WARGA SCP

Khamis, Oktober 10, 2013

PART 53 TANAH SUCI MAKKAH : BILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

cuaca panas bukan saja kaki merekah
bibir pun merekah juga

Rutin kehidupan jemaah umrah di  Al Haram Makkah hampir 90 % berkisar antara tempat penginapan dan Al Haram . Bagi jemaah haji pula berbeza kerana apabila tiba hari tarwiyah , jemaah mula bergerak meninggalkan kota Makkah dan bermalam di  bumi Arafah dan kemudian mabit di Mudzalifah lalu 2-3 hari mabit di Mina pula sebelum terus menghabiskan kebanyakkan masa di Al Haram samada menanti penerbangan balik bagi jemaah yang tiba dengan penerbangan awal atau ke Madinah pula bagi jemaah yang datang dengan penerbangan akhir..

Setiap tahun bila tiba bulan haji, 8 Zulhijah dikenali sebagai hari Tarwiyah . Ketika itu berbondon-bondon semua jemaah akan meninggalkan Kota Suci Makkah . Bagi jemaah Tanah Melayu , destinasi mereka terus ke Arafah manakala jemaah negara lain pula yang mengikut perjalanan haji sebagaimana Rasulullah lakukan  akan ke Mina dulu.Tanggal 9 Zulhijjah ,barulah mereka akan bergerak ke Arafah untuk berwukuf.

Ketika meninggalkan tempat penginapan , semua telah siap dengan ihram dan akan memasang niat haji apabila mula meninggalkan tempat penginapan .Ketika itu kota Makkah mulai lenggang dan yang tinggal hanya penduduk tempatan yang tidak mengerjakan haji. 

Kemuncak musim haji bakal tiba yang mana selepas gelincir matahari tengahari 9 Zulhijjah , maka masuklah waktu wukuf ketika itu dan ketika itu semua para tetamu Allah pasti telah berhimpun di Arafah dan tidak terkecuali bagi sesiapa pun yang mengerjakan haji .



Berbalik kita kepada rutin seharian di Kota Makkah. Aktiviti setiap hari berulang-alik ke Masjidil Haram, melakukan tawaf sunat atau pun melakukan umrah yang memerlukan tawaf umrah dan saei umrah pasti akan meninggalkan kesan pada kudrat dan juga pada tapak kaki kita terutama jemaah lelaki . Bagi jemaah wanita takda masalah ini kerana tapak kaki mereka sentiasa tertutup dengan stokin kerana ia merupakan sebahagian aurat bagi mereka.

Tapak kaki aku yang sedia maklum dah "semabal" bak kulit "kerbau laudau" ini juga tidak terkecuali dari menerima kesannya . 

Dua tempat utama yang merekah pasti di depan tu dan juga bawah tumit kaki. Aku biarkan saja kerana merekahnya itu bukan boleh ditampal-tampal . Merekah hanya dipermukaan sahaja kira ok dan tidak menimbulkan rasa sakit dan pedih. Kalau merekah sampai ke dalam , pasti kesakitan dan kepedihan terasa .

1 jam lagi nak masuk waktu solat jumaat ketika ini
musim umrah sejam lagi masuk jumaat masih boleh massuk masjid
kalau musim haji , pukul 9 pagi dah kena pegi
kalau tak, maka solat atas jalan raya la

Untuk mengelakkan kulit kering dan merekah , jangan lupa bawak losyen yang sesuai yang terdapat banyak dipasaran. Kalau tak bawak dari tanah air, farmasi melambak di sekitar Al Haram ni . Pilihlah dan belilah mana yang sesuai dan berkenan.

Adatlah kata orang bila merekah tapak kaki ni kerana setiap waktu akan berjalan kaki ke masjid dan belum lagi dicampur tawaf sunat, tawaf umrah dan saei . 

Ok, kita tinggalkan seketika bab kaki merekah .Aku nak kongsi sikit pasal situasi masa musim haji. Alhamdulillah, masa musim haji tahun 2007 dulu,  ketika  itu bulan Disember. Cuaca di sana tak berapa panas , tapi malamnya dingin sungguh hingga ke tulang hitam terutama masa kat Mina. 

