WARGA SCP

Selasa, September 27, 2011

MAKKAH : SUATU KETIKA DULU






polis duk meronda
berterabur peniaga haram jalanan

waktu wukuf, tiada seinci pun dataran ni tanpa penghuni

kehausan


towkey ambik duit dari atas bumbung van

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Alhamdulillah


Aku begitu tertarik dengan suasana dan panorama di Jabal Rahmah pagi ini.
Yang pasti suasana tenang, tidak bersesak2 ini hanya sementara dan kembali rancak dengan pengunjung apabila musim haji tiba yang mana persinggahan di sini pasti menjadi salah satu agenda .

Bagi jemaah dari negara timur tengah, Jabal Rahmah akan menjadi tumpuan mereka apabila tiba hari wukuf nanti manakala jemaah haji negara kita akan ditempatkan jauh dari jabal rahmah , tapi yang penting masih lagi terletak di kawasan Arafah .


"apa yang di tenung tu"



Insyallah,
kalau dipanjang umur dan dimurahkan rezeki, kami sekeluarga 4 beranak pada tahun 2020 akan berwukuf di sini lagi setelah kali terakhir kami berdua pak itam dan mak itam menjadi tetamu Allah 4 tahun yang lalu.

Balik je dari sana masa tu, awal tahun 2008 terus kami mendaftar semula termasuk kedua putera dan puteri kami dan masa tu masa menunggu hampir 12 tahun , sekarang dengarnya sampai 18 tahun juga masa menunggu .

Diam tak diam 4 tahun lebih sudah berlalu dari masa kami mendaftar dan hanya tinggal 9 tahun je lagi menjelang 2020. Moga kami diberi usia yang panjang, dimurahkan rezeki , diberikan kesihatan yang baik dan dapat mengecapi saat2 indah di sana nanti pada tahun 2020 nanti.

Itulah antara salah satu doa ku ketika berada di Multazam agar kami dijemput ALLAH menjadi tetamunya lagi dan sekiranya panggilan illahi datang dahulu, gantikan syurga buat kami.

tempat melontar riyal

sesat rasanya jemaah ni takjumpa bas

haus , boleh beli air kat sini

Terkenang arwah datuk dan nenek ku dahulu yang pasti tanah Arafah pernah menjadi saksi ketika mereka menjejakkan kaki ke sini dahulu semasa berwukuf. Masa tu menurut apa yang diceritakan mereka, kedatangan ke tanah suci Makkah ibarat pergi yang tidak kembali kerana pada masa itu, kemudahan yang tersedia hanya pada paras minumun.

Kuota masa tu takde , tapi nak kena pegi ada yang sampai kena jual lembu dan kebun semata2 nak menyambut panggilan dan jemputan dari Allah . Berbanding sekarang , walaupun punya kemampuan, belum tentu lagi dapat menunaikan haji kerana kekangan kuota haji ni.

Arwah datuk ku pernah beberapa kali menunaikan haji hanya menaiki kapal sahaja di Pelabuhan Kelang atau masa tu Port Swettenham . Segala kelengkapan dimuatkan dalam peti kayu . Semua ada kerana perlu memasak sendiri dalam pelayaran nanti. Tu yang buah kelapa pun habis diangkut bersama.

Bila ada jemaah yang meninggal dalam pelayaran yang memakan masa hampir 3 hingga 4 minggu tu, jenazah akan disempurnakan di atas kapal juga lalu diletakkan di atas sekeping kayu dan diikat pula kayu tersebut dengan batu agar tidak timbul dipermukaan laut nanti apabila dilepaskan di lautan biru.. Dasar lautlah akan menjadi tanah perkuburan mereka ketika itu.

Setibanya di pelabuhan Jeddah pula , penggangkutannya pula adalah unta menuju ke kota Makkah . Masa tu jemaah haji tak seramai sekarang .

Itulah sedikit gambaran yang terlintas di hati ku ketika aku berada di Jabal Rahmah ini leka memerhatikan suasana sekeliling sambil aku merakamkam beberapa foto sebagai koleksi peribadi ku .

Allahuakhbar
Aku sungguh bersyukur kerana masa kini, kita semua tidak perlu melalui kepayahan sebagaimana dilalui dan dihadapi datuk dan nenek kita terdahulu.

