami keletihan dan tak cukup rehat

pukul 6 lebih baru siap dan dihantar ke bilik selepas sedar
Sakit katanya pasal bius tadi masa pembedahan dah habis
darah dok mengalir dalam botol dari bahagian yang dibedah

 Menahan kesakitan
Doktor dah kasi morpin a.k.a pain killer dalam mesin hijau tu
melalui drip
Kalau tak muntah dah boleh makan kerana puasa dari pagi tadi hingga dah nak magrib

Ahad, Jun 16, 2013

MINOR SURGERY PROCEDURES

ALHAMDULILLAH

Kami dok busy sikit menguruskan son of gun aku yang kini kat sepital kena tahan
dan buat rawatan lanjut kerana setelah 5 kali menjalani fisiotrapi kat lutut
sepanjang sebulan lalu masih tak menunjukkan tanda2 pemulihan.
Hikmahnya, kalau selalu cuti sekolah kami akan pi cuti,
Tapi kali ni kerana menjalani fisiotrapi yang telah dijadualkan,
maka kami pi lah piknic kat sepital je.

Semalam lepas menjalani sessi fisiotrapi kali ke berapa entah dan juga
pertemuan dengan specialist ortopedik,
maka dia kata kena buat Minor Surgery Procedures yang akan dilakukan
esok pagi hari senin nak tengok apa yang koyak kat
bahagian dalam tu yg buat tak baik2 .

Kalau tak baik jugak,
aku ingat nak ganti dgn lutut unta je
pasal lutut unta kuat sikit hehehe

Mohon doa kat Allah S.W.T moga cepat sembuh kerana
agak sukar baginya yang duduk di asrama sebelum ni
dan tahun ni nak periksa SPM

Insyallah


Khamis, Jun 13, 2013

USA PART 63 : UNIVERSAL STUDIO HOLLYWOOD, LOS ANGELES

ALHAMDULILLAH

Masa pagi tu nak bersiap ke Universal Studio, aku berbelah bagi. Nak bawak jaket ke atau tidak . Pengabis aku bawak jugak light jacket aku kerana yang pasti , aku akan berada di sana dari pagi sampai malam . 

Keluar agak pagi juga menghala ke Universal Studio . Tuan punya tempat ini ialah NBC dan kalau ikut sejarah, ia dibuka sebagai sebuah tempat yang menempatkan set-set pengambaran atau movie studio pada 14 Mac 1915 .

Kemudian tanggal 15 Julai , 1964 barulah ia dibuka sebagai theme park . Masa operasinya sepanjang tahun tanpa ada hari untuk ditutup kerana ia menjadi tumpuan pegunjung bukan saja dari bumi Paman Sam, tapi juga pelancong dari serata dunia yang berkesempatan berada di Los Angeles.



Lokasinya di 100 Universal City Plaza, Universal City, CA 91608. Senang cerita gunakan je Los Angeles Freeway yang sesak atau bahasa lain "jammed" memanjang waktu pagi kerana orang nak pergi kerja. Tu sebab istilah "Bumper to Bumper" popular di sini memperlihatkan betapa padatnya kereta atas Los Angeles Freeway tu.

Tapi walaupun sesak sesangat, aku lihat depa memang berdisiplin semasa berada atas jalan raya dan takde le nak cilok mencilok . Mereka tetap dengan lorong mereka. Bunyi hon pun kurang sangat di LA ni. Lagi satu takde kelihatan motosikal macam tempat kita yang kejanya mencilok tengah deretan kenderaan macam kat Tanah Melayu.

Dalam 8.30 pagi,aku dah sampai . Tiket dalam USD 80.00 untuk sehari (RM240.00). Kalau tak nak beratur untuk naik rides, boleh beli tiket dalam USD 129.00. Kira macam VIP pass . Tapi kami memang fobia nak naik semua rides tu kerana maklumlah, bukan muda lagi hehehe

Karang kalau naik rides tu dan terkencing dalam seluar pasal takut, sapa nak tolang hahaha



Boleh tahan jugak pagi tu dengan pengunjung tapi tak sesak sangat le. Nak masuk , depa scan tiket dan terus calit kat tangan dengan marker yang aku tak nampak dakwatnya. Kerana tiket tu untuk sehari, jadi boleh la keluar masuk nanti dan nanti depa gunakan lampu ultra unggu je tengok calitan yang depa buat tu sebagai mengesahkan kita pengunjung yang telah mempunyai tiket.

