WARGA SCP

Sabtu, Mei 22, 2010

SELAGI MANUSIA BERNAFSU


Tadi bila melihat berita di kaca tv dan membaca akhbar berkaitan serbuan pihak berkuasa terhadap sebuah pusat urutan bagi golongan gay, pak itam mengucap panjang. Bukan hanya urutan sahaja, malah perkhidmatan yg diberikan lebih dari itu. Kekadang terfikir, kenapalah boleh jadi begini,
Stor kunyit juga yang dicari .

Apalah nak jadi dengan dunia hari ini, nafsu songsang seperti gay dan lesbian telah menular dgn berleluasa di negara kita. Mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan terkutuk dan dilaknat Allah tanpa ada rasa segan silu lagi , tidak mengira kaum , agama dan bangsa .

Suatu ketika dulu Allah swt telah menurunkan bala bencana terhadap kaum Nabi Luth kerana nafsu songsang meraka sebagai pengajaran yang dapat dilihat kesannya sehingga hari ini .

Pak itam ingin mengajak kalian semua menghayati bagaimana al-Quran sendiri menceritakan kepada kita mengenai peristiwa-peristiwa kehancuran alam dan umat sebagai iktibar buat kita selaku umat terkemudian. Hancurnya umat Nabi Noh yang ditenggelamkan oleh banjir besar, umat Nabi Luth yang ditenggelamkan bumi, (kaum ‘Aad) umat Nabi Hud dimusnahkan dengan ribut yang berlanjutan selama lapan hari tujuh malam, (kaum Tsamud) umat Nabi Salleh dimusnahkan dengan petir yang amat dahsyat, Firaun dan tenteranya juga merasa azab ditenggelami laut dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama menghayati ayat-ayat Allah dalam surah Al-Haaqqah ayat 1 hingga 12 yang bermaksud

"kami lakukan yang demikian untuk kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran” (al-Haaqqah : 12).

Semoga Allah swt tidak menurunkan bala bencana kepada kita akibat nafsu2 songsang ini kerana jika diturunkan bala bencana, semua akan merasainya .

Cerita pasal nafsu ni, kalau dengan lain perkataan ialah keinginan.

Memang kalau nak kira , kesihatan pak itam sekarang belum pulih 100% , tapi nafsu atau keinginan makan alhamdulillah, masih seperti biasa.

Bak kata orang "badan domam, selero ado"

Jadi , semalam pak itam minta mak itam masakkan mee goreng basah sebagai hidangan tengahari mengantikan nasi, rasa nak tukar selera pula. Mee goreng ni special pasal yang goreng "mamak kesayangan ku"

Alhamdullilah ,

Jom CL dan kekawan hehehe





Jumaat, Mei 21, 2010

SUSAH SENANG KITA BERSAMA

pak itam dan mak itam nak jadi burung
bebas terbang
tapi masih mengikut lunas2 agama islam

pak itam dah jadi patung cendana
barang antik dalam wax muzium


SEBENARNYA BANYAK PENGAJARAN YANG BOLEH KITA AMBIL
DARI LIRIK LAGU NI
DALAM MENCARI PASANGAN
DAN JUGA
DALAM
MENGHARUNGI KEHIDUPAN BERSAMA PASANGAN
MASING-MASING
YANG BAIK KITA JADIKAN PENGAJARAN
YANG BURUK KITA JADIKAN SEMPADAN



SM Salim

Lirik Cinta Dulu Dulu Cinta Sekarang :

Hai cinta dulu-dulu
Cinta malu-malu
Cinta dulu-dulu
Memang susah nak bertemu

Bila sudah dapat bertemu
Nak cakap apapun tak tahu
Tegak berdiri tersipu-sipu
Seram sejuk kaku membisu

Sejak kecil sudah diasuh
Pantang larang dipegang teguh
Mulia sungguh cinta dulu
Adat resam budaya Melayu

Alah cinta zaman sekarang
Sudah terlupa pantang larang
Cinta zaman sekarang
Di khalayak ramai dia pegang-pegang

