"Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan."
kucing ni tak tahu sapa punya , aku jumpa ia beranak berdekatan kedai ku lalu aku letakkan dalam kotak
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).
Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Ini adalah sedikit cerita tentang Muezza (atau Mu'izza, معزة), seekor kucing betina kesayangan Nabi Muhammad SAW. Suatu hari Nabi Muhammad terbangun kerana suara azan. Ketika Nabi hendak berpakaian untuk pergi ke masjid, beliau menemukan Muezza sedang tertidur lelap di atas jubah yang akan dipakainya, tepatnya di bahagian lengan. Karena tidak mahu membangunkan Muezza, akhirnya Nabi mengambil gunting untuk memotong jubahnya dan meninggalkan bahagian lengan yang ditiduri Muezza. Kemudian Nabi meninggalkan Muezza tanpa mengganggunya sedikitpun.
Sekembalinya dari solat, Muezza menghampiri Nabi dan menundukkan kepalanya sebagai tanda terima kasih. Sebagai balasannya, Nabi mengusap Muezza sebanyak tiga kali. Kisah lain menyebutkan bahwa ketika Nabi memberikan khotbah di kediamannya, seringkali Nabi membiarkan Muezza dipangkuannya.
Begitulah rasa sayang dan kecintaan nabi terhadap kucing .
Bercerita tentang kucing, sejarah kami bermula 14 tahun lalu dengan seekor kucing parsian yg diberi oleh kakak ku bernama Pussy yg dibela selepas ia bercerai susu dengan ibunya. Kami bela dengan penuh kasih sayang hingga ia besar. Teringat kembali bila kami pulang ke kampung, pasti Pussy akan dibawa bersama dengan sangkarnya sekali.
Kini ia hanya tinggal kenangan kerana ia mati selepas beberapa hari melahirkan anak . Sebelum tu, aku sempat membawanya ke klinik haiwan berdekatan namun ajalnya tiba jua.
Kini yang tinggal hanyalah anak cucunya yang tak tahu asal usulnya lagi kerana telah "berkahwin" dengan kucing tempatan . Kini semuanya sekali 14 ekor yang menjadi teman kami . Setiap kali kami pulang ke HC , atau bercuti, ada seorang pembantu yg akan menjaganya dengan membersihkan sangkar dan menguruskankan makan minum mereka.
Kebetulan semalam, anak dara ku yg sedang bercuti memandikan keempat2 ekor kucing jantan ku yang bernama TSONGA,ONCHE,UNCHU,ANAK TIRI DAN BLIND . Habis semua kuyup
Ibu ku sering berpesan agar aku sentiasa memastikan keperluan bagi kucing2 peliharaan ku kerana jika aku mengabaikannya, bukan pahala yg dapat, tapi dosa yang akan ku tanggung.
Semoga aku dapat terus berbakti dan dipermudahkan,
insyallah
mmmm.....meow...
BalasPadamSalam Pak Itam,
BalasPadamPak Itam dah sihat? Akak suka gak kucing nie. Anak2 lagi lah. Dah ada sekor tapi merengek2 nak tambah lagi, pantang jumpa anak kucing terbiar.
Tapi mengenangkan t/jwb yg besar nak membelanya, ada 1 cukup la. Bila nak balik kg, hantar kat hotel kucing byr RM10 sehari.
salam pak itam,
BalasPadamkak nab suka jugak kucing...hehehe.
nanti bila pak itam nak ke SA tu, kucing2 tu ada orang jaga ke? atau hantar kat hostel kucing..@RM10 per nite per cat..
Salam Pak itam...
BalasPadamAlhamdulillha....
Kasih yang ada kita curahkan pula pada kucing..peliharaan kita kan..
Cerita pak itam dan kisah nabi ni...amat baik untuk dijadikan tauladan..ingin saya berkongsi pengalaman jga pasal kucing...
Lebih kurang 18 tahun yang lalu dikg saya ada seorang perempuan telah mendera anak kucing...yg dipungut oleh anaknya...akibat tidak sabar dengan kerenah kucing tersebut yg suka buang merata2 ..dia telah mendera kucing tersebut...selang seminggu dengan kehendak Allah anak perempuannya yang berumur 8 tahun..yg terlalu sayangkan kucing tersebut telah berubah ....dia duduk seperti orang tengah bersujud tanpa seurat benang,...berbunyi macam anak kucing ...dan minum susu dengan cara menjilat....dari piring...saya sendiri ada pergi menziarahi budak perempuan..tersebut..sedey sangat tgok....dia tak bercakap apa2...duduk dalam bilik bersujud...mak selubungkan dengan kain batik..untuk menutup tubuh badannya....dengar khabar keluarga dia telah bawa dia berubat...sekejap baik..lama2 jadi balik...sekarang keluarga dia pun telah berpindah dari kg tersebut...dah 18 tahun dah kejadian ni berlaku...semoga menjadi pedoman pada kita ...
pak itam balik ke HC? maknanya pak itam tinggal mana?