Musim haji tahun ni pula , cabaran bagi jemaah adalah cuaca yang panas hingga mencecah hampir 50 darjah celcius . Jadi kesihatan perlu dijaga .Pastikan badan kita tidak mengalami hiderasi . Tapi sebenarnya paling utama berdoa dan berdoalah kehadrat Allah S.W.T agar kesihatan kita terpelihara.

 
sesak sangat
Tawaf Ifadah musim haji 2007

Cerita pasal doa, jangan pulak salah doa kerana doa di sana sangat mustajab bagi tetamu Allah ni. Ada yang berdoa kepada Allah agar dipelihara kesihatannya semasa mengerjakan haji. Jadi Allah makbulkan permintaan hambanya ni  dengan memelihara kesihatannya masa melakukan perkerjaan haji sahaja. Lepas je dia habis buat haji , terus jatuh sakit sedangkan kemungkinan masa tu dia pergi dengan penerbangan akhir. Maka lama lagi ia akan berada di sana.Jadi berdoalah agar dipelihara kesihatannya sebelum, semasa dan sesudah melakukan segala pekerjaan haji .

Kalau dah sakit, tentu banyak ibadah-ibadah lain yang boleh dilakukan tak dapat dipenuhi kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ibadah-ibadah lain disana boleh kita ibaratkan sebagai memenuhi "tabung akhirat" kita kerana ganjaran di Makkah adalah 100,000 

foto ni aku rasa tak pernah aku publish dalam mana2 n3
suasasa jam 10 am di perkehemahan Arafah
2 jam lagi nak masuk waktu wukuf

Aku dulu kira tiba dengan penerbangan yang agak awal jugak . Jadi lepas berada di Madinah lalu terus ke Makkah. Aku laki bini pulun tiap masa dan waktu di Masjidil Haram. Seminggu lagi nak tiba hari wukuf, lagi awal lah kami berada di Massjidil Haram kerana kalau terlewat, sukar nak dapat masuk ke dalam kerana semua pintu masuk dikawal oleh askar. 

Subuh masa tu pukul 3.00 pagi kami dah keluar dari hotel yang jaraknya dalam 200 m .Waktu asar pula kami terus sambung iktikaf hingga magrib dan terus isyak . Masa tu tak fikir langsung penat ke, lenguh ke dan apa2 pun. 

Terus terang aku katakan, habisnya segala perkerjaan wajib dan rukun haji , kudrat kami yang kami gunakan semaksimum dari hari kami tiba hinggalah selesai pekerjaan terakhir iaitu saei haji, tenaga kami ibarat bateri kereta yang hampir 'kong" . Sakit semua sendi sana-sini, lenguh sana,lenguh sini dan badan mulai rasa seram sejuk kerana 'demam urat" .

pagi terakhir di Perkhemahan Mina
dok tunggu bas tiba untuk pulang ke Makkah

Masa tu giliran penerbangan pulang kami dalam 5-6 hari je lagi. Kami gagahkan juga menghabiskan sisa-sisa waktu kami di sana dengan ke Masjidil Haram dan hinggalah satu hari kami berdua akhirnya tewas juga kerana 'demam urat". Alhamdulillah cuma sehari je kami kira berbaring dan tidur je seharian. Hanya bangun bila azan berkumandang dan solat di bilik dan sambung baring semula.Air zam-zam menjadi santapan kami ketika itu.

Tu sebabnya pernah aku katakan dalam n3 terdahulu, jika ada peluang, pergilah mengerjakan rukun islam yang ke 5 ni masa usia muda dan kudrat kita masih kuat. Jadikan ia sebagai "wishlist" teratas sekali dalam destinasi yang kita nak pergi dan kalau dijemput atau tidak,serahkan pada Allah kerana itu urusanNYA.

Jangan jadikan alasan "belum sampai seru" kerana "seru" sebenarnya ada pada hati kita. Ditakuti seruan dari Izrail datang dulu ,maka ketika itu "jasad terkubur di pembaringan" bak lirik lagu tu sedangkan dalam hati kita tidak langsung terlintas atau terniat untuk ke sana dalam melaksanakan rukun islam ke 5 ini.

Sekadar perkongsian,
minta maaf kalau ada salah silap.

Teratak Tepi Hutan
11.00 malam
4 Zulhijjah 1434 Hijrah

Selasa, Oktober 08, 2013

PART 52 TANAH SUCI MAKKAH : SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

tak jumpa arah pulang sering berlaku
kerana terlalu ramai umat manusia

Musim haji tiba lagi yang pastinya ketibaannya akan membuahkan getaran jiwa dan rasa yang tak terhingga pada setiap bakal Tetamu Allah . Pasti sekali pelbagai perasaan timbul menyelinap diseluruh jiwa dan raga ketika itu.

