WARGA SCP

Sabtu, Mei 22, 2010

SELAGI MANUSIA BERNAFSU


Tadi bila melihat berita di kaca tv dan membaca akhbar berkaitan serbuan pihak berkuasa terhadap sebuah pusat urutan bagi golongan gay, pak itam mengucap panjang. Bukan hanya urutan sahaja, malah perkhidmatan yg diberikan lebih dari itu. Kekadang terfikir, kenapalah boleh jadi begini,
Stor kunyit juga yang dicari .

Apalah nak jadi dengan dunia hari ini, nafsu songsang seperti gay dan lesbian telah menular dgn berleluasa di negara kita. Mereka tanpa segan silu melakukan perbuatan terkutuk dan dilaknat Allah tanpa ada rasa segan silu lagi , tidak mengira kaum , agama dan bangsa .

Suatu ketika dulu Allah swt telah menurunkan bala bencana terhadap kaum Nabi Luth kerana nafsu songsang meraka sebagai pengajaran yang dapat dilihat kesannya sehingga hari ini .

Pak itam ingin mengajak kalian semua menghayati bagaimana al-Quran sendiri menceritakan kepada kita mengenai peristiwa-peristiwa kehancuran alam dan umat sebagai iktibar buat kita selaku umat terkemudian. Hancurnya umat Nabi Noh yang ditenggelamkan oleh banjir besar, umat Nabi Luth yang ditenggelamkan bumi, (kaum ‘Aad) umat Nabi Hud dimusnahkan dengan ribut yang berlanjutan selama lapan hari tujuh malam, (kaum Tsamud) umat Nabi Salleh dimusnahkan dengan petir yang amat dahsyat, Firaun dan tenteranya juga merasa azab ditenggelami laut dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama menghayati ayat-ayat Allah dalam surah Al-Haaqqah ayat 1 hingga 12 yang bermaksud

"kami lakukan yang demikian untuk kami jadikan peristiwa itu satu pelajaran bagi kamu dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang-orang) yang mahu menerima pengajaran” (al-Haaqqah : 12).

Semoga Allah swt tidak menurunkan bala bencana kepada kita akibat nafsu2 songsang ini kerana jika diturunkan bala bencana, semua akan merasainya .

Cerita pasal nafsu ni, kalau dengan lain perkataan ialah keinginan.

Memang kalau nak kira , kesihatan pak itam sekarang belum pulih 100% , tapi nafsu atau keinginan makan alhamdulillah, masih seperti biasa.

Bak kata orang "badan domam, selero ado"

Jadi , semalam pak itam minta mak itam masakkan mee goreng basah sebagai hidangan tengahari mengantikan nasi, rasa nak tukar selera pula. Mee goreng ni special pasal yang goreng "mamak kesayangan ku"

Alhamdullilah ,

Jom CL dan kekawan hehehe





22 ulasan:

  1. salam pak itam..

    ambik tempat dulu baru baca.. hehehe

    BalasPadam
  2. terima kasih atas entry ini...
    semoga pak itam semakin sembuh..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Pak Itam

    kalau kat KL ni
    dah terang2
    mana mereka yg bertanggungjawab

    Wassalam

    BalasPadam
  4. salam pak itam

    salam Azima
    bukan maun lajunya dia

    Wassalam

    BalasPadam
  5. salam from Makkah..


    ohh ada mee goreng rupanyer...takpa jemputlah makan...cl cuma nak mee goreng kak nab jer..yang sudah di janjikan..heheheheh


    waslam

    BalasPadam
  6. Salam Pak Itam..

    Astagfirullah...apa dah nak jadi dgn manusia skrg ni..dah tak takut akan laknat dari Allah!!!

    Semoga kita semua dilingdungi Allah dari semua bala bencana..AMIN.

    Pak Itam,mee goreng sepinggan yer..taruk udang lebih sikit...heheh

    Semoga Pak Itam & Mak Itam semakin sihat hendaknya..

