WARGA SCP

Selasa, Oktober 08, 2013

PART 52 TANAH SUCI MAKKAH : SEBAGAI RENUNGAN BERSAMA

  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH

tak jumpa arah pulang sering berlaku
kerana terlalu ramai umat manusia

Musim haji tiba lagi yang pastinya ketibaannya akan membuahkan getaran jiwa dan rasa yang tak terhingga pada setiap bakal Tetamu Allah . Pasti sekali pelbagai perasaan timbul menyelinap diseluruh jiwa dan raga ketika itu.

Gembira, takut, gementar, suka, duka dan pelbagai lagi.

Ini semua sebenarnya terpulang pada niat di hati kita ketika menerima jemputan dari Allah Yang Maha Pengasih . Adakah kita menerima jemputan itu dengan seikhlas hati semata-mata untuk mengabdikan diri dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai seorang islam dalam melaksanakan perintahnya yang terkandung dalam rukun islam yang ke 5 yang  menjadi tonggak dan tiang dalam membezakan antara hamba yang beriman atau sebaliknya.

Aku coretkan dan kongsikan cerita ini sebagai ikhtibar dan pengajaran kepada dari aku sendiri dan kita semua saudara seislam yang pada dasarnya berdiri pada  kalimah :


Ada segelintir kecil yang menjadi  Tetamu Allah ini hanya ingin menjadi tetamuNYA kerana tuntutan dunia semata-mata dengan mengejar gelaran manakala ada pula juga menggunakan sumber yang haram dan ada unsur syubahah bagi membiayai pemergian mereka ke sana. 

Jangan terperanjat jika aku katakan ada pegawai tinggi yang ditaja oleh kontraktor  besar sebagai balasan kerana melulus projek yang berkepentingan bagi mereka . Mulanya sihat sejahtera semasa bertolak ke sana namun menerima pembalasan dari Allah ketika di sana dengan terpaksa menggunakan kerusi roda sepanjang masa dengan disorong oleh kontraktor yang menajanya dari mulai musim haji hingga akhirnya . Ini bukan cerita dongengan, tapi yang diceritakan oleh seorang kenalan ku yang melihat sendiri peristiwa itu berlaku di hadapannya kerana ia mengenali kontraktor tersebut kerana datang dari daerah yang sama.
 
aku tersenyum bila menatap foto ni
aku gelarnya "sekumpulan saudagar islam"


pertukaran shift pekerja Masjidil Haram

Seringkali kita baca di dada akhbar bagaimana keperitan golongan yang tidak berpangkat dan berjawatan serta berpendapatan rendah mengumpul wang berpuluh tahun lamanya dalam nilai sekadar termampu oleh mereka dalam 20-30 ringgit sebulan hanya untuk merealisasikan impian mereka memenuhi tuntutan rukun islam yang ke 5 ini .

Apabila simpanan mereka telah mencukupi, ketika itu usia mereka berada di hujung senja dan kudrat mereka hanya tinggal sisa-sisa sahaja , namun semangat serta jiwa raga mereka tetap tidak luntur apabila menerima jemputan dari Allah.Tentu mereka berasa puas kerana semuanya hasil titik peluh mereka membanting tulang dan akhirnya dapat membiayai mereka ke sana.

Seringkali apabila membaca cerita suka duka mereka, pasti bergenang air mata ku dan timbul rasa keinsafan .

Namun yang menyedihkan ku lagi apabila terdapat kalangan yang berjawatan tinggi dan berkepentingan yang gaji sebulannya sahaja sudah dapat menampung pemergian mereka ke sana , namun masih menerima tajaan dari kroni-kroni yang berkepentingan . Di situ terdapat unsur syubahah . 

Matlamat tidak boleh menghalalkan cara.

Rasuah semacam dah jadi asam garam dan sebati dengan diri segelintir mereka hinggakan nak mengunjungi Rumah Allah pun depa ni langgar semacam je. 

Agaknya mereka terlupa yang malaikat mungkar dan nakir yang ditugaskan menyoal  kita di alam kubur pasti tidak boleh dirasuah kerana ketika itu hanya amalan dan perbuatan kita yang akan menentukan. 

Memang golongan tersebut pada pandangan dunia mereka ini lebih dimuliakan , namun yang penting dan hakiki adalah bagaimana "pandangan" Allah kepada kita.

Kemuliaan di dunia yang fana' hanya bersifat sementara.
Kemuliaan di akhirat kelak adalah kekal selama-lamanya yang kita cari. 

Sekadar renungan bersama untuk kita fikir-fikirkan. 








5 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    saya pun pernah dengar orang2 kaya yg dapat tajaan pergi ke Makkah
    Subhanallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      entahlah apa nak jadi laaaa ni

      Padam
  2. Ya allah seronoknya mengerjakan haji

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam....apa kabar? Ntah ingat ke tidak ke kak nab hehe...ptg ni buka blog Pak Itam sbb teringat akan 2 kota suci ini...gambar2 di sini sgt2 cun...dok study / ulangkaji...rindu dah tak sabar nak pergi lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam kak nab

      hehehe ingat kak nab serta kekawan lain dalam PDKM

      alhamdulillah, dapat lagi menjejakkan kaki ke 2 tanah suci .

      Kami ada cadangan dalam 2016 nak pegi kerana masa tu rasanya pembangunan sekitar dalam masjidilharam dah siap , moga diperkenankan

      Sampaikan salam saya buat abang ya


      Padam