WARGA SCP

Rabu, Oktober 02, 2013

JDT vs TRW : NONTON LIVE TAK SAMA DI KACA TV ANDA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


 Nunez Junior tu

Lepas magrib dalam 7.30 malam , kedua-dua pemain mula keluar ke tengah padang untuk sessi pemanas badan . Kata orang puteh "warming up".Alhamdulillah, tadi kami gilir-gilir masa magrib kerana backpack kecil aku ada dslr . Untuk ringankan beg, flash pun aku tak bawak . 

Surau di lobby ditutup kerana katanya Sultanah Johor, Raja Zarith Sopia nak datang. Tapi di tingkat 2 di mana sebuah dewan kecil telah dijadikan surau . Kira ok lah . Bilik air pun dekat dan ada air untuk wuduk berbanding Stadium Nasional Bukit Jalil yang bilik air pun takda air . Kalau sesiapa buang air kecil, kena istinjak le pakai batu hehehe 

Itu pun kalau bawak batu hahaha
Kalau takde, dindingkan batu hahaha


sessi pemanas badan TRW

sessi pemanas badan JDT

Sessi pemanas badan kedua pemain berjalan dengan lancar. Tapi suatu insiden yang agak lucu berlaku apabila segelintir penonton telah menyorokkan bola yang ditendang pasukan TRW yang terkeluar ke arah penonton melepasi pagar hehehe

Kat 4 biji jugak depa dok sembunyikan hehehe

Itulah antara senario yang kita tak dapat tonton jika menonton di kaca tv.

Banyak lagi senario serta perkara yang melucukan dapat kita tonton secara "live" . Cuma satu je , apabila kita terleka dan berlaku jaringan gol, takda ulang tayang macam di kaca tv.

Yang pergi ke stadium juga bukan hanya dari kalangan "harcore" sahaja . Ada juga yang membawa seluruh anggota keluarga sesama menyaksikan perlawanan . Itu jugak salah satu cara bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Terpulanglah pada memasing, yang penting tidak menyalahi hukum .

Lebih kurang pukul 8.15 malam, pengumuman keberangkatan tiba Sultanah Johor , Raja Zarith Sopia dan anak-anaknya untuk menyaksikan perlawanan malam tu .



Pak Itam ni badannya bak seladang
susah pemain pertahanan nak jaga dia


FRU dok standby kat depan tempat duduk penyokong TRW

Game mula 8.45 malam nanti yang akan disiarkan secara lansung di Astro Arena. Malam ni dijangkakan stadium akan penuh melimpah kerana kira ini antara perlawanan tumpuan dan kira hanya tinggal tak banyak game sebelum Piala Malaysia menutup tirainya .

Memang penuh pun , cuma tempat duduk yang dikhaskan buat peyokong TRW je yang kelihatan masih ada bangku yang kosong.

FRU, polis kelihatan di sana-sini. Biasalah , kerana sebagai langkah2 pencegahan kerana ditakuti ada penonton yang melakukan provokasi melampau yang akhirnya akan berlaku perkara tak diingini. Namun aku tahu yang penyokong JDT dari dulu sampai laaa ni memang sporting dan ini telah terbukti masa final Piala FA hari tu dan perlawanan2 yang lain Kalah pun mereka tetap meriah dan takda la nak mengamuk dan maki hamun orang.

Penantian sejak pukul 6 petang masa aku masuk ke stadium berakhir apabila tepat 8.30 malam, kedua-dua pasukan mula memasuki padang sambil diiringi setiap pemain dengan seorang pemain cilik. Penonton mula bersorak dan menghangatkan suasana perlawanan malam ni bak perlawanan akhir pula.




aku suka foto ni
gambar dalam gambar



8 ulasan:

  1. Assalam bapak. Huih tak mau pi la Stadium Bukit Jalil, nak kena bawak batu la pulak.

    Ooo, belum cerita lagi bab pasaipa depa buat kapai terbang kertaih haritu eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam ciku


      heheh karang kena bawak batu belok pulak hahaha

      Padam
  2. Salam Bapak,
    hari jumaat yang penuh berkat, semoga rahmat Allah sentiasa bersama bapak n family. maaf saya fail bab bola sepak..tak minat..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      moga keberkatan jugak buat LW
      heheheh biasalah , org pompuan kurang minat bola
      mak itam pun kurang jugak minat , tapi pasal kawin dgn lakinya bekas ahli sukan, itulah jadinya hahaha

      Padam
  3. Assalamualaikum

    saya pun suka gambar dalam gambar tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam

      tu namanya cerita dalam cerita umpama gambar dalam gambar
      shot mcm tu tak dirancang, secara spontan dan takde ulangan kalau terlepas

      Padam
  4. terpaku saya melihat gambar2 yang diambil! Hebat belaka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa2 je uncle dari seorg amatur
      uncle pi gym hilang sekilo dua, saya pi tengok bola hilang jugak, tapi hilang suara pasal sorak sahan hehehe

      Padam