Gembira, takut, gementar, suka, duka dan pelbagai lagi.

Ini semua sebenarnya terpulang pada niat di hati kita ketika menerima jemputan dari Allah Yang Maha Pengasih . Adakah kita menerima jemputan itu dengan seikhlas hati semata-mata untuk mengabdikan diri dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang islam dalam melaksanakan perintahnya yang terkandung dalam rukun islam yang ke 5 yang  menjadi tonggak dan tiang dalam membezakan antara hamba yang beriman atau sebaliknya.

Aku coretkan dan kongsikan cerita ini sebagai ikhtibar dan pengajaran kepada dari aku sendiri dan kita semua saudara seislam yang pada dasarnya berdiri pada  kalimah :


Ada segelintir kecil yang menjadi  Tetamu Allah ini hanya ingin menjadi tetamuNYA kerana tuntutan dunia semata-mata dengan mengejar gelaran manakala ada pula juga menggunakan sumber yang haram dan ada unsur syubahah bagi membiayai pemergian mereka ke sana. 

Jangan terperanjat jika aku katakan ada pegawai tinggi yang ditaja oleh kontraktor  besar sebagai balasan kerana melulus projek yang berkepentingan bagi mereka . Mulanya sihat sejahtera semasa bertolak ke sana namun menerima pembalasan dari Allah ketika di sana dengan terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang masa dengan disorong oleh kontraktor yang menajanya dari mulai musim haji hingga akhirnya . Ini bukan cerita dongengan, tapi yang diceritakan oleh seorang kenalan ku yang melihat sendiri peristiwa itu berlaku di hadapannya kerana ia mengenali kontraktor tersebut kerana datang dari daerah yang sama.
 
aku tersenyum bila menatap foto ni
aku gelarnya "sekumpulan saudagar islam"


pertukaran shift pekerja Masjidil Haram

Seringkali kita baca di dada akhbar bagaimana keperitan golongan yang tidak berpangkat dan berjawatan serta berpendapatan rendah mengumpul wang berpuluh tahun lamanya dalam nilai sekadar termampu oleh mereka dalam 20-30 ringgit sebulan hanya untuk merealisasikan impian mereka memenuhi tuntutan rukun islam yang ke 5 ini .

Apabila simpanan mereka telah mencukupi, ketika itu usia mereka berada di hujung senja dan kudrat mereka hanya tinggal sisa-sisa sahaja , namun semangat serta jiwa raga mereka tetap tidak luntur apabila menerima jemputan dari Allah.Tentu mereka berasa puas kerana semuanya hasil titik peluh mereka membanting tulang dan akhirnya dapat membiayai mereka ke sana.

Seringkali apabila membaca cerita suka duka mereka, pasti bergenang air mata ku dan timbul rasa keinsafan .

Namun yang menyedihkan ku lagi apabila terdapat kalangan yang berjawatan tinggi dan berkepentingan yang gaji sebulannya sahaja sudah dapat menampung pemergian mereka ke sana , namun masih menerima tajaan dari kroni-kroni yang berkepentingan . Di situ terdapat unsur syubahah . 

Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Rasuah semacam dah jadi asam garam dan sebati dengan diri segelintir mereka hinggakan nak mengunjungi Rumah Allah pun depa ni langgar semacam je. 

Agaknya mereka terlupa yang malaikat mungkar dan nakir yang ditugaskan menyoal  kita di alam kubur pasti tidak boleh dirasuah kerana ketika itu hanya amalan dan perbuatan kita yang akan menentukan. 

Memang golongan tersebut pada pandangan dunia mereka ini lebih dimuliakan , namun yang penting dan hakiki adalah bagaimana "pandangan" Allah kepada kita.

Kemuliaan di dunia yang fana' hanya bersifat sementara.
Kemuliaan di akhirat kelak adalah kekal selama-lamanya yang kita cari. 

Sekadar renungan bersama untuk kita fikir-fikirkan. 








Ahad, Oktober 06, 2013

JDT vs TRW : JOM MAIN BUIH SABUN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


First of all, sebelum aku sambung n3 tertunggak aku perlawanan suku akhir pertama antara JDT vs TRW di Larkin, aku nak ambil kesempatan mengucapkan takziah buat penjaga gol JDT,  Al Hafiz dan keluarga atas pemergian anakandanya pada hari sepatutnya ia beraksi mempertahankan kubu JDT untuk perlawanan pusingan kedua di KB . Al Fatihah.