Apa yang hendak aku kongsikan di sini ialah kepada bakal tetamu2 Allah, banyakkanlah bersabar atas segala ujian Allah samada kesenangan atau kesusahan ketika berada di sini kerana kalau dikenang2 jemaah dahulu, kesukaran yang mereka hadapi lebih hebat dari sekarang . Jadi janganlah cepat merungut dalam hati hanya kerana ujian2 kecil yang Allah berikan pada kita si sana nanti.

Sebelum pergi, tinggalkan segala pangkat, darjat atau gelaran di tanahair kerana kita sama sahaja di sisi Allah sebagai tetamu Allah. Jadi gelaran dato atau tan sri , towkey niaw atau tuan pengarah, dr atau professor atau apa sahaja jangan di bawa sekali kerana itu semua panggilan di dunia dan tidak akan diguna pakai apabila kita di soal oleh Mungkar dan Nakir nanti.

Alhamdulillah.

penuh dengan jemaah

meriah kawasan persekitaran

sluruppppppp

"mana bas aku ni"

foto ni bapak suka
tengah skodeng puncak jabal rahmah dari jauh
bapak pula dok skodeng dia pulak


mutawif kami dok melilau cari jemaah
yang tak jumpa bas

Isnin, September 26, 2011

MAKKAH : 3 SERANGKAI part 3 - Solat sunat di Hijir Ismail

2 org jemaah yg dihadapan ku ni telah diminta petugas MasjidilHaram
untuk beredar kerana kedudukannya telah melebihi kedudukan saf imam nanti
bila solat isyak dimulakan
kedudukan aku pula sebaris saf pertama
depan dinding Hijir Ismail


Kerana waktu Isyak hampir masuk ,kelihatan petugas Masjidil Haram sedang mengarahkan jemaah yg berada di Multazam beredar dan kerja pemasangan mikrofon dilakukan di situ. Nampaknya malam ni, imam akan mengetuai solat isyak di hadapan Multazam .

Selepas sahaja selesai berpaut dan berdoa di Jenang Multazam tadi , aku terus mencari tempat dan dapat aku di saf pertama
walaupun bukan di belakang imam malam tu, tapi saf pertama di hadapan dinding Hijir Ismail.Kira kedudukan ku , kalau jeling kiri , aku nampak imam dan kalau imam jeling kanan, dia nampak aku .

Lepas selesai solat isyak, imam dan bilalnya pula memasuki Hijir Ismail untuk solat sunat sambil aku menunggu dengan sabar dalam lebih kurang 5-6 minit juga. Selesai sahaja mereka keluar dari kawasan hijir ismail, baru pintu yang dihadang menggunakan plastik dibuka.

Aku terus menuju ke dalam Hijir Ismail dengan izin Allah jua walaupun jemaah di dalamnya ramai dan padat. Melakukan solat sunat dan berdoa di dalam hijir ismail juga memerlukan kesabaran kerana kekadang nak rukuk pun terhalang dengan jemaah , begitu juga dengan dan sujud di situ.


aku menunggu dengan sabar
tepi hijir ismail
hingga selesai imam dan bilalnya solat sunat di dalamnya


Tapi solat di dalam hijir ismail seumpama bersolat di dalam kaabah itu sendiri , jadi semua halangan dan rintangan aku ketepikan dan aku juga sempat berdoa di situ semasa sujud terakhir kerana kalau jemaah terlalu ramai, petugas di situ dan polis tidak memberikan kita kesempatan berdoa selepas solat di dalamnya. Jadi lebih baik kita berdoa semasa dalam sujud terakhir .

Alhamdulillah,

tu tengah tunggu nak ayomark,gesek, go
pintu hadangan dibuka ke dalam hijir ismail

Allah dah makbulkan ketiga-tiga hajat ku.
Mengucup Hajarul Aswad, Melekap dan berdoa di bawah jenang Multazam serta solat sunat di Hijir Ismail.

Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, aku lanjutkan pula dengan tawaf sunat selepas itu kepada Allah kerana dengan kehendaknya jua, aku dapat merealisasikan ketiga2 hajat ku ini yang hanya terdetik semasa aku menanti solat magrib tadi .

pancur emas,
salah satu lagi tempat mustajab berdoa di bawahnya


Aku pulang ke Al Massa dengan penuh kegembiraan malam tu hampir jam 10.00 malam juga dengan baju yang kuyup tadi akibat peluh dah naik kering .