Cuaca pagi tu nyaman sungguh. Winter di California yang terletak di tepi lautan Pasific menyebabkan suhunya semasa musim sejuk tidaklah sampai mengigit tulang terutamanya di siang hari . Tapi kalau menjelang petang ,suhu masa tu dah turun mendadak. 

Sepanjang aku di sini, bab cuaca yang nyaman dan dingin ni yang buat aku suka sangat dan bersyukur.Badan tak berpeluh, pakaian yang dipakai tak berbau tapi bangun pagi aku mandi tetap mandi berbanding orang depa yang rata2nya masa winter , depa bangun pagi dan gosok gigi je serta basuh muka.



Masuk-masuk main entrance, ex lover aku ni si Marilyn Monroe dah panggil aku,
"Papa Black,Papa Black"

Mukanya masih tak banyak berubah dari dulu. Ini mesti selalu makan jamu kocok hehehe

Cuma lehernya je dah berkedut sikit

Sempat le aku tanya khabar dengannya kerana lama sungguh kami tak jumpa  . Aku rakamkan 2-3 keping potretnya sebagai koleksi peribadi aku .Aku tak boleh lelama dengannya kerana aku nak berkejar ke tram yang akan membawa kami ke Studio Tour untuk mengelilinggi hampir keseluruhan ceruk tempat set-set studio  pengambaran yang memang kena naik tram ni .
 


Maju ke depan sikit , mulut aku dah mula baca ayatul kursi kerana lagi dulu, tok guru aku kata kalau nampak iblis , syaitan atau hantu dan seangkatan dengannya,baca lah ayat tu dan hembuskan .Pasti lari kalau memang dia makhluk tu.

Tapi ni tak lari pun malah makin dekat dengan aku ajak bergambar bersama .

Terus terang la aku kata, kalau la terserempak dengan yang kat bawah ni tetengah malam tengah jalan pulak tu semasa kita tengah drive , mau terkecing dibuatnya kalau semangat tak kuat hehehe

Ini cerita 25 tahun dulu yang mana sepupu aku sendiri bertemu dengan benda alah kira spesis ni semasa dia dalam perjalanan pulang dari Mersing ke JB kalau tak salah aku. Masa tu bukan macam sekarang yang kiri kanan jalan hutan tebal dan gelap. Tiba kat satu tempat, dia perasan bau busuk mayat dalam kereta dia . Matanya melingas dan terlihat kat cermin belakang dalam keretanya ada kelibat sorang perempuan sedang menumpang tempat duduk belakang .

Dia  kuatkan semangat dan terkumat kamit baca ayat yang dia ingat termasuk la ayat Kursi ni dan lansung tak berani pandang cermin belakang tu hinggalah dia sampai ke rumahnya di JB. Turun je kereta , yang dia perasan rupanya dah basah seluar yang dia pakai . Rupanya lagi tadi dah terkencing dalam seluar menahan ketakutan. Kira semangat dia kuat kerana kebiasaannya kalau bertemu macam tu,mau tak terpaut kereta ke tebing jalan. Allah memeliharanya ketika itu.



aku mati-mati ingat patung pasal dia duduk tak bergerak agak lama
rupa2nya orang daaaaaa

Isnin, Jun 10, 2013

TAMAN TASIK AMPANG HILIR, KL

ALHAMDULILLAH

Taman Tasik Ampang Hilir letaknya kira kat sebelah MRR2 dan kena koner lipat kiri menghala ke jalan Ampang. Jalan Ampang tu kalau terus je pasti sampai ke KLCC. Tapi kalau nak ke Taman Tasik Hilir ni, lepas korner lipat kiri je dari MRR2 ke jalan Ampang tu pasti jumpa tak jauh dari situ dalam 200 meter, stesyen minyak Petronas . 