Kedua,  ucapan takziah juga buat JDT atas kekalahan semalam yang tak terduga dengan begitu banyak jaringan dan terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol gantian yang tidak berpengalaman kerana ketiadaan Al Hafiz yang menguruskan pengebumian anakandanya .Itu yang jadinya benteng pertahanan JDT malam tadi kelam-kabut sungguh dan bocor banyak gol. Semua telah tertulis dalam suratan. Begitu jugalah kehidupan kita yang kita sebagai manusia hanya perancang, tapi Allah S.W.T yang penentu dan pemutus segalanya.

Namun jangan putus asa kerana dunia belum berakhir. Ada sebab musabab yang Allah mengkehendaki pengakhirannya sebegitu dan insyallah, tahun depan usaha lagi. Tahniah buat TRW yang mara ke pusingan separuh akhir.

Nampak gaya , takdelah kelibat kami laki bini di stadium Larkin nanti pada tahun ni kerana semua dah berakhir buat JDT tahun ini. Maka amanlah kami ke pasar tani dan tak payah nak beratur untuk mendapatkan tiket perlawanan.
 

OK, kita sambung n3 aku yang sepatutnya.

Memang setiap kali pasukan yang bertandang ke Stadium Larkin  pasti merasakan suasana di sana dah macam main kat Liga Eropah . Kebanjiran penonton yang begitu ramai yang memeriahkan suasana perlawanan .

Itulah yang aku rasa salah satu hiburan buat rakyat ketika ini yang boleh mereka lakukan serta tak memerlukan sumber kewangan yang banyak buat sekeping tiket dan lupakan sebentar himpitan dan kesukaran hidup yang begitu mencengkam buat ketika ini yang segala2 semakin mahal .

Sekarang ni kalau yang dah beranak-pinak dan tinggal pula di bandar macam JB ni , setakat pendapatan isi rumah dalam 3-4 ribu, masih boleh dikategorikan "Miskin Bandar" . Bayar ansuran kereta, sewa rumah , belanja pakai makan minum dan susu anak serta anak sekolah, paras2 hidung je tetiap bulan.

Tapi apa nak buat, kehidupan harus diteruskan.




Kita lupakan seketika permasalahan hidup tersebut dan kembali menceriakan perlawanan hebat malam ni yang pasti disajikan oleh kedua2 finalis Piala FA ni.

Kebiasaannya lepas sahaja Lagu Bangsa Johor dinyanyikan, suasana meriah dengan balingan gulungan kertas resit dari seluruh penjuru stadium mengamatkan suasana. Namun kini tiada lagi kerana benda tu dianggap satu kesalahan besar pula oleh FAM dan pasukan JDT telah didenda banyak kali hanya kerana balingan resit tersebut. Di semua pintu masuk , habis kertas resit dirampas.

Jadi mereka gantikan pulak dengan balingan gumpalan kertas putih . Ada pulak yang tukang bawak kertas putih saiz A4 tu dan edarkan pada penonton. Mereka gumpal2 kertas tu dan habis je lagu Negeri Johor, satu stadium baling untuk mewujudkan suasana "Hujan Salji di Larkin" hehehe

Ada pula separuh kertas tu depa buat roket dan baling jugak ke bawah. Itulah sebabnya mengapa banyak penonton yang buat roket kertas dan berlawan roket sapa pergi jauh hehehe

Aku rasa tu lebih baik dari sesetengah penonton yang baling botol air ke bawah .






ini masa last game Liga Super JDT vs Selangor masa bulan Julai hari tu
masa tu boleh baling kertas resit lagi
lepas tu tak boleh dahh
depa ganti dgn hujan salji pulak pakai gumpalan kertas A4
dan depa main buih belon sabun pulak

perasan tak gumpulan kertas tu bak hujan salji
kalau gambar di ambil dari bawah lagi cantik


Selain dari itu , kelihatan juga buih-buih belon sabun berterbangan menyelubungi perkarangan tempat duduk di Larkin . Aku lihat bukan bebudak je yang main pistol mainan yang mengeluarkan belon sabun tu, tapi bapak budak pun sama lepaskan geram dan kata mereka takkan main belon buih sabun pun FAM nak denda . Dahlah tadi gendang pun depa dok tahan tak kasi bawak.