Balik , mandi dan macam biasa aku akan menghabiskan masa ku di tingkap kamar ku memandang kawasan Haram tanpa rasa jemu sebelum aku melabuhkan mata ku

Alhamdulillah




Subhanallah,
Alhamdulillah,
Allahuakbar.


Sabtu, September 24, 2011

MAKKAH : DARI JENDELA KAMAR AL MASSA : part sa

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah
Maha suci Allah yang bersifat dengan Qidam dan Baqa' ,
Allah yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,
Maha suci Allah yang menjadikan hidup dan mati untuk menguji
siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Allah yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi ikhtibar kepada orang yang lalai,
dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah!
Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap ke hadrat Allah Taala.

Wahai ..... Bin ...., wahai .... Bin ...., wahai.... Bin ....,
hendaklah kamu ingat
akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju ke negeri Akhirat.
Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai .... Bin ....,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai .... Bin ....,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.
Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah kamu berasa gementar,
janganlah kamu berasa takut
dan janganlah kamu bergopoh-gapah,
biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab :

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

Kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu kiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap:
"La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai .... Bin .... tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam barzah,
sehingga sampai satu masa kelak,
kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai .... Bin ...., bahawa senya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.




MENUJU KEHIDUPAN YANG ABADI DAN HAKIKI
Dari Jendela Kamar Al Massa
2011

AL FATEHAH







Jumaat, September 23, 2011

MAKKAH : KERINDUAN - شوق

BAPAK TULIS ARAB DAAAAA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم
رويت قصة اليوم عن شوق "رغبة" الملقب،
غد جديد، كنت ربط الفرسان الثلاثة من الفصل الماضي.
الوضع هو حقا متكررة ويحدث سواء كنا ندرك ذلك أم لا.

لmengerja الزيارة في غضون 7 إلى 14 يوما حتى لا بشكل ملحوظ، ولكن كان هناك أن قرأت كذلك. الذين يقومون الحج التي استمرت حتى 45 يوما، فإن مثل هذا الوضع لن تنشأ. ليست كبيرة -- صغيرة، فإن الوضع يبدو ني كذلك.

نسمع أحيانا قليلا المطبخ لتناول الطعام لا الشكاوى كم هو رائع، سآخذ وأكثر. أنا لا ألوم أولئك الذين يشكون ني داه حول الطبيعة البشرية التي خلقها الله في الحلق والحنجرة مختلفة.

لا أحد يغيب عن مثل هذه الامور لانني معنى محبة الله واحد من الطبيعة البشرية. التي لا نستطيع إنكارها.

كيف هي حلال باك باك الذين يأتون إلى بلادنا ونحن نخدم الأرز مع معجون الروبيان والصلصة الحارة الحامضة، كانوا يصرخون أسفل الحنجرة hehehe

باك حلال ني سيقول بالتأكيد ،
إذا كان هناك خبز تاميس بأفضل حالة
وهو ما يعني
واضاف "اذا كان هناك حق الخبز تاميس أفضل"

جعل واحدة فقط للتذكير لجميع الضيوف من الله ،
لا يحصل لنا هناك، وقال إنه
"أريد أن آكل النشر JAP الشهية"
وقال في الصلاة، ونحن على الأرض المقدسة ، في وقت لاحق لسحب شهية الله ،

وبالتالي ،
لقد أكل أي شيء ، ويجب ألا
مثل هذه الامور تحدث مرات عديدة الأفراد الذين غاب الحديث
"أنا لا ني الشهية"
الى الله لأنه ليس الشهية ، وبالتالي إعطاء ضرر لصحة وتتداخل مع العبادة.
هنا أم الشيف عادة Indonisia الملايو باتاني. لذلك يجب علينا ألا نتوقع من الذوق والقائمة والمكونات هي نفس الام بي.
أكلت الدراجة ني الفصل بسبب مشاكل الآباء في كثير من الأحيان لا تنسى أن نصلي من اجل ان "الحظ معين". ماذا تفعل مع الصلاة تو. على واحدة من السعادة في العالم تواجه وشهية الطعام والقوت.
اذا كان الله انا اسحب "السعادة" التي،
فساتين الماعز دمية يتأرجح bergincu وتطبيقها قبل العيون ،
لا يزال لدينا أي شهية hehehe



...

