WARGA SCP

Khamis, Oktober 10, 2013

PART 53 TANAH SUCI MAKKAH : BILA IZRAIL DATANG MEMANGGIL

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

cuaca panas bukan saja kaki merekah
bibir pun merekah juga

Rutin kehidupan jemaah umrah di  Al Haram Makkah hampir 90 % berkisar antara tempat penginapan dan Al Haram . Bagi jemaah haji pula berbeza kerana apabila tiba hari tarwiyah , jemaah mula bergerak meninggalkan kota Makkah dan bermalam di  bumi Arafah dan kemudian mabit di Mudzalifah lalu 2-3 hari mabit di Mina pula sebelum terus menghabiskan kebanyakkan masa di Al Haram samada menanti penerbangan balik bagi jemaah yang tiba dengan penerbangan awal atau ke Madinah pula bagi jemaah yang datang dengan penerbangan akhir..

Setiap tahun bila tiba bulan haji, 8 Zulhijah dikenali sebagai hari Tarwiyah . Ketika itu berbondon-bondon semua jemaah akan meninggalkan Kota Suci Makkah . Bagi jemaah Tanah Melayu , destinasi mereka terus ke Arafah manakala jemaah negara lain pula yang mengikut perjalanan haji sebagaimana Rasulullah lakukan  akan ke Mina dulu.Tanggal 9 Zulhijjah ,barulah mereka akan bergerak ke Arafah untuk berwukuf.

Ketika meninggalkan tempat penginapan , semua telah siap dengan ihram dan akan memasang niat haji apabila mula meninggalkan tempat penginapan .Ketika itu kota Makkah mulai lenggang dan yang tinggal hanya penduduk tempatan yang tidak mengerjakan haji. 

Kemuncak musim haji bakal tiba yang mana selepas gelincir matahari tengahari 9 Zulhijjah , maka masuklah waktu wukuf ketika itu dan ketika itu semua para tetamu Allah pasti telah berhimpun di Arafah dan tidak terkecuali bagi sesiapa pun yang mengerjakan haji .



Berbalik kita kepada rutin seharian di Kota Makkah. Aktiviti setiap hari berulang-alik ke Masjidil Haram, melakukan tawaf sunat atau pun melakukan umrah yang memerlukan tawaf umrah dan saei umrah pasti akan meninggalkan kesan pada kudrat dan juga pada tapak kaki kita terutama jemaah lelaki . Bagi jemaah wanita takda masalah ini kerana tapak kaki mereka sentiasa tertutup dengan stokin kerana ia merupakan sebahagian aurat bagi mereka.

Tapak kaki aku yang sedia maklum dah "semabal" bak kulit "kerbau laudau" ini juga tidak terkecuali dari menerima kesannya . 

Dua tempat utama yang merekah pasti di depan tu dan juga bawah tumit kaki. Aku biarkan saja kerana merekahnya itu bukan boleh ditampal-tampal . Merekah hanya dipermukaan sahaja kira ok dan tidak menimbulkan rasa sakit dan pedih. Kalau merekah sampai ke dalam , pasti kesakitan dan kepedihan terasa .

1 jam lagi nak masuk waktu solat jumaat ketika ini
musim umrah sejam lagi masuk jumaat masih boleh massuk masjid
kalau musim haji , pukul 9 pagi dah kena pegi
kalau tak, maka solat atas jalan raya la

Untuk mengelakkan kulit kering dan merekah , jangan lupa bawak losyen yang sesuai yang terdapat banyak dipasaran. Kalau tak bawak dari tanah air, farmasi melambak di sekitar Al Haram ni . Pilihlah dan belilah mana yang sesuai dan berkenan.

Adatlah kata orang bila merekah tapak kaki ni kerana setiap waktu akan berjalan kaki ke masjid dan belum lagi dicampur tawaf sunat, tawaf umrah dan saei . 

Ok, kita tinggalkan seketika bab kaki merekah .Aku nak kongsi sikit pasal situasi masa musim haji. Alhamdulillah, masa musim haji tahun 2007 dulu,  ketika  itu bulan Disember. Cuaca di sana tak berapa panas , tapi malamnya dingin sungguh hingga ke tulang hitam terutama masa kat Mina. 

Musim haji tahun ni pula , cabaran bagi jemaah adalah cuaca yang panas hingga mencecah hampir 50 darjah celcius . Jadi kesihatan perlu dijaga .Pastikan badan kita tidak mengalami hiderasi . Tapi sebenarnya paling utama berdoa dan berdoalah kehadrat Allah S.W.T agar kesihatan kita terpelihara.

 
sesak sangat
Tawaf Ifadah musim haji 2007

Cerita pasal doa, jangan pulak salah doa kerana doa di sana sangat mustajab bagi tetamu Allah ni. Ada yang berdoa kepada Allah agar dipelihara kesihatannya semasa mengerjakan haji. Jadi Allah makbulkan permintaan hambanya ni  dengan memelihara kesihatannya masa melakukan perkerjaan haji sahaja. Lepas je dia habis buat haji , terus jatuh sakit sedangkan kemungkinan masa tu dia pergi dengan penerbangan akhir. Maka lama lagi ia akan berada di sana.Jadi berdoalah agar dipelihara kesihatannya sebelum, semasa dan sesudah melakukan segala pekerjaan haji .