Kalau ditegur dia meradang
Macam harimau nak menerkam
Maruah bangsa sudah terancam
Kerana perbuatan segelintir orang

Hidup penuh berpoya-poya
Kalau kahwin pun tak kekal lama
Bila dah dapat yang di idam
Habis manis sepah dibuang

Hai cinta dulu-dulu
Ikut nasihat ayah dan ibu
Cinta dulu-dulu
kalau nak kahwin bertanyalah dulu

Berisik-risik bertanya-tanya
Ayah dan ibu dan anak siapa
Bila sudah berumah tangga
Kekal hingga sampai ke tua

Cinta dulu cinta mulia
Ikut aturan budaya bangsa
Hidup mereka sungguh bahagia
Cangkul dan tanah memisahkannya



Rumahtangga merupakan alam yang perlu ditempuh tanpa ada had waktu dan tempoh percubaan. Kebahagiaan atau sebaliknya amat bergantung sejauh mana persediaan pasangan itu dalam bekerjasama mewujudkan keharmonian dan persefahaman sesama mereka.

Firman Allah SWT:

'Dan Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal (mendapat ketenangan di dalamnya)'
(surah An-Nahl ayat 80)

Agama Islam telah menggariskan satu garis panduan hidup yang lengkap pada segala perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Keharmonian dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah faktor terpenting bagi mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni, dan bahagia .

Tugas setiap ahli keluarga perlulah dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut hak masing-masing. Suami mempunyai hak ke atas isteri dan anak-anak dan demikian jugalah sebaliknya. Jika setiap anggota keluarga dapat melaksanakan hak mereka maka akan wujud keharmonian dan kecemerlangan di dalam keluarga mereka.

Sebuah keluarga Islam wajib menjadikan Islam sebagai panduan dan cara hidup. Syariah, akidah dan akhlak Islam perlu menjadi dasar hubungan kekeluargaan ini. Menjadi tugas dan tanggungjawab suami isteri untuk mendokong dan menghayati konsep al-Mawaddah dan al-Rahmah sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud;

'Antara tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t ianya mencipta untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasih sayang (Al-Mawaddah) dan belas kasihan (Al-Rahmah), sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda orang-orang yang berfikir'.
(surah Al-Rum ayat 21)




kata sehidup semati
jadi
ikan asam pedas ni pun kita kena habiskan sama2
sekelar utk i, sekelar utk you
habis kekawan lain???
nanti mereka menziarahi kita
kita masakkanlah hehehe


Khamis, Mei 20, 2010

KONSEP & AMALAN BERSEDEKAH


BEBERAPA BUAH BUKU YG BOLEH DIBACA
SEBAGAI SANTAPAN ROHANI

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Amalan sedekah yang dianjurkan oleh Islam tidak lain bertujuan untuk melengkapkan kitaran hidup antara yang kaya dengan miskin kerana sebagai pihak mempunyai kelebihan, mereka bertanggungjawab membantu saudara yang memerlukan.

Mereka yang gemar melakukan amalan bersedekah dijanjikan Allah ganjaran pahala yang sangat besar.

Allah swt berfirman:

“Siapakah yang mahu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipatgandakan (balasannya) dan untuknya pahala yang mulia.”

(Surah al-Haddid, ayat 11)

Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang ingin dibantu.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud:

“Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim.”

(Hadis riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah lagi :

“Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis ini ialah dalil diharamkan seseorang itu menjadi peminta sedekah selagi dia masih mampu bekerja. Mereka yang suka meminta sedangkan mampu bekerja tetapi malas ialah golongan yang dicela.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

“Seseorang lelaki yang sentiasa meminta daripada orang lain, pada hari kiamat yang akan datang, pada wajahnya tidak ada sedikit daging pun.”

(Hadis riwayat al-Bukhari)

Pada pandangan pak itam, nilai sedekah itu bukan terletak pada banyak atau sedikit, tapi terletak kepada niat dan keikhlasan hati kita. Sedekah juga bukan hanya berpaksi kepada wang ringgit atau material semata2, mendoakan seseorang juga merupakan suatu bentuk sedekah . Hanya Allah dan kita sendiri yg tahu samada ikhlas atau sebaliknya.

Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah BERMAKSUD benar.
Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian. Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan.

Apabila kita menyentuh tentang bentuk-bentuk sedekah, segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya:

"Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan.
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis ini, Nabi hendak menceritakan tentang bentuk-bentuk sedekah yang disebut di dalam hadis ini, iaitu Sesungguhnya bertasbih itu merupakan sedekah dan setiap takbir juga merupakan sedekah, tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah. Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga adalah sedekah. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah.

Allahuakbar, Allah Maha Besar .


alhamdulillah
kesihatan kami beransur pulih
dengan izin Allah
dan juga berkat doa2 kalian semua
terima kasih , hanya Allah yg dapat membalasnya
tapi tu lah
badan demam,pinggang sakit, tapi selera tak demam hehe
ni kalau cecah dengan lempeng petang2 sedap ni
lawan pulak kopi O


Rabu, Mei 19, 2010

KUCING

Dalam hadis Bukhari-Ibn Umar meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan."

kucing ni tak tahu sapa punya , aku jumpa ia beranak berdekatan kedai ku lalu aku letakkan dalam kotak

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

Ini adalah sedikit cerita tentang Muezza (atau Mu'izza, معزة‎), seekor kucing betina kesayangan Nabi Muhammad SAW. Suatu hari Nabi Muhammad terbangun kerana suara azan. Ketika Nabi hendak berpakaian untuk pergi ke masjid, beliau menemukan Muezza sedang tertidur lelap di atas jubah yang akan dipakainya, tepatnya di bahagian lengan. Karena tidak mahu membangunkan Muezza, akhirnya Nabi mengambil gunting untuk memotong jubahnya dan meninggalkan bahagian lengan yang ditiduri Muezza. Kemudian Nabi meninggalkan Muezza tanpa mengganggunya sedikitpun.

Sekembalinya dari solat, Muezza menghampiri Nabi dan menundukkan kepalanya sebagai tanda terima kasih. Sebagai balasannya, Nabi mengusap Muezza sebanyak tiga kali. Kisah lain menyebutkan bahwa ketika Nabi memberikan khotbah di kediamannya, seringkali Nabi membiarkan Muezza dipangkuannya.

Selasa, Mei 18, 2010

BILA KESIHATAN TAK MENYEBELAHI KITA

ALHAMDULILLAH,

Kesihatan pak itam dan mak itam tak berapa baik, minggu lepas mak itam demam dan sekarang dah menjangkit kat pak itam dan juga . Kebetulan anak pompuan pak itam yg sedang bercuti semester juga balik dan menjangkit sama. Slip disc tempohari pun belum pulih 100%.

layan ubat batuk dan selsema

Takpelah, semuanya datang dari Allah jua.

Bila dah demam, maka batuk dan selsema pun menjelma sekali. Jadi buat apa2 pun serba tak selesa .

Tu yang lepas kena ubat batuk, demam dan selsema ni, mata pun kuyu je .
Fikiran melayang entah ke mana .

Ingat nak layan DVD ni, last DVD yang layan pak itam hehehe



Jadi nak berkarya di SCP pun takde mood.
Semoga Allah mengembalikan kesihatan yang baik semula kepada kami dengan secepat mungkin.

Insyallah



akhirnya pak itam pun terlena dan tertidur
psl kepala dah senoneng kena ubat


Ahad, Mei 16, 2010

ALLAH SELAMAT KAN KAMU : SELAMAT HARI GURU

sejambak bunga sebagai tanda penghargaan

ALHAMDULILLAH

HARI NI PAK ITAM a.k.a CIKGU SAARI
INGIN MERAKAMKAN UCAPAN
PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH
SERTA SELAMAT HARI GURU
BUAT
SEMUA GURU-GURU

JASA DAN BUDI KALIAN
TIDAK TERBALAS
WALAUPUN DENGAN SEGUNUNG EMAS
DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA


KAU SEMUA IBARAT BUNGA YG MEWANGI DI TAMAN
KAU SEMUA IBARAT LILIN YG MEMBAKAR DIRI
MENERANGI ORANG LAIN
WALAUPUN
KADANGKALA DIRI TERBAKAR DAN DIBAKAR

LAKUKAN PEKERJAAN MU DENGAN SEBAIK MUNGKIN
JADIKAN IA SEBAGAI SATU IBADAH

INSYALLAH
ALLAH SWT SAHAJA YG DAPAT
MEMBALAS JASA2 KALIAN

Buat CM, Nadz,dan semua cikgu
juga buat Kak Nab (cikgu pencen hihihi)
terimalah sejambak bunga sebagai tanda ingatan dari cikgu Saari
tak lupa juga buat Cikgu Lie yang berada di Makkah

Al fatihah buat semua cikgu yg telah kembali ke rahmatillah

AL FATIHAH



Jumaat, Mei 14, 2010

PAHIT ITU PENAWAR

ALHAMDULILLAH,

syukur ke hadrat Allah swt yang telah mengurniakan kehidupan ku hari setelah suatu masa dulu puas sudah aku mengalami pengalaman PAHIT dlm meneruskan kehidupan ini,

Dulu, aku seringkali jatuh dan bangun , hanya kekuatan semangat yg ada menemani ku dengan izin Allah jua utk terus melangkah dan melangkah.

Memang apa yang ada hari ini sangat MANIS setelah aku merasakan KEPAHITAN nya dulu

PAHIT kehidupan yang menjadikan aku lebih tabah, kuat , bersemangat dalam menempuh kehidupan yang sementara ini.

Janji Allah itu memang benar, mohonlah kepadaNYA , jangan berputus asa dan menyalahkan takdir Allah kerana Allah jua Maha Mengetahui atas setiap apa yang direncanakan kepada kita.

Dari Abi Zar r.a ia berkata:

Nabi S.A.W bersabda: (Hadith Qudsi)
"Firman Allah Taala: Wahai hamba-hamba-Ku, semua kamu adalah sesat kecuali orang-orang yang mendapat petunjuk-Ku, maka mintalah hidayah daripada-Ku, niscaya akan Aku berikan. Wahai hamba-hamba-Ku..

Jadi pada rakan2, jadikanlah kepahitan semalam sebagai ikhtibar dan pengajaran
agar menjadikan diri kita tabah menghadapi segala dugaan&rintangan dlm kehidupan

Allah swt berfirman di dalam al quran :

"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina "
(Surah Ghafir:60)

Terus terang aku katakan yang kami dulu pernah dipandang sinis atas kekurangan kami, tapi aku tak kisah itu semua

AKU LEBIH TAKUT JIKA ALLAH MEMANDANG SINIS KEPADA KU .

Namun aku tetap aku seperti dulu lagi,

tiada apa nak dibanggakan,

tiada apa nak dimegahkan,

Semua itu hanya pinjaman semata-semata , apa bila kembali jasad dan nyawa, semua akan ditinggalkan ,

hanya amalan menjadi perbezaannya

Alhamdulillah, Allah merencanakan ku utk bersusah-susah dahulu agar aku menjadi insan yg tahu erti erti kesyukuran,

Susah pun aku tetap bersyukur

Senang pun aku tetap bersyukur

PAHIT itu sebenarnya penawar dalam menjadikan aku hari ini

tetapi pahit benda alah ni memang dari dulu aku tak suka

mengapa , aku tiada jawapannya

namun baru2 ini baru aku boleh menelan sayur peria yang pahit ini

lawan pulak dengan daging masak asam pedas pekat

PAHIT PUN PAHITLAH LABU,

TELAN JELAH

KERANA PAHIT ITU PENAWAR

ALHAMDULILLAH

jom kekawan
cl , ada tempe tu kat dalam hehehe


cl, ni bukan serang balas tau
baru panaskan sikit je meriam pak itam hehehe