...

...


VERSI MELAYU BAPAK
SIAP BERGAMBAR
SETELAH BAPAK TERJEMAHKAN

ALHAMDULILLAH

Hari ni cerita aku berkaitan tentang "kerinduan" a.k.a شوق ,
esok2 baru baru aku sambung bab 3 serangkai yang terakhir .

Situasi ni sebenarnya sering terjadi dan berlaku samada kita sedari atau tidak.

Bagi yang mengerja umrah dalam lingkungan masa 7-14 hari tak ketara sangat , tapi itu pun ada yang dah berbunyi juga. Yang mengerjakan fardhu haji yang memakan masa hingga 45 hari, pasti situasi sedemikian akan timbul. Tak besar - kecik, situasi ni pasti muncul juga.


rindu udang masak gulai lemak tempoyak
FAT TEMPOYAK غاية الشوق الروبيان
lemak tempoyak dalam arab Fat Tempoyak hehehe

Kekadang terdengar rungutan2 kecil di tempat makan yang menu masakan tak sedaplah, tak kenalah dan bermacam lagi . Aku tak salahkan mereka yang merungut ni pasal dah lumrah manusia yang Allah jadikan mempunyai tekak dan halkum yang berbeza2 .

Tak salah rindu pada benda2 macam ni kerana Allah memang dah jadikan perasaan rindu salah satu dari sifat manusia . Itu kita tak boleh nafikan .


rindu asam pedas ayam daun kesom
دجاج حار kesom يترك التمر الهندي

Macam juga dengan pak-pak arab yang datang ke negara kita dan kita hidangkan nasi dengan sambal belacan dan asam pedas,mau melaung tekak mereka hehehe

Pasti pak arab ni akan berkata ,

إذا كان هناك خبز تاميس بأفضل حالة
yang bermaksud
"kalau ada roti tamis kan best "

Cuma satu je sebagai ingatan kepada para tetamu2 Allah sekalian ,
jangan sampai kita di sana berkata yang
,

"aku ni takde selera nak makan"

Kata itu doa dan kita sedang berada di tanah suci , nanti terus Allah tarik selera makan,

akibatnya,
makan apa pun tak kena dan tak boleh

lauk kami berbuka
lalu timbul idea dan menulis n3 tentang rindu ni
hehehe

Benda2 macam ni dah banyak kali berlaku kepada individu2 yang terlepas cakap
"aku ni takde selera makan"

terus Allah bagi ia takde selera makan dan akhirnya memberikan kemudaratan kepada kesihatan serta mengganggu ibadat .

Di sini kebiasaannya tukang masaknya di hotel penginapan samada melayu Pattani atau Indonisia . Jadi janganlah kita harapkan rasa dan menu serta bahannya sama macam kat tanah air kita .

Bapak takde masalah bab2 makan ni kerana bapak selalu tak lupa berdoa agar "diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat ". Apa kaitannya dengan doa tu. Kan salah satu kebahagiaan di dunia ialah berselera apabila menghadap makanan dan rezeki .

Kalau Allah dah tarik "kebahagiaan" tu,
letaklah kambing golek yang dipakaikan gaun dan bergincu depan biji mata ,
selera kita tetap tak ada hehehe

Apabila terkenang keenakkan asam pedas di sana,
itu namanya
RINDU-RINDUAN


Apabila terkenang pula Baitullah
itu namanya
RINDU YANG TAK BERTEPIAN DAN BERKESUDAHAN


Khamis, September 22, 2011

MAKKAH : 3 SERANGKAI part 2 - MELEKAP DAN BERDOA DI BAWAH JENANG MULTAZAM

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah

Kita sambung cerita semalam .

Aku sorongkan muka ku ke dalam Hajarul Aswad dan rasanya hampir 30 saat juga aku dapat mengucup di situ tanpa mempedulikan suara hiruk pikuk dan jeritan belakang, kiri dan kanan yang tengah berebut2 nak masuk dan mencelah bawah kedua ketiak ku laksana nak buat "scrum" dalam permainan ragbi , tapi mereka tak perlu risau pasal ketiak ku mmg sentiasa harum dengan deodorant.