Beloklah ke kiri dan kiri sekali lagi dipenghujung jalan tu , barulah jumpa pintu masuk yang macam dalam gambar kat bawah ni . Ni kira kita masuk ikut sebelah kedutaan Kazakstan .





Sebenarnya ada 2 lagi pintu masuk kat sebelah lain yang agak jauh juga, tapi aku tak pernahlah ikut sebelah tu. Di sekeliling taman ni, pasti kelihatan banglo2 besar yang kebanyakkannya dihuni oleh pak-pak duta yang seperti kelazimannya , sebenarnya di jalan Ampang ni bederet pejabat kedutaan seperti Kazakstan, Afganasitan, Kongostan , Gohek Gostan hehehe

Kalau aku berada di KL, pasti dalam pukul 9.00 pagi aku start motor roda tiga aku berdesup ke sini . Masa tu MRR2 tak sesak sangat berbanding pukul 9.30 pagi nanti setiap hari yang penuh dengan kenderaan orang nak pegi kerja yang masuk pukul 10.00 pagi .





Kalau orang dok suka jogging pepagi lepas subuh, aku suka jogging pukul 9 pagi lebih sikit hinggalah bawak ke pukul 10 pagi nanti. Masa tu kawasan taman ni dah tak berapa ramai orang dan tak payah le nak singgul senggolan .

Memang aman dan damai aku rasa kat sini . Taman ni adalah di bawah kendalian dan seliaan DBKL dan nampak terurus dengan baik . Kebersihan terjaga, suasana aman tenteram . Cuma kekadang je kelihatan ada juga yang agaknya tak paham bahasa yang bawak masuk basikal dan motorsikal gunakan trek mengelilingi tasik ni . 

Padahal terpampang antara peraturan yang termaktub yang dipamerkan kat depan pintu masuk adalah dilarang membawa basikal dan motorsikal dalam kawasan trek ni . Lagi satu terpampang juga yang taman ni bukan tempat nak berendut dan beromen . Tu sebab lepas pukul 8.00 malam , tak dibenarkan memasuki kawasan sekitarnya.




panorama menghadap KLCC dan sekitarannya

Sampai2 je, macam biasa aku mesti warm up dulu . Buat sedikit aktiviti "kelembutan" dan "rengangan" . Badan dah menginjak lebih 45 tahun ke atas ni bukan lasak macam dedulu . Kalau dedulu , nak terjun mandi parit pun , terejun je dan tak payah nak "warm up".Dulu dengan basikal2 aku sekali sama terejun masuk parit besar . Parit dulu kira macam anak sungai le. Tapi kat Muar kan depa tak le panggil sungai. Depa panggil parit. tu sebab kat Muar melambak parit .Tapi parit le ni bukan macam dulu ,. Kalau terejun , memang tak timbul le mati keracunan.

Sekarang ni aku kenalah berhati2 sikit, nanti karang ada je bahagian badan, pinggang , lutut  yang terpeleot sana-sini. Dah seasonlah katakan. Lepas tu barulah aku berlari2 anak dari penjuru sini sampai penjuru sana mengikut treknya yang aku rasa jauh le jugak memakan masa dalam 15-20 minit jugak nak sampai ke sebelah sana tu yang kalau tak salah aku dekat kedutaan Pakistan ke atau kedutaan Bangladesh.

Lepas tu patah balik semula sebelah sini semula . Dah menjojos peluh semua keluar dari atas sampai ke bawah dan rasa dapat bakar sikit kalori dalam badan , baru le buat semula "warming down' dan duduk menikmati permandangan panorama indah dalam 10-20 minit lagi sebelum balik.

