WARGA SCP

Ahad, Oktober 06, 2013

JDT vs TRW : JOM MAIN BUIH SABUN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السلام عليكم
ALHAMDULILLAH


First of all, sebelum aku sambung n3 tertunggak aku perlawanan suku akhir pertama antara JDT vs TRW di Larkin, aku nak ambil kesempatan mengucapkan takziah buat penjaga gol JDT,  Al Hafiz dan keluarga atas pemergian anakandanya pada hari sepatutnya ia beraksi mempertahankan kubu JDT untuk perlawanan pusingan kedua di KB . Al Fatihah.

Kedua,  ucapan takziah juga buat JDT atas kekalahan semalam yang tak terduga dengan begitu banyak jaringan dan terpaksa menggunakan khidmat penjaga gol gantian yang tidak berpengalaman kerana ketiadaan Al Hafiz yang menguruskan pengebumian anakandanya .Itu yang jadinya benteng pertahanan JDT malam tadi kelam-kabut sungguh dan bocor banyak gol. Semua telah tertulis dalam suratan. Begitu jugalah kehidupan kita yang kita sebagai manusia hanya perancang, tapi Allah S.W.T yang penentu dan pemutus segalanya.

Namun jangan putus asa kerana dunia belum berakhir. Ada sebab musabab yang Allah mengkehendaki pengakhirannya sebegitu dan insyallah, tahun depan usaha lagi. Tahniah buat TRW yang mara ke pusingan separuh akhir.

Nampak gaya , takdelah kelibat kami laki bini di stadium Larkin nanti pada tahun ni kerana semua dah berakhir buat JDT tahun ini. Maka amanlah kami ke pasar tani dan tak payah nak beratur untuk mendapatkan tiket perlawanan.
 

OK, kita sambung n3 aku yang sepatutnya.

Memang setiap kali pasukan yang bertandang ke Stadium Larkin  pasti merasakan suasana di sana dah macam main kat Liga Eropah . Kebanjiran penonton yang begitu ramai yang memeriahkan suasana perlawanan .

Itulah yang aku rasa salah satu hiburan buat rakyat ketika ini yang boleh mereka lakukan serta tak memerlukan sumber kewangan yang banyak buat sekeping tiket dan lupakan sebentar himpitan dan kesukaran hidup yang begitu mencengkam buat ketika ini yang segala2 semakin mahal .

Sekarang ni kalau yang dah beranak-pinak dan tinggal pula di bandar macam JB ni , setakat pendapatan isi rumah dalam 3-4 ribu, masih boleh dikategorikan "Miskin Bandar" . Bayar ansuran kereta, sewa rumah , belanja pakai makan minum dan susu anak serta anak sekolah, paras2 hidung je tetiap bulan.

Tapi apa nak buat, kehidupan harus diteruskan.




Kita lupakan seketika permasalahan hidup tersebut dan kembali menceriakan perlawanan hebat malam ni yang pasti disajikan oleh kedua2 finalis Piala FA ni.

Kebiasaannya lepas sahaja Lagu Bangsa Johor dinyanyikan, suasana meriah dengan balingan gulungan kertas resit dari seluruh penjuru stadium mengamatkan suasana. Namun kini tiada lagi kerana benda tu dianggap satu kesalahan besar pula oleh FAM dan pasukan JDT telah didenda banyak kali hanya kerana balingan resit tersebut. Di semua pintu masuk , habis kertas resit dirampas.

Jadi mereka gantikan pulak dengan balingan gumpalan kertas putih . Ada pulak yang tukang bawak kertas putih saiz A4 tu dan edarkan pada penonton. Mereka gumpal2 kertas tu dan habis je lagu Negeri Johor, satu stadium baling untuk mewujudkan suasana "Hujan Salji di Larkin" hehehe

Ada pula separuh kertas tu depa buat roket dan baling jugak ke bawah. Itulah sebabnya mengapa banyak penonton yang buat roket kertas dan berlawan roket sapa pergi jauh hehehe

Aku rasa tu lebih baik dari sesetengah penonton yang baling botol air ke bawah .






ini masa last game Liga Super JDT vs Selangor masa bulan Julai hari tu
masa tu boleh baling kertas resit lagi
lepas tu tak boleh dahh
depa ganti dgn hujan salji pulak pakai gumpalan kertas A4
dan depa main buih belon sabun pulak

perasan tak gumpulan kertas tu bak hujan salji
kalau gambar di ambil dari bawah lagi cantik


Selain dari itu , kelihatan juga buih-buih belon sabun berterbangan menyelubungi perkarangan tempat duduk di Larkin . Aku lihat bukan bebudak je yang main pistol mainan yang mengeluarkan belon sabun tu, tapi bapak budak pun sama lepaskan geram dan kata mereka takkan main belon buih sabun pun FAM nak denda . Dahlah tadi gendang pun depa dok tahan tak kasi bawak.

Pengabisnya esok bersorak pun tak bolehhhhh dan pengabis tengok bola nanti macam tengok pertandingan pidato pulak hahaha

Pelbagai gelagat yang melucukan dapat aku saksikan dikalangan penonton. Namun keadaan tetap terkawal dan meriah . Bak kata aku, dapat mereka melupakan sementara keperitan hidup yang melanda terutama bagi penduduk bandaraya macam JB dan semuanya dapat diluahkan melalui sorakan "LUASKAN KUASA MU JOHOR" yang berkumandang di segenap penjuru stadium.

OK kekawan, selamat beristirehat di hujung minggu, aku nak layan makan tengahari kejap lagi dan lauk kami adalah lauk orang takda gigi  yang tinggal gusi hehehe

Kat bawah , orang rumah aku tengah siapkan bubur lawan telur masin, ikan bilis goreng dengan bawang besar , sayur kangkung belacan . .Bosan dengan nasi jadi kami layan bubur je hehehe

orang tua pun sama main buih sabun
belon  memenuhi seluruh stadium





2 ulasan:

  1. alamak...sedap jugak bubur.....malam ni makan bubur lah...hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. best makan bubur, saya tambah 2 kali hehe

      Padam