Semasa mengucup Hajarul Aswad, kedua tangan ku memegang erat kedua kain kiswah kaabah dibuat seakan simpulan besar sambil kedua tangan dan siku ku di rapatkan sedikit. Kalau tak nanti sedang aku asyik mengucup Hajarul Aswad, ada pulak pak arab syok mengucup pipi dan leher aku yang disangkakan Hajarul Aswad. Semua itu boleh berlaku dalam keadaan keributan dan kelam kabut di situ sebenarnya
.

Aku sempat berdoa semasa mengucupnya dan ditelinga ku kedengaran sendiri suara ku seakan bergema dan juga kedengaran sekali nafas ku turun naik di telinga ku kerana ruang hajarul aswad tersebut bukanlah besar sangat dan cukup2 untuk muka je.

Riuh rendah di belakang , kiri kanan janganlah cakap , mengalahkan Pasar Borong Selayang di waktu dinihari tengah lelong udang geragau.Tapi aku tak faham apa yang mereka katakan. Tolak menolak terus berlaku .

Tadi fikir nak masuk ,
sekarang aku pikir nak keluar pula kerana pengalaman aku yang lepas2 menyaksikan bagaimana ada jemaah yang melambung terhambur keluar selepas mengucup hajarul aswad akibat asakan dan gelombang manusia di sana.

Kalau wartawan sebelum ini mengkategorikan bumi Somalia sebagai salah satu tempat paling bahaya di dunia , aku rasa kalau wartawan tu menyaksikan sendiri bagaimana keadaan di penjuru Hajarul Aswad , pasti insaf wartawan tu .
Selepas aku lepaskan kuncupan ku , maka berebut2 pula entah berapa banyak muncung dan kepala menyorong2 ke arah hajarulaswad hingga seorang jemaah yang besar tubuh badannya yang berpakaian ihram jatuh terlentang betul2 di hadapan hajarul aswad dan menjerit2 kerana jemaah lain tidak perasaan hingga bibir dan mulutnya berdarah akibat terpijak .
Kalau nasib tidak menyebelahinya dan dah sampai hukum Allah, aku rasa jemaah tersebut pasti menemui ajal terpijak di situ.

Macam aku katakan,

Nak keluar lepas kucup di hajarul aswad pun besar juga cabarannya dan dugaannya. silap hari bulan boleh melambung wooooo

Alhamdulillah , misi terlaksana dengan izin Allah jua.

Selepas keluar sahaja dari penjuru Hajarul Aswad, aku terus menunggu dengan penuh sabar hanya selangkah dari bawah jenang Multazam. Ketika itu ramai jemaah yang sedang melekap dan berdoa di situ yang merupakan salah satu tempat paling mustajab berdoa. Aku takkan lepaskan peluang kerana jasad dan roh ku bukan selalu dapat menjejak ke tanah suci .


sempat potretkan keadaan di jenang Multazam
selepas sahaja aku keluar dari situ

Penantian ku akhirnya berakhir apabila kelibat seorang jemaah kelihatan mahu keluar dari situ dan sepantas kilat aku pula menyelit dan terus berpaut di jenang Multazam . Aku memang suka kalau ada asakan dari belakang di Multazam kerana secara tak langsung , badan ku akan terdorong melekap di dindingnya sambil berpaut dengan kedua belah tangan ku.

Aku terus berdoa dan terus berdoa dan terus berdoa berulang kali tanpa jemu di situ sehingga aku merasakan peluh mula menitik membasahi keseluruhan anggota badan ku dari kepala hinggalah terasa sejuk di kaki ku akibat peluh yang mengalir .Biasanya orang berpeluh kat dahi , leher , badan , tapi kali ni aku rasa peluh aku keluar dari seluruh badan. Baju ku telah kuyup dan aku tidak hiraukan semua itu. terus aku berdoa sehingga aku berasa puas dan apa yang ku harapkan doa2 ku itu diterima dan dimakbulkan Allah .