    BalasPadam
  7. CR....macam2 dunia akhir zaman ni. Lama sy tak tinggal jejak....sama mcm CR, kesihatan kurang menyebelahi sy bbrp hari ni dan sama gak badan blm sihat betul tp selero tajam....hehehe. Bak mee goreng tu sikit,...asama pedas tu pun sy nak....boleh???

    CR, nak tanya sikit apa stor kunyit tu....apa kena mengenanya dgn n3 CR ni?
    Apapun saya doakan CR sihat walafiat segera....errr, makin mengancamlah rumah CR...jeles sy dibuatnya

    BalasPadam
  8. salam dik CR...

    wah bukan main berselera lagi mee goreng mamak kesayangan CR tu ...

    hai bila ler cik abg akak ni nk plan ke rumah sedara2 dia di selatan sana, leh ler amik kesempatan singgah ke tratak CR , nk rasa mee tu... he he he

    BalasPadam
  9. memang dah tiba zaman dimana semua kemungkaran silam akan berleluasa dan diterima sebagai 'normal' dan hilang semua peradaban dan sifat malu. hollywood telah berjaya. perjalanan dunia yg sangat hampir menanti penyelamat :)

    mulanya pun saya tak faham istilah stor tumeric :D tapi pernah terbaca diblog2 antigay..barulah terfaham..

    BalasPadam
  10. salam Pak Itam


    Oh stor kunyit ya...tak tau pulak..

    BalasPadam
  11. salam pak itam,

    TQ pak itam...kak nab ambik bau mee basah tu..

    BalasPadam
  12. Salam CR

    Sedey tgok manusia yg melakukan perbuatan terkutuk macam tu..
    Kita semua perlu menegah dan membenteras gejala2 macam ni...kalau nampak buat laporan..buat aduan supaya pihak bertanggungjawab...membenteras..amal maaruf nahi mungkar...

    Pssst sedap aar mee goreng...abg mie jugak terkenal dengan tukang masak mee goreng mamak kat surau...
    Gembira dapat kenal pak itam dalam alam maya...mudah-mudahan ..persahabatan kita semua menguatkan lagi semangat dan jati diri sesama kita dalam menempuh hidup ....dilorong yg benar ini..

    tahniah...pak itam...fe

    BalasPadam
  13. waalaikumsalam my life

    ambik le hehehe jgn bawak balik sudah le hehe

    alhamdulillah, sikit lagi baik le

    BalasPadam
  14. waalaikumsalam atuk

    itulah,gejala sosial sekrg sgt mengerikan

    mcm org dah takde agama

    BalasPadam
  15. waalaikumsalam cl

    mee goreng cl tak heran, kat d saji ada

    tapi asam pedas kat dsaji takde hehe

    BalasPadam
  16. waalaikumsalam azima

    mee goreng siapppppppp hehehe

    BalasPadam
  17. salam im

    tu batuk dari mekkah hehe
    sekrg cuaca tak menentu, badan dah tua hehehe

    laaa stor kunyit tu "montot"lah im heheheheh

    BalasPadam
  18. waalaikumsalam kak ummi

    nanti sampailah tu hehehe

    boleh singgah kat teratak saya ni

    BalasPadam
  19. salam mampir

    stor tumeric heheheheheheheh

    saya ni semua istilah tau psl luas pergaulan hehehe

    BalasPadam
  20. waalaikumsalam mama ju

    jgn cakap kekuat hehehehe

    BalasPadam
  21. waalaikumsalam kak nab

    ambik bau je hehehe

    ambik sekali sepinggan kak nab punya psl pun takpe

    BalasPadam
  22. waalaikumsalam shami

    alhamdulillah, walaupun kalian tak pernah tgk mcm mana rupe pak itam, tapi ikatan silaturahim ttp terjalin, insyallah

    BalasPadam