ALHAMDULILLAH
Semalam Isnin pukul 4 petang dah masuk operation teater seperti yang dijadualkan. Sebelum tu sebelah kaki yg cedera tu dan berbulu mcm paknya juga dah licin kena cukur dan dibalut untuk proses nyah kuman.
Paginya lepas buat MRI sekali lagi dan doktor dah confirmkan mana nak kena belah, jadi lepas sarap, dah kena puasa kerana memang kena bius masa lakukan pembedahan.
Pukul 3.30 petang , nurse dah datang dengan kereta sorong khas tu lalu tanyalah beberapa soalan pada senarai semaknya. Turun je tingkat 2 ke operation teater, sekali lagi petugas di sana tanya lagi soalan yg sama untuk "double check" sebelum terus masuk ke bilik pembedahan . Soalannya seperti nama pesakit, mana yang nak kena operate ikut senarai semak dalam fail yang dibawa sekali atas pengusung.
Mak pak juga kena ada kerana mereka nak confirmkan siapakah yang turunkan tanda tangan kat atas borang tu. Masa tu ada 2-3 pengusung tengah "queue" nak masuk operation teater.
A line or sequence of patient awaiting their turn to be attended or to proceed for operation.Dah macam nak bording flight pulak nak terbang tapi "pasenjel" semua atas pengusung yang kepala mereka semua dah balut plastik hijau macam pakai "shower cap" pulak.
Teringat perkataan "pasenjel" , teringat arwah bapak aku . Ialah, orang dulu-dulukan perkataan bahasa inggeris depa dah dimelayukan. Pasenjel dari passenger .Tu perkataan yang selalu digunakan oleh arwah ayah.
Memula ingat just a minor surgery operation, tapi agak rumit jugak dan kena bius samada 1/2 ke bawah sahaja atau bius penuh. Anak aku minta bius penuh. Kalau dedulu pembedahan secara konvensional, pasti depa dok tokak lutut tu belah, tapi laa ni, depa dok tebuk kiri kanan lubang dan semua kerja pembedahan dalam lutut tu dijalankan oleh mesin mekanikal yang dikawal oleh tangan doktor kat luar.
Alhamdulillah
6.30 ptg lepas 2 jam lebih dah selamat . Kira aku dah ada waris , tapi bukan 'Waris Jari Hantu" macam filem tu, ni "Waris Lutut Rosak" kerana lutut aku sebelah kiri ni dah rosak juga dan mengambil masa 2 tahun untuk pulih dulu yang hanya pakai urutan . Dedulu mana ada kemudahan dan teknologi untuk lakukan pembedahan macam sekarang ni.
Tak tahu bila lagi boleh keluar . Nanti nak kena pakai alat sokongan kat lutut dan tongkat sementara benda alah tu pulih dan lepas ni baru kena jalani proses fisiotrapi pula.
Lepas tu maknya dah cakap , "No Futsal Anymore, Just Play Dam Aji Je or play masak-masak"
Alhamdulillah.
Org tak sakit dah rampas kuasa katil org sakit kat bilik
sementara tunggu siap pembedahan
sebenarnya kami keletihan dan tak cukup rehat
pukul 6 lebih baru siap dan dihantar ke bilik selepas sedar
Menahan kesakitan
Sakit katanya pasal bius tadi masa pembedahan dah habis
darah dok mengalir dalam botol dari bahagian yang dibedah
Doktor dah kasi morpin a.k.a pain killer dalam mesin hijau tu
melalui drip
Kalau tak muntah dah boleh makan kerana puasa dari pagi tadi hingga dah nak magrib
Alhamdulillah dah selesai pembedahan lutut tu. Semoga son of gun bapak tu lepas ni akan segera sembuh. Elokla ikut cakap maknya tu, main dam atau masak2 sudah, kihkih.
BalasPadamSaya plak tahun lepaih mintak bius separuh bawah badan saja tapi doktor cakap bius penuh terus la, boleh tidoq, sedaq2 dah siap. Saya plak takut bius penuh, adoyai. Tapi bius penuh jugak akhirnya & dah selamat dah pun, alhamdulillah.
Alhamdulillah
BalasPadamcuma nak ambik masa untuk proses recover tu
bebudak tgh membesar,biasalah org cakap jangan main, dia nak main juga mcm bapaknya juga masa bebudak dulu , degil hehehe