Kalau dah sakit, tentu banyak ibadah-ibadah lain yang boleh dilakukan tak dapat dipenuhi kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ibadah-ibadah lain disana boleh kita ibaratkan sebagai memenuhi "tabung akhirat" kita kerana ganjaran di Makkah adalah 100,000 

foto ni aku rasa tak pernah aku publish dalam mana2 n3
suasasa jam 10 am di perkehemahan Arafah
2 jam lagi nak masuk waktu wukuf

Aku dulu kira tiba dengan penerbangan yang agak awal jugak . Jadi lepas berada di Madinah lalu terus ke Makkah. Aku laki bini pulun tiap masa dan waktu di Masjidil Haram. Seminggu lagi nak tiba hari wukuf, lagi awal lah kami berada di Massjidil Haram kerana kalau terlewat, sukar nak dapat masuk ke dalam kerana semua pintu masuk dikawal oleh askar. 

Subuh masa tu pukul 3.00 pagi kami dah keluar dari hotel yang jaraknya dalam 200 m .Waktu asar pula kami terus sambung iktikaf hingga magrib dan terus isyak . Masa tu tak fikir langsung penat ke, lenguh ke dan apa2 pun. 

Terus terang aku katakan, habisnya segala perkerjaan wajib dan rukun haji , kudrat kami yang kami gunakan semaksimum dari hari kami tiba hinggalah selesai pekerjaan terakhir iaitu saei haji, tenaga kami ibarat bateri kereta yang hampir 'kong" . Sakit semua sendi sana-sini, lenguh sana,lenguh sini dan badan mulai rasa seram sejuk kerana 'demam urat" .

pagi terakhir di Perkhemahan Mina
dok tunggu bas tiba untuk pulang ke Makkah

Masa tu giliran penerbangan pulang kami dalam 5-6 hari je lagi. Kami gagahkan juga menghabiskan sisa-sisa waktu kami di sana dengan ke Masjidil Haram dan hinggalah satu hari kami berdua akhirnya tewas juga kerana 'demam urat". Alhamdulillah cuma sehari je kami kira berbaring dan tidur je seharian. Hanya bangun bila azan berkumandang dan solat di bilik dan sambung baring semula.Air zam-zam menjadi santapan kami ketika itu.

Tu sebabnya pernah aku katakan dalam n3 terdahulu, jika ada peluang, pergilah mengerjakan rukun islam yang ke 5 ni masa usia muda dan kudrat kita masih kuat. Jadikan ia sebagai "wishlist" teratas sekali dalam destinasi yang kita nak pergi dan kalau dijemput atau tidak,serahkan pada Allah kerana itu urusanNYA.

Jangan jadikan alasan "belum sampai seru" kerana "seru" sebenarnya ada pada hati kita. Ditakuti seruan dari Izrail datang dulu ,maka ketika itu "jasad terkubur di pembaringan" bak lirik lagu tu sedangkan dalam hati kita tidak langsung terlintas atau terniat untuk ke sana dalam melaksanakan rukun islam ke 5 ini.

Sekadar perkongsian,
minta maaf kalau ada salah silap.

Teratak Tepi Hutan
11.00 malam
4 Zulhijjah 1434 Hijrah

9 ulasan:

  1. Salam bapak. Sampai merekah kaki tu eh, nasib baik la tak sakit, cuma di permukaan saja. Mak saya pi mengerjakan haji masa umoq dia 45 tahun. Tu la sekarang ni dia dok suruh saya pi masa badan masih kuat lagi, jangan sampai dah tak larat nanti baru sibuk nak pi, kata dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku

      Tapi tangan gatal pi kopek2 yang merekah terus terluka , tu yang rasa pedih tu hehehehehe

      insyallah Ciku
      kalau ada rezeki , pegilah masa tenaga kita masih kuat dan muda
      Tapi semua tu ketentuan Allah, tak mestinya kita masih muda, semuanya mudah bagi kita nak lakukan pekerjaan haji

      Semua Allah tentukan dan bahagian memasing

      Padam
  2. 2007 yes musim sejuk yang amat sangat di Madinah. saya lagi satu minggu dapat panggilan haji (terus masuk Makkah) alhamdullillah dapat sempurnakan semua ibadat haji kerana aku pergi masa tenaga masih kuat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang 2007 tu kebetulan musim haji bulan disember, masa di Mina malamnya sejuk hingga ke tulang hitam

      Madinah cuacanya lagi sejuk berbanding makkah ketika bulan disember

      Padam
  3. Salam bapak,
    Ya Allah rindunya nak p sana...harap saya panjang umur dan murah rezeki..boleh p lagi sekali. Ok semoga Jumaat ini bapak n family sentiasa dalam rahmat Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam LW

      Moga kita dijemput lagi menjadi tetamuNYA
      Insyallah

      Selamat hujung minggu buat LW

      Padam
  4. Ya, memang benar, elok pergi pada usia muda dan bertenaga kerana kita perlu menempuh banyak ujian mental dan fizikal.

    Selamat menyambut Korban. Jom berpuasa pada hari wukuf di Arafah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah , kami plan nak puasa seisi keluarga
      lagi pun kami berempat raya kat HC rumah sendiri je kak, tak pegi memana

      Padam
  5. Assalamualaikum pak itam,
    Tk byk2 atas coretan pak itam...suka baca dan byk pengajaran serta ilmu yg sy dpt...betapa rindunya pd Kaabah, Mekah dan Madinah...syukur YaAllah, terhutang budi pd Rasulullah ats nikmat Iman dan Islam...

    BalasPadam