“Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Amalan sedekah yang dianjurkan oleh Islam tidak lain bertujuan untuk melengkapkan kitaran hidup antara yang kaya dengan miskin kerana sebagai pihak mempunyai kelebihan, mereka bertanggungjawab membantu saudara yang memerlukan.
Mereka yang gemar melakukan amalan bersedekah dijanjikan Allah ganjaran pahala yang sangat besar.
Allah swt berfirman:
“Siapakah yang mahu meminjamkan (hartanya) kepada Allah dengan pinjaman yang baik (iaitu dengan mendermakannya pada jalan Allah), lalu Allah melipatgandakan (balasannya) dan untuknya pahala yang mulia.”
(Surah al-Haddid, ayat 11)
Rasulullah SAW menjelaskan melihat keperluan bersedekah kepada golongan yang ingin dibantu.
Baginda SAW bersabda yang bermaksud:
“Sedekah kepada orang miskin terhitung pahala satu sedekah. Sedekah kepada kaum kerabat mendapatkan dua pahala (iaitu) pahala sedekah dan pahala menyambung silaturahim.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah lagi :
“Salah seorang daripada kalian yang mengambil tali lalu tali itu digunakan untuk mengikat kayu bakar di atas punggungnya lalu dia menjualnya, maka dia menutup wajahnya (menjaga kehormatannya dengan bekerja) lebih baik daripada dia meminta daripada manusia, yang ada kalanya memberi atau tidak memberi.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis ini ialah dalil diharamkan seseorang itu menjadi peminta sedekah selagi dia masih mampu bekerja. Mereka yang suka meminta sedangkan mampu bekerja tetapi malas ialah golongan yang dicela.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Seseorang lelaki yang sentiasa meminta daripada orang lain, pada hari kiamat yang akan datang, pada wajahnya tidak ada sedikit daging pun.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah BERMAKSUD benar.
Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian. Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan.
Apabila kita menyentuh tentang bentuk-bentuk sedekah, segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya:
(Riwayat Muslim)
Di dalam hadis ini, Nabi hendak menceritakan tentang bentuk-bentuk sedekah yang disebut di dalam hadis ini, iaitu Sesungguhnya bertasbih itu merupakan sedekah dan setiap takbir juga merupakan sedekah, tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah. Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga adalah sedekah. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah.
Allahuakbar, Allah Maha Besar .
kesihatan kami beransur pulih
dengan izin Allah
dan juga berkat doa2 kalian semua
terima kasih , hanya Allah yg dapat membalasnya
tapi tu lah
badan demam,pinggang sakit, tapi selera tak demam hehe
ni kalau cecah dengan lempeng petang2 sedap ni
lawan pulak kopi O
Salam Pak Itam...
BalasPadamTerimakasih atas peringatan n...
asam pedas tuu...huh!..geramnya...
Wslm
Salam Pak Itam,
BalasPadamHaaa...posting camni lah yg kita suka, last-last ada asam pedas. keh.keh.keh
Saya kalau seboleh-bolehnya minta kepada Allah jadikan orang yang tidak meminta-minta kepada orang lain.. minta keperluan cukup setiap masa. Tapi hidup sederhana menjadi kesukaanku.
Ihhhhhh..sedap nya asam pedas.. makan tengahari, ada cantik manis(ulam raja),pucuk kangkong dan pucuk ubi dimakan dengan sambal bercuka/limau. Ditambah sikit sayur pucuk paku dan ikan kering atau ikan kembung masin. Alamak..sedapnya.. Mak mentua lalu pun gerenti cakap.. 'ih sedapnya, boleh mak join jugak.." heh.heh.heh
BalasPadamsalam from makkah..
BalasPadamalamak....asam pedas ikan parang lak tuh...!!!!!!
noti aaarr...
wasalm
salam CR
BalasPadam"SENYUM ITU SEDEKAH"
salam,
BalasPadamwow, cerita tetap cerita, asam pedas mesti yg utama.
maka nanti Pak Itam = Asam Pedas.
Salam,
BalasPadamalhamdulillah pak itam dan mak itam dah sihat...
terimakasih topik ini...peringatan utk diri ini..
bestnyer asam pedasss...terliurrr
w'salam
Salam Pak itam..
BalasPadamTerima kasih...atas perkongsian ilmu....
Buku2 tu best aar kan...nanti boleh intai2 kat kedai ...nih..
Sekarang ni tengah baca...buku bertajuk..amalan bisnes Rasulullah...
Salam Pak itam..