Gambar2 ni sempat aku rakamkan dengan gunakan ipong aku je masa kunjungan aku bebaru ni ke sini . Aku jongging satu dua round dulu dan lepas tu baru aku balas semula sambil jalan berenti, jalan berenti rakamkan foto2 sekitarannya buat koleksi aku.

nilah simpang masuk ke taman ni dari MRR2






Selasa, Jun 04, 2013

JDT : LUASKAN KUASA MU JOHOR part 1

ALHAMDULILLAH

Laugan "Luaskan Kuasa Mu Johor" berkumandang di Stadium Bukit Jalil malam itu di mana perlawanan Semi Final Ke 2 yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur , Kuantan telah dipindahkan ke Stadium Bukit Jalil yang dapat menampung kapasiti yang lebih besar.

Untuk mengelakkan kesesakkan , aku bawak motor bot aku dan parking kat Stesyen LRT Pandan Indah dan dari situ ke Bukit Jalil menggunakan LRT. Untuk mengelakkan dari beratur nak beli 'coin" yang telah mengantikan tiket LRT, kami lebih senang gunakan kad Touch n Go . Tapi masalah timbul pula kerana 3 lagi kad yang jarang digunakan kena topup dulu. Tapi kemudahan topup kad tu hanya di stesyen Shell atau petronas tertentu je . Puas juga pi pusing cari 2-3 stesyen minyak baru bertemu yang boleh topup.

Bukan nak pujilah sistem topup kat Temasek, dah depa pakai hanya satu je kad dipanggil Autopass yang boleh gunakan untuk parking kat mana2 sekali pun , untuk naik MRT pun dan macam2 lagi, pegi je kat mana2 7eleven yang melambak tak kira kiosk kecik ke, pasti boleh topup. Benda yang baik seperti ni harus pihak berwajib kita pelajari dan cuba buat kat Tanah Melayu demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat jelata.

pahang dok sebelah sana
tu yang kosong "zon pemampan"

johor dok sebelah sini
tu kat bawah Ultras JDT

Kena turun kat stesyen Chan Siaw Lin dan tukar LRT untuk sampai ke Bukit Jalil. Aku ambil keputusan masuk stadium awal sikit kerana tiket yang dijual pula takda nombor tempat duduk dan kenalah pepandai mana nak duduk. Suasana luar stadium dah mula gamat dengan deretan gerai menjual jersi dan segala yang berkaitan melambak untuk penyokong kedua-dua pasukan.Anak aku dah paw aku 2 helai jersi JDT yang warna biru untuk lelaki dan pink untuk perempuan. Depa dok salin lepas tu kat bilik air .

Namun kelihatan trak FRU dan anggota polis bersepah berada di mana-mana. Ni dah macam bukan nak tengok bola , tapi dah macam nak pegi tengok demonstrasi pula.Namun aku percaya, pihak berkuasa mengambil langkah2 ini sebagai langkah2 keselamatan untuk menjamin keselamatan dan keselesaan penyokong kedua-dua pasukan . Susasana di luar stadium aman dan damai ketika itu . 

 player dah dok "warm up"



Nak menapak tangga dari bawah ke atas satu hal lagi kerana apa yang aku perhatikan , semua penutup-penutup longkang tiada. Dalam hati aku berdetik, namanya Stadium Nasional, tapi nampak gayanya stadium ini telah tidak dijaga dan diselenggara dengan baik dan pihak2 yang bersangkutan perlulah ambil langkah2 yang sepatutnya. Tu kalau orang tak nampak, katalah tak perasaan atau leka masa melintas longkang2 yang banyak juga nak sampai atas, mau rasanya patah tulang keting kalau terjatuh dalam longkang tu.

Pintu masuk penonton untuk JDT dan Pahang dipisahkan jauh untuk memudahkan kawalan keselamatan . Ketika aku masuk  stadium dalam pukul 6.30 ptg , tak penuh lagi . Namun kelihatan anggota polis berada di mana-mana. Nampaknya pihak stadium telah mewujudkan "zon Pemampan" antara penyokong kedua-dua pasukan .Lepas tiket diperiksa dengan lampu ultra unggu untuk dipasti kesahihannya, baru boleh masuk dan sapa yang bawak beg kena periksa dok RELA dan polis di depan pintu masuk .