BalasPadamsaya tak benci kucing cuma saya tak boleh terkena semua binatang, rasa geli ( bukan pasal kotor tapi bulu roma naik gitu ) anak2 saya pun terikut2, sebab saya akan lari bila ada kucing atau binatang lain pun datang kat saya. saya sering diingatkan nabi sayang kucing, tapi saya tak benci kucing..
muga saya dapat mengatasi fobia saya.
Salam Pak Itam
BalasPadamTakutnya baca hadis tu...dan tambah terharu dgn cerita shami tu. Moga dapat pengajaran dari situ.
saya rasa rezeki mak bapak saya murah sebab dia orang suka bela kucing :)
BalasPadamSalam...
BalasPadamTQVM krna share cerita pasal kucing...I pun ada banyak cat dulu tapi sekarang ada one handsome one aje yang dah umur 6 tahun..pergi Makkah pun jumpa 2 yang handsome sangat...hmm...di SA nanti dapatlah jumpa cat yang besar sangat ya...hehe
Assalamualaikum Pak Itam
BalasPadamsalah satu sunah ni yg belum dapat saya buat
tak tahu lee
tak berupa minat
Subhanallah
Wassalam
salam CR
BalasPadamcomelnya kucing2 itu. Tapi az elergik dengan kucing ermmmmmmmmmm
salam from makkah...
BalasPadambagaimana keadaan pak itam...dah sihat ka..?
meoww.....
waslam
Salam CR...
BalasPadamSaya tak bela kucing tapi kucing jiran selalu bertandang kat rumah...cari makanan dan berehat...hehehhe..
Salam,
BalasPadamPak itam sudah sihat tuh...alhamdulillah
famili Taj mmg membela kucing sejak kami kecil lagi...
ada benar juga, murah rezeki membela kucing ini...kucing kesayangan nabi..
wallahulam
Salam Pak Itam,
BalasPadamPak Itam, saya ada 9 ekor kucing, ni nak gi umrah ni tengah pening.. nak tinggalkan kucing..kenalah bagi extra job kat staf-staf husband untuk jaga dan bagi makan kat kucing-kucing tu semua..
Pak Itam gi SA, kucing-kucing sape jaga?..
salam bhs
BalasPadamhehehe
waalaikumsalam kak ina
BalasPadamdulu masa seekor, ada juga hantar kat hotel kucing yg dikelolakan oleh JPH di JB
tapi sekarang dia ada "cat sitter" yg datang rumah uruskan setiap hari bila kami takde
waalaikumsalam kak nab
BalasPadamkalau 13 ekor x rm10 x 20 hari hehehe
ada "cat sitter" datang umah setiap hari uruskan hehe
pagi dan petang
waalaikumsalam shami
BalasPadamkalau dah bela kena bertanggungjawab
kalau kita tak suka , kita jangan menaniayai binatang, Allah murka nanti
salam mampir
BalasPadamkami hari biasa duduk kat tepi hutan di hujung tanah melayu ni hehehe
hujung minggu baru balik HC
perkara normal , ada yg pengeli dan alah pada binatang
waalaikumsalam mama ju
BalasPadamjika kita memelihara haiwan, kita mesti bertanggungjawab, kalau tidak bukan dpt pahala, malah dosa yg kita dapat
salam KOG
BalasPadammungkin ada kebenarannya , hanya Allah yg Maha Mengetahui
tu kog (KUCING GORENG GEMOK) pun tetiap hari murah rezeki kan hehehe
waalaikumsalam marla
BalasPadamtu mesti kucing jantan hehehe
kat SA nak jumpa Big Cat hehe
salam atuk
BalasPadamperkara normal krn manusia dilahirkan dengan minat yg berbeza oleh Allah
takpe atuk, ada banyak lagi sunnah2 nabi yg kita boleh amalkan, insyallah
Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui
waalaikumsalam az
BalasPadamhehehe saya alergic dgn asam pedas, pantang jumpa hehe
waalaikumsalam cl
BalasPadamalhamdulillah, biasalah
badan dah season (tua) hehehe kalau 44+ dah bangka heheheh
harap pulih sepenuhnya sebelum pegi nanti
insyallah
waalaikumsalam hilmi
BalasPadamalhamdulillah, dapat pahala juga tu, insyallah
bagaimana perasaan hari pertama mulakan perniagaan? mesti seronok
waalaikumsalam taj
BalasPadamada kebenarannya, Allah yang Maha Mengetahui
tak pulih 100% lagi, baru nak baik dah terpeleot lagi hehehe
batuk yg tak tahan bila nak lelap, itu jamlah tekak gatal hehehe
waalaikumsalam amz
BalasPadamjangan risau, pastikan ada orang yg uruskan makan minum dan kebersihan kucing tu, jadi bila di sana tak risau
kucing pak itam ada "cat sitter" yg datang 2 kali sehari utk uruskan
insyallah
pak itam ada cat-sitter...dulu kak nab pun ada jugak! bila cat-sitter tak ada kena hantar hostel ler...
BalasPadam