BalasPadamAlhamdulillah pak itam dan mak itam dah sihat....
Demam selesema...bole makan asam pedas hari2 ker hehehhe
Salam Pak Itam,
BalasPadamsedekahlah sikit asam pedas tu...
Terimakasih ustaz
BalasPadamAda je idea ustaz nak tulis. Bagus tu ustaz beri peringatan kepada kita2 ni.
Makanlah banyak2 lempeng ngan asam pedas tu..nanti segar badan.
Jumpa lagi...ni nak pi masak asam pedaslah..
Salam,
BalasPadamI like...lepas read cerita...makan...
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamterima kasih leee
sedakah asam pedas tu kat kami
he he
Wassalam
assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh pak itam dan mak itam
BalasPadamnampak gayanya memang kena belajor dapat kan masakan asam pedas yang power nih..err...sudi sudi kan kongsi resepi yang pak itam...nak cuba buat asam pedas sampai jaya...amboi...semangat tuh!!!..hi hi hi...kalau sudi lah pak itam ya nak nanya resepi asam pedas......boleh ke beri termasuk tips dan rahsia-rahsia menjadinya asam pedas tu 5 bintang?...wah!!!
Alhamdullillah, Pak itam & mak Itam dah sihat...dah boleh makan asam pedas.
BalasPadamAkak mmg suka topik sedekah nie. senyumpun adalah sedekah. Sejuk hati bila orang senyum kat kita. Akak amat percaya, rezeki yg Allah beri kpd kita hanya pinjaman semata2 dan bukan hak kita, ada hak orang lain yg perlu kita lunaskan.
p/s Tumpang lalu, kpd kengkawan yg ke rumah akak tp hampa sebab berkunci, akak dah buka semula kuncinya...dah boleh datang jengah lah ya..sudi2kanlah.
lempeng cecah asam pedas, huwaaa... nak nyaaa!
BalasPadamsalam,
BalasPadamsedekah membersihkan jiwa yang lara,
asam pedas membuka selera..hehe...
Salam Pak Itamm,
BalasPadamPapa black black Sweet ur Asam Pedas make me damnnnn crazyyyyy....!!!!!
Assallamualaikum Pak Itam,
BalasPadamTerima kasih.
N3 yang dapat memberi pedoman dan peringatan kepada semua. Bersedekah ilmu.
waalaikumsalam kak su
BalasPadamsaling ingat mengingati sesama insan, insyallah
waalaikumsalam abg sulong
BalasPadamalhamdulillah, semoga segala keperluan kita sentiasa mencukupi yg dtgnya dari Allah jua
abg sulong
BalasPadamtulah, ingat nak lawan dgn ikan terubok masin, tapi tak sampai2 lagi heheheheheh
waalaikumsalam cl
BalasPadamsaja mengusik je tu hehehe
waalaikumsalam ka ummi
BalasPadammmg senang nak buat pahala sebenarnya
waalaikumsalam az
BalasPadamasam pedas tu saja nak mengusik je hehe
waalaikumsalam taj
BalasPadamingat meningati sesama insan dgn perkara kebaikan, terutama buat diri pak itam sendiri
waalaikumsalam shami
BalasPadambaca buku2 begini bagus buat santapan rohani, insyallah
waalaikumsalam shami
BalasPadaminsyallah, beransur baik , selera tak demam hehe
waalaikumsalam kak nab
BalasPadamjom hehe
salam mama ju
BalasPadamustaz heheehe
saya tak layak dipanggil ustaz , hanya sedikit ilmu di dada sebagai bekalan diri je
kena lempeng panas2, berpeluh hehe
waalaikumsalam marla
BalasPadamsalah tu, bukan lepas read makan
lepas makan baru read hehehe
waalaikumsalam atuk
BalasPadamjom le heheee
waalaikumsalam BHS
BalasPadamresepinya hehehe
kena bayo pengeras, hati tapir 18 dulang heheheh
salam kak ina
BalasPadamalhamdulillah, knp kunci lelama rumah tu, kan dah kena buat kunci baru hehe
ok, nti saya dtg berziarah
waalaikumsalam arol
BalasPadambetul tu arol
waalaikumsalam rni
BalasPadamadoiii, tak kan sampai gila hehehe
salam KOG
BalasPadammmg superb tau KOG lempeng cecah asam pedas hehehe
takde jual kat kedai tau hehe
waalaikumsalam nadz
BalasPadambetul tu, sedekah sebenarnya dalam berbagai bentuk , samada kita sedari atau tidak
Allah maha pemurah, senang nak dapat pahala jika tau