Semasa aku hendak keluar dari Multazam, aku terus menarik seorang jemaah yang begitu taat menunggu dibelakang ku mengantikan tempat ku . Tercapai sudah hajat ku yang kedua . Lihat sahaja jam yang kupakai,

gambar pun goyang pasal kena tolak

Ya Allah, hampir 1/2 jam rupanya aku dah melekap di jenang Multazam, mana tak semua keluar peluh jantan dan betina akibat kepanasan di asak dari belakang.

Namun aku merasa puas sekali.

Perasaan ketika itu, sukar untuk digambarkan kerana hanya sesiapa yg pernah berpeluang berada di situ yang mengetahui betapa manisnya saat dan detik melekap di jenang Multazam yang pasti sukar digambarkan dengan perkataan kerana disitulah salah satu tempat yang sangat mustajab berdoa.

Bagi sesiapa yang belum pernah berpaut dijenang Multazam, pasti agak sukar untuk pertama kali kerana kedudukannya agak tinggi . Tu sebab kalau kita lihat bila depa nak masuk dalam kaabah setahun sekali , depa kena gunakan tangga kayu yang bergerak tu.

Lagi satu tempat kita berpijak bukanlah rata dan senget . Jadi mudah nak jatuh. Tu sebab kalau ada kalangan jemaah yang menghimpit kita dari belakang adalah lebih baik kerana dada kita terdorong dengan sendirinya melekap di dindingnya.

Pengalaman ni takde di mana2,
Pengalaman ni ada kat Baitullah je dan sungguh istimewa,

Bagi jemaah lelaki yang berhajat melakukan, cubalah sementara berpeluang dan kudrat masih ada .

Rasailah sendiri kemanisannya berpaut , melekapkan dada dan berdoa dijenang Multazam kerana di situ salah satu tempat mustajab berdoa .

OK, 2 serangkai dah dimakbulkan Allah ,
tinggal lagi satu je .....

Rabu, September 21, 2011

MAKKAH : 3 SERANGKAI part 1 - Mengucup Hajarul Aswad

pandangan yg tak pernah menjemukan


mesti ni adik beradik kembar


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah,
Maghrib kali ini aku segak berpakaian baju melayu telok belanga serta berkain pelikat sahaja . Alhamdulillah, aku solat di dataran kaabah mengadap antara rukun Yamani dengan sudut Hajarul Aswad , selesai sahaja solat magrib dan diikuti solat jenazah, aku lanjutkan sekali dengan solat taubat serta solat hajat . Antara hajat ku ialah aku ingin mengucup Hajarul Aswad serta berdoa dan melekapkan dada di bawah jenang Multazam dan solat di Hijir Ismail.

Usai sahaja , aku terus lanjutkan satu pusingan kaabah lalu terus menghimpit perlahan2 menuju masuk barisan beratur di tepi dinding kaabah menuju penjuru Hajarul Aswad sambil berdoa dalam hati,

Ya Allah, permudahkanlah.

Kekadang ada jemaah yang nak kucup Hajarul Aswad gunakan pelbagai tips dan formula macam nak buat ujikaji kat makmal sains pula atau pun nak menjawab kertas fizik, sedangkan sebenarnya formula dan tips yang paling utama ialah mintalah kepada Allah, nescaya Allah Maha Mendengar , kalau lepas tu tak dapat kucup juga, minta dan mohonlah pada Allah , nescaya Allah Maha Pemurah dan kalau tak berpeluang juga , mintalah lagi pada Allah , nescaya Allah Maha mengasihani.

Ingatlah kalau Allah tak izinkan , buatlah macammana pun, tetap tak berpeluang mengucupnya. Kenapa jemaah berebut nak kucup hajarul aswad tu sedangkan ia hanya perkara yang disunatkan , tiada jawapan lain kerana hajarul aswad itulah yang akan menjadi saksi seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Demi Allah! Allah akan membangkitkannya (Hajarul Aswad) pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada sesiapa yang mengusapnya dengan kebenaran.”

(Hadis riwayat al-Tirmizi)


Lihatlah Allah Maha Adil dan dia Maha Mengetahui betapa azabnya dan susahnya nak kucup Hajarul Aswad tu dan kalau tidak dapat mengucupnya, cukuplah sekadar istilam (mencium dari jauh secara isyarat).