7.14 terpampang di layar besar telah masuknya waktu solat magrib bagi kawasan KL . Walaupun aku bermusafir dan boleh jamak taakir nanti bila pulang ke penginapan, tapi rasa tak sedap di hati lalu turun dari tempat duduk yang agak tinggi juga ke bilik air berdekatan . Satu masalah timbul pula kerana lepas aku berwuduk , air paip dah keluar macam air kecing budak punyalah perlahan dan kecik . Kesian lihat anak2 muda belakang aku yang kena ambil wuduk gilir2 dan gunakan sisa2 air yang ada dengan cermat .

Lepas tu air paip yang dok pelan tu terus terputus. Lagi sekali perasaan menyampah timbul kerana namanya Stadium Nasional, tapi air pun takda . Ni bukan masalah terputus bekalan, tapi aku rasa mereka tidak menyelenggara kemudahan2 yang ada di stadium ni dengan sebaik-baiknya . Nampak gaya pihak2 yang berkaitan kenalah lihat benda2 macam ni yang nampak kecik je, tapi sebenarnya ia masalah besar sebenarnya.Kalau sapa yang sakit perut nak terkencit, lepas hajat beso tertunai dan bukak paip yg takda air, mau menjerit dalam jamban . 

Nampak gayanya abislah mafla ganti batu  buat istinjak hahaha
Takkan nak tayamum pulak hehehe



game dah nak mula

Kerana tiada penunjukkan arah yang mencukupi bagi surau yang terdapat di sana yang pastinya jauh entah ke mana, aku jumpa sudut yang agak terlindung lalu menjadikan matahari yang sedang terbenam ketika itu sebagai arah kiblat . Sebelum tu aku pastikan tempat tu bersih dari pandangan mata kasar aku . Bebudak muda tadi juga dok solat kat tempat tu jugak dan menjadikan mafla sebagai pengalas .

7.30 malam, suasana dah mula riuh apabila "ultras" Pahang dah mula dok bergendang dan menyanyikan lagu2 menaikan semangat pasukan mereka . Masuknya Ultras JDT, lagilah gamat dengan pelbagai lagu diiringi gendang menguasai suasana Stadium Bukit Jalil . Memang havoc sekali dan menghiburkan .

Laugan "Luaskan Kuasa Mu Johor" bergema di sana.

p/s: semua foto pakai ipong je 
nanti final baru aku usung bawak dslr dengan telezoom


Sabtu, Jun 01, 2013

LIVE DARI BUKIT BUKIT JALIL 6.30 pm








FA CUP SEMI FINAL : JDT vs TOK GAJAH

ALHAMDULILLAH

Depa kekurangan penyerang berbisa untuk menghadapi Tok Gajah dalam perlawanan semi final yang tertangguh akibat banyak masalah hari tu yang kita semua sedia maklum puncanya. Perlawanan semula malam ni jam 8.45 malam di Stadium Bukit Jalil.

Aku pulak tak bawak but aku, yang aku bawak hanya selipar je dan dua helai kain pelikat masa aku bertolak ke KL . Jadi aku tak dapat nak tolong depa dalam padang. Aku hanya dapat beri mereka sokongan moral dari luar padang je . 

Kali pertama aku ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bola . Kali terakhir aku tengok bola masa World Cup 2010 kat Afrika Selatan. Masa tu apa yang dapat aku saksikan bagaimana disiplinnya dan sportingnya penonton di sana walaupun kita sering digemburkan dengan keganasan penyokong bola sepak . Apa yang dapat aku katakan kenapa ada samseng bola sepak kat negara barat ialah kerana depa dok mimum banyak sangat sampai mabuk lalu lupa diri.

Tapi yang aku heran penonton kita yang rata2 melayu islam dalam 98 % yang pi nonton, kenapa boleh jadi  hal2 yang tak sepatutnya hingga hilang semangat kesukanan . Takkan mabuk air daun ketum kot ...

Ingatlah, sukan hanya sukan dan jangan sampai hilang semangat kesukanan dan janganlah timbulkan sebarang provokasi .

Jangan sampai 
MENANG JADI ABU , KALAH JADI ARANG
Sesen Pun Tak Berguna
  

4 keping tiket utk kami 4 beranak