Pengabisnya esok bersorak pun tak bolehhhhh dan pengabis tengok bola nanti macam tengok pertandingan pidato pulak hahaha

Pelbagai gelagat yang melucukan dapat aku saksikan dikalangan penonton. Namun keadaan tetap terkawal dan meriah . Bak kata aku, dapat mereka melupakan sementara keperitan hidup yang melanda terutama bagi penduduk bandaraya macam JB dan semuanya dapat diluahkan melalui sorakan "LUASKAN KUASA MU JOHOR" yang berkumandang di segenap penjuru stadium.

OK kekawan, selamat beristirehat di hujung minggu, aku nak layan makan tengahari kejap lagi dan lauk kami adalah lauk orang takda gigi  yang tinggal gusi hehehe

Kat bawah , orang rumah aku tengah siapkan bubur lawan telur masin, ikan bilis goreng dengan bawang besar , sayur kangkung belacan . .Bosan dengan nasi jadi kami layan bubur je hehehe

orang tua pun sama main buih sabun
belon  memenuhi seluruh stadium





Rabu, Oktober 02, 2013

JDT vs TRW : NONTON LIVE TAK SAMA DI KACA TV ANDA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


 Nunez Junior tu

Lepas magrib dalam 7.30 malam , kedua-dua pemain mula keluar ke tengah padang untuk sessi pemanas badan . Kata orang puteh "warming up".Alhamdulillah, tadi kami gilir-gilir masa magrib kerana backpack kecil aku ada dslr . Untuk ringankan beg, flash pun aku tak bawak . 

Surau di lobby ditutup kerana katanya Sultanah Johor, Raja Zarith Sopia nak datang. Tapi di tingkat 2 di mana sebuah dewan kecil telah dijadikan surau . Kira ok lah . Bilik air pun dekat dan ada air untuk wuduk berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil yang bilik air pun takda air . Kalau sesiapa buang air kecil, kena istinjak le pakai batu hehehe 

Itu pun kalau bawak batu hahaha
Kalau takde, dindingkan batu hahaha


sessi pemanas badan TRW

sessi pemanas badan JDT

Sessi pemanas badan kedua pemain berjalan dengan lancar. Tapi suatu insiden yang agak lucu berlaku apabila segelintir penonton telah menyorokkan bola yang ditendang pasukan TRW yang terkeluar ke arah penonton melepasi pagar hehehe

Kat 4 biji jugak depa dok sembunyikan hehehe

Itulah antara senario yang kita tak dapat tonton jika menonton di kaca tv.

Banyak lagi senario serta perkara yang melucukan dapat kita tonton secara "live" . Cuma satu je , apabila kita terleka dan berlaku jaringan gol, takda ulang tayang macam di kaca tv.

Yang pergi ke stadium juga bukan hanya dari kalangan "harcore" sahaja . Ada juga yang membawa seluruh anggota keluarga sesama menyaksikan perlawanan . Itu jugak salah satu cara bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Terpulanglah pada memasing, yang penting tidak menyalahi hukum .

Lebih kurang pukul 8.15 malam, pengumuman keberangkatan tiba Sultanah Johor , Raja Zarith Sopia dan anak-anaknya untuk menyaksikan perlawanan malam tu .



Pak Itam ni badannya bak seladang
susah pemain pertahanan nak jaga dia


FRU dok standby kat depan tempat duduk penyokong TRW

Game mula 8.45 malam nanti yang akan disiarkan secara lansung di Astro Arena. Malam ni dijangkakan stadium akan penuh melimpah kerana kira ini antara perlawanan tumpuan dan kira hanya tinggal tak banyak game sebelum Piala Malaysia menutup tirainya .

Memang penuh pun , cuma tempat duduk yang dikhaskan buat peyokong TRW je yang kelihatan masih ada bangku yang kosong.

FRU, polis kelihatan di sana-sini. Biasalah , kerana sebagai langkah2 pencegahan kerana ditakuti ada penonton yang melakukan provokasi melampau yang akhirnya akan berlaku perkara tak diingini. Namun aku tahu yang penyokong JDT dari dulu sampai laaa ni memang sporting dan ini telah terbukti masa final Piala FA hari tu dan perlawanan2 yang lain Kalah pun mereka tetap meriah dan takda la nak mengamuk dan maki hamun orang.

Penantian sejak pukul 6 petang masa aku masuk ke stadium berakhir apabila tepat 8.30 malam, kedua-dua pasukan mula memasuki padang sambil diiringi setiap pemain dengan seorang pemain cilik. Penonton mula bersorak dan menghangatkan suasana perlawanan malam ni bak perlawanan akhir pula.




aku suka foto ni
gambar dalam gambar