Walaupun sunat hukumnya nak kucup Hajarul Aswad,
namun keadaan di Hajarul Aswad tetap padat dan penuh melainkan seminggu dua sahaja sebelum musim haji tiba kerana pada masa tu kota Makkah tengah lengang sebelum jemaah haji mula tiba.
Kalau Allah jatuhkan hukum wajib mengucup Hajarul Aswad,
aku tak dapat bayangkan bagaimana keadaan di situ.
Sekali lagi kita lihat betapa Allah Maha Mengetahui .


Memang dari dulu sekiranya aku nak mengucup Hajarul Aswad, aku takkan masuk dan menongkah arus serta menolak jemaah lain samada dari depan , cukuplah aku beratur disamping aku tak menyakiti jemaah lain. Memang badan ku yang sasa hingga kadangkala dulu ada panggil aku "big show" hehehe

boleh aje menguak kalau ingin melakukan , tapi entah dari dulu, aku tidak ingin berbuat sedemikian dan menyakiti hati org lain depan Baitullah yang mulia .Lagi satu ingat sekuat2 mana kita dan sebesar2 mana kita sekali pun , yang di atas tu iaitu ALLAH MAHA BESAR .

OK, kita sambung cerita aku dengan kain pelikat kotak2 warna coklat hehehe

Masa tu aku dah ikat ketat2 kain pelikat ku , gulung punya gulung sampai kat atas buku lali juga sentengnya kain ku .Tak berani nak gulung2 lagi karang tersampai senteng kat bawah lutut pasal dalam kain takde "track suit " .

Dua hari lepas, aku dah berpeluang mengucupnya sebenarnya dan pada masa tu aku memang dah merancang , jadi aku pakai tracksuit dengan t shirt sahaja tanpa bawa apa2 pun . Jam tangan pun aku tak pakai.

Tarikan Hajarul Aswad yang kuat sekali lagi membuat ku ingin mengucupnya lagi

dalam org dok asak aku, sempat aku snap kiswah ni
masa tu kira aku terhimpit kat dinding kaabah

Tapi malam ni , Allah hanya mendetikkan niat di hatiku apa bila aku duduk sambil memandang Hajarul Aswad semasa menunggu masuk waktu solat. Jadi perancangan tu tetiba je muncul. Mengenang kembali, dapatlah kita kata bahawa sebenarnya hati kita ni boleh digerakkan oleh Allah sekiranya Dia mengkehendaki , kalau tak, tak lah

Dalam pada orang mengasak kami yang sedang beratur tu di tepi dinding Kaabah, sempat juga aku ambil beberapa keping foto dengan compact kamera ku yang tadi aku bawa . Antaranya ialah gambar kiswah kaabah lagi dekat yg menampakkan dengan jelas tulisan khat nama2 Allah dan juga gambar dibawah ni .

rimas dan berpeluh la ni psl kena asak dari bahagian tepi

Aku takut dalam jemaah berasak2 dan terpijak lah pulak kain pelikat ku, karang terburai, satu dunia dapat menyaksikan kerana siaran langsung dari dataran kaabah 24 jam sehari dapat ditonton melalui siaran tv saudi.

Masyallah, setiap lepas waktu magrib boleh dikatakan waktu puncak di hajarul aswad. Tapi akhirnya penantian ku berakhir juga apabila Allah permudahkan ,akibat asakan dari belakang menyebabkan barisan yg beratur terkehadapan dengan sendirinya, apabila tangan kanan ku dapat mencengkam pemegang penutup hajarul aswad lalu diikuti dengan tangan kiri,

dengan lafaz Allahhuakbar ................................

Adakah aku berjaya atau tidak dalam misi ku mengucup Hajarul Aswad ....

Atau aku kecundang di pertengahan jalan .....

Atau aku hanya berjaya melakukan istilam atau "flying kiss" dari jauh sahaja .....

Kita sambung esok ...

Ni gambar terakhir yang aku sempat ambil masa jemaah tgh dok berebut2
sebelum aku terus mara ke Hajarul Aswad
lepas tu aku terus simpan kamera ni dalam lipatan kain ku dan gulung lagi kain pelikat tu
bertambah senteng le jadinya hehehe
gambar pun goyang psl kena asak dari luar
